Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN INOVASI
KELAB DAN PERSATUAN
ZON SEBUYAU
2015

SEKOLAH KEBANGSAAN ST ANDREW ENTANGGOR,


D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAHSIOMUNJAN
94800 SIMUNJAN, SARAWAK
Email : standrew@gmail.com

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT


1.0 PENGENALAN 3
1.3 Tajuk 3
1.2 Latar Belakang 3
1.3 Objektif 4
1.3 Kos Projek 5
2.0 Pernyataan masalah 5
2.1 Permasalahan 5
2.2 Analisis Permasalahan 6
2.3 Analisis Permasalahan 6
2.4 Kaedah dan teknik Pemilihan masalah 6
2.5 Rasional pemilihan Projek 11
3.4 Pernyataan masalah 11
3.0 Proses Pelaksanaan Projek 12
3.1 Jawatankuasa Pelaksanaan 12
3.2 Sumber Dana 13
3.3 Jalinan Kerjasama 13
3.4 Proses Kerja 14
3.5 Buku Log 16
4.0 Penilaian Projek (Kemenjadian Projek) 17
4.1 Tinjauan/Kajian Literature 17
4.2 Penambahbaikkan yang dilakukan 22
4.3 Perubahan yang dilakukan selepas Projek Inovasi 22
4.4 Nilai Komersial 22
4.5 Akuan dan Kesahan 23
5.0 Kesimpulan Projek 23
6.0 Lampiran 24

2
1.0 PENGENALAN

1.1 Tajuk

Projek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Kebangsaan St Andrew Entanggor ialah bertajuk
KERUSI PUSAT SUMBER BERGERAK. Kerusi Pusat Sumber Bergerak ini adalah hasil inovasi
dalam penggunaannya. Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang melibatkan beberapa
orang pelajar bersama guru penasihat, Guru Besar, guru penolong kanan kokurikulum.

1.2 Latar Belakang

Di Sekolah Kebangsaan St Andrew di daerah Simunjan, tahap pencapaian


minat membaca amat berkurangan. Implikasi terhadap minat yang kurang ini
menyebabkan keputusan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu mengalami
prestasi yang rendah dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. Bahkan,
berdasarkan kajian mendapati murid tidak gemar pergi ke pusat sumber
Sekolah sama ada untuk membaca atau meminjam buku. Oleh itu, Kelab Pusat
Sumber mengambil tindakan dengan memilih tajuk ini bagi mencari satu
penyelesaian untuk meningkatkan minat membaca. Kelemahan dalam
penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat kanak-kanak akan
dibawa ke peringkat dewasa dan seterusnya (Catts, Fey, Tomblin, & Zhang,
2002; Lewis & Freebairn, 1992;Roth,Speece, & Cooper, 2002; Snowling, Bishop,
& Stothard, 2000 dan Law, Boyle,Harris, Harkness & Nye, 1998).Oleh itu, yang
menjadi tujuan daripada penulisan dokumentasi ini adalah bahawa terdapat
pelbagai pendapat dan pemikiran mengapa sikap malas membaca dalam
kalangan murid-murid sekolah ini masih tinggi dan melakukan kajian
mengenainya. Berdasarkan pinjaman buku dari pusat sumber sekolah yang
tidak memberangsangkan adalah indikator kepada minat membaca yang
rendah dalam kalangan murid sekolah ini. Berdasarkan tinjauan juga, didapati
penggunaan pusat sumber sebagai pusat membaca tidak begitu optimum dan
kadangkala tidak digunakan langsung terutamanya sewaktu rehat. Ini kerana
murid di sekolah ini hanya mengharapkan Pusat Sumber sebagai tempat
membaca. Masalahnya timbul pada hujung minggu dan cuti sekolah kerana
murid tidak dapat pergi ke pusat sumber. Cadangan Kerusi Pusat Sumber Bergerak
3
merupakan cadangan Kelab Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan St Andrew sebuah kelab yang
ditubuhkan bukan hanya untuk memperoleh ilmu pengetahuan malahan untuk menerapkan
semangat cintakan ilmu pengetahuan.

Di samping itu, matlamat Kelab Pusat Sumber Sekolah juga adalah untuk melahirkan insan
yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta emosi. Dengan itu semua aktiviti yang dianjurkan
adalah menjurus kepada penerapan nilai-nilai seperti kepentingan hidup bermasyarakat serta
menilai penggunaan masa lapang yang optima yang dapat memberikan keseronokan demi
kesejahteraan. Menyedari akan pentingnya budaya membaca di negara ini, Kelab Pusat Sumber
Sekolah menyediakan Kerusi Perpustakaan Bergerak sebagai usaha dalam melaksanakan wadah
kerajaan iaitu belajar sepanjang hayat dengan slogan 'Membaca Nadi Kejayaan Bangsa' di samping
untuk mendekatkan peranan perpustakaan kepada murid-murid untuk mendapatkan bahan bacaan
tambahan melalui perkhidmatan ini.

1.3 Objektif

1. Meningkatkan pencapaian Akademik dan melalui pembacaan buku-buku ilmiah.

2. Mewujudkan budaya membaca di kalangan warga sekolah.

3. Menggalakkan para murid menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas atau rakan
sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai.

4. cara untuk melahirkan budaya membaca dan merangsang tabiat membaca.

5. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya ilmu, mencintai ilmu dan menghargai maklumat
serta berpandangan positif dan progresif terhadap pembangunan diri, masyarakat, agama dan
Negara.

6. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang disediakan oleh


pihak pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu kecemerlangan murid.
7. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.

8. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.


4
9. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan
produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.

1.4 Anggaran kos projek

NO BARANG KUANTITI HARGA

1 Papan lapis ( 4 X 8) 2 x Rm40 Rm 80

2 Paku 1 inci x Rm2 Rm 4

2 inci x Rm2

3 Syelek 1 Rm 35

4 Roda 4x8 Rm 32

5 Cat 1 Rm35

JUMLAH Rm 186.00

1.4.1 Papan yang digunakan adalah papan terbuang.

2.0 Pernyataan Masalah

2.1 Permasalahan

Membaca merupakan aktiviti individu yang berinteraksi dengan teks dan


bahan yang dilihat, dibaca, didengar dan ditonton. Sejak dari dalam
kandungan ibu lagi seseorang bayi itu secara tidak langsung telah dipupuk
5
dan disemai sikap membaca melalui amalan si ibu. Ketika umur 3 atau 4
tahun peringkat awal bacaan berulang sehinggalah kanak-kanak itu
melangkah kaki ke alam persekolahan, amalan membaca berterusan dan
amat sinonim di dalam kehidupan. Kemerosotan minat membaca dalam
kalangan murid pada masa ini sangat ketara, perkara ini dapat dibuktikan
melalui hasil keputusan peperiksaan pelajar yang tidak tetap (konsisten)
setiap tahun, dan juga kemerosotan bilangan pengunjung ke Pusat Sumber.
Kegagalan menguasai minat membaca menyebabkan para pelajar
kehilangan sumber maklumat untuk tujuan menjawab soalan-soalan
peperiksaan, menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran, dan lain-lain
unsur negatif yang boleh memupuk minat terhadap pembacaan.
Sememangnya diakui, buku-buku dan lain-lain sumber pembacaan berfungsi
untuk memupuk minat membaca.Berdasarkan ingin meningkatkan minat
membaca inilah, projek Kerusi Pusat Sumber Bergerak dihasilkan. Setelah
dilakukan tinjauan serta maklum balas daripada guru Penyelaras Pusat
Sumber Sekolah, minat membaca ini berkurangan kerana beberapa sebab.
Justeru, pengkaji berminat untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh
murid-murid sekolah ini iaitu murid tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah yang
dikaji.

2.2 Analisis permasalahan

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menambahkan dan mengesan


amalan atau tabiat membaca murid-murid dalam aktiviti pembacaan di
sekolah. Projek ini juga diharapkan dapat memberi petunjuk untuk mencari
satu alternatif yang baharu untuk menangani masalah minat membaca
dalam kalangan murid-murid tersebut. Bahkan, projek ini diharapkan dapat
membantu murid-murid cinta kepada buku yang menjadi sumber ilmu dan
mewujudkan generasi muda yang cinta kepada ilmu pengetahuan serta
dapat menggunakan pusat sumber di sekolah.

2.3 Kaedah dan teknik pemilihan masalah

6
Kajian ini merupakan satu tinjauan yang dilakukan terhadap kaedah dan
teknik yang sesuai. Kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Kaedah
tinjauan yang dipilih ialah tinjauan secara rentasan iaitu pengumpulan data
dilakukan hanya satu kali daripada satu sampel dalam satu kajian. Dalam
kajian ini, kaedah melalui borang soal selidik akan digunakan. Kaedah ini
adalah merupakan antara kaedah yang paling digemari oleh para pengkaji
dalam mendapatkan dan mengumpul maklumat yang dikehendaki. Kaedah
ini sangat digemari oleh ramai pihak kerana sangat ringkas dan mudah
digunakan. Borang soal selidik merupakan borang yang berisi soalan serta
ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk
semua responden. Borang soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan
objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian. Kajian ini juga
menggunakan teknik soal selidik. Soal selidik merupakan teknik
mendapatkan jawapan secara bertulis dengan menyediakan borang soal
selidik dan soalan-soalan yang relevan mengikut objektif kajian. Soal selidik
boleh dijawab sendirian oleh responden tanpa kehadiran pengkaji.

Terdapat dua kelebihan dalam menggunakan kaedah borang soal selidik


iaitu setiap responden disoal dengan soalan yang sama. Oleh itu, pengkaji
boleh membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden
yang lain. Justeru, data yang dikumpul akan menjadi lebih mudah untuk
diproses dengan menggunakan komputer. Faedah lain pula ialah kaedah ini
akan mempercepatkan kerja mengumpul data dan memastikan mutu data
yang dikumpul adalah berkualiti. Dalam kaedah tinjauan rentasan, sampel
kajian adalah secara rawak. Kaedah persampelan juga dikenali sebagai
persampelan rawak mudah iaitu menggunakan sampel yang mempunyai
sifat yang hampir sama. Sampel terdiri daripada sekumpulan murid seramai
40 orang yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang
tinggal di kawasan tempat tinggal yang sama, belajar di sekolah yang sama,
menggunakan kemudahan yang sama dan juga 10 orang guru yang
mengajar di sekolah yang sama. Seramai 10 orang ibu bapa juga akan
dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Bentuk soalan yang akan

7
diberikan adalah berbentuk soalan tertutup dengan menggunakan skala
pengukuran ordinal iaitu penilaian dibuat dalam bentuk peratus.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi minat membaca dalam kalangan murid-murid
sekolah rendah. Pengkaji memilih tiga faktor yang diuji dalam borang soal selidik iaitu:
i) Faktor Rakan Sebaya
Faktor rakan sebaya dipilih kerana responden biasanya mempunyai rakan-rakan yang
mempunyai hobi dan minat yang sama di sekolah :
ii) Faktor Masa
Faktor masa adalah ditentukan melalui aktiviti yang dilakukan semasa waktu rehat dan
semasa waktu yang terluang di sekolah sahaja.
iii)Faktor Minat
Faktor minat adalah menguji minat serta kecenderungan responden melakukan aktiviti
semasa waktu rehat.

Analisa dapatan adalah mengikut skala yang telah ditetapkan oleh pengkaji seperti di bawah:
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju

Data NILAM sebelum kajian dijalankan.

Bilangan Kekerapan Peratus

21 25 buah buku (Cemerlang) 2 5%

16 20 buah buku (Baik) 5 12.5%

8
11 15 buah buku (Memuaskan) 8 20.0%

6 10 buah buku ( Sederhana) 10 25.0%

0 5 buah buku (Lemah) 15 37.5%

Jadual 30: Data NILAM Sebelum Kajian

Jadual di atas menunjukkan bilangan kekerapan murid membaca buku berdasarkan data
NILAM. Berdasarkan data di atas hanya 2(5%) murid membaca 21 hingga 25 buah buku
dalam sebulan. Manakala 15(37.5%) yang membaca hanya 0 hingga5 buah buku sebulan.

Hasil Dapatan Temu Bual Dengan Ibu Bapa

BIL ITEM SOALAN RESPONS


1. Apakah yang anda lakukan bersama Ibu bapa 1:Duduk berehat
keluarga pada waktu lapang? Ibu bapa 2: Menonton televisyen
Ibu bapa 3: Bersembang dan rehat
Ibu bapa 4: Duduk berehat
Ibu bapa 5:Berbual-bual dan berehat
Ibu bapa 6: Bermain Badminton dan
menunggang basikal
Ibu bapa 7: Membaca surat khabar
Ibu bapa 8: Pergi perpustakaan

9
Ibu bapa 9: Berkebun dan berbual-bual
Ibu bapa 10: Menonton televisyen
Ibu bapa 1:Menyuruh anak membaca
2 Bagaimanakah cara anda sendiri.
menggalakkan anak anak untuk Ibu bapa 2: Saya tidak tahu.
minat membaca? Ibu bapa 3: Menyuruh anak membaca
sendiri.
Ibu bapa 4: Tidak pasti
Ibu bapa 5: Menyuruh anak membaca
sendiri.
Ibu bapa 6: Menyuruh anak meminjam
buku di perpustakaan
sekolah
Ibu bapa 7: Membelikan buku
Ibu bapa 8: Hantar anak pergi ke
perpustakaan.
Ibu bapa 9: Tidak tahu
Ibu bapa 10: Menyuruh anak membaca

3. Adakah anda memperuntukkan Ibu bapa 1:Tidak


sebahagian sumber pendapatan untuk Ibu bapa 2: Tidak cukup wang
membeli bahan bacaan kepada Ibu bapa 3: Tidak cukup wang
keluarga? Ibu bapa 4: Tidak
Ibu bapa 5: Kadang-kadang
Ibu bapa 6: Tidak
Ibu bapa 7: Membeli surat khabar
setiaphari
Ibu bapa 8: Membelikan buku
setiapbulan.
Ibu bapa 9: Kadang-kadang
Ibu bapa 10: Tidak

10
Jadual 1: Temu Bual Bersama Ibu Bapa

Dapatan Temu Bual Dengan Ibu Bapa


Hasil daripada temu bual dengan ibu bapa, pengkaji dapat mengetahui penglibatan ibu bapa dalam
menggalakkan pembacaan anak-anak. Dalam temu bual yang telah dijalankan didapati seramai 2
orang ibu bapa yang mengadakan aktiviti yang berkaitan membaca jika ada masa yang terluang.
Selebihnya melakukan aktiviti yang tidak menjuruskan kepada aktiviti pembacaan. Manakala bagi
persoalan kedua pula iaitu cara ibu bapa menggalakkan anak-anak minat membaca ialah seramai 2
orang ibu bapa yang pasti dengan keputusan menggalakkan anak-anak membaca.

2.4 Rasional Pemilihan Projek


Pihak sekolah iaitu pentadbir yang dibantu oleh penyelaras pusat sumber perlu menjalankan
aktiviti yang menarik minat murid-murid untuk membaca. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan
dilaksanakan agar murid-murid didedahkan dengan aktiviti yang merangsang pembacaan mereka.
Kerusi Pusat Sumber bergerak adalah tempat aktiviti membaca dapat membantu menambahkan
perbendaharaan kata dan pengetahuan yang boleh digunakan oleh mereka dalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran. Contoh aktiviti seperti menjejak maklumat yang memerlukan
seseorang murid membaca buku, akhbar, majalah dan sebagainya. Selain itu ia berperanan sebagai
pusat pembelajaran dan ilmu pengetahuan bagi membudayakan minat membaca bersama ahli
keluarga kerana masyarakat Kampung Entanggor juga boleh menggunakan. Penyemaian budaya
membaca yang kukuh dan berterusan dapat membentuk sebuah masyarakat berkembang mantap
yang cemerlang, berilmu dan bermaklumat.

11
2.5 Pernyataan masalah

Pusat Sumber sekolah telah merancang untuk mendirikan sebuah pondok bacaan di sekolah tetapi
memerlukan kos yang besar. Sebagai jalan alternatif, kerusi pusat sumber bergerak dibuat bertujuan
untuk dijadikan sebagai tempat murid-murid membaca sambil menikmati udara segar, berehat
selepas bermain di taman dan sebagai tempat duduk untuk melakukan aktiviti-aktiviti di luar kelas.

3.1 Proses Perlaksanaan Projek

SK ST ANDREW
JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH

PENAUNG : Ecik Guan Ak Untai


Guru Besar

PENASIHAT : Encik Masfaidzal Bin Osman


GPK Kokurikulum

GURU PEMBIMBING : En Sharif Suhaidee Bin Sharif Miasin

PENGERUSI : Bethany Sandra Ak Christie ( Thn. 6 )


TIMB PENGERUSI : Mayvellin Das Ak Kadih ( Thn. 5 )
SETIAUSAHA : Shakira Ak Juno ( Thn. 6 )
BENDAHARI : Cathleen Mary Ann Ak Justie ( Thn. 6)
AHLI JAWATANKUASA : Christeren Ak Lelai ( Thn. 6 )

12
3.1.1 SENARAI BIDANG TUGAS/ PERANAN SECARA KHUSUS BAGI SETIAP
PERINGKAT

A. Peranan Guru Besar


Membincangkan pelaksanaan projek inovasi dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk
Kokurikulum dan jawatankuasa lain seperti JK Pemantauan dan Penilaian Kokurikulum.
Mempertimbang dan meluluskan permohonan melaksanakan projek.
Melantik jawatankuasa pelaksana di peringkat kelab dan persatuan.
Memantau pelaksanaan projek dan peruntukan kewangan.
Menyemak dan mengesahkan penilaian penghasilan projek inovasi.
Menyelaras bantuan khidmat agensi luar, pihak swasta , dan komuniti setempat.

B. Peranan Guru/Guru Pembimbing


Memastikan murid memilih projek yang selaras dengan objektif Projek Inovasi.
Melantik dan memandu jawatankuasa menjalankan tugas.
Menguruskan permohonan kelulusan kewangan melaksanakan projek, kebenaran waris,
kebenaran penglibatan pihak luar daripada pengurusan sekolah dan stakeholder.
Merancang dan memastikan strategi dan jadual operasi projek dengan kerjasama murid.
Memastikan jawatankuasa menguruskan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan
baik.
Menentukan murid melaksanakan projek dengan berkesan.
Memastikan jawatankuasa mendokumentasikan laporan projek.
Bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan kehadiran ahli dan laporan
kewangan.
Memastikan aspek bimbingan, pengawasan disiplin dan keselamatan kepada ahli-ahli
dititikberatkan.
Penghargaan kepada murid dalam bentuk hadiah dan sijil.

C. Peranan Murid
Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut standard yang ditetapkan.
Bertemu dengan guru pembimbing mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Membuat kajian awal dalam menentukan pemilihan tajuk, keaslian idea, hala tuju projek.
Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran analitikal yang
diperolehi sepanjang pembelajaran dan menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan
semua.
Menyerahkan buku log potfolio projek kepada guru pembimbing untuk semakan dan
pengesahan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Menyediakan laporan akhir projek berserta produk untuk proses penilaian.

3.2 Sumber Dana


Bagi merealisasikan projek ini, pihak sekolah mendapat Dana daripada :-
Sumbangan Yayasan Sarawak RM 100.00
PIBG RM 86.00
RM 186.00

13
3.3 Jalinan Kerjasama

Dewan mendefinisikan jalinan kerjasama sebagai sesuatu yang dijalin. kerjasama pula didefinisikan
sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau saling bantu-membantu (antara dua atau beberapa pihak).
Jalinan kerjasama juga turut membawa maksud koloborasi, permuafakatan dan perkongsian.
Jalinan erat antara pelajar dengan organisasi sekolah serta PIBG mewujudkan keseronokan dan
motivasi untuk para pelajar ke menyiapkan projek.. Pelbagai langkah-langkah menyiapkan projek
mampu dilaksanakan dengan mudah sambil dapat menggarab potensi dan sikap tanggungjawab
pelajar. Pihak sekolah memerlukan pihak luar bagi mendapatkan sokongan dana untuk menjalankan
program dan pihak luar pula sering memohon bantuan dari segi murid-murid dan guru untuk
melibatkan diri dalam program mereka. Perbincangan Guru Besar dan PIBG adalah dalam suasana
muzakarah, mencari penyelesaian masalah bagi mencari sumber kewangan. Di sinilah perlunya
komunikasi yang berkesan antara kedua pihak supaya persefahaman dapat dijalinkan. . Dalam
proses pelaksanaan, kerja sepasukan amat diperlukan. Ini adalah kerana semua kerja memerlukan
satu pasukan yang mantap. Oleh itu, semua warga sekolah bergerak ke satu visi dan satu matlamat,
iaitu menyiapkan Projek Kerusi Pusat Sumber Bergerak sekolah. Sememangnya kerja sepasukan
bukan mudah dilakukan. Banyak cabaran yang dihadapi namun kerjasama dan tolak ansur dari atas
ke bawah dan dari bawah ke atas dan juga yang setara membolehkan projek ini berjalan lancar.

3.4 Proses Kerja


3.4.1 Pelan perancangan projek
MULA

Guru Pembimbing
TAKLIMAT PROJEK

PEMILIHAN PROJEK &


Murid
PENYEDIAAN KERTAS
CADANGAN

PEMBENTANGAN Ketua Kumpulan


KERTAS CADANGAN

TIDAK
DITERIMA Guru Pembimbing
PEMBETULAN
YA
AKTIVITI PROJEK

14
PENYERAHAN HASIL
PROJEK DAN DRAF
LAPORAN
TIDAK
DITERIMA
PENAMBAHBAIKAN
YA

MEMBENTANG PROJEK Murid

Murid
MENGHANTAR LAPORAN

Panel / Guru

MENYEMAK LAPORAN &


MENILAI HASIL PROJEK

TAMAT

3.4.2 Aliran Proses Kerja

Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:


1. Januari : Mesyuarat Kelab Pusat Sumber Sekolah = Program Inovasi akan dimasukkan
dalam agenda mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi AJK akan memulakan
pencarian idea-idea yang boleh diinovatifkan dengan melayari laman sesawang serta
rujukan buku
3. Mac : ( Bengkel Inovasi )
4. Mei : Pemilihan Tajuk Projek
5. Jun-Ogos: i) Mendapatkan dana
ii) Membeli dan menyediakan barang projek
iii) Proses dimulakan dan dibantu oleh tenaga guru.Murid menyediakan buku log,
lakaran dan sebagainya.Setelah siap, murid menyerahan hasil projek dan draf
laporan kepada guru.
iv) Murid bersama guru menyediakan dan menghasilkan projek.
v) Pertandingan inovasi kelab/ persatuan

15
3.5 Buku Log

16
Contoh helaian buku log yang digunakan oleh murid.

4.0 Penilaian Projek (Kemenjadian Projek)

17
4.1 Tinjauan/Kajian Literature

Kajian Literatur membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh Kelab


Pusat Sumber. Secara umumnya banyak faktor yang mempengaruhi minat
membaca dalam kalangan murid sekolah ini. Adalah diharapkan dengan kajian
ini dapatlah memberi satu input untuk meningkatkan minat membaca dalam
kalangan murid sekolah ini. Salah satu daripada reformasi dalam pendidikan
kini ialah ke arah menjayakan prinsip pendidikan sepanjang hayat. Salah satu
daripada ciri utama insan baik dan warganegara yang berguna ialah ciri
berilmu pengetahuan. Kedua-dua hal tersebut dengan jelas menunjukkan
hasrat kita bersama untuk membina kekuatan bangsa dan negara di atas
landasan ilmu pengetahuan. Malahan tamadun bangsa dan negara juga perlu
diwadahi oleh ilmu pengetahuan. Justeru, pengkaji mengharapkan agar kita
dapat memperkuatkan tapak asasnya supaya menjadi mantap dan kukuh,
menjadi tamadun yang luhur dan unggul. Walau sehebat mana pun sesesuatu
bangsa itu, jika ianya hanya sekadar gagah dari segi fizikal tidak dari segi
mental, bangsa tersebut akan dipandang rendah dan kurang nilai peribadinya.
Bak kata perpatah Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina. Betapa tingginya nilai
ilmu sehingga kita diseru supaya menuntut ilmu tidak kira di mana walaupun
benua yang belum pernah kita jejaki. Begitulah hebatnya tuntutan dari segi
menuntut ilmu kerana dengan hanya membaca kita akan mendapat pelbagai
maklumat dan info dari seluruh tempat melalui buku, surat khabar, majalah,
jurnal dan pelbagai bahan bacaan yang dijual di kedai-kedai buku dan di
perpustakaan seluruh negara.
Jika kita di negara ini benar-benar percaya bahawa buku dan minat
membaca penting untuk diri kita sendiri dan untuk pembangunan negara,
maka rasanya kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk
mewujudkan keadaan yang boleh membawa kepada timbulnya kesedaran
terhadap buku(book consciousness) yang menyeluruh dalam kalangan
penduduk di Malaysia, terutama sekali dalam kalangan anak-anak dan murid-
murid sekolah serta di tadika-tadika. Murid-murid yang membaca buku teks
belum tentu sudah mempunyai minat membaca yang akan menjadi tabiat yang
berkekalan pada murid-murid itu di kemudian hari. Mereka hendaklah

18
digalakkan membaca buku umum, iaitu buku yang tidak ada kena-mengena
dengan buku teks.

4.1.1 Kajian Berkaitan

4.1.1.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Membaca

Minat membaca adalah sumber motivasi kuat bagi seseorang untuk


menganalisis dan mengingat serta menghalusi bacaan yang telah
dibacanya, yang merupakan pengalaman belajar menggembirakan dan
akan mempengaruhi bentuk serta intensiti seseorang dalam menentukan
cita-citanya kelak di masa yang akan datang. Hal yang demikian, adalah
sebahagian daripada proses pengembangan diri yang harus sentiasa
diasah sebab minat membaca tidak diperoleh dari lahir .
(Petty&Jensen,1980;Hurlock,1993. Menurut Safiah (1979) terdapatnya
faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar kurang minat untuk membaca.
Pertama, kurangnya minat membaca dalam kalangan pelajar menjadi
penyumbang utama ke arah fenomena ini. Pelajar hari ini didedahkan
kepada sumber-sumber hiburan lain yang lebih menarik berbanding
dengan bahan bacaan yang berunsur lebih ringan, padat dan berbentuk
hiburan. Kedua, tidak ada galakan daripada ibu bapa kerana terdapat
sesetengah ibu bapa juga tidak berminat untuk membaca terutamanya
bahan-bahan bacaan yang berunsurkan akademik.. Ketiga, kurangnya
pendedahan tentang kepentingan membaca dalam kehidupan harian
terutamanya kepada diri pelajar. Keempat, harga buku yang mahal.

Dapatan kajian Kathy (1994) membuktikan bahawa kekurangan buku-


buku berbentuk rekreasi dipasaran merupakan faktor kekurangan minat
pelajar. Beliau mencadangkan kelab membaca ditubuhkan agar pelajar
19
boleh digalakkan membaca dengan adanya sedikit cenderahati dan
menyeru pihak penerbit atau pengarang menghasilkan buku-buku dalam
bentuk rekreasi yang sesuai untuk dibaca oleh pelajar. Kajian Kathy
(1994) juga menggunakan teknik baca kuat untuk menggalakkan pelajar
membaca dan buku percuma diberikan kepada pelajar yang terlibat.
Buku-buku bentuk rekreasi perlu ditambahkan untuk menggalakkan
minat membaca dalam kalangan pelajar. Dalam memupuk minat
membaca dalam kalangan pelajar, seharusnya ada galakan berbentuk
motivasi intrinsik atau motivasi ekstrinsik daripada pihak ibu bapa atau
guru. Ina Sue (1994) menjalankan kajian ke atas 39 orang murid Gred 3
dengan tujuan memupuk keseronokan membaca di kalangan murid dan
murid memilih untuk membaca apabila terdapatnya galakan, pilihan
bahan bacaan dan masa untuk membaca. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa murid membaca dengan penuh minat setelah
mendapat galakan daripada ibu bapa dan guru.

a) Faktor Motivasi dan Minat


Menurut Marohaini Yusoff (1999), faktor dalaman yang mempengaruhi
masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek psikologi adalah
seperti minat, motivasi dan konsep diri. Kesemua perkara yang
dinyatakan sebenarnya merangkumi motivasi intrinsik iaitu motivasi dari
dalam diri pembaca itu sendiri. Minat dan motivasi memainkan peranan
yang amat besar bagi memupuk kebolehan membaca dalam kalangan
pelajar. Kemahiran membaca sebenarnya memerlukan pembelajaran
berterusan untuk memahirkan seseorang pelajar dengan huruf-huruf dan
struktur ayat. Maka, minat dan motivasi amat diperlukan seseorang
pelajar untuk menyemai minat membaca.

Menurut Sylvia Ashton Warner (1973), satu kaedah untuk meningkatkan


minat membaca dan memotivasikan pelajar membaca dengan
menggunakan cerita-cerita yang dibuat oleh pelajar sendiri berdasarkan
topik-topik yang diminatinya. Pada kebiasaannya, pelajar akan tertarik
sesuatu bahan bacaan yang menarik minatnya. Sekiranya sesuatu bahan
bacaan yang dapat menarik minat mereka, maka mereka akan terus
20
membaca walaupun sesuatu bahan bacaan yang dibaca itu dianggap
susah berdasarkan peringkat umur mereka. Dalam konteks ini, guru perlu
peka terhadap persekitaran yang berlaku di sekeliling pelajar supaya
pelajar lebih minat untuk menerapkan minat pembacaan dari awal usia
lagi. Guru perlu mencari suatu kaedah bagaimana menunjukkan
kepentingan membaca dengan menjadikan membaca sebagai suatu
amalan hidup. Program Buku Nilam perlu kerap dianjurkan dan pengisian
perlu menarik minat pelajar.

b) Permasalahan Yang Dihadapi

Nik Safiah Osman (1990) mengatakan bahawa betapa penting faktor


motivasi kendiri dalam hal tabiat membaca. Jika seseorang itu tidak
berminat untuk membaca, kita tidak dapat memaksanya berbuat
demikian. Satu kajian yang dibuat di maktab perguruan membuktikan
lebih sedikit daripada separuh sahaja sampel bersetuju akan kepentingan
membaca untuk menambah ilmu pengetahuan (55.1%). Sikap sampel
juga amat selektif dalam kegiatan membaca, iaitu bahan yang dibaca
kebanyakkannya adalah bahan akademik yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang mereka pelajari (Safiah Osman, 1990).

c) Faktor Rakan Sebaya

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-


kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang
sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini
mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal
yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada
keluarga dan juga di sekolah. Rakan sebaya mempunyai tarikan yang
kuat untuk melenyapkan minat membaca. Tahap umur dari 7 hingga 12
tahun merupakan tahap umur yang lebih kepada berminat untuk

21
bermain.Sekiranyaseseorang murid itu mempunyai rakan yang minat
membaca, pasti mereka akan mempunyai minat yang sama.

Di samping itu, Najibah(2009)[10] telah membuat satu bancian tentang


orang yangpaling mempengaruhi tabiat membaca dalam diri para
peminat melalui Goodreads danBukuria. Keputusan bancian itu
menunjukkan bahawa ibu bapa dan ahli keluarga adalah dayagerakan
utama pembaca, diikuti oleh pembaca sendiri, kawan-kawan dan
terakhirnya adalahguru dan program membaca. Selain itu, pihak sekolah
juga sedikit sebanyak memainkan peranan penting dalam mendidik insan
kelas pertama supaya gemar membaca.

d) Kurang Galakan Ibu bapa


Menurut Hassan Mohd Ali (2005) ibu bapa seharusnya sentiasa
merangsang minat membaca. Sewaktu tiga tahun pertama usia anak,
otak berkembang dengan pesat dan mampu menyerap dengan mudah
apa sahaja rangsangan yang diterima. Peluang ini harus digunakan
dengan bijak oleh ibu bapa untuk merangsang otak anak dan mengajar
mereka sebanyak mungkin kemahiran terutamanya kemahiran
membaca. Kebolehan membaca merupakan rangsangan yang amat
bererti untuk meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak. Paksaan dan
rangsangan yang terlalu banyak mungkin akan membosankan dan
membebankan anak. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil tahu
tentang pembacaan buku anak-anak. Justeru anak kurang diberi galakan.

e) Sosio ekonomi Keluarga

Banyak kajian yang telah menunjukkan wujudnya pengaruh taraf


statussosioekonomi keluarga terhadap pencapaian dan kebolehan kanak-
22
kanak dalam bacaan(Juriah Long,1975; Asiah Abu Samah, 1977). Pelajar
daripada keluarga status ekonomilebih tinggi didapati memperoleh
pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajardaripada
statussosioekonomi yang lebih rendah.Bolt (1992) yang menjalankan
kajian di Canada ke atas 530 orang murid darjahempat, enam dan lapan
untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca
denganpersekitaran. Beliau mendapati kualiti persekitaran pembacaan
dan cara interaksi di rumahmemberi kesan yang positif ke atas
pembacaan kanak-kanak. Tahappendidikan ibu bapajuga menunjukkan
hubungan yang signifikan tetapi minat membaca di kalangan ibu
bapamenunjukkan korelasi yang rendah ke atas pembacaan kanak-
kanak.

f) Kepentingan Membaca
Membaca adalah satu budaya ilmu yang memupuk pembangunan
intelektual, rohaniah dan emosi individu. Membaca membangunkan
kecerdikan intelektual seseorang individu., justeru membentuk fikirannya
menjadi lebih kritis dan kreatif seterusnya melahirkan masyarakat yang
progresif dan berdaya saing. Membaca juga dapat meningkatkan
kecerdikan rohani dan emosi yang menjadikan seseorang individu
tersebut sedar akan kepentingannya menyumbang ke arah
pembangunan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan. Hal yang
demikian telah terbukti daripada banyak negara yang maju, rakyatnya
adalah daripada golongan yang gemar membaca dan menjadikan
membaca sebagai satu aktiviti yang wajib dalam kehidupan (US
Department of Education,2002).

23
4.1 Penambahbaikan Yang Dilakukan

Pada bahagian kaki kerusi tersebut, akan ditambah empat biji roda kecil. Ini untuk memudahkan
untuk mengalih kedudukan kerusi untuk member keselesaan kepada pembaca sekiranya.Bahkan,
roda ini mempunyai kekunci yang membolehkan pembaca menggerakkan kerusi itu pegun.

4.3 Perubahan yang dilakukan selepas projek inovasi

Untuk perubahan, pada bahagian atas kerusi perlu ditutup untuk memudahkan kerusi ini diletakkan
di kawasan terbuka seperti di tepi padang. Ini bertujuan untuk mengelakkan buku daripada basah
apabila hujan.

4.2 Nilai Komersial


Untuk merealisasikan hasrat murni iaitu amalan membaca, percubaan mesti dilakukan untuk
mengetahui keberkesanan dan sambutan kerusi pusat sumber bergerak. Kita tidak tahu berapa ramai
penduduk setempat berminat untuk membaca buku jika ada projek bergerak. Kepentingan Kerusi
Pusat Sumber bergerak adalah untuk memudahkan bacaan buku. Bagi suri rumah yang sibuk
dengan urusan rumah tangga, projek akan memberi peluang kepada mereka mengenali dan
memperoleh buku selepas dibuat pilihan. Oleh itu, kebimbangan kita terhadap segala lapisan
masyarakat yang tidak gemar membaca perlu dicari puncanya. Jika kita gemar memerhati gelagat
orang di stesen bas daripada membaca, kita juga mesti menghurai puncanya.
24
5.0 Akuan dan Kesahan

Projek ini mudah dan selamat digunakan.

6.0Kesimpulan projek
6.1 Masalah dan Kekangan yang dihadapi
Pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi penyiapan Projek. Jantina boleh
mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya dalam cara berpakaian,
berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam pencapaian akademik (Campbell dan Clewell
1999). Dalam menghasilkan Kerusi Pusat Sumber Bergerak ini, banyak tenaga yang diperlukan
kerana ia adalah projek kayu. Memandangkan pelajar sekolah ini hanya 20 orang dan pelajar lelaki
Cuma 3 orang Tahap 2, kepenatan terasa dan menjadi kekangan yang dihadapi dalam menghasilkan
projek ini.

6.2 Kaedah Penyelesaian Masalah


Untuk mengatasi masalah ini, setiap proses menyiapkan projek perlu dibimbing oleh guru
termasuk Guru Besar. Guru-guru sekolah ini sentiasa bersama-sama dengan murid untuk
menyiapkan projek. Persiapan awal juga dilakukan bagi menjadikan aktiviti ini lebih seronok dan
santai tanpa mengejar masa.

6.3 Tindakan Susulan


Menyediakan jadual bertugas menyiapkan projek.

6.4 Cadangan Penambahbaikan


Setiap rak tepi Kerusi Pusat Sumber bergerak dan rak atas perlu ditutup untuk mengelakkan buku
basah apabila hujan. Ia juga menjadikan rak lebih kemas dan teratur.

25
6.5 Rumusan Projek
Semoga hasrat sekolah untuk memupuk tabiat membaca dan belajar di mana juga akan tercapai.
Akhirnya akan dapat melahirkan murid yang berketrampilan, berdikari dan bersemangat akan
tercapai melalui kemudahan ini. Pembinaan kerusi pusat sumber bergerak yang dilengkapi dengan
bahan bahan bacaan seperti surat khabar lama, buku buku cerita mampu menyemai minat
pelajar. Sebagai contoh, ketika waktu rehat, sesetengah pelajar tidak ke kantin, jadi kesempatan ini
mereka gunakan untuk duduk dikerusi pusat sumber bergerak sambil membaca
buku.Kesimpulannya, diharapkan pertandingan ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam
kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu
kemahiran yang telah dipelajari dalam pembelajaran. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat
melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan
manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

26
LAMPIRAN MENYIAPKAN PROJEK

PROJEK INOVASI SK. ST. ANDREW,ENTANG OR 27


28
29
30
31
32

You might also like