Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Komponen Pangkalan Data

Sistem pangkalan data terdiri daripada 5 komponen penting iaitu perkakasan, perisian, data,
tatacara dan pengguna

a) Data
Perkataan data merangkumi fakta yang disimpan di dalam pangkalan data. Ini kerana data
adalah fakta mentah daripada maklumat di mana ia dihasilkan dan penentuan di mana data
di masukkan ke pangkalan data dan bagaimana dihasilkan data untuk mengendalikan dalam
menghubungkan maklumat pekerjaan pereka pangkalan data.

b) Perkakasan

Ditakrifkan kepada semua alatan elektronik yang dipasang pada papan litar tercetak dan
membentuk kad. Ia boleh dilihat secara fizikal. Sistem pangkalan data selalunya boleh di
kenali pada perkakasan seperti sebuah komputer mikro, komputer kerangka utama dan ada
pula yang memerlukan rangkaian luas dalam persekitaran pelayan-pelayan.

Kemajuan teknologi komputer memberikan kesan terus kepada kemampuan suatu sistem
pangkalan data. Umumnya sistem pangkalan data memerlukan ruang memori dan storan
yang besar untuk menampung jumlah yang banyak. Ia juga memerlukan komputer dengan
kuasa pemprosesan yang tinggi bagi mengendalikan urus niaga serentak dalam masa yang
singkat.

c) Perisian

Komponen perisian terdiri daripada :


i. DBMS iaitu perisian pengurusan pangkalan data.
DBMS merupakan sistem perisian yang menyediakan beberapa perkhidmatan kepada
pengguna dan aturcara penggunaan berkaitan dengan pengurusan pangkalan data.

ii. Perisian penggunaan


Perisian penggunaan merupakan atur cara yang ditulis oleh pengatur cara penggunaan bagi
menyelesaikan satu-satu masalah. Biasanya ia ditulis dalam bahasa peringkat tinggi seperti
C atau COBOL, SQL, Oracle Corporations Oracle dan IBMs DB2.

iii. Perisian sistem kendalian


Perisian sistem kendalian adalah penting bagi menyokong DBMS dan membekalkan antara
muka pengguna yang serasi. Kejayaan sistem pangkalan data bergantung kepada
komunikasi yang licin di antara DBMS dan sistem kendalian. Jika sistem pangkalan data
dalam persekitaran rangkaian digunakan, perisian rangkaian juga menjadi sebahagian
daripada komponen sistem pangkalan data bagi menyokong pemindahan data dan
komunikasi dalam rangkaian.

Contoh perisian sistem kendalian ialah disk operating system (DOS), OS/2 dan Windows
2000, diguna pakai oleh mikrokomputer; UNIX dan VMS diguna pakai oleh minikomputer;
dan MVS diguna pakai oleh komputer kerangka utama IBM .

d) Tatacara

Adalah suatu arahan dan peraturan yang ditadbirkan dalam mereka dan menggunakan
sistem. Tatacara amat penting dalam sesebuah syarikat kerana ia boleh menguatkuasakan
piawaian di mana menghubungkan perniagaan diantara pelanggan dan organasasi.
Tatacara juga digunakan dalam meneliti sesebuah organasasi dan mengaudit data melalui
pangkalan data dan maklumat dijanakan kepada pengguna melalui data.

e) Pengguna

Pengguna boleh dibahagikan kepada pengguna akhir biasa, pengguna akhir atasan
pengaturcara, juruanalisis sistem dan pentadbir pangkalan data.

i) Pengguna akhir biasa


Tidak mengetahui mengenai pelaksanaan sesuatu sistem, pengguna berinteraksi
berdasarkan pertanyaan oleh sistem.
Contoh: Pengguna mesin ATM

ii) Pengguna akhir atasan


Pengguna akhir atasan akan memberikan pertanyaan secara langsung memggunakan
bahasa pertanyaan. Mereka menggunakan data untuk membantu membuat keputusan.

iii) Pengaturcara dan juru analisis sistem


Merekabentuk pangkalan data secara logikal dan fizikal. Menulis aturcara aplikasi untuk
pengguna akhir dengan menggunakan bahasa DBMS atau aturcara COBOL atau C++.

iv) Pentadbir
Bertanggungjawab di atas perancangan, rekabentuk, ciptaan, penyenggaraan dan kawalan
pangkalan data untuk memenuhi kehendak pengguna

You might also like