Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

AG 3733

PERBANDARAN DAN PEMBANDARAN

1. PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara, mempunyai dua kawasan

utama yang terpisah oleh Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia,

bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan. Malaysia Timur pula,

terletak di bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan

dan Brunei di utara.

Literalnya, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), mentakrifkan bandar sebagai

"tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan ada banyak urusan dan perniagaan

dijalankan." Ringkasnya, takrifan bandar ini masih menumpu kepada corak ekonomi,

seperti kewujudan gedung beli - belah, hiburan, sektor industri dan perkilangan, jumlah

penduduk yang ramai dan tumpuan fokus pentadbiran negara.

Dalam melihat kepada tren perkembangan bandar di Malaysia, terdapat dua

aspek utama yang dilihat iaitu proses pembandaran yang berlaku, dan aspek yang

kedua adalah pertumbuhan penduduk bandar itu sendiri.

2. PEMBANDARAN

Menurut buku tulisan John Friedman dan Robert Wulff, terjemahaan Nor Aziah Ali yang

bertajuk Perubahan Bandar: Kajian Pembangunan Perindustrian yang baru (1986),

Pembandaran boleh didefinisikan sebagai penumpuan penduduk di beberapa

petempatan dengan aktiviti ekonomi utama adalah perkhidmatan, perdagangan dan

industri-industri baru. Katiman Rostam, dalam buku Konsep Asas Geografi Manusia

(1990), pula mentakrifkan pembandaran sebagai satu proses perubahan masyarakat ke

arah yang lebih terbandar, melibatkan perubahan yang berlaku meliputi perubahan

1
budaya, nilai, pemikiran, cara hidup, organisasi sosial dan sebagainya. Ia juga meliputi

perubahan struktur ekonomi dan perkerjaan penduduk daripada pertanian kepada

pemprosesan, pembuatan, dan pemasaran. Proses perubahan budaya dan fizikal

daripada bersifat desa kepada keadaan yang lebih terbandar. Oleh itu, proses

Pembandaran dapat dikatakan sebagai satu proses yang meliputi semua perubahan ke

arah menjadi bandar.

Namun para intelek yang mengkaji proses pembandaran yang berlaku di dunia

ketiga mempunyai dua pandangan yang utama mengenai proses pembandaran. Iaitu

yang pertama ialah bandar dilihat sebagai kawasan istimewa atau enklaf yang dikelilingi

oleh dunia petani. Dalam enklaf ini, kumpulan elit hidup mewah dengan kuasa dan harta

yang telah mereka warisi atau himpunkan semenjak negara mereka mencapai

kemerdekaan. Manakala pandangan yang satu lagi, melihat bandar sebagai sasaran

tumpuan, pusat pemodenan yang bertindak sebagai penggerak bagi pertumbuhan

ekonomi, iaitu pusat dari mana faedah pemodenan meluas untuk menghidupkan semula

sektor pertanian yang lembab.

Pada umumnya, tiga aspek utama proses pembandaran boleh dilihat, iaitu

demografi, ekonomi dan sosial. Sementara aspek demografi pula boleh dibahagikan lagi

kepada beberapa aspek iaitu bandar-bandar berkembang dengan pesatnya dalam

negara-negara kapitalis sedang membangun dari tahun 1800 dan seterusnya dalam tiga

cara iaitu, kerana pertambahan penduduk, petempatan-petempatan yang dahulunya

dijeniskan sebagai luar bandar sekarang dijeniskan sebagai bandar, melalui lebihan

kadar kelahiran berbanding kadar kematian (pertambahan semulajadi) dan disebabkan

oleh perpindahan dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar, serta dari aspek jumlah

bahagian penduduk yang tinggal di bandar bertambah berbanding dengan penduduk

yang tinggal di luar bandar.

2
Peta 1.1: Pembandaran menurut daerah di Semenanjung Malaysia, 1980.

Darjah Pembandaran % Bilangan Daerah Peratus


Lebih 80 2 2.6
60 79.9 7 9.0
40 59.9 4 5.1
20 39.9 16 20.5
Kurang 19.9 49 62.8
Jadual 1.1:Darjah Pembandaran menurut daerah di Semenanjung Malaysia, 1980.

Sumber : Katimah Rostam,1988.

3
Oleh itu, secara umumnya proses pembandaran yang berlaku di Malaysia adalah

disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah :

2. 1 ) Pertumbuhan bandar

Bandar berkembang akibat penduduknya yang bertambah. Pertumbuhan

penduduk bandar berpunca dari sama ada pertambahan semulajadi, perpindahan dari

luar bandar ke bandar (migrasi) dan perluasan sempadan kawasan bandar. Semasa

penghijrahan dan peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu juga telah menyebabkan

Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur. Kewujudan bandar-

bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan dan perdagangan seperti

Raub - pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan

keretapi yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan

akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu telah

menyumbang kepada perkembangn bandar di Malaysia.

Sekiranya ditinjau pada pertumbuhan bandar-bandar mengikut saiz penduduk

sejak 1957, didapati pada tahun 1970 kesemuanya telah bertambah. Contohnya,

bandar-bandar antara 5,000 hingga 10,000 bertambah 1.77% manakala bandar 100,000

ke atas bertambah sebanyak 2.27%.

2.2 ) Perpindahan penduduk desa ke bandar (migrasi)

Perindustrian yang berkembang mendorong penduduk desa berpindah ke

Bandar. Ini adalah disebabkan kemunduran dan tekanan ekonomi di kawasan desa

yang telah mendesak penduduk berpindah ke Bandar-bandar untuk mendapatkan

kehidupan yang lebih baik.

4
2.3) Perluasan dan perkembangan guna tanah bandar.

Pembinaan kawasan kawasan perumahan, perniagaan, perindustrian dan

perkhidmatan menyebabkan banyak kawasan tanah pertanian berubah corak

kegunaanya. Semakin besar saiz penduduk maka semakin banyak kawasan tanah

pertanian yang ditukarkan menjadi Bandar. Antara tahun 1947 1957, perkembangan

saiz kawasan Bandar Kuala Lumpur daripada 18 batu persegi menjadi 30 batu persegi

dan dalam proses perkembangan ini Kuala Lumpur telah menggabungkan kampung

kampung yang dahulunya terletak berhampiran dengannya. Ini juga telah menyebabkan

pembentukan Bandar Satelit baru yang kebanyakkannya hanya merupakan kawasan

kediaman di pinggir Bandar. Contoh kawasan kawasan demikian adalah seperti

Petaling Jaya yang berhampiran dengan Kuala Lumpur. Selain daripada itu, terdapat

juga kawasan setinggan di sekitar bandar yang kadang kadang mendorong pihak

berkuasa bandar untuk memperluaskan sempadan bandar demi untuk memgadakan

kehidupan yang lebih baik bagi setinggan.

2.4) Perkembangan institusi perkhidmatan dan pembukaan kawasan perdagangan

dan perindustrian.

Sebagai satu cara untuk mengatasi masalah penduduk maka kegiatan ekonomi,

terutamanya industri dan perdagangan telah dikembangkan di bandar bandar. Banyak

peluang perkerjaan yang dapat ditawarkan melalui perkembangan kegiatan ekonomi

yang menyebabkan perubahan perkerjaan penduduk daripada pertanian kepada bukan

pertanian.

2.5) Pemodenan melalui pembangunan

Banyak kemudahan sosial dan infranstruktur dibina di bandar-bandar untuk

menjamin kesejahteraan penduduk. Dengan itu proses pemodenan dapat berlaku dan

5
secara perlahan lahan taraf hidup penduduk menjadi lebih moden dan dapat

dimajukan.

3. PERTUMBUHAN PENDUDUK

Sementara itu dalam aspek yang kedua, adalah pertumbuhan penduduk. Kadar

pertumbuhan penduduk Bandar di Semenanjung Malaysia selepas Perang Dunia Kedua

melebihi empat kali ganda daripada kadar pertumbuhan penduduk luar bandar,

terutamanya di antara tahun 1947 dengan 1957. Pembandaran yang tidak terancang

menyebabkan ramai penduduk berhijrah ke bandar.

Secara umumnya, kadar pertumbuhan penduduk bandar-bandar besar, seperti

Kuala Lumpur, Johor Bharu, Petaling Jaya, Kuantan, Kuala Terengganu dan Taiping

rata-rata melebihi 5.5% setahun. Sebaliknya, bandar-bandar saiz sederhana (25,000

100,00 penduduk) seperti Alor Setar, Melaka, Butterworth, Teluk Intan dan Sungai Petani

mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang perlahan, iaitu kurang daripada 2.0%

setahun. Bandar-bandar bersaiz kecil iaitu kurang 25,000 penduduk seperti Kampar,

Sungai Siput, Raub dan Batu Gajah juga turut mengalami kadar pertumbuhan penduduk

yang perlahan iaitu kurang dari 2.0% setahun.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan pertumbuhan penduduk berlaku di

Malaysia iaitu, migrasi dan kadar tambahan semulajadi

3.1) Migrasi

Migrasi merupakan antara faktor terpenting yang mempengaruhi perubahan dan

pertumbuhan penduduk di sesebuah negara. Migrasi menurut Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu didefinisikan sebagai suatu bentuk mobiliti ruang yang berlaku di antara

satu unit atau kawasan yang melibatkan perubahan tempat tinggal, iaitu tempat tinggal

asal atau tempat bertolak ke tempat yang ditujui atau tempat yang baru. Ia dianggap

6
sebagai migrasi tetap dan dibezakan daripada bentuk gerakan yang lain. (Usman Haji

Yaakob, 1989)

7
Peta 2.2 : Migrasi Bersih ke Selangor dan Pahang dari Tempat Lahir, Semenanjung
Malaysia, Tahun 1970.

8
Satu ciri migrasi ke bandar di Malaysia yang berlaku adalah migrasi bertingkat,

iaitu satu pola yang menunjukkan migran berpindah dari kawasan luar bandar ke

kawasan bandar kecil dan dari situ akhirnya ke bandar yang lebih besar. Antara tahun

1957 1980, negeri yang mempunyai ramai migran adalah Selangor, Pahang dan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bilangan migran yang masuk ke Selangor

bertambah sebanyak 53% dan Pahang sebanyak 47.5%. Ramai migran yang masuk ke

Selangor dan Pahang kerana peluang perkerjaan dalam sektor perindustrian,

perdagangan, perkilangan dan pembukaan Rancangan Tanah Baru untuk tanaman

getah dan kelapa sawit.

Di antara sebab lain yang penting yang menyebabkan migrasi ini berlaku adalah

kekurangan tanah serta penduduk yang berlebihan, sektor pertanian yang kurang

produktif dan tidak dapat menampung penduduk yang ramai serta seterusnya

menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi di luar bandar. Dengan adanya peluang

perkerjaan sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta dan di samping dapat

menikmati kemudahan yang tidak terdapat di luar bandar (desa) telah mendorong

migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar.

Kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India semasa penghijrahan kuasa

Inggeris di Tanah Melayu juga telah membawa kepada pertambahan penduduk di Tanah

Melayu (Malaysia). Kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang

menjadi pusat perkembangan ekonomi moden. Pembinaan petempatan dan bandar

baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Teluk Anson, Taiping dan lain-lain.

Pertumbuhan penduduk yang disebabkan oleh migrasi lebih berkesan di bandar-

bandar pertengahan (intermediate) 50,000 hingga 100,000.

9
3.2) Kadar tambahan semulajadi

Pertumbuhan penduduk semulajadi atau kadar tambahan semulajadi merujuk

kepada perbezaan kadar kesuburan dan kadar kematian di luar bandar dan di bandar.

Bagi penduduk yang tinggal di bandar, lazimnya saiz pendapatan mereka adalah tinggi

berbanding di luar bandar. Oleh itu kecenderungan untuk mempunyai saiz keluarga

yang besar adalah tinggi kerana adanya pendapatan yang mampu untuk menyara

keluarga. Kadar pertumbuhan penduduk bandar Malaysia selepas perang dunia ke dua

melebihi empat kali ganda daripada kadar pertumbuhan penduduk luar bandar,

terutamanya di antara tahun 1947 dengan 1957.

Pertambahan purata penduduk bandar di Malaysia di antara tahun 1957 dengan

1970 melebihi 2.5% setahun. Sebahagian berpunca daripada pertumbuhan semulajadi

terutama bagi bandar bandar yang bersaiz lebih daripada 100 000 orang penduduk.

Pertambahan penduduk secara semulajadi yang tinggi di Malaysia adalah disebabkan

oleh kadar kelahiran (kesuburan) yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.

Peta 3.3: Bandar-bandar dengan Penduduk Melebihi 10,000, 1970

10
4. PEMBOLEHUBAH TREND PERKEMBANGAN BANDAR DI MALAYSIA

Dalam melihat kepada trend perkembangan bandar di Malaysia terdapat beberapa

pembolehubah yang boleh dilihat sebagai pendorong kepada perkembangan bandar di

Malaysia, iaitu :

4.1 Kegiatan Pengeluaran Sumber Alam Tempatan

Kekayaan hasil galian, khususnya bijih timah dan kawasan pertanian yang subur

telah menarik orang orang inggeris untuk menimba hasil hasil tersebut. Aktiviti

pengeluaran seperti perlombongan telah menggalakkan pertumbuhan bandar bandar

seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, dan Seremban. Keperluan kepada pelabuhan

pengeksportan menggalakkan perkembangan bandar bandar pelabuhan seperti

Pelabuhan Kelang dan Teluk Intan. Pembukaan kawasan pertanian di kawasan kaki

bukit di sepanjang banjaran - banjaran utama Malaysia menggalakkan pertumbuhan

bandar bandar seperti alor Setar, Segamat, dan Tapah. Kemasukan buruh buruh dari

luar negeri untuk berkerja di kawasan ladang dan lombong juga menggalakkan

pertumbuhan bandar bandar kecil.

4.2 Perpindahan Penduduk Dari Desa

Selepas negara mencapai kemerdekaan, pengaliran penduduk desa ke bandar

bertambah pesat, ini kerana mereka tertarik dengan peluang pekerjaan dalam sektor

perkhidmatan yang terdapat di bandar dan juga kerana didesak oleh keadaan mundur di

luar bandar. Perpindahan penduduk menjadi semakin pesat kebelakangan ini kerana

11
pembukaan lebih banyak peluang perkerjaan dalam sektor perindustrian dan

perkilangan di bandar bandar.

4.3 Penumpuan Fungsi di Bandar - Bandar Utama

Kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan

sebahagian besarnya bertumpu di bandar bandar besar, oleh itu keperluan tenaga

pekerja yang ramai telah menarik penduduk untuk berpindah ke arahnya. Keperluaan

ruang ruang tapak bangunan menyebabkan banyak kawasan pertanian di sekitar

bandar bertukar sifat menjadi guna tenaga bandar. Contohnya di Lembah Klang.

4.4 Pembandaran Kawasan - kawasan Yang Mundur

Dasar kerajaan selepas merdeka menyebabkan banyak kawasan yang mundur

dimajukan untuk mengimbangkan pembangunan di antara wilayah wilayah dalam

negara. Penubuhan bandar bandar baru, memajukan bandar yang mundur

terutamanya di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia telah memesatkan lagi

proses pembandaran di Malaysia.

4.5 Pertumbuhan Penduduk Bandar Secara Semulajadi

Perpindahan penduduk yang berlaku secara beramai ramai selepas perang

dunia ke dua telah diikuti dengan pertumbuhan penduduk semulajadi beberapa dekad

kemudiannya. Pertumbuhan penduduk yang pesat menggalakkan perluasan kawasan

bandar.

4.6 Faktor penempatan semula penduduk

Proses penempatan semula semasa darurat akibat ancaman komunis antara

tahun 1948 1963 telah menggalakkan perkembangan bandar bandar. Pusat pusat

penempatan semula ini setiap satunya menempatkan lebih daripada 2000 orang. Dalam

12
masa beberapa tahun sahaja selepas pusat pusat tersebut dibuka, muncul beberapa

pusat bandar seperti Jinjang, dan Serdang Baru.

5. PERUBAHAN PERKEMBANGAN BANDAR DI MALAYSIA

Berdasarkan standard dunia, taraf perbandaran di Malaysia adalah lebih rendah. Dalam

tahun 1970, terdapat sejumlah 23.8% penduduk dunia berbanding dengan hanya 13.8%

sahaja penduduk Malaysia yang tinggal di bandar-bandar yang mempunyai penduduk

100,000 orang atau lebih. Namun kadar pertambahan penduduk bandar di Malaysia

pada tahun yang sama terutama di bandar-bandar besar yang mempunyai 100,000

orang atau lebih adalah selari dengan trend perbandaran di negara-negara Dunia ketiga.

Di kalangan negara-negara Asia, pertumbuhan bandar-bandar di Malaysia

berada pada tahap sederhana sehingga tahun 1980 tetapi mula mengorak langkah lebih

kehadapan menjelang dekad 90-an. Penduduk bandar pula meliputi 30% daripada

jumlah keseluruhan penduduk. Perkembangan bandar di Malaysia dapat dilihat dalam

13
dua keadaan iaitu sebelum dan selepas merdeka. Perkembangan bandar yang berlaku

secara keseluruhan tidak sekata taburannya.

Sebelum kedatangan kolonial Inggeris, kehidupan bandar telah wujud di

Malaysia. Oleh kerana corak kegiatan ekonomi yang kurang dinamik, maka

pertambahan penduduk bandar tidak dapat berlaku dengan pesat. Kedatangan Inggeris

dan seterusnya pengenalan sisitem ekonomi kapitalis telah memberi kesan yang penting

kepada proses perbandaran di Malaysia. Walaupun begitu, pertumbuhan penduduk

bandar pada zaman awal kedatangan Inggeris masih lagi perlahan. Proses

pembandaran yang pesat berlaku hanya selepas Perang Dunia Kedua, yang mana

pertambahan penduduk bandar empat kali lebih pesat daripada pertambahan penduduk

desa. Proses ini berlarutan sehingga kini dan dalam setiap dekad terdapat peningkatan

penduduk bandar yang besar.

Jadual 2.2 Kadar Pertumbuhan Penduduk Bandar dan Luar Bandar di


Semenanjung Malaysia, 1947 1980 (Bandar-bandar lebih 10,000 orang )

Purata Kadar
Pertumbuhan Penduduk Penduduk
Jumlah Penduduk Tahunan (%) Bandar(%)
Tahun Bandar Luar Bandar Bandar Luar Bandar

1947 929,928 3,87158 18.9


6.0 1.4
1957 1,666,969 4,600,986 26.6
3.3 2.4
1970 2,530,433 6,298,495 28.7
5.1 1.0
1980 4,162,954 6,975,273 37.4
Sumber : Sulong Mohamad dan Rahimah Abd.Aziz, 1985

Umumnya bandar bandar yang lebih besarlah yang menghasilkan sebahagian

besar daripada pertambahan bilangan penduduk bandar. Perkembangan bandar ini

bukan saja dapat menentukan saiz dan jenis bandar yang akan dan telah wujud malah

juga memberi kesan lain seperti mendorong terbinanya sistem pengangkutan moden

14
yang lebih baik, dan taraf kesihatan yang lebih tinggi kerana terdapat kemudahan

perubatan seperti hospital dan pusat penyelidikan. Kemudahan hospital yang terawal di

Malaysia dibina di bandar - bandar perlombongan. Contohnya di Taiping (1878), Kuala

Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang. Di samping itu, kesan lain

adalah seperti keadaan perumahan di bandar lebih terancang dengan adanya

kemudahan asas yang baru dan lengkap. Kemudahan persekolahan juga turut

berkembang. Contoh sekolah terawal di Malaysia ialah Penang Free School (1825).

5.1 Perkembangan Bandar Sebelum Merdeka (Zaman Penjajahan)

Perkembangan bandar sebelum merdeka sebenarnya dipengaruhi secara langsung oleh

sumber-sumber dieksploitasi penjajah yang seterusnya menghasilkan bandar - bandar

perlombongan. Di antaranya termasuklah Taiping (1878), Kuala Lumpur, Batu Gajah,

Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang. Umumnya, bandar-bandar ini berkembang kerana

pertumbuhan penduduk yang semakin bertambah kerana pembukaan lombong-lombong

bijih timah.

Bilangan imigran yang semakin meningkat seiring dengan peluang pekerjaan

yang tersedia membantu dalam mewujudkan petempatan, bangunan perniagaan,

seterusnya kepada insfrastruktur dan kemudahan. Bagi kawasan sebelah Timur yang

merangkumi negeri Sabah dan Sarawak pula, bandar-bandar awal yang wujud seperti

Jesselton (Kota Kinabalu) dan Kuching berkembang kerana tindakan penjajah yang

menjadikannya pusat pentadbiran dan pengumpulan sumber. Seterusnya mewujudkan

perkhidmatan dan insfrastruktur yang menarik penduduk dari ceruk rantau agar datang

dan tertumpu di kawasan-kawasan tadi.

5.2 Perkembangan Bandar Selepas Perang dan Selepas Tahun 1970-an

15
Pada tahun 1957, hanya negeri Selangor dan Pulau Pinang sahaja yang mempunyai

peratusan penduduk bandar mengatasi peratus penduduk bandar di Malaysia. Sehingga

tahun 1970, darjah pembandaran negeri-negeri lain masih lagi di bawah paras purata

negara. Dalam skel yang lebih kecil, pola ruang pembandaran daerah-daerah di

Malaysia turut menggambarkan keadaan yang tidak seimbang. Daerah-daerah yang

mempunyai peratusan penduduk bandar yang tinggi kebanyakannya adalah juga tempat

etaknya ibu negeri.

Misalnya Kota Bharu, Kuantan, dan Kuala Terengganu yang mempunyai darjah

pembandaran melebihi 77% adalah juga tempat letaknya bandar-bandar utama di

Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Walaupun pola taburan saiz-rank bandar-bandar

di Malaysia pada tahun-tahun 60-an mirip ke arah log-lazim tetapi masih secara

keseluruhannya masih memerlukan kemajuan terhadap bandar-bandar sederhana kecil.

Kadar pertumbuhan bandar selepas Perang Dunia Kedua melebihi empat kali

ganda dari kadar pertumbuhan kawasan luar bandar. Dasar yang banyak menekankan

tentang pembangunan luar bandar sekitar tahun 1957 dan 1970, telah diikuti oleh kadar

pertumbuhan penduduk bandar yang agak perlahan, sebaliknya penduduk desa

berkembang lebih pesat berbanding dekad-dekad sebelumnya.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) sejak 1971 telah membuktikan keberkesanannya

dalam memesatkan pertumbuhan bandar di Malaysia. DEB ini telah menyelaraskan

pertumbuhan sektor ekonomi bandar berserta dengan pertumbuhan penduduk bandar

yang lebih pesat berbanding dengan kadar penduduk desa. Trend-trend perbandaran

pada era-era berikutnya banyak dipengaruhi dasar-dasar yang diaplikasi kerajaan.

Hal ini seterusnya berterusan dan kontemporari, wujud bandar-bandar baru yang

pelbagai fungsi sementara sebahagian bandar yang lain masih dalam perancangan.

Bandar-bandar baru ini termasuklah yang seperti berikut:

16
i) Wilayah Persekutuan: Hawthornden, Bukit Jalil, Penchala/Segambut, Sentul,
dan Bandar Tun Razak.
ii) Selangor: Bangi, Shah Alam, Subang Jaya
iii) Pahang: Bandar Pusat, Jengka Tiga Segi, dan 29 bandar baru di Pahang
Tenggara.
iv) Terengganu: 6 buah bandar di Terengganu Tengah, Kerteh
v) Pulau Pinang: Bayan Baru, Bagan Serai
vi) Kedah: Tikam Batu
vii) Negeri Sembilan: Senawang
viii) Johor: 2 buah bandar baru di Johor Tenggara, Pasir Gudang, Senai
ix) Sarawak: Miri

Bandar-bandar ini mempunyai ciri yang berbeza seperti letakan dan fungsi ekonominya

yang terbahagi kepada 4 jenis iaitu 1) bandar baru dalam bandaraya, 2) bandar baru

pinggir bandar, 3) bandar baru luar bandar, dan 4) bandar baru berasaskan petroleum.

5.3 Perkembangan Bandar Masa Kini

Pada masa kini, perkembangan bandar di Malaysia lebih kepada perkembangan yang

disebabkan oleh kepentingan atau fungsi sesebuah bandar itu kepada kawasan

sekitarnya dan juga kepada negara. Sekarang ini, kita dapat melihat bandar yang telah

berkembang dan maju pada awalnya telah berubah atau dinaikan status yang lebih

tinggi, misalnya daripada bandar kepada bandaraya, yang mana bandar raya itu pula

membawa erti bandar yang lebih besar dan lagi penting yang biasanya mempunyai

penduduk seramai sejuta atau lebih, kotaraya. Bandar raya ini mempunyai corak

ekonomi seperti kewujudan gedung beli-belah, hiburan, sektor industri dan perkilangan,

jumlah penduduk yang ramai dan tumpuan fokus pentadbiran negara.

Dalam meniti arus kemajuan, Malaysia sebagai negara Islam sudah pasti

mempunyai dasar serta falsafah bandar dan bandar raya Islam yang tersendiri untuk

17
menjadi contoh ikutan kepada negara Islam lain. Tidak wujud negara tanpa wujudnya

bandar yang menjadi pusat pentadbiran negara berkenaan. Ini secara langsung juga

turut mempengaruhi perkembangan bandar di Malaysia pada masa kini. Ini kerana

selaras dengan imej negara sebagai sebuah negara Islam, maka sudah tentulah negara

juga mahu memajukan dan membangunkan negara dengan menerapkan nilai-nilai Islam

dalam pembangunan yang dilaksanakan, yang secara tidak langsungnya apabila

pembangunan dilakukan maka perkembangan bandar atau bandar raya di Malaysia juga

akan terus berkembang mengikut arus kemodenan dan masa.

Oleh itu, untuk memastikan perkembangan bandar di Malaysia disertai dengan

elemen-elemen yang dapat membantu proses perkembangan terus berlaku dan

memberi impak yang positif kepada setiap aspek yang terlibat dalam perkembangan

bandar setiap pihak yang bertanggungjawab haruslah memainkan peranan agar proses

perkembangan bandar ini tidak memberi impak yang negatif kepada negara, dan

sekiranya wujud sekalipun pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah-langkah

yang boleh diambil untuk menanganinya.

5.4 Sampel Perkembangan Bandar di Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan, kawasan terletaknya Bandaraya Kuala Lumpur, mempunyai

keluasan kira-kira 243 kilometer persegi (94 batu persegi) dan terletak di dalam Wilayah

Bandar Lembah Kelang. Wilayah ini merupakan salah satu daripada kawasan

perbandaran dan perindustrian yang paling maju di Malaysia. Keadaan topografinya

beralun, dengan purata ketinggian kira-kira 20 meter dari aras laut. Kawasan ini disaliri

oleh sungai Kelang dan beberapa cawangannya.

Seawal kedatangan penjajah yang mengeksploitasi sumber bijih timah, kawasan

Lembah Kelang pada waktu itu telah menjadi pusat tumpuan penduduk. Kedatangan

imigran dari China menambahkan lagi impak fenomena ini dengan percubaan untuk

18
bersaing sesama mereka. Kesan langsung daripada peristiwa ini, kawasan tersebut

terus-menerus berkembang sehingga period pasca merdeka.

Pada tahun 1980 Wilayah Persekutuan mempunyai penduduk seramai 977,100

orang, dengan purata kadar pertambahan penduduk tahunan sebanyak 3.5% . Jumlah

ini adalah jauh lebih besar daripada pertambahan penduduk tahunan bagi penduduk

Malaysia iaitu sekitar 2.3 % setahun. Pertambahan penduduk Wilayah Persekutuan ini

bukan sahaja berlaku melalui pertambahan semulajadi tetapi juga merangkumi migrasi

desa-bandar.

Dicatatkan angka migrasi ke wilayah Persekutuan pada tahun 1970 ialah

199,671 orang dan meningkat kepada 297,100 orang pada tahun 1980. Pertambahan

penduduk yang pesat ini juga menyebabkan kepadatan penduduknya bertambah dari

2668 orang bagi setiap kilometer persegi pada tahun 1970 kepada 4021 orang pada

tahun 1980.

Pertambahan penduduk yang pesat ini membuktikan bahawa terdapat peluang

pekerjaan, kemudahan, serta insfrastruktur yang mencukupi untuk keperluan imigran ini.

Hal ini bertepatan dengan situasi sebenar di wilayah Persekutuan dengan

pembangunan industri yang pesat di Lembah Kelang dengan Kuala Lumpur, Petaling

Jaya, Kelang, dan Shah alam sahaja sudah mewakili 92% dari tenaga kerja di dalam

industri perkilangan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Keadaan tersebut tidak

banyak berubah sejak tahun 1968 seiring dengan pertumbuhan industri sebanyak 8.17%

dari tahun 1970 ke tahun 1980 dengan kewujudan 81,000 peluang pekerjaan iaitu kira-

kira 16.4% dari jumlah pekerjaan pada tahun 1980.

Menjelang era 1990-an dan alaf baru,dengan pertambahan penduduk yang

pesat, proses perindustrian, dan perbandaran telah menyebabkan peningkatan jumlah

kawasan hutan dan pertanian yang dijadikan kawasan perumahan dan projek-projek

lain. Berdasarkan fakta ini, jelas terbukti kawasan bandar-bandar di Wilayah

19
Persekutuan telah berkembang dengan begitu pesat pada pasca merdeka. Di antara

penyebab major termasuklah pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri pada

tahu 1972 yang membolehkan kawasan wilayah Persekutuan berfungsi sebagai pusat

pentadbiran, kemudahan, dan perkembangan intelektual seterusnya menggerakkan

perkembangan bandar dalam wilayahnya.

Peta 4.4: Kawasan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, 1895

6. PERBINCANGAN

Dinilai dari pelbagai aspek, dapat dilihat bahawa perkembangan bandar di Malaysia

agak teratur. Satu hirearki perbandaran yang kompleks sudah wujud di sini berdasarkan

saiz susun tingkatnya. Keadaan ini seharusnya sentiasa dijaga dan dipantau dari

20
semasa ke semasa bagi mengelakkan perkembangan primasi seperti yang dialami

Thailand, Indonesia, dan Filipina kerana jika berdasarkan kajian, Kuala Lumpur

berpotensi besar untuk menjadi bandar primat.

Bandar pertengahan di Malaysia pula mengalami pertambahan yang pesat

berbanding dengan bandar-bandar kecil. Hal ini seterusnya akan menyebabkan jurang

saiz penduduk dan rangking yang jauh berbeza hingga menolong deviasi dalam saiz

susun tingkat. Oleh itu, pembangunan wilayah dan pertumbuhan pusat wajar diterus dan

diaplikasikan agar penumpuan terhadap bandar-bandar besar dapat diseimbangkan

dengan bandar-bandar kecil di kawasan luar bandar.

Usaha-usaha mengatur polisi pertumbuhan bandar perlu dijalankan segera yang

meliputi pembahagian bandar, pembangunan bandar baru, dan pertumbuhan bandar

besar agar perkembangan yang serata dapat dijalankan tanpa menjejaskan sedikitpun

gerak kerja pemodenan. Hal ini amat penting agar tidak terdapat jurang yang besar di

antara kawasan dari semua aspek termasuk ekonomi, politik, dan sosial.

7. KESIMPULAN

Di dalam penyediaan projek, pelan, dan strategi bagi bandar-bandar di Malaysia, suatu

polisi yang bersepadu dalam pembangunan bandar sememangnya sesuatu yang amat

diperlukan. Perancangan rapi yang berdasarkan unjuran pakar wajar direncanakan lebih

awal agar negara tidak terikut dengan perkembangan bandar primat. Penumpuan yang

terlalu jitu pada satu-satu kawasan bandar sahaja akan mewujudkan pelbagai macam

masalah.

Faktanya cukup terbentang di depan mata dengan Manila, Bangkok, dan Jakarta

yang berdiri seakan anak tunggal dalam negara yang memilikinya. Taburan saiz susun

tingkat bandar-bandar di Malaysia juga dijangkakan berubah mengikut jejak langkah

jiran di rantau sebelah sini. Meskipun trend perkembangan bandar dilihat agak lancar

21
dan teratur, tidak mustahil satu hari nanti akan berlaku ralat yang mampu mengubah

objektif awal perancangan yang dikemudi kerajaan. Maka wajar polisi yang dilaksanakan

diperkukuhkan dengan pelaksanaan yang lebih tegas agar trend atau perkembangan

dalam negara mampu dikawal dengan baik supaya tidak terikut dengan primasi.

22

You might also like