Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SOALAN 1

Keutuhan wacana amat penting sama ada dalam wacana penulisan mahupun
wacana lisan. Keutuhan wacana dapat dikesan melalui wujudnya susunan yang
berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana (Faridah, Hashimah, Norliza &
Zairiniah, 2014). Oleh itu, konsep keutuhan wacana perlu berdasarkan beberapa
aspek yang penting. Menurut Kamus Dewan (2003), utuh merujuk kepada sesuatu
binaan yang lengkap dan sempurna manakala wacana pula ditakrifkan sebagai
kesatuan fikiran sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Keutuhan wacana juga
dikaitkan dengan bahan bacaan yang bermakna (Faridah, Hashimah, Norliza &
Zairiniah, 2014). Menurut Asmah Haji Omar (1986) keutuhan wacana dapat
dihasilkan apabila wujudnya koheren dan kohesi dalam sesuatu ayat. Kedua-dua
elemen tersebut dapat membentuk kumpulan ayat yang teratur dan sistematik.
Justeru, keutuhan wacana boleh ditakrifkan sebagai bahan bacaan yang mempunyai
kesatuan fikiran dan binaan yang lengkap terhasil apabila wujudnya koheren dan
kohesi dalam sesuatu ayat yang teratur.

Kesepaduan sesebuah wacana itu dicirikan oleh sifat kohesi dan koheren.
Kohesi atau tautan adalah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan
unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana yang mantap. Manakala, koheren
ataupun runtutan pula merupakan asas dalam pembinaan wacana iaitu
kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan
teks itu bermakna. Keutuhan wacana bertujuan bagi menentukan sesebuah wacana
itu berkualiti atau tidak. Ia dapat dilihat daripada hubungan bahagian-bahagian dalam
wacana daripada segi semantik, leksikal, gramatik dan fonologi.

HUBUNGAN DARI SEGI ASPEK SEMANTIK

Berdasarkan artikel Peribahasa dan Amalan Negatif oleh Izani Haji Daud,
saya akan menganalisis keutuhan wacana yang terdapat dalam artikel tersebut dari
aspek semantik. Hubungan dari segi semantik dimaksudkan sebagai jalinan makna
di antara satu ayat dengan ayat yang lain. Hubungan dari segi aspek semantik ini
dapat dilihat melalui beberapa bahagian iaitu hubungan sebab dan akibat, hubungan
sebab dan hasil, hubungan sebab dan tujuan, hubungan syarat dan hasil, hubungan
latar dan kesimpulan, hubungan perbandingan, hubungan sampingan dan hubungan
memperkuat isi.
Keutuhan wacana dari segi semantik dapat dilihat dalam artikel ialah:

Yang tersirat itu lebih penting daripada


yang tersurat.
Hubungan perbandingan (perenggan 1, baris 15-17)
Baik yang positif mahupun yang negatif.
(perenggan 2, baris 7-8)
Sikap seseorang yang tidak sabar atau
Hubungan sebab tergesa-gesa tanpa usul periksa yang
dan akibat menyebabkan orang yang tidak bersalah
menjadi mangsa. (perenggan 2, baris 13-18)
Bertaruh atau berjudi memberikan kesan
yang buruk kerana harta benda yang
dipertaruhkan akan membawa porak
peranda atau kesengsaraan. (perenggan 8,
baris 13-18)

HUBUNGAN DARI SEGI ASPEK LEKSIKAL

Selain itu, terdapat juga hubungan bahagian wacana daripada segi leksikal.
Hubungan wacana ini berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang
sesuai dengan makna yang ingin disampaikan. Terdapat empat konsep utama dalam
pemilihan leksikal iaitu sinonim yang menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kata
atau leksikal yng menyokong makna yang sama atau hampir sama, antonim yang
menunjukkan kata atau leksikal yang membawa makna yang bertentangan, hiponim
pula merujuk kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain serta
himonim iaitu hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan
yang lain dalam satu susunan.

Hubungan wacana dari segi leksikal yang terdapat dalam artikel ini ialah
antonim iaitu kata yang membawa makna berlawanan seperti pada muka surat
pertama iaitu. Sinonim yang terdapat dalam artikel ini pula ialah yang terdapat pada
perenggan keempat dan kelima.

Hubungan Petikan
Antonim positif mahupun yang negatif
Sinonim keruh atau kucar kacir
(perenggan 4, baris 10-11)
anak muda atau remaja
(perenggan 5, baris 6)

HUBUNGAN DARI SEGI ASPEK FONOLOGI

Hubungan dari segi aspek fonologi pula dapat dilihat daripada segi hentian,
nada dan intonasi suara. Ini dapat menimbulkan hubungan semantik di antara
bahagian wacana. Intonasi suara berperanan penting sebagai penanda dan pemisah
frasa dan pembeza struktur ayat. Hubungan wacana dari segi aspek fonologi pula
boleh dilihat dalam perenggan kesembilan artikel iaitu;

Setelah dewasa, dia akan berdikari dan ada sesetengah setelah berjaya, mula
melupakan orang tua yang mengasuh dan mendidiknya.
(perenggan 9, baris 15-19)

HUBUNGAN DARI SEGI ASPEK TATABAHASA (GRAMATIK)

Akhir sekali, wacana yang berkualiti mesti memperlihatkan hubungan


berdasarkan binaan tatabahasa. Ini dapat dilihat daripada penggunaan penanda
gramatik seperti kata hubung yang menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau
perenggan dengan perenggan yang lain sebagai penghuraian, pengembangan idea
dan penambahan idea. Kata rujukan pula ialah kata yang boleh menggantikan
sesuatu sama ada benda atau manusia melalui peleburan dan penggantian.

Jika dilihat dari segi hubungan berdasarkan binaan tatabahasa pula iaitu
pengunaan penanda gramatik seperti kata hubung. Kata hubung yang berfungsi
sebagai penghuraian dan pengembangan idea yang terdapat dalam artikel adalah
seperti berikut:

Kata hubung Fungsi Petikan


Selain itu Sebagai penghuraian Selain itu, melalui peribahasa, turut
digambarkan sikap seseorang yang
suka menghasut.
(perenggan 4, baris 1)
Dan Sebagai pengembangan Peribahasa merupakan khazanah
Dengan idea Melayu yang amat berharga dan
sebati dengan kehidupan masyarakat
Melayu. (perenggan 1, baris 3-4)

Kata ganti nama sebagai kata rujukan dibawah aspek hubungan dari segi
tatabahasa pula dapat dilihat melalui pengunaan kata ganti nama mereka dan dia
dalam perenggan keenam dan kesembilan artikel iaitu;

Masalah ini biasanya berlaku dalam kalangan pelajar sekolah yang tidak
mahu bertanya kepada guru walaupun mereka mempunyai kemusykilan atau
masalah dalam pembelajaran. (perenggan 6, baris 9)

Begitu juga dengan manusia semasa kecil dipelihara, diasuh dan dididik oleh orang
tuanya. Setelah dewasa, dia akan berdikari dan ada sesetengah setelah berjaya,
mula melupakan orang tua yang mengasuh dan mendidiknya.
(perenggan 9, baris 15)

Akhir sekali, peleburan atau penggantian untuk mengelakkan pengulangan


terhadap sesuatu maklumat terdapat pada (perenggan 3, baris 20-22), (perenggan 6,
baris 4-5) dan (perenggan 10, baris 8-9)
artikel iaitu;

Sebelum Selepas

Hal ini mengancam orang Hal ini bukan sahaja mengancam


ramai orang ramai, malah negara.
Hal ini mengancam negara

Sikap yang suka berdiam diri Sikap yang suka berdiam diri atau
Sikap yang malu bertanya malu bertanya.

Boleh merosakkan diri Boleh merosakkan diri dan keluarga.


Boleh merosakkan keluarga
Selain daripada menganalisis keutuhan wacana, saya juga menganalisis
penanda wacana yang terdapat dalam artikel ini. Sebelum itu, penanda wacana
boleh didefinisikan sebagai rangkai kata yang berfungsi menghubungkan sesuatu
idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis atau berucap. Penanda
wacana juga digunakan untuk merangkaikan ayat untuk mewujudkan satu kesatuan
ayat yang utuh. Terdapat tiga jenis penanda wacana iaitu penanda kronologi yang
memberi pengertian tentang persoalan tentang waktu. Yang kedua ialah penanda
organisasi. Penanda organisasi digunakan untuk mempertautkan sesuatu bahagian
wacana dengan bahagian yang lain dan yang ketiga ialah penanda idea yang
terbahagi kepada tiga bahagian kecil iaitu penanda idea untuk mengembangkan
idea, pertentangan idea dan hunbungan idea.

PENANDA KRONOLOGI

Setelah dianalisis, ketiga-tiga jenis penanda wacana ada dalam artikel


Peribahasa dan Amalan Negatif ini. Bagi penanda wacana yang pertama iaitu
penanda kronologi, contoh yang terdapat dalam arikel ialah penanda wacana
sehingga kini ataupun kini pada perenggan ketujuh.

PENANDA ORGANISASI

Seterusnya, penanda organisasi juga ada dalam artikel ini iaitu penanda
wacana misalnya. Penanda wacana ini kerap kali digunakan oleh penulis iaitu pada
perenggan kedua, ketiga, keempat, kelapan dan kesembilan.

PENANDA IDEA

Penanda idea juga digunakan dalam penulisan ini seperti penanda wacana
selain itu dan juga yang tergolong dalam bahagian penanda idea untuk
mengembangkan idea. Penanda idea yang menunjukkan pertentangan idea pula
ialah penanda yang terdapat pada perenggan ketiga dan keempat iaitu tetapi dan
walaupun. Penanda idea yang menunjukkan hubungan idea pula seperti penanda
oleh sebab itu ada digunakan dalam perenggan pertama artikel ini.
Tuntasnya, keutuhan wacana dan penanda wacana sangat penting dalam
penulisan ataupun pengucapan. Keutuhan wacana penting untuk kerana ia
menentukan sama ada sesuatu penulisan atau pengucapan itu boleh dianggap
sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.
Melaluinya juga kita dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa
secara lebih mendalam. Penanda wacana pula dianggap penting kerana fungsinya
untuk mewujudkan kesinambungan antara sebahagian wacana dengan wacana yang
lain sehingga membentuk satu kesatuan. Oleh itu, dalam membentuk satu wacana
yang mantap dan utuh, aspek-aspek seperti ini haruslah diberikan penekanan yang
lebih.

You might also like