Professional Documents
Culture Documents
Kertas 3 SPM Sejarah Bab 6
Kertas 3 SPM Sejarah Bab 6
Idea/ cadangan Pembentukan Malaysia yang pertama oleh Lord Brassey iaitu
Pengarah Syarikat Borneo Utara British. Beliau mencadangkan agar Kerajaan
British mengabungkan Sarawaj dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan
Negeri-Negeri Selat.
Idea kedua ialah oleh Sir Malcom MacDonald pada tahun 1948. beliau
seorang Gabenor Jeneral Asia Tenggara. Cadangan beliau ialah Sarawak,
Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Idea atau cadangan seterusnya daripada Dato' Onn Jaafar pada tahun
1956. Beliau mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
dinamai "Malaysia". Beliau berpendapat pada suatu hari nanti, British akan
menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu
Selain itu, ada cadangan atau idea daripada pemimpin Singapura iaitu Lim
Yew Hock, David Marshall dan Lee Kuan Yew yang mendesak agar British
berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Mereka mencadangkan agar gabungan
tersebut diantara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Namun
begitu, cadangan ini tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan
berlaku ketidakseimbangan penduduk.
Seterusnya cadangan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 mei 1961. Beliau
bersetuju dengan gagasan Malaysia dan mengumumkan cadangan tersebut
dalam Majlis Makan Tengahari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel
Adelphi, Singapura. hasrat beliau ialah pembentukan Malaysia dapat menjamin
kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Selain itu,
kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.
i) cabaran/ masalah
Cabaran / Masalah yang dihadapi oleh Malaysia ialah kesukaran mendapat
pengiktirafan dari negara maju. cabaran kedua ialah gejala keruntuhan akhlak
remaja akibat daripada nilai-nilai kemanusiaan semakin pudar.
Cabaran ketiga ialah Penyalahgunaan dadah yang semakin merebak di
kalangan belia yang bakal menjadi pemimpin negara di masa hadapan. Cabaran
ke empat ialah Institusi kekeluargaan semakin luntur/penceraian meningkat
menyebabkan ramai rakyat mula hilang jati diri dan sukar dibawa
berunding. Cabara ke lima ialah Demonstrasi jalanan untuk menyuarakan
ketidakpuasan hati semakin berleluasa sehingga menampakkan bentuk bentuk
keganasan yang bakal sukar untuk dikawal.
ii) Usaha/Langkah/cara
Usaha/Langkah/cara mengatasinya ialah dengan Melahirkan modal insan
berkualiti. Usaha seterusnya ialah Memperkukuh jati diri dalam program PLKN
untuk pelajar lepasan SPM.
Usaha/Langkah/cara lain yang dapat dibuat ialah dengan memperkasakan
sekolah agama bagi membentuk insan yang kamil dan cemerlang dunia dan
akhirat. Usaha/Langkah/cara keempat ialah dengan Menerapkan integriti diri
dalam setiap rakyat menerusi sifat Bersih Cekap dan
Amanah. Usaha/Langkah/cara seterusnya, Mengukuhkan institusi kekeluargaan
supaya dapat Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasi gejala sosial.
1. Penubuhan Malaysia memperlihatkan kematangan pemimpin kita melihat masa depan. Pada
pandangan anda, mengapakah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia memberi banyak
faedah kepada rakyat negeri tersebut?
2. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada tentangan negara luar iaitu Indonesia dan Filipina
dalam usaha menubuhkan Malaysia?