Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 35

Panduan Asas Pengurusan Data Menggunakan Dreamweaver 8

&
Hypertext Pre-Processor (PHP)

Shamsuddin Bin Ahmad


Jabatan Teknologi Pendidikan
Institut Perguruan Sultan Mizan
22200 Kota Putra
Terengganu Darul Iman
2

Prasyarat Minimum:

1. Windows XP
2. Macromedia Dreamweaver 8
3. Pelayan Perkhidmatan Web yang menyokong;
a. PHP
b. MySQL
4. Pastikan Pelayan Perkhidmatan Web telah pun aktif.
5. Minat

Membina Site.

Pengurusan laman web menggunakan Dreamweaver 8 memerlukan membina


site, iaitu suatu lokasi khusus untuk meletakkan laman web anda, sama ada
laman seb statik atau pun laman web dinamik. Ini adalah untuk memudahkan
anda mengenalpasti fail-fail anda tidak diletakkan di merata-rata tempat yang
akan mengakibatkan kerumitan semasa membina laman web. Oleh itu, sebagai
langkah pertama, panduan ini akan memandu anda untuk membina site terlebih
dahulu.

1. Lancarkan perisian Dreamweaver 8 dari Start Program komputer anda.


Sekiranya instalasi Dreamweaver 8 anda berjaya, akan akan dipaparkan
dengan Dreamweaver 8 Start Page seperti di bawah. Klik pada PHP.

Kita memilih PHP kerana laman web yang akan dibina merupakan laman
web dinamik yang akan menggunakan teknologi pelayan PHP. Sebaik
sahaja anda klik PHP, Start Page akan lenyap dan paparan akan
menunjukkan editing area untuk anda memulakan pembinaan laman web.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


3

2. Elemen-elemen yang ada dalam ruang suntingan Dreamweaver 8 adalah


seperti berikut:
Title bar
Document toolbar Menu bar Insert toolbar

Editing area Properties Pane Task Pane

3. Pada menu bar, klik Site dan pilih New Site.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


4

4. Kekotak dialog New Site dipaparkan dengan pilihan Basic diaktifkan.

Namakan Site anda sebagai kelab dan alamat http anda ialah
http://localhost/kelab/ dan klik butang Next > .

5. Seterusnya, anda perlu memilih Server Technology yang akan digunakan.

Pilih pilihan Yes, I want to use a server technology, pilih PHP MySQL dan
klik Next >.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


5

6. Kemudian anda perlu menetapkan lokasi folder laman web anda.


Tentukan pilihan anda adalah seperti berikut:

Pilih pilihan Edit and test locally, tentukan lokasi folder adalah adalah
C:\wamp\www\kelab\ dan klik Next > .

7. Seterusnya anda akan menetapkan folder root bagi laman web anda.

Tentukan bahawa root URL anda ialah http://localhost/kelab/ Anda


bolehlah menguji URL tersebut dengan klik butang Test URL. Sepatutnya
Dreamweaver 8 akan memaparkan mesej The URL prefix test was
succesfull apabila anda klik butang Test URL. Kemudian, klik butang
Next > .

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


6

8. Seterusnya Dreamweaver 8 meminta anda menentukan sama ada anda


akan menggunakan remote server atau tidak.

Pilih pilihan No dan klik Next >.

9. Kini anda telah selesai membuat konfigurasi bagi Site anda.


Dreamweaver 8 akan memaparkan ringkasan tetapan yang telah
dilakukan. Klik butang Done.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


7

10. Sekiranya anda berjaya membina site, task pane anda akan membuka
tetingkap Files untuk memaparkan fail-fail yang terdapat dalam folder
anda.

11. Sekarang site anda telah disediakan. Anda bolehlah membina satu laman
web sebagai muka hadapan laman web anda dan simpan fail laman web
tersebut sebagai index.htm

12. Preview fail yang anda bina menggunakan perisian pelayaran internet
anda dengan menggunakan URL http://localhost/kelab/ Anda sepatutnya
dapat melihat laman web anda tanpa sebarang masalah.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


8

Membina laman web dinamik pertama laman input data

1. Permulaan bagi semua pangkalan data ialah merekabentuk pangkalan


data. Bagi sistem aplikasi atas talian menggunakan laman web, fasa ini
dilakukan menggunakan laman web phpMyAdmin yang telah dilakukan
sebelum ini. Oleh itu, peringkat pembinaan laman web ini bermula dengan
pembinaan laman untuk memasukkan data ke dalam jadual yang telah
dibina.

2. Mulakan dengan membina fail baru. Pada menu bar Dreamweaver 8, klik
File dan pilih New. Paparan berikut akan dipaparkan.

Pilih Dynamic page pada Category dan pilih PHP. Kemudian klik butang
Create.

3. Selepas anda klik Create, Dreamweaver 8 akan membuka satu fail


kosong untuk anda. Simpan fail ini dengan nama masuk.php ke dalam site
anda.

4. Seterusnya anda perlu membina hubungan dengan pangkalan data,


supaya fail anda mampu berkomunikasi dengan jadual yang diperlukan
dalam pangkalan data.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


9

5. Klik panel Applicatioan pada ruang Task Pane Dreamweaver 8.

6. Panel Application akan dibuka dan akan memaparkan beberapa elemen


dalam application iaitu Databases, Bindings, Server Behaviors dan
Components.

7. Klik pada Databases untuk mengaktifkan panel Databases. Kemudian klik


pada butang untuk membina hubungan. Kemudian klik MySQL
Connection.

8. Dreamweaver 8 memaparkan tetingkap MySQL Connection. Masukkan


tetapan berikut ke dalam kekotak yang berkenaan.

Connection name : kelkom


MySQL Server : localhost
User name : root
Password :
Database : kelkom

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


10

Setelah selesai, klik Test. Dreamweaver 8 akan meminta anda


memasukkan password. Abaikan sahaja. Kemudian anda klik Test sekali
lagi. Sepatutnya anda akan diberikan mesej Connection was made
successfully. Kemudian klik OK

9. Sebaik sahaja anda klik OK, panel Databases akan memaparkan ikon
pangkalan data kelkom pada panelnya.

10. Ini bermaksud hubungan fail anda dengan pangkalan data telah pun
sempurna dilakukan.

11. Sekarang wizard akan digunakan untuk membina borang kemasukan data
pada pangkalan data menggunakan laman web. Gunakan menu Insert >
Application Objects > Insert Record > Record Insertion Form Wizard.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


11

12. Record Insertion Form Wizard dipaparkan. Isikan tetapan mengikut


paparan dibawah.
Connection : kelkom
Table : pelajar
After inserting, go to : pelpapar.php

Kemudian klik butang OK.

13. Dreamweaver 8 akan menyiapkan borang kemasukan data ke dalam


ruang suntingan fail anda seperti berikut:

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


12

Anda boleh menyunting semula bahagian label borang tersebut supaya


lebih mudah difahami oleh pengguna. Tukarkan label berikut kepada:

PelID >> No. KP; PelNama >> Nama; PelAlamat1 >> Alamat ; PelAlamat2
>> (Hapuskan Label); PelPoskod >> Poskod; PelBandar >> Bandar;
PelNegeri >> Negeri; PelKelas >> Kelas; PelKump >> Kumpulan; WarID
>> No KP Waris.

Selepas disunting, sepatutnya form tersebut akan kelihatan seperti di


bawah.

14. Simpan fail ini. Anda telah siap membina fail untuk kemasukan data
pelajar.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


13

Membina laman paparan data.

1. Sekarang anda perlu membina fail pelpapar.php untuk membolehkan


senarai nama pelajar yang telah didaftarkan dipaparkan. Selain daripada
itu, tadi kita telah mengarahkan fail kemasukan data (masuk.php)
memaparkan fail pelpapar.php setelah selesai memasukkan data. Oleh
itu, sekiranya fail pelpapar.php tiada, ia akan menyebabkan berlaku ralat
dalam laman web. Maka, adalah perlu untuk kita membina fail
pelpapar.php sekarang.

2. Buka satu lagi fail baru (File > New > Dynamic page > PHP > Create)

3. Simpan fail ini menggunakan nama pelpapar.php supaya selaras dengan


fail masuk.php tadi.

4. Taipkan Senarai nama pelajar yang telah didaftar dan ENTER.

5. Selitkan satu jadual berukuran 6 kolum x 2 row.


a. Klik Insert > Table

b. Isikan konfigurasi berikut ke dalam tetingkap Table.


Rows : 2 ; Columns : 7 ; Table width : 700 pixels

Klik OK.

c. Dreamweaver 8 akan memaparkan jadual yang ditetapkan.

6. Setkan jadual anda seperti berikut;

Bil Nama NoKP Kelas Tambah


Lihat Edit Hapus

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


14

7. Anda akan menggunakan jadual ini untuk memaparkan senarai pelajar


yang telah didaftarkan dalam jadual pelajar.

8. Laman anda sepatutnya kelihatan seperti berikut;

9. Bina Recordset q_papar dengan menggunakan kemudahan Server


Behaviors pada Task Pane. (Klik Server Behaviors > > Recordset

10. Anda akan mendapat kekotak dialog Recordset. Gunakan tetapan berikut:

Name : q_papar ; Connection : kelkom ; Table : pelajar

Kemudian, klik butang OK

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


15

11. Sekarang kita akan memasukkan nilai data dari jadual pelajar dalam
pangkalan data ke dalam jadual di laman web. Klik Bindings pada Task
Pane Application, kemudian klik tanda + pada Recordset(q_papar).

12. Seretkan medan-medan berikut ke dalam jadual mengikut lokasi yang


berkenaan.
(seret mengikut panduan anak panah)

13. Anda sepatutnya mendapat paparan berikut;

14. Simpan fail anda. Sekarang anda boleh mencuba untuk melihat (preview)
laman web anda menggunakan Internet Explorer (IE).

URL laman web anda ialah http://localhost/kelab/index.htm

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


16

15. Sekiranya anda berjaya, anda sepatutnya mendapat paparan paparan


permulaan, paparan masukan data, dan apabila anda memasukkan data,
anda akan dipaparkan dengan satu rekod yang terdapat dalam jadual
pelajar dalam pangkalan data kelkom.

Anda tidak dapat melihat data yang baru dimasukkan tadi kerana paparan
dalam laman pelpapar.php hanya memaparkan satu rekod sahaja.

16. Sekarang kita akan melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap fail


pelpapar.php supaya kita akan dapat melihat kesemua data dalam jadual.
Klik Server Behaviors pada Task Pane Application. Blokkan baris kedua
jadual data anda. Kemudian Klik , pilih Repeat Region.

17. Anda akan mendapat kekotak dialog berikut; Klik butang OK.

18. Kawasan ulangan akan diaktifkan. Simpan dan preview laman ini sekali
lagi.
Sekarang anda akan mendapat kesemua data yang telah dimasukkan ke
dalam pangkalan data.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


17

19. Seterusnya, kita akan menambah sedikit coding untuk memasukkan


bilangan pada lajur pertama jadual data.

20. Blokkan baris kedua dalam jadual data anda, kemudian klik Code pada
Document Toolbar Dreamweaver 8.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


18

21. Dreamweaver 8 akan memaparkan Code Editor. Untuk kembali kepada


Mode Design, anda bolehlah klik ikon Design nanti.

22. Kawasan yang telah diblok dalam mode design akan ditandakan (blok)
dalam mod kod. (Anda perlu berhati-hati kerana pengubahsuaian kod
akan memberikan perubahan dalam paparan nanti). Perhatikan
kawasan yang telah diblok tersebut.

Ini adalah kod yang belum diubah

Perhatikan bahagian yang telah diubah. (ditanda )

23. Simpan fail anda, tukar ke mod design dan preview sekali lagi.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


19

Menyelit hyperlink ke dalam laman pelpapar.php

1. Kita telah memasukkan ruang untuk menghubungkan laman pelpapar.php


dengan masuk.php melalui perkataan Tambah dalam jadual. Ini akan
digunakan sebagai hubungan (link) ke fail masuk.php sebagai satu cara
untuk menambah data.

2. Blok perkataan Tambah dan klik ikon Hyperlink.

3. Dreamweaver 8 akan memaparkan kekotak dialog Hyperlink. Teks


tambah akan dimasukkan secara automatik ke dalam tetingkap Text:
Taipkan masuk.php ke dalam tetingkap Link: dan klik butang OK.

4. Simpan fail anda dan preview. Anda boleh mencuba untuk menggunakan
hubungan ini. Pastikan ianya berfungsi dengan baik.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


20

Membina fail untuk melihat data individu.

1. Dalam pangkalan data, pengguna seharusnya dapat melihat data individu


yang terdapat dalam pangkalan data. Oleh itu, kita akan membina link
untuk membolehkan data individu dilihat.

Kita akan membina link dari fail pelpapar.php kerana kemudahan ini lebih
mudah dilakukan kerana kita boleh melihat maklumat asas dari fail ini.
Kita akan menghubungkan fail pelihat.php (yang akan dibina selepas ini)
dengan fail pelpapar.php menggunakan link Lihat yang terdapat dalam
jadual di fail pelpapar.php.

2. Cipta fail baru dan simpan fail tersebut sebagai pelihat.php.

3. Bina Recordset seperti berikut;


Nama : q_lihat; Connection : kelkom; Table : pelajar;
Filter: pelID = URL Parameter ; pelID

Kemudian klik butang OK

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


21

4. Kemudian, bina laman web sehingga mempunyai elemen-elemen seperti


di bawah ini. Anda perlu membina jadual seperti yang ditunjukkan.
Kemudian, klik pada Bindings, dan seret medan recodset q_lihat ke dalam
lajur seperti yang ditunjukkan.

SERET

5. Bina Hyperlink untuk menghubungkan fail ini dengan fail pelpapar.php dan
kemudian simpan fail ini.

6. Kembali ke fail pelpapar.php

7. Blokkan perkataan Lihat yang terdapat dalam jadual (di baris kedua,
selepas sel Kelas). Kemudian klik Hyperlink. Masukkan tetapan berikut ke
dalam kekotak dialog Hyperlink;

Text: Lihat ; Link: pelihat.php?pelID=


Klik OK

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


22

8. Pastikan perkataan lihat masih lagi dalam keadaan blok (highlight). Tukar
paparan kepada mod kod. Kita akan mengubahsuai kod php sekali lagi.

9. Blokkan baris paparan pelID (dlm contoh ini, baris 45) bermula dari

<?php echo $row. sehingga [pelID]; ?>

dan paste pada betul betul pelihat.php?pelID=

Perhatikan kod yang telah diubahsuai di bawah ini.

Kod yang telah ditambah

10. Simpan fail ini dan preview menggunakan IE. Pastikan apabila anda
lalukan penunjuk tetikus di atas link Lihat, link menggunakan no. kad
pengenalan akan dipaparkan pada status bar IE anda. Klik untuk melihat
data khusus bagi pelajar berkenaan.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


23

Menyunting data sedia ada dalam pangkalan data (data editing)

1. Cipta fail baru dan simpan sebagai edit.php

2. Bina Recordset baru dan namakan sebagai q_edit.

3. Taipkan Sunting Data Pelajar sebagai pengenalan kepada laman web


baru anda.

4. Dari bar menu, pilih Insert > Application Objects > Update Records >
Record Update Form Wizard. Dreamweaver 8 akan memaparkan kekotak
dialog Record Update Form Wizard. Lakukan tetapan berikut:

Connection: kelkom ; Table to update: pelajar ; Select record from: q_edit


Unique key column: pelID ; After inserting, go to: pelpapar.php

Selepas melakukan tetapan tersebut, klik butang OK

5. Dreamweaver 8 akan memasukkan borang kemaskini data ke dalam


laman web anda. Edit label yang dimasukkan supaya lebih bersesuaian.

6. Simpan fail tersebut.

7. Seterusnya anda perlu membina link dari fail pelpapar.php ke fail edit.php

8. Kembali ke fail pelpapar.php

9. Blokkan perkataan Edit pada jadual paparan data.

10. Klik Hyperlink

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


24

11. Lakukan tetapan berikut:

Text: Edit; Link: edit.php?pelID=

Selepas memasukkan tetapan itu, klik butang OK

12. Pastikan perkataan Edit masih dalam keadaan blok (highlight). Ubah mod
suntingan kepada mod kod. Perhatikan kawasan yang telah diblok.

13. Letakkan cursor betul-betul dipenghujung edit.php?pelID = untuk


memastikan tempat kod baru akan ditampal nanti.

14. Setelah anda pasti, salin baris <?php echo $row_q_papar[pelID]; ?> dan
tampal di bahagian yang telah dipastikan tadi.

15. Hasil akan kelihatan seperti berikut;

Bahagian yang telah diedit

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


25

16. Simpan fail anda dan kembali ke mod Design. Preview dan uji fail anda
bagi memastikan link yang telah dibina dapat berfungsi dengan baik.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


26

Menghapuskan rekod dari jadual.

1. Laman web dinamik mestilah berkeupayaan untuk menghapuskan data.


Untuk melakukan penghapusan, Dreamweaver 8 menyediakan
mekanisme yang mudah untuk melaksanakan tugasan ini.

Namun begitu, kita memerlukan dua fail php untuk melakukan


penghapusan data, iaitu satu fail perantara bagi memastikan rekod yang
benar-benar hendak dihapuskan sahaja yang dihapuskan dan satu fail lagi
digunakan untuk menghapuskan data tersebut.

Oleh itu, kita akan membina dua fail tersebut.

2. Cipta (Create) satu fail baru dan simpan sebagai sahpadam.php

3. Taipkan Rekod ini akan dihapuskan dari pangkalan data. pada ruang
suntingan.

4. Bina Recordset q_padam menggunakan tetapan berikut:

Name: q_padam; Connection: kelkom ; Table: pelajar


Filter: pelID = URL Parameter;pelID

Setelah selesai, klik butang OK

5. Masukkan satu jadual (5 baris x 2 lajur) ke dalam laman web di bahagian


bawah teks yang telah ditaip (arahan no. 3 di atas) tadi.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


27

6. Ubahsuai jadual tersebut supaya bersesuaian.

Seret dari
Bindings
ke dalam
jadual

7. Pada bahagian bawah jadual, bina satu link untuk menghubungkan


kembali laman sahpadam.php balik ke pelpapar.php. Link ini digunakan
untuk balik ke laman pelpapar.php sekiranya berlaku kesilapan semasa
memilih rekod untuk dihapuskan.

8. Cipta (Create) fail baru untuk menghapuskan rekod. Simpan fail ini
sebagai hapus.php.

9. Bina Recordset q_hapus. Gunakan tetapan berikut:

Name: q_hapus; Connection: kelkom ; Table: pelajar


Filter: pelID = URL Parameter;pelID

Setelah selesai, klik butang OK

10. Klik butang pada Server Behaviors dan pilih Delete Record.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


28

11. Dreamweaver 8 akan memaparkan kekotak dialog Delete Record.


Gunakan tetapan berikut:

First check if variable is defined: Primary key value


Connection: kelkom
Table: pelajar
Primary key column: pelID
Primary key value: URL Parameter ; pelID
After deleting, go to: pelpapar.php

Klik butang OK selepas melakukan tetapan.

12. Simpan fail ini dan kembali ke fail sahpadam.php

13. Pada fail sahpadam.php, bina link menggunakan perkataan Hapus dan
sambungkan ke fail hapus.php

14. Simpan fail sahpadam.php.

15. Kembali pada fail pelpapar.php. Dengan menggunakan teknik yang sama
pada langkah pada muka surat 22, tetapi dilakukan pada perkataan
Hapus dan sambungkan ke fail sahpadam.php.

16. Uji laman web anda bermula dari laman pelpapar.php menggunakan IE.
Fail-fail anda sepatutnya dapat berfungsi dengan baik. Minta bantuan
fasilitator sekiranya anda menghadapi masalah.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


29

PEMBINAAN LAMAN LOGIN (LOGIN PAGE)

Pangkalan Data Online memerlukan ciri keselamatan supaya ianya tidak


dimanipulasi oleh pihak yang tidak mempunyai autoriti. Oleh itu, PHP
menyediakan kemudahan laman login supaya kesahihan data dapat dikawal.

Panduan ini akan membantu anda membina laman login.

1. Sebelum memulakan dengan Dreamweaver 8, anda perlu menggunakan


MySQL untuk mencipta jadual baru untuk menyimpan maklumat
pengguna yang dibenarkan menggunakan maklumat dalam laman web
dinamik ini.

2. Lancarkan phpMyAdmin, aktifkan pangkalan data kelkom, dan cipta jadual


baru yang diberi nama login.

3. Bina sekurang-kurang 3 medan, iaitu

a. pengID: varchar; panjang=20: not null; kekunci primer;


b. pengLalu: varchar; panjang=15; not null ; kekunci default;
c. pengNama:varchar; panjang=40; not null; kekunci deafult.

4. Isikan beberapa rekod untuk digunakan sebagai percubaan semasa


membangunkan laman login.

5. Lancarkan Dreamweaver 8. Cipta laman PHP baru dan simpan sebagai


login.php

6. Bina Recordset baru mengikut tetapan berikut:

Name: q_login
Connection: kelkom
Table: login

Klik butang OK

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


30

7. Pada kawasan suntingan, taipkan Laman Login.

8. Masukkan Form ke dalam laman web. Pada menu bar, klik Insert > Form
> Form

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


31

9. Namakan Form tersebut sebagai login dengan cara menaipkan nama


form di dalam kekotak Form Properties di bahagian bawah kawasan
suntingan.

10. Masukkan satu jadual (3 baris x 2 lajur) ke dalam form tersebut.

11. Pada lajur pertama jadual, taipkan ID dalam baris pertama dan Kata
Laluan pada baris kedua.

12. Pada lajur kedua jadual, masukkan TextField dan namakan sebagai
pengID
(Klik pada baris pertama, lajur kedua jadual, kemudian klik Insert > Form >
Text Field)

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


32

13. Namakan Text Field tersebut sebagai login.

14. Dengan menggunakan kaedah yang sama, masukkan Text Field ke dalam
baris kedua, lajur kedua jadual dan namakan sebagai katalaluan. Tukar
Text Field type kepada Password

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


33

15. Seterusnya, masukkan butang arahan pada lajur kedua, baris ketiga
jadual.
(Insert > Form > Button)

16. Namakan Value butang tersebut sebagai Login, dan Action adalah Submit
form.

17. Masukkan satu lagi butang di sebelah kanan butang pertama, tukar Value
kepada Batal dan Action ditukar kepada Reset form.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


34

18. Klik + pada Task Pane Server Behaviors, pilih User Authentication > Log
In User.

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc


35

19. Lakukan tetapan berikut pada kekotak dialog Log In User.

20. Klik OK. Simpan fail anda.

21. Anda perlu membina satu lagi fail untuk digunakan sekiranya terdapat
kesilapan semasa pengguna memasukkan ID atau katalaluan. Untuk
memudahkan proses, kita akan mengubahsuai fail login untuk dijadikan
fail login kedua.

ANDA DIMINTA BERHATI-HATI MELAKUKAN LNGKAH INI.

22. Klik File > Save As dan namakan fail baru sebagai login2.php

23. Ubah perkatan Laman Login di bahagian atas kawasan suntingan


kepada Kombinasi ID Pengguna dan Kata Laluan tidak tepat, Sila Login
Semula warnakan font tersebut dengan warna terang.

24. Simpan fail tersebut.

25. Uji laman login anda.

SELAMAT BERJAYA

03 - Laman Web Dinamik PHP dengan Dreamweaver 8.doc

You might also like