Professional Documents
Culture Documents
Latihan Puisi Moden
Latihan Puisi Moden
i.Apakah maksud rangkai kata saat aku dinisankan dalam rangkap kedua sajak
di atas?[2 markah]
... ketika penyajak meninggal dunia
ii. Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk
membantu rakan anda yang telah insaf daripada kesalahannya?[3 ]
Sebagai seorang pelajar, usaha yang perlu saya lakukan untuk membantu rakan
saya yang telah insaf daripada kesalahannya ialah saya memberikan kata-kata
semangat dan dorongan kepadanya agar tidak mudah mengalah. Selain itu,
saya akan membawa rakan saya berjumpa dengan kaunselor untuk
mendapatkan khidmat nasihat. Akhirnya, memintanya melupakan segala
kesilapan yang lalu.
ii.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sukar untuk menerima
seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya? [3 ]
Pada pendapat saya, masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah
insaf daripada kesalahannya kerana masyarakat tidak berasa yakin bahawa
mereka benar-benar telah berubah. Selain itu, masyarakat masih memandang
serong terhadap mereka.
ii.Pada pendapat anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah cara lain
yang boleh dilakukan untuk membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan
yang dilakukan? [3 markah]
Cara lain untuk membuktikan bahawa kita telah insaf ialah berazam untuk tidak
mengulangi kesilapan tersebut. Selain itu, sentiasa mendampingi orang-orang
yang baik seperti ustaz dan guru. Akhirnya, menunjukkan penampilan diri yang
lebih baik dan meyakinkan.
iii. Nyatakan tiga bentuk sajak yang terkandung dalam sajak Sejadah Rindu.
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat . Selain itu, sajak ini terdiri daripada
lima rangkap. Akhirnya, jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu
antara satu hingga enam patah kata sebaris.
iii.Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
...personifikasi. Contohnya, Air mata menjadi saksi
...penggunaan bahasa Arab. Contohnya, kalimah,Ilahi, dan taubat
...metafora. Contohnya, sejadah rindu
i.Apakah harapan penyajak kepada anak gadisnya seperti yang terdapat dalam
rangkap keempat sajak di atas?
Penyajak menasihati anak dara suntinya agar pandai menjaga diri dalam
mengharungi kehidupan baharu. Penyajak berharap agar anak dara suntinya itu
tidak pulang dengan kesedihan dan kekecewaan.
ii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan ada antara
anak kampung yang tidakberjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading? [3]
... kesusahan hidup hingga tidak mampu untuk membayar yuran pengajian yang
tinggi
... terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran kerana ingin bekerja
bagi membantu keluarga
... tidak ada wang uruuk persediaan awal bagi melanjutkan pelajaran
ii.Sebagai pelajar, apakah yang sepatutnya anda lakukan untuk memenuhi impiai
kedua-dua ibu bapa? [3 markah]
Sebagai pelajar, perkara yang sepatutnya saya lakukan untuk memenuhi impian
kedua-dua ibu bapa ialah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga
memperoleh kejayaan. Selain itu, tidak melibatkan diri dalam masalah sosial.
Akhirnya, berusaha untuk mencapai cita-cita.
ii. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh
golongan mahasiswa? [3]
Pada pendapat saya, masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh golongan
ahasiswa ialah masalah kewangan untuk menampung kos sara hidup di
universiti. Selain itu, sukar untuk membahagikan masa antara pembelajaran
dengan aktiviti sosial secara seimbang. Akhirnya, mudah terikut-ikut dengan
budaya yang tidak sihat.
ii.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita menyesuaikan diri apabila
berada di tempat baharu?[3]
Pada pendapat saya, cara untuk menyesuaikan diri apabila berada di tempat
baharu termasuklah mempelajari budaya setempat. Selain itu, kita hendaklah
bergaul mesra dengan masyarakat setempat. Akhirnya, menghormati
masyarakat di tempat baharu.
iii. Pelbagai masalah dihadapi oleh para mahasiswa di universiti. Pada pendapat
anda, bagaimanakah cara yang sewajarnya dilakukan oleh mahasiswa untuk
menyelesaikan masalah tersebut?
Cara mahasiswa menyelesaikan masalah di universiti ialah berjumpa dengan
kaunselor atau pensyarah untuk mendapatkan khidmat nasihat. Selain itu,
berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bantuan rakan-rakan. Akhirnya,
meminta nasihat daripada ibu bapa.
ii.Jelaskan dua nilai mumi yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Nilai Murni ialah keberanian. Contohnya, penyajak berani melepaskan anak
gadisnya untuk menuntut ilmu di menara gading. Selain itu, nilai kasih sayang.
Contohnya penyajak sebagai seorang bapa amat sayang akan anak gadisnya.
.
iii.Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita mestilah berani
untuk melepaskan anak-anak menuntut ilmu demi kebaikan mereka. Selain itu,
kita haruslah cekal menghadapi segala cabaran supaya matlamat yang
ditetapkan tercapai. Akhirnya, kita hendaklah memberikan kasih sayang yang
sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka sentiasa mengingati pesanan kita.
iii. Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.
... Personifikasi. Contohnya: hadir sihir angin bernafas api
...Unsur alam. Contohnya: angin; burung putih; kabut.
...bahasa Klasik. Contohnya bumantara; sunti; azimat.
i.Apakah maksud rangkai kata menjadi penawar dalam hati dalam rangkap
ketiga sajak di atas? [2 markah]
...sebagai pengubat lara di dalam jiwa
ii.Setiap orang akan menjalani kehidupan hari tua. Pada pendapat anda, apakah
persiapan-persiapan yang perlu dilakukan sebagai bekalan hari tua? [3 markah]
.. . menjaga kesihatan dengan baik supaya tidak ditimpa penyakit yang
memudaratkan
...mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk kehidupan akan datang
...memiiiki rumah yang selesa untuk didiami
...memiliki keluarga atau anak-anak yang penyayang
ii.Sebagai seorang anak, bagaimanakah cara yang boleh anda lakukan untuk
membalas jasa kedua-dua ibu bapa? [3 markah]
Sebagai seorang anak, cara yang boleh saya lakukan untuk membalas jasa
kedua-dua ibu bapa ialah sentiasa mentaati perintah ibu bapa dan tidak
melakukan perkara yang melukakan hati mereka. Seterusnya, menghadiahkan
kejayaan dalam kehidupan kepada mereka. Akhirnya, memelihara dan menjaga
ibu bapa apabila mereka sakit atau sudah tua.
ii.Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
memastikan anak-anak tidak melupakan jasa mereka? [3 markah]
Pada pendapat saya, usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
memastikan anak-anak tidak melupakan jasa mereka termasuklah memberikan
kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak sejak kecil. Seterusnya,
memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Akhirnya, ibu
bapa menjadi contoh yang baik dengan menunjukkan kasih sayang yang utuh
terhadap orang tua.
ii. Terdapat segelintir masyarakat kini yang menghantar ibu bapa mereka ke
rumah orang-orang tua.Pada pandangan anda, mengapakah mereka bertindak
sedemikian? [3 markah]
Sebab anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua ialah tidak
mempunyai sifat tanggungjawab.
Seterusnya, tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa kerana terlalu sibuk
dengan kerjaya.
Akhirnya,menganggap ibu bapa sebagai bebanan dalam kehidupan mereka.
iii.Jelaskan dua unsur bunyi yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Unsur bunyi yang terdapat dalam sajak di atas ialah asonansi. Contohnya,
Aku selalu didatangi mengandungi (perulangan bunyi vokal a),
anakku bakaku (perulangan bunyi vokal u).
Seterusnya, Aliterasi. Contohnya: tiada yang kekal kecuali Tuhan (perulangan
bunyi konsonan k); menderita mengerang sakit (perulangan bunyi konsonan m)
iii. Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
...Kehidupan seorang tua yang kesunyian.
...Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan ibu bapa.
...Harapan orang tua agar anak- anaknya diberi keinsafan.
...Kasih sayang orang tua yang tidak dihargai.
ii. Pekerjaan sebagai anggota keselamatan kurang menjadi pilihan para remaja
kini. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [3 markah]
...Pendapatan dalam bidang ini tidak lumayan.
...Pekerjaan ini terdedah kepada risiko keselamatan diri.
...tidak suka terikat dengan peraturan yang ketat.
...berasa malu sekiranya menjadi anggota keselamatan kerana pekerjaan ini
tidak popular.
ii. Pahlawan yang banyak menabur bakti demi kemakmuran negara perlu
disanjung. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang sewajarnya dilakukan
oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan?
Pada pendapat saya, cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan
sebagai tanda mengingati jasa pahlawan adalah dengan menganugerahkan
pingat kebesaran atau ganjaran kepada para pahlawan sebagai tanda
penghargaan atas jasa mereka. Selain itu, menyambut Hari Pahlawan pada
setiap tahun untuk mengenang jasa mereka. Seterusnya, menyediakan
kediaman yang selesa kepada mereka yang telah bersara. Akhirnya,
memberikan bantuan dan sokongan kepada pahlawan negara yang masih ada
atau waris-waris mereka.
ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan sejati? [3 markah]
Pada pendapat saya, ciri-ciri seorang pahlawan sejati ialah Mempunyai
semangat juang yang tinggi. Seterusnya, mempunyai kemahiran dalam bidang
pertempuran. Selain itu, sanggup berjuang bermati- matian untuk
mempertahankan negara. Akhirnya, tidak mudah gentar dan menyerah kalah
kepada musuh.
ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai sumbangan para
pahlawan yang mempertahankan negara? [3 markah]
Pada pendapat saya, kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang
mempertahankan negara kerana mereka telah Membebaskon negara daripada
cengkaman penjajah. Selain itu, generasi kini dapat menikmati kehidupan yang
damai hasil perjuangan para pahlawan. Seterusnya, sanggup berkorban nyawa
untuk berjuang mempertahankan negara di medan pertempuran. Akhirnya, ikhlas
berjuang dan tidak mengharapkan balasan atas sumbangan mereka.
i. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang yang
ingin bergelar pendekar? Berikan tiga ciri itu. [3 markah]
... bijaksana, berilmu, dan mempunyai pelbagai kemahiran serta kepandaian
... berani dan tidak gentar menghadapi cabaran
...amanah, berintegriti, dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul
iii. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah Peperangan akan
mencetuskan perasaan dendam dalam kalangan manusia. Seterusnya, usaha
untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya.
Selain itu, sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah yang setia dengan
Jebat yang menuntut keadilan. Seterusnya, pendustaan yang menggugat
keadilan dan ketelusan. Akhirnya, peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah
palsu yang melenyapkan kebenaran.
iii.Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
...personifikasi. Contohnya takhta setia; putik dendam; selumbar sengsara.
...metafora. Contohnya peta keadilan.
...simile. Contohnya, seperti perawan.
...Hiperbola. Contohnya, jari-jemari takdir; daerah angkara; menjungkitkan
amarah.
...unsur alam. Contohnya putik; fajar; kelopak
iii. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita haruslah bersikap
berani untuk mengenalpasti kebenarai supaya kita tidak tersilap membuat
kesimpulan tentang sesuatu perkara. Seterusnya, kita mestilah bersikap dil dan
saksama supaya tidak melakukan kekejaman. Selain itu, kita hendaklah insaf
bahawa peperangan dan perbalahan dalam kalangan manusia tidak akan
mendatangkan kebaikan. Akhirnya, kita haruslah berusaha dengan gigih dan
bersungguh- sungguh untuk memperoleh kebahagiaan supaya hidup lebih
bererti.
iii.Huraikan tema dan satu persoalan yang terdapat dalam sajak Kudup Perang
...sajak ini bertemakan mencari kebenaran. Penyajak sedang mencari keadilan
antara dua orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut
keadilan
... persoalan keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan.
Contohnya,
iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
...nilai Keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kebenaran
antara pahlawan dengan pengkhianat.
...nilai keadilan.Contohnya, Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan jujur dan
saksama.
...nilai keinsafan. Contohnya, penyajak insaf bahawa peperangan dan
perbalahan akan menjejaskan kehidupan yang harmoni.
...nilai kerajinan. Contohnya, usaha untuk membina kebahagiaan semula dalam
kehidupan selepas berlakunya perbalahan perlu dilakukan dengan gigih.