Bola Dua Pihak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bola dua pihak

Objektif:
Kemahiran mmbaling
Kemahiran berlari(kekuatan otot kaki)
Kemahiran melompat dan bergerak
Mewujudkan kerjasama/bertolak ansur

Langkah-langkah bermain
1. Wujudkan 2 pasukan bagi permainan dan namakan pasukan tersebut
sebagai A dan B.
2. Setiap kumpulan dikehendaki berada di dalam kawasan yang telah
ditentukan semasa permainan dijalankan.
3. Satu kumpulan akan diberikan sebiji bola iaitu melalui perundian yang
dibuat sebelum bermain.
4. Sekiranya kumpulan A yang mendapat undi tersebut maka kumpulan A
yang berhak memulakan balingan kepada kumpulan B. Begitulah
seterusnya, di mana kumpulan B akan membalas balingan kepada
kumpulan A pula.
5. Sekiranya ada ahli kumpulan yang terkena balingan maka dengan segera
dia dikehendaki keluar dan berdiri di belakang kawasan pihak lawan bagi
membantu kumpulannya membaling, iaitu dengan syarat bola itu terkeluar
dari kawasan pihak lawan.
6. Kumpulan yang habis dulu (ahli mati) dianggap kalah.

Peraturan permainan
1. Cara balingan ikut kreativiti masing-masing.
2. Mengelakkan balingan bola kea rah muka untuk mengelakkan
kecederaan.
3. Bola hanya menjadi hak sesebuah pasukan apabila bola tersebut berada
di dalam kawasannya.
4. Tiada had masa untuk bermain sehingga ahli dalam sekumpulan tersebut
dikira mati.
5. Pelbagai jenis bola boleh digunakan terbaiknya adalah bola yang lebih
ringan.
6. Ahli tiada kedudukan tertentu dalam kawasan masing-masing. Boleh
berdiri di mana-mana sahaja untuk mengelakkan bola selain terkeluar
dalam kawasan tertentu.

A B

You might also like