Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tajuk : Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh dari

tahun 2005 hingga tahun 2015.

Pengenalan.

Definisi pendidikan Khas merupakan kaedah-kaedah yang khusus dibentuk untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan dan kurang upaya. Kanak-kanak
pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan
deria, komunikasi, tingkah laku, emosi dan cirri fizikal.

"Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan
kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis
pendidikan yang sesuai bagi anak mereka" (Jabatan Pendidikan Khas, 1998).

Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di
Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong
sepenuhnya. Oleh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis
kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi dan
lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan
pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil
masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan
normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali rakan-rakan khas mereka.

Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan khas amat diperlukan untuk
menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada golongan
berkeperluan khas wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan potensi
golongan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat golongan masyarakat yang masih
menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan
berkeperluan khas. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka
menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah tidak wajar bagi masyarakat
mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada golongan berkeperluan khas
menurut segala kehendak masyarakat.
Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh mula
ditubuhkan pada bulan April 1998 bermula dengan 2 orang guru dan 5 orang murid dari sekolah
ini yang mempunyai masalah pembelajaran. Atas kesedaran itu, saya tertarik untuk menyelusuri
sejarah dan perkembangan kelas pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah ini.

Objektif Kajian

Mengenal pasti sejarah perkembangan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh
bermula 2005 hingga tahun 2015.

Mengenal pasti usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang dilakukan
oleh Kelas Pendidikan Khas dalam memajukan murid-murid dari tahun 2005 hingga tahun 2015.

Mengenal pasti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Kelas Pendidikan Khas Sekolah
Kebangsaan Pekan Pagoh tempoh 10 tahun dalam pelbagai peringkat pertandingan.

Permasalahan Kajian.

Esei ini akan menjelaskan sejauhmanakah sejarah perkembangan pendidikan khas Sekolah
Kebangsaan Pekan Pagoh dan sumbangannya dalam tempoh 10 tahun dari tahun 2005 sehingga
tahun 2015.

Di samping itu, esei ini juga akan menjelaskan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
para guru untuk meningkatkan pencapaian kelas dalam tempoh 2005 hingga 2015.

Dalam kajian ini menjelaskan tentang apakah faktor- faktor yang mempengaruhi kejayaan yang
telah dicapai oleh kelas pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh dalam tempoh
tersebut.
Skop Kajian

Kajian ini akan memfokuskan sejarah perkembangan pendidikan khas Sekolah Kebangsaan
Pekan Pagoh dan sumbangannya dalam tempoh 2005 hingga 2015.

Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada kaedah pengurusan yang dilakukan oleh
pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh dalam melakukan sesuatu tugasan dalam
tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2005 hingga 2015.

Di samping itu, kajian ini juga turut memfokuskan kepada kejayaan-kejayaan yang pernah
dicapai oleh pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh dalam tempoh tersebut.

Sorotan kajian lepas

Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini, tidak ada penyelidikan yang
dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas sekolah
Kebangsaan Pekan Pagoh dari tahun 2005 hingga 2015.

Kaedah Kajian

Kajian Perpustakaan.

Pengkaji akan membuat penyelidikan dalam buku-buku, jurnal, majalah, rekod-rekod lampau,
internet atau website, buletin dan gambar yang berkaitan dengan pendidikan khas Sekolah
Kebangsaan Pekan Pagoh.

Kajian lapangan.

Pengkaji akan mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pendidikan khas


Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh dengan mengadakan temuramah, temubual, soal
selidik dan pemerhatian dengan pihak pentadbiran dan guru-guru pendidikan khas supaya
maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian dapat diperolehi dengan mudah.

Pembahagian Struktur Esei

Pengenalan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai pendidikan khas secara umum.

Isi-Isi

Bahagian ini akan fokuskan kepada sejarah perkembangan Pendidikan khas Sekolah Kebangsaan
Pekan Pagoh dan pengurusannya dalam tempoh 2005 hingga tahun 2015 dengan merujuk
kepada pelbagai sumber yang sedia ada.

Kemudahan prasarana, kekuatan dan usaha-usaha serta pengurusan yang dibuat oleh pendidikan
khas Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh dalam melaksanakan tugasan.

Selain itu, bahagian ini turut memfokuskan tentang kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai
dalam pelbagai pertandingan yang disertainya dalam tempoh 10 tahun dari tahun 2005 hingga
2015.

Kesimpulan

Bahagian ini menyatakan mengenai harapan dan prospek masa depan dan perancangan
persatuan ini dalam usaha memartabatkan pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh.
Dalam bahagian ini juga turut dirumuskan keseluruhan dapatan kajian.
Penutup

Pada keseluruhannya, kajian saya terhadap pendidikan khas sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh
adalah untuk memperihalkan kepada perkembangan, sumbangan, kaedah pengurusan dan
kejayaan yang pernah dicapai dalam tempoh 10 tahun bermula dari tahun 2005 hingga tahun
2015.

Bibliografi

Jabatan Pendidikan Khas (1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Kertas yang tidak
diterbitkan.

Jabatan Pendidikan Johor(1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Murid dan Pelajar Dengan
Keperluan Khas. Unit Pendidikan Khas. Kertas yang tidak diterbitkan.

Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia Chua Tee Tee & Koh
Boh Boon (1992). Pendidikan Khas Dan Pemulihan : bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Jabatan pendidikan Khas 1997. Bulletin Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kuala Lumpur.

Unit pendidikan Khas 1992. Surat Pekeliling Pendidikan Khas 1972 1991. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malysia.

K. A Razhiyah (2008), Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur, BS Print Sdn Bhd.

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 28, 1-9, 2003(viii)

Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010), Guru Dan Cabaran
Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Fakulti Pendidikan Dan Bahasa (2010), Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Khas. Open
University Malaysia.

Fakulti Pendidikan Dan Bahasa (2010), Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.


Open University Malaysia.

http://www.scribd.com

http://belognurna.blogspot.com

http://www.ukm.my/penerbit/emosi.pdf

You might also like