Minit Mesyuarat Panitia Sains 1 2017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SPSK PK 07/3

SK DAMANSARA UTAMA
JALAN SS21/50
PETALING JAYA, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1 /TAHUN 2017

Tarikh : 17 JANUARI 2017

Masa : 2.00 PETANG 3.00 PETANG

Tempat : BILIK GURU

Hadir : PN. RUBIAH BINTI AHMAD ZAINAL ARIFFIN (GURU BESAR)


EN. ARSHAD BIN MAT ISA @ RAMLI (PENOLONG KANAN 1)
EN. HAMDAN BIN ABDULLAH
EN.MOHD NASEM BIN MUHAMAD SETEFARZI

Tidak hadir bersebab : EN. ZAIZULLIZAM BIN TAMIN


PN. NUR HIDAYAH BT ZAHARI

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. En. Mohd Nasem Bin Muhamad Setefarzi selaku pengerusi mesyuarat
mengucapkan terima kasih atas kehadiran Guru Besar dan Penolong Kanan 1
serta semua guru sains dalam mesyuarat panitia kali pertama ini.

Makluma
n

1.2. Guru Besar mengingatkan kepada semua guru-guru sains agar dapat
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran pada masa ini supaya
keputusan peperiksaan murid akan menunjukkan peningkatan prestasi.

Tindakan: Semua guru

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. En. Mohd Nasem mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan.

2.2. En. Hamdan menyokong agar minit mesyuarat yang lalu disahkan.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Peruntukan Kewangan Panitia

Pengerusi menyatakan bahawa peruntukan kewangan Panitia Sains perlu


mengikut format SPSK 20/5 dan perlu melihat peruntukan semasa tahunan 2017.
Guru-guru sains perlu mengisi nota minta untuk membuat tempahan alat-alatan

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 01 DISEMBER 2014 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
yang berkaitan dengan panitia sains.
Tindakan: Semua guru Panitia Sains

3.2 Dual Language Programme

pengerusi menyatakan tentang program DLP (Dual Language Programme) yang


akan dijalankan untuk tahun 4 dan tahun 1. Kelas yang terpilih sahaja akan menjalani
program tersebut. Murid tahun 4 Neptune yang terlibat dalam DLP adalah di kalangan
murid yang mendapat sokongan dan persetujuan daripada ibu bapa.
4
PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1. NOTA MINTA & PCG (bantuan per kapita)

Segala keperluan untuk panitia sains perlu melalui kelulusan ketua panitia sains
dan kelulusa Guru Besar. Peruntukan PCG dijangka akan diperolehi sebanyak
RM1000 untuk kegunaan panitia sains sepanjang tahun 2016.

Tindakan: Semua guru Panitia Sains

4.2 PENTAKSIRAN PEKA SAINS

PEKA sains masih diteruskan untuk tahun 2017. Pentaksir kawasan akan
membuat pentaksiran terhadap Skor PEKA sekolah dan keputusannya boleh
dirujuk dalam Fail PEKA.

Makluman
4.3 PENULISAN DAN FORMAT RPH

En. Mohd Nasem menerangkan tentang penulisan RPH untuk subjek sains bagi
setiap tahun yang diajar oleh guru. Format tersebut mestilah mengandungi
elemen-elemen seperti di lampiran. RPH tersebut adalah bersesuaian dengan
KSSR yang merangkumi setiap tahun (tahun 1 hingga tahun 6). Sedikit
penambahbaikan bagi RPT tahun 1 iaitu melibatkan kemahiran proses sains.

4.4 RANCANGAN TAHUNAN

Guru Besar meminta guru sains untuk mengemaskini rancangan tahunan


terutama bagi tahun 6 untuk menghadapi UPSR pada tahun 2016. Juga perlu
memperbanyakkan lagi aktiviti untuk tahap 1 seperti aktivi kuiz, mewarna dan
projek mini sains.

4.5 DUAL LANGUAGE PROGRAMME

En. Nasem merupakan satu-satunya guru yang mengajar Sains dalam Bahasa
Inggeris untuk tahun 4 dan tahun 1. Kelas yang terlibat ialah kelas 1 Neptune dan
4 Neptune. Buku kerja juga berbeza dan telah dibekalkan oleh kementerian
Pendidikan Malaysia. Guru yang terlibat mengajar DLP juga perlu merujuk RPT,
DSKP yang berbeza dengan kelas biasa.

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Semua guru diminta bersama-sama mengemas kini papan kenyataan di Bilik
Sains Tahap 1 dan 2 sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan sekali.

5.2 Penggunaan buku aktiviti sains sahaja bagi murid tahun 1. Tiada penggunaan

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 01 DISEMBER 2014 00
buku tulis kerana kekangan masa untuk murid menulis nota dan sebagainya.

5.3 Guru besar dan pentadbir sekolah akan melakukan pencerapan untuk menilai
dan membimbing guru-guru sains secara berkala. Guru-guru perlu sentiasa
bersedia dan memastikan kelas dalam keadaan kondusif dan buku-buku murid
perlu sentiasa disemak.

5.4 Murid mestilah menggunakan buku khas untuk amali sains. Penulisan amali
sains haruslah ditulis di dalam buku tersebut supaya ibubapa dapat memantau
hasil kerja murid.

5.5 Guru-guru perlulah memeriksa kertas soalan pada masa yang ditetapkan bagi
mengelakkan sebarang kesulitan daripada segi kemaskini markah.

Tindakan: Semua guru

6 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran Guru Besar, pentadbir sekolah
semua guru Panitia Sains pada mesyuarat kali ini dan berharap akan berjumpa lagi
pada mesyuarat yang akan datang.

(19 JANUARI 2017)

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

........ .................................................. .........................................


( ) ( ) ( )

Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains Guru Besar,


SK Damansara Utama SK Damansara Utama SK Damansara Utama

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 01 DISEMBER 2014 00

You might also like