Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Apa itu dadah?

Sebagaimana pengetahuan umum, Dadah ialah bahan kimia yang memberi kesan

kemudaratan ke atas pemikiran (psikoaktif), fizikal, emosi dan tingkah laku

seseorang.

Pada asalnya, dadah digunakan dengan bertujuan untuk merawat penyakit,

mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan. Jika

bahan ini digunakan dengan secara berlebihan, ia boleh menyebabkan kemudaratan

kepada diri kita sendiri.

Penyalahgunaan dadah merupakan penggunaan dadah secara berlebihan. Individu

yang mengambil dadah secara berlebih-lebihan akan merasakan perasaan gembira

yang keterlaluan dan menganggap diri mereka dapat melarikan diri dari kenyataan

hidup atau masalah mereka. Walhal, sebenarnya mereka hanya menambahkan

masalah kepada diri mereka sendiri. Apabila mereka sering mengambil dadah

secara berlebih-lebihan, mereka akan mula ketagih akan dadah dan meletakkan diri

mereka dalam keadaan bahaya.

Golongan yang selalu terjebak dalam aktiviti tidak sihat ini selalunya terdiri daripada

golongan remaja. Bukan hanya golongan remaja, bahkan golongan artis juga

sekarang banyak terjebak dengan aktiviti ini. Mereka ini selalunya bermula dari

peringkat remaja dimana mereka baru berjinak-jinak dalam kancah dadah ini, dan

aktiviti ini akan berterusan jika tiada usaha untuk berhenti. Bukankah peribahasa ada

mengatakan, "Alah bisa, tegal biasa." Maka masalah sosial ini perlulah dikenalpasti

akan punca berlaku masalah ini dan cara untuk menghindarinya.


Pengenalan

Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan usaha untuk mencegah masyarakat Malaysia daripada
terlibat dengan penyalahgunaan dadah di mana merangkumi 3 elemen penting iaitu:

Mencegah seseorang daripada mengambil dadah


Mencegah seseorang daripada menagih semula
Mencegah seseorang daripada mendapat bekalan dadah

Program

Keluarga Bebas Dadah

Fokus kepada peranan ibubapa dan ahli keluarga yang lain


Memberi kesedaran dan kemahiran intervensi kepada murid/pelajar

Institusi Pendidikan Bebas Dadah

Fokus kepada peranan murid/pelajar


Memberi kesedaran dan kemahiran intervensi kepada murid/pelajar

Tempat Kerja Bebas Dadah

Fokus kepada peranan majikan/pekerja


Memberi kesedaran dan kemahiran intervensi kepada majikan/pekerja
Mewujudkan persekitaran kerja selamat

Komuniti Bebas Dadah

Fokus kepada peranan komuniti


Memberi kesedaran dan kemahiran intervensi kepada komuniti
Mewujudkan persekitaran komuniti selamat

Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1Malaysia)

SKUAD 1Malaysia menggabungkan semua persatuan sukarelawan AADK di bawah satu


payung. Semua persatuan ini akan bergerak sebagai satu pasukan
Peranan SKUAD 1Malaysia ialah memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan
dadah kepada masyarakat dan memberi pertolongan dan sokongan kepada mereka yang
menghadapi permasalahan dadah dan menjadi ejen penyalur maklumat dan mempromosikan
perkhidmatan AADK
Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran dan keahlian SKUAD 1Malaysia, sila
klik http://skuad.adk.gov.my/
KESEDARAN AWAM
Kempen Kesedaran Awam mengenai bahaya dadah dan impaknya kepada kesihatan memerlukan
perancangan yang terancang dan menyeluruh supaya ia dapat difahami dan dirasai oleh semua
lapisan masyarakat. Kempen yang terancang dan menyeluruh pasti dapat membantu kerajaan dalam
menyebarkan mesej antidadah serta dapat memperkasakan masyarakat sebagai ejen antidadah di
kawasan masing-masing

Fungsi
Merangka strategi komunikasi untuk mendidik masyarakat, mendapatkan dan memelihara
sokongan orang ramai dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya melalui publisiti
Merancang dan menyelaras penyebaran informasi dan maklumat yang tepat dan terkini
dengan cara yang menarik, interaktif dan agresif
Merancang dan menyelaras penyediaan bahan-bahan kempen antidadah dalam bentuk
audio visual, bahan cetak, penerbitan bahan rujuk dan toolkits serta bahan berbentuk multimedia
yang terkini dan menarik
Memantau dan menyelia pelaksanaan program publisiti di AADK Negeri dan Daerah

Program
Kempen Ambil Kisah Ambil Tindakan
1. Microsite wecareweserve.org
2. Iklan TV
3. Iklan Radio
4. Press Ads
5. Billboard
Media Bersemuka
1. Pameran Bergerak (Bas Pameran)
2. Pameran Antidadah
Media Baru
1. FB SKUAD 1Malaysia
2. Twitter SKUAD 1Malaysia
3. Blog nodrugplease.blogspot.com
4. Youtube Mr. AADK
5. Laman Interaktif Antidadah
6. Instagram SKUAD !Malaysia
Media Cetak
1. Akhbar
2. Poster
3. Phamplet
4. Buku

You might also like