Professional Documents
Culture Documents
Untuk Makluman Penerima Hadiah Kepujian Dan Sijil Dekan
Untuk Makluman Penerima Hadiah Kepujian Dan Sijil Dekan
Pihak Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) mengucapkan tahniah atas kejayaan
tuan/puan dianugerahkan Hadiah Kepujian/Sijil Dekan setelah memenuhi kriteria umum dan
khusus bagi Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM).
Sehubungan itu, bagi meraikan kejayaan tuan/puan dijemput hadir ke Majlis Penyampaian
Hadiah Kepujian dan Sijil Dekan yang akan diadakan semasa Kursus Intensif nanti. Maklumat
majlis adalah seperti berikut:
Tuan/puan perlu mendaftar kehadiran sebelum majlis bermula iaitu pada jam 1.30 tengahari di
Foyer DTSP. Nama tuan/puan tidak akan dipanggil ke atas pentas sekiranya tuan/puan
lewat atau tidak hadir mendaftar diri pada masa tersebut.
Surat jemputan dan borang jawapan telah dihantar kepada tuan/puan. Borang jawapan
kehadiran tersebut perlu difaks 04-6576000 atau emel kepada Puan Nurul Alwani
(nurulalwani@usm.my) selewat-lewatnya hari Selasa, 12 Januari 2016.
Kepada Penerima Sijil Dekan (tahun akhir) yang telah bergraduan pada Konvokesyen
November 2015, sijil akan diposkan kepada pelajar (senarai nama di Lampiran B).
____________________
Timbalan Pendaftar
PPPJJ
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPUJIAN DAN SIJIL DEKAN
Timbalan Pendaftar
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
No. Faks: 04-6576000
Tuan
_________________
Tandatangan
Nama :
Tarikh :
Nota:
1. Sila berpakaian formal dan kemas semasa menghadiri majlis ini.
2. Sila kembalikan borang jawapan ini melalui faks di talian 04-6576000
atau e-mel: nurulalwani@usm.my
3. Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Nurul Alwani Abd Hamid : 04-6535174
Puan Suriya Abd Rahman : 04-6533286