Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

11 Jun, 2017

Kepada
Yang Berusaha,
Dato IR. Jamaludin Osman
CEO dan Pengarah Urusan
I & P Group Sdn. Berhad
24-31, Jalan Setia Wangsa 8,
Kuala Lumpur-54200.

Assalamualaikum wrt. wbh.. Dato

Tuan

MEMOHON ZAKAT DAN BANTUAN KEWANGAN BAGI MAAHAD TAHFIZ AL-


QURAN DAN PENGAJIAN ISLAM AL-KHAIRIAH

Merujuk kepada perkara di atas , sukacita dimaklumkan bahawa pihak Maahad Tahfiz al-Quran
dan Pengajian Islam al-Khairiah Pondok Banggol Setol Pasir Mas Kelantan ingin memohon jasa
baik pihak tuan untuk menyalurkan zakat dan bantuan kewangan kepada pihak kami bagi
pengurusan dan pentadbiran kelas tahfiz serta makan minum pelajar tahfiz.
2. Untuk makluman pihak tuan, Maahad tahfiz ini telah didaftarkan sebagai ahli persatuan
Madrasah Tahfiz al-Quran Malaysia pada tahun 2012 dengan nombor keahlian 91/03/2012.
Maahad Tahfiz ini telah diasaskan semenjak tahun 2006 . Sistem pendidikan di Maahad ini
ialah gabungan antara sistem persekolahan Yayasan Islam Kelantan dan Tahfiz. Objektif utama
penubuhan Maahad ini ialah untuk melahirkan generasi al-Quran yang seimbang rohani,
jasmani, emosi, akhlak dan pemikiran.
3. Maahad Tahfiz ini adalah Maahad Tahfiz persendirian yang diuruskan oleh
Jawatankuasa Pembangunan Pondok al-Khairiah yang terdiri dari bekas pelajar Pondok al-
Khairiah, penduduk setempat dan ahli keluarga pengasas Pondok Pengajian Islam al-
Khairiah.Pihak kami tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap dari mana-mana
pihak.Segala perbelanjaan pentadbiran, pengurusan dan makanan minum pelajar sepenuhnya
bergantung kepada derma orang ramai dan yuran pelajar yang tidak menentu. Oleh yang
demikian besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat menyalurkan bantuan kepada Maahad
Tahfiz ini.
Untuk pengetahuan pihak tuan jugak tahfiz saya kebanyakan pelajar pelajar dari golongan orang
kurang berada dan kebanyakan mereka tidak mampu membayar yuran.Oleh yang demikian pihak
kami terpaksa mencari dana dana luar untuk menampung perbelanjaan didalam pengurusan
tahfiz.
Perbelanjaan bulanan bagi Maahad Tahfiz ini adalah seperti berikut:

Gaji Guru Tahfiz: 3 orang x 1500 = RM4500


Gaji Penyelia asrama 1 orang x 1500 = RM 1500
Tukang masak 2 orang x 500 = RM 1000
Makan minum 20 Orang Pelajarx30 harixRM 8 = RM 4800
Utiliti = RM 1000
Jumlah keseluruhan Perbelanjaan sebulan ialah = RM 12.800.00

Jumlah perbelanjaan tahunan 12800x11 = RM 140.800.00

4. Semoga permohonan ini mendapat kelulusan dari pihak tuan, semoga Allah memberkati semua
rezeki yang disalurkan. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maahad Tahfiz Al-Quran&Pengajian
Islam Al-Khairiah: BIMB 03027010033450 MAYBANK 553038022562 atau menghubungi Mudir di
nombor telefon 0179076481 Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan
terima kasih. Sekian terima kasih. JazakumuLlah khair al-Jaza
Yang benar

__________________________
Ustaz Padzely Hisyam bin Haji Zakaria
Mudir Maahad Tahfiz al-Quran dan Pengajian Islam al-Khairiah

You might also like