Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Modul: Ekosistem

EPISOD 1: Sungai

1.1 Apakah Maklumat


yang telah kita
Tenaga cahaya datang dari matahari.
temui?
Pengeluar ialah benda hidup yang membuat makanan sendiri
menggunakan tenaga daripada matahari melalui proses fotosin-
tesis.

Pengguna ialah benda hidup yang memakan benda


hidup atau bahagian benda hidup yang lain, kerana pengguna
tidak boleh membuat makanan sendiri. Organisma ini meng-
gunakan sebahagian makanan semasa proses pernafasan
untuk menghasilkan tenaga yang digunakan oleh semua sel-sel
dalam badan mereka.

Pengurai mendapat makanan mereka melalui pereputan haiwan


dan tumbuhan yang mati.

Kerja Kumpulan

Siput babi Memakan Pengguna


tumbuhan air

Anda telah diberi 4 set kad - gambar, nama, maklumat dan kad
pengguna/pengeluar. Gambar-gambar tersebut ialah benda
hidup yang kita jumpai semasa lawatan tapak kajian.

1
Modul: Ekosistem
EPISOD 1: Sungai

1.1 Apakah
yang telah kita 1. Letakkan kad gambar dalam satu barisan di hadapan anda
di atas meja.
temui? 2. Padankan setiap kad nama dengan kad gambar yang betul.
3. Sekarang padankan setiap kad maklumat dengan gambar
dan kad nama yang betul.
4. Akhir sekali padankan kad pengeluar atau pengguna dengan
setiap set tiga kad untuk menunjukkan anda berpendapat
bahawa benda hidup membuat makanan sendiri atau makan
benda-benda hidup lain untuk mendapatkan makanannya.

Kumpulan anda mesti bersetuju dengan kad yang dipadan-


kan. Dengan memadankan kad, anda akan menghasilkan satu
jadual seperti berikut:

Pengeluar /
Gambar Nama Maklumat
Pengguna

Kongsikan hasil padanan kad anda dengan kumpulan yang lain.


Berikan sebab kepada pilihan anda.

Soalan Penilaian

S1. Apakah jenis benda hidup sebagai pengeluar?

S2. Bagaimanakah pengeluar membuat makanan mereka


sendiri? Terangkan proses tersebut.

S3. Apakah jenis benda hidup sebagai pengguna?

S4. Apakah jenis benda hidup yang merupakan pengguna


makan?

S5. Mengapakah pengguna perlu memakan bendahidup


yang lain?

You might also like