Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

JALAN BATU ASAH


07000 LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


TEKNOLOGI ELEKTRONIK
PROGRAM

SEMESTER SEMESTER 3

KOD DAN TAJUK


ETN 3043 : ELEKTRONIK DIGITAL DAN APLIKASI 1
KURSUS

K1 MENJALANKAN KONSEP DAN SISTEM NOMBOR.


K2 MEMBINA LITAR GET LOGIK DAN PERANTI YANG BERKAITAN.
NO. DAN TAJUK
K3 MENENTUKAN KOMBINASI GET LOGIK.
KOMPETENSI
K4 MENGENDALIKAN DIGITAL ARITMETIK DAN LITAR.
K5 MENTAFSIR PEMBILANG DAN PENDAFTAR.

NO.KOD KSKV ETN3043 / P (2/10) Muka Surat : 1 Drp / 21

TAJUK : GET LOGIK.

TUJUAN :

2.1.1 Mengenalpasti nama, simbol, jadual kebenaran,fungsi dan ungkapan Boolean


untuk asas logik get berdasarkan standard.
2.1.2 Melakar dan melabel simbol-simbol logik get berdasarkan lembaran data.
2.1.3 Melukis simbol-simbol logik get berdasarkan standard.
2.1.4 Menghuraikan ekspresi logik get berdasarkan jadual kebenaran dan
gambarajah.
2.1.5 Mengesan kerosakan cip litar get ringkas berdasarkan lembaran data.
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 2 Drpd : 21

1. PENGENALAN

Di dalam dunia sebenar sistem logik digital digunakan untuk memproses


maklumat dan mengawal mesin-mesin. Kegunaan sistem digital
terutamanya di dalam bidang pengkomputeran semakin maju tanpa
menunjukkan tanda-tanda penurunan. Ini adalah kerana dua sebab
utama iaitu pertamanya ialah kerana maklumat lebih mudah
dipersembahkan dan dimanipulasikan dalam bentuk perduaan. Ia juga
mudah disimpan menggunakan get-get logik dalam litar-litar elektronik
yang mudah.
Keduanya ialah kerana kebolehan memfabrikasikan litar terkamil di atas
cip-cip silikon yang mengandungi ratusan malahan ribuan get-get logik
mudah menjadikan kosnya jauh lebih rendah berbanding litar elektronik
biasa.
Di dalam unit ini asas aljabar Boolean dan elemen-elemen logik asas
akan diperkenalkan. Aljabar Boolean agak mudah digunakan kerana
tidak terdapat pecahan, perpuluhan, logaritma, nombor khayalan dan
sebagainya.

Get logik adalah blok binaan asas di dalam sistem digital. Get logik
beroperasi dengan nombor perduaan (binary), oleh itu ia merujuk kepada get Logik
Perduaan (Binary Logic). Semua voltan yang menggunakan get logik adalah
TINGGI untuK perduaan 1 dan RENDAH untuk perduaan 0. Semua sistem digital
dibina menggunakan tiga get logik asas iaitu get DAN (AND), get ATAU (OR) dan
get TAK (NOT). Sebagai tambahan, get TAK DAN (NAND) dan TAK ATAU (NOR )
juga boleh digunakan sebagai get universal penggabungan untuk membina get
DAN(AND), ATAU (OR) dan operasi songsangan (Inverter). Bagi memudahkan
pengungkapan logik dan litar logik, hukum dan peraturan algerbra Boolean dan
teorem DeMorgans digunakan.

1.1 GET DAN (AND)

Simbol logik piawai get DAN adalah seperti Rajah 1 (a) yang menunjukkan
dua input dan dua output. Get DAN boleh mempunyai beberapa bilangan input lebih
daripada satu. Sebagai contoh get DAN dengan tiga input dan empat input seperti
yang digambarkan pada Rajah 1 (b) dan Rajah 1 (c).
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 3 Drpd : 21

A
A A
B
Y B Y C Y
B
C D

(a) Dua input (b) Tiga input (c) Empat input

Rajah 1 Simbol logik get DAN

1.1.1 Operasi logik bagi get DAN

Keluaran get DAN adalah bersamaan kepada hasil darab input logik, iaitu
get DAN menghasilkan keluaran TINGGI hanya apabila kesemua input adalah
TINGGI. Simbol logik bagi get DAN dua masukan adalah seperti di dalam Rajah 2
(a). Simbol ini menunjukkan input A dan B. Keluaran ditunjukkan sebagai Y. Jadual
kebenaran bagi get DAN dua input adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1 (a).
Input ditunjukkan sebagai digit perduaan (1 atau 0). Untuk get DAN dua masukan,
output Y adalah TINGGI (1) jika kedua-dua input A dan B adalah TINGGI; keluaran
Y adalah RENDAH jika salah satu A atau B adalah RENDAH, atau jika kedua-dua A
dan B adalah RENDAH.

A
Y
B Rajah 2 (a) Simbol get DAN dua masukan

Rajah 2 (a)

Input Output
A B Y
0 0 0
Jadual 1 (a) Jadual kebenaran get DAN
0 1 0 dua masukan
1 0 0
1 1 1
Jadual 1 (a)
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 4 Drpd : 21

Operasi logik yang sama boleh dipergunakan kepada lebih daripada dua
masukan. Rajah 2 (b) menunjukkan get DAN tiga masukan dan jadual
kebenarannya pada Jadual 2 (b). Sekali lagi, output get adalah TINGGI (1) hanya
apabila kesemua input A, B, dan C adalah TINGGI.

A
B Y Rajah 2 (b) Simbol get DAN tiga masukan
C

Rajah 2 (b)

Input Output

A B C Y

0 0 0 0
Jadual 2 (b) Jadual kebenaran get
0 0 1 0 DAN tiga masukan
0 1 0 0

0 1 1 0

1 0 0 0

1 0 1 0

1 1 0 0

1 1 1 1

Jadual 2 (b)

1.1.2 Persamaan Boolean bagi get DAN

Persamaan Boolean bagi get DAN dua masukan boleh ditunjukkan secara
matematik seperti berikut: Jika satu input pembolehubah adalah A, input
pembolehubah kedua adalah B, dan output pembolehubah adalah Y, persamaan
Booleannya adalah

Y = AB atau Y = AB
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 5 Drpd : 21

Titik diantara dua pembolehubah , seperti Y = AB bermaksud Y = A DAN


B. Biasanya persamaan di atas boleh ditulis tanpa titik seperti Y = AB yang mana
lebih mudah untuk ditulis. Persamaan Boolean bagi get DAN mengikut peraturan
yang sama di dalam pendaraban perduaan. Algebra Boolean bagi get DAN dua
masukan adalah seperti berikut:

00=0 01=0
10=0 11=1

Rajah 2 (c) menunjukkan persamaan Boolean bagi get DAN dengan dua,
tiga dan empat input. Bagi get DAN dua input dengan dua pembolehubah A dan B
sebagai input, jadi persamaan Boolean adalah Y = AB. Bagi get DAN tiga masukan
dengan tiga pembolehubah A, B dan C sebagai input, persamaan Booleannya
adalah Y = ABC. Dan yang terakhir, bagi get DAN empat masukan dengan empat
pembolehubah A, B, C dan D, persamaan Booleannya adalah Y = ABCD.

A
A A
B
Y B Y C Y
B
C D

Y = AB Y = ABC Y = ABCD

1.1.3 Rajah masa bagi get DAN

Di dalam mana-mana sistem digital, input kepada get adalah isyarat jam
atau gelombang voltan yang berubah mengikut kekerapan diantara TINGGI (1) dan
RENDAH (0) tahap logik. Rajah input dan output gelombang menunjukkan
hubungan masa yang dipangil rajah masa. Rajah 2.3 menunjukkan contoh
gelombang denyut digital yang biasa digunakan sebagai input dinamik bagi mana-
mana get logik.

t1 T2 T3 T4 T5 T6

+5V TINGGI (1)


1 0 0 1 1 1
0V RENDAH (0)
Tahap voltan Tahap logik

Rajah 2.3 Gelombang denyut digital


NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 6 Drpd : 21

Mari kita menganalisis gelombang denyut, pada sebelah kiri +5V dan 0V
adalah tahap voltan yang selalu digunakan di dalam sistem digital, dan disebelah
kanan TINGGI (1) dan RENDAH (0) pula adalah tahap logik (bits binary) yang
digunakan dalam sistem digital. Sewaktu peralihan masa t1, gelombang denyut
adalah TINGGI (1). Sewaktu peralihan masa t2, t3, gelombang denyut adalah
RENDAH (0). Dan yang terakhir, sewaktu peralihan masa t4, t5, dan t6 gelombang
denyut adalah TINGGI (1) semula. Jika kita menggunakan gelombang denyut
sebagai salah satu input kepada mana-mana get logik, tahap logik input di dalam bit
perduaan dari kiri ke kanan adalah 100111.

Rajah 2.4 menunjukkan contoh operasi get DAN berdenyut dengan diberi
gelombang input. Sewaktu masa peralihan t1, kedua-dua input adalah RENDAH (0),
jadi output adalah RENDAH (0). Sewaktu masa teralihan t2, kedua-dua input adalah
TINGGI (1), hasil output adalah TINGGI (1). Sewaktu masa peralihan t3, input A
adalah RENDAH (0) dan input B adalah TINGGI (1), jadi outputnya adalah RENDAH
(0). Sewaktu masa peralihan t4, input A adalah TINGGI (1), dan input adalah
RENDAH (0), oleh itu output adalah RENDAH (0). Akhir sekali, sewaktu masa
peralihan t5, kedua-dua input adalah TINGGI (1) semula, menghasilkan output
TINGGI (1) sewaktu peralihan ini.

A 1 1 0 1 0 A
Y
B
B 1 0 1 1 0

Y 1 0 0 1 0

t5 t4 t3 t2 t1

Rajah 2.4 Rajah masa bagi get DAN dengan dua


input

1.2 GET ATAU (OR)

Get ATAU adalah antara lain get asas dari fungsi logik yang telah dibina.
Get ATAU boleh digambarkan dengan litar skematik seperti pada Rajah 3 di mana
suis A dan B disambungkan secara selari. Lampu Y akan menyala hanya apabila
suis A atau suis B diONkan atau kedua-dua suis diONkan.
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 7 Drpd : 21

A B Lampu Y
OFF OFF OFF
ON OFF ON
OFF ON ON
ON ON ON

+ 5V -

Rajah 3

Rajah 3.1 Simbol untuk get ATAU 2 masukan beserta dengan jadual
kebenarannya.

A
Y
B

A B Y
0 0 0
0 1 1
1 0 1
1 1 1

Rajah 3.1

Keluaran get ATAU akan TINGGI ( logik 1) jika kedua-dua masukannya adalah
TINGGI ataupun salah satu masukannya ( A atau B ) TINGGI.

Persamaan logik ialah Y = A + B dimana simbol (+) bermaksud


ATAU.
Get ATAU boleh dikembangkan kepada n masukan dengan
persamaan logiknya:
Y=A+B+C+...........
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 8 Drpd : 21

Contoh a

Apakah jadual kebenaran untuk keluaran Y bagi get logik di bawah jika
masukan A dan B adalah seperti yang ditunjukkan.

0 1 1 0 1 0 1
A
Y
B
Logik 0

Penyelesaian :

A B Y
1 0 1
0 0 0
1 0 1
0 0 0
1 0 1
1 0 1
0 0 0

Contoh b

Apakah jadual kebenaran untuk keluaran Y bagi get logik di bawah jika
masukan A dan B seperti yang ditunjukkan .

A Y
B

B
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 9 Drpd : 21

Penyelesaian :

A B Y
0 0 0
1 0 1
0 1 1
1 1 1
0 1 1
1 0 1
0 0 0
1 1 1

1.3 GET TAK (NOT)

Get TAK dikenali juga sebagai INVERTER. Get TAK mempunyai hanya
satu masukan dan satu keluaran. A digunakan untuk komplimen atau alikan isyarat
digital. Jika masukan 0 keluaran akan dialikkan ke 1 dan sebaliknya. Simbol dan
jadual kebenaran bagi get TAK ditunjukkan pada Rajah 4.

A A atau

A Y
0 1
1 0

Rajah 4

Perhatikan bahawa kehadiran bulatan kecil sentiasa


melambangkan penyongsangan.

Contoh c

Apakah keluaran pada titik (e) jika masukan pada titik (a) ialah logik 0 ?

Logik 0

a b c d e

Penyelesaian : Keluaran pada titik (e) ialah logik 0.


NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 10 Drpd : 21

Contoh d

Tentukan bentuk keluaran get TAK jika masukannya seperti di bawah :

0 1 0 1 0 1 0 1 0 1

1.4 GET TAK DAN (NAND)

Get TAK DAN berfungsi sebagai get TAK dan get DAN atau dikenali sebagai
get DAN diikuti oleh get TAK. Operasi get TAK DAN sama seperti get DAN kecuali
keluarannya adalah terbalik. Simbol serta jadual kebenarannya adalah seperti pada
rajah 10.7

A
Y = AB
B

A
B Y = AB = NOT ( A AND B )

A B Y
0 0 1
0 1 1
1 0 1
1 1 0

Rajah 5

Dari jadual kebenaran di atas keluaran0 Jika masukan A dan B


adalah 1 dan keluarannya tinggi apabila masukannya rendah.
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 11 Drpd : 21

Contoh e

Tentukan bentuk keluaran get TAK DAN yang mempunyai masukan


seperti yang ditunjukkan.

A
Y Y
B

Penyelesaian :

A B Y
0 1 1
1 1 0
0 0 1
1 0 1
1 0 1
1 1 0
0 1 1
1 1 1
1 0 0
0 0 1

1.5 GET TAK ATAU (NOR)

Get TAK ATAU adalah gabungan get ATAU dan get TAK. Operasi bagi get
TAK ATAU adalah sama dengan get ATAU kecuali keluarannya adalah terbalik.
Simbol dan jadual kebenaran adalah seperti Rajah 6.

A
Y=A+B

A
Y=A+B

B
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 12 Drpd : 21

Jadual Kebenaran Get TAK ATAU

A B Y
0 0 1
0 1 0
1 0 0
1 1 0

Rajah 6

1.6 GET EKSLUSIF-ATAU (EX-OR)

Get EX-OR menghasilkan keluaran tinggi jika hanya salah satu masukannya
tinggi. Simbol serta jadual kebenarannya adalah seperti yang di bawah. Cuba anda
lihat perbezaan keluarannya dengan get ATAU ( OR GATE ).

A B EX OR OR
0 0 0 0
0 1 1 1
1 0 1 1
1 1 0 1

Rajah 10.9

1.7 GET EKSLUSIF-TAK ATAU (EX-NOR)


NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 13 Drpd : 21

NAMA GET SIMBOL DAN FUNGSI JADUAL KEBENARAN


UNGKAPAN LOGIK
Get DAN Y=AB Menghasilkan Masukan Keluaran
keluaran 1, hanya A B Y
jika kesemua 0 0 0
masukannya adalah 0 1 0
1. 1 0 0
1 1 1
Get ATAU Y=A+B Menghasilkan Masukan Keluaran
keluaran 1 apabila A B Y
terdapat mana-mana 0 0 0
atau masukannya 1. 0 1 1
1 0 1
1 1 1
Get TAK
Y= A Menterbalikkan Masukan Keluaran
status logik
masukan. A Y
0 1
1 0
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 14 Drpd : 21

Get TAK DAN Y=


AB Menghasilkan Masukan Keluaran
keluaran 0 apabila A B Y
kedua-dua 0 0 1
masukannya 1. 0 1 1
1 0 1
1 1 0
Get TAK ATAU Y=
A+B Menghasilkan Masukan Keluaran
keluaran 1 hanya jika A B Y
kedua-dua 0 0 1
masukannya 0. 0 1 0
1 0 0
1 1 0
Get EKSKLUSIF ATAU Y=A B Menghasilkan Masukan Keluaran
keluaran 1 apabila A B Y
salah satu 0 0 0
masukannya 1. 0 1 1
1 0 1
1 1 0
Get EKSKLUSIF TAK Y= A B Menghasilkan Masukan Keluaran
ATAU keluaran 1 apabila A B Y
semua masukannya 0 0 1
1 atau semua
0 1 0
masukannya 0.
1 0 0
1 1 1
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 15 Drpd : 21

Tutorial

1. Padankan get-get di bawah dengan pernyataan Boolean yang betul.

RUANG JAWAPAN

(a) A
Y Y=A+B
B

(b) A Y=A.B
Y
B

(c) A
Y Y=A + B
B

(d) A Y=A+B
Y
B

(e) A
Y Y=A
B

2 Apakah get logik?

A. Peranti pemasa
B. Peranti elektronik
C. Peranti boleh ubah
D. Peranti kuasa

3. Berikan lima contoh get logik yang telah anda pelajari.

A. TAK , ATAU,DAN, TAK TAHU, TAK ATAU


B. TAPI, TAK, ATAU, DAN, TAK DAN
C. TAK, ATAU, DAN, TAK ATAU, TAK DAN
D. TIDAK, ATAU, DAN, TAK ATAU, TAK DAN
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 16 Drpd : 21

4. Apakah nama get yang mewakili jadual kebenaran dibawah?

A B Y
0 0 0
0 1 0
1 0 0
1 1 1

A. DAN
B. ATAU
C. TAK
D. TAK ATAU

5. Apakah nama get yang mewakili jadual kebenaran dibawah?

A B Y

0 0 0

0 1 1

1 0 1

1 1 1

A. DAN
B. ATAU
C. TAK
D. TAK ATAU

6. Gambarajah di atas menunjukkan satu litar gabungan get-get logik DAN,


ATAU dan TAK. Apakah get logik yang setara dengan litar tersebut?
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 17 Drpd : 21

A.

B.

C.

D.

7. Lakar dan labelkan setiap get logik yang disenaraikan di bawah.

(a) Eksklusif ATAU (EX - ATAU)

(b) TAK-ATAU

[4 markah]
8. Rajah 2 menunjukan rajah blok kombinasi 3 get logik dan Jadual 1 keluaran
yang terhasil bagi litar di atas.

A
X
B Get 1

Z
Get 3

Y
Get 2

Rajah 2
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 18 Drpd : 21

A B X Y Z
0 0 1 0 0
0 1 1 1 0
1 0 1 1 0
1 1 0 0 1
Jadual 1

Berdasarkan data di dalam jadual kebenaran, namakan get yang berlabel:


a) Get 1 -

b) Get 2 -
.
c) Get 3 -
.
[3 markah]

9. Tuliskan ungkapan logik bagi get-get logik yang berikut pada ruang disediakan.
Contoh (a) telah dilengkapkan untuk anda.

(a)
A Y
Y = A

(b)

A
B Y
C
.

(c)

A
Y
B
..

(d)
A
Y
B
...

[3 markah]
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 19 Drpd : 21

10. Rajah 5 menunjukkan simbol get logik.

A
Z
B

Rajah 5

(a) Namakan get logik tersebut.

(b) Berikan ungkapan logik bagi keluaran, Z.

(c) Tentukan keluaran bagi Z pada jadual 1 jika masukan A dan B seperti berikut:

Masukan Keluaran

A B Z

1 1

0 0

0 1

1 0
Jadual 2
[ 6 markah]

11. Apabila masukan berlogik 1 di masukkan ke get TAK, apakah logik keluarannya?

_____________________________________________________________________________

[1 Markah]

12. Get EKSKLUSIF ATAU menghasilkan keluaran berlogik 1 apabila


_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

[1 Markah]
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 20 Drpd : 21

13. Tulis jadual kebenaran bagi get TAK DAN yang mempunyai 3 masukan.

Rajah 1

Jadual Kebenaran Get ATAU Jadual Kebenaran Get TAK

Masukan Keluaran Masukan Keluaran


A B Y 0 1
0 0 0 1 0
0 1 1
1 0 1
1 1 1

14. Rajah 1 menunjukkan simbol dan jadual kebenaran bagi get logik ATAU dan TAK.
Berpandukan litar kombinasi dan jadual kebenaran yang diberi, penuhkan jadual
kebenaran di bawah.

Jadual Kebenaran
A B C Y
0 0
0 1
1 0
1 1

[4 Markah]
NO KOD / CODE NO K4-K2-KP 1 Muka : 21 Drpd : 21

15. Rajah 4 menunjukkan simbol bagi salah satu get logik.

Rajah 4
Berpandukan Rajah 4,
(a) Namakan get logik tersebut.

[Skor : 1]

(b) Tuliskan Ungkapan Boolean bagi keluarannya.

[Skor : 1]

(c) Lengkapkan Jadual Kebenaran pada ruang yang telah disediakan di bawah.

Masukan Keluaran
A B Y
0 0
0 1
1 0
1 1

[Skor : 2]

You might also like