Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Material / Bahan

Bahan yang digunakan untuk membuat Candi Bendang Dalam ialah melalui batu bata,

batu sungai, batu sabak, batu granit dan batu laterit. Candi Bendang Dalam dibuat daripada

bahan-bahan yang terdapat tidak jauh daripada penempatan masyarakat pada ketika itu. Bahan

asas iaitu bahan utama bagi pembuatan candi ialah batu-bata.

Pembinaan Candi Bendang Dalam

Candi Bendang Dalam yang terawal di Kedah telah dibina melalui batu bata semula jadi

yang diperoleh dari kawasan tidak jauh daripada tempat tinggal masyarakat pada ketika itu.

Sebelum pembinaan melalui batu-bata, candi-candi tersebut telah dibina melalui batu laterit, batu

sungai, batu lumpur dan batu sabak. Batu-batu besar ini dipotong menjadi blok-blok batu yang

lebih kecil dan ini memperlihatkan kepada kita betapa mahir masyarakat di Kedah Tua pada masa

itu sudah mahir dalam kerja-kerja memotong batuan besar menjadi blok-blok yang lebih kecil,

mahir dalam pengukuran saiz, seni bina dan matematik.

Kemahiran dan kebolehan masyarakat di Kedah Tua ketika itu dapat dilihat dengan

jumpaan-jumpaan candi-candi yang mana walaupun bersaiz kecil jika hendak dibandingkan

dengan di Sumatera tetapi sudah cukup untuk membuktikan kepada kita kebolehan dan

penguasaan mereka dalam bidang sains dan teknologi. Perkembangan teknologi seni bina candi di

Kedah Tua akan dilihat dengan teliti dalam aspek teknologi penggunaan bahan-bahan binaan dan

evolusinya.
Teknologi pembinaan candi di Kedah Tua pada tahap awal dibina dengan menggunakan

batu semula jadi seperti batu laterit, batu lumpur dan batu sabak. Tahap berikutnya candi di

Lembah Bujang dibina dengan menggunakan batu granit, batu sungai dan batu bata. Tahap ini di

kelaskan berdasarkan pentarikhan relatif yang dibuat ke atas artifak-artifak yang berasosiasi

dengan tapak terutamanya jumpaan-jumpaan inskripsi dan seramik perdagangan.

Secara umumnya, bata ialah blok berbentuk segi empat tepat yang dihasilkan daripada

tanah liat. Tanah liat yang menjadi asas pembuatan bata ini mudah didapati di lembah-lembah

sungai dan paya. Bata secara umumnya dapat dide nisikan sebagai sebuah bongkah daripada

tanah liat berbentuk segi empat tepat dan dibakar pada suhu tertentu dan digunakan untuk tujuan

binaan. Bata telah digunakan dalam pembinaan sejak lebih kurang lima ribu tahun dahulu dan

masih kekal menjadi bahan asas pembinaan yang penting pada hari ini. Bata digunakan untuk

membina pelbagai jenis binaan seperti tembok, dinding, tiang, lantai, tangga, jalan dan sebagainya.

Dalam konteks penggunaan bahan binaan daripada bata di Lembah Bujang, didapati

bahawa pada tahap awal iaitu di antara abad ke-6 hingga abad ke-9 Masihi, saiz bata yang

digunakan adalah pelbagai dan saiz bata tersebut selalunya besar. Candi yang dibina dengan

menggunakan bata pada abad ke-6 hingga ke-9 Masihi tidak mempunyai saiz piawai dan saiz bata

pada candi ini kadang-kadang mempunyai antara lapan hingga 9 saiz bata yang berlainan.

Bata yang paling besar selalunya diletakkan pada bahagian dasar candi, pada bahagian

lapisan tengah dinding atau tembok serta pada lapisan paling atas. Bata yang paling besar

yang selalunya berfungsi sebagai pemberat untuk menampung struktur dinding atau tembok candi

agar kukuh dan tidak mudah jatuh. Candi yang dibina dengan menggunakan bata antara abad ke-

10 hingga 13 Masihi di dapati menggunakan bata yang lebih nipis dan bersaiz kecil serta
mempunyai saiz piawai. Candi ini juga mempunyai seni bina yang lebih baik berbanding candi

pada zaman sebelumnya dan cara susunan bata itu juga nampak teratur dan sistematik.

You might also like