Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Definisi Kerja Sepasukan

Konsep kerja sepasukan adalah satu pendekatan yang unik tapi kreatif. Hal ini kerana
pendekatan kerja berpasukan mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan kesemua ahli,
mengembleng segala elemen positif dan mengabungkannya sebagai satu punca tenaga yang
baru (Francis & Young 1979). Pemimpin atau pengurus boleh menjadikan satu pasukan kerja
yang lebih efektif dengan cara mengumpul semua ahlinya yang berbakat serta memupuk dan
memotivasikan semangat mereka menjadi lebih positif demi mencapai matlamat pasukan kerja
yang ditetapkan.

Kerja sepasukan ialah satu kumpulan kerja ahli-ahlinya melaksanakan tugas bersama-sama
dan berusaha mewujudkan suasana kerja yang lebih harmonis (Shari,1991). Francis
Young(1997) menambah bahawa ahli kepada satu pasukan kerja bekerja dalam satu kumpulan
dengan tekad untuk bekerjasama. Ahli pasukan mempunyai satu matlamat yang sama bagi
iaitu, menyiapkan sesuatu kerja. Dengan ringkasnya ahli pasukan kerja mempunayai garis
panduan dan atur cara yang ditetapkan dan beriltizam memberikan hasil kerja yang berkualiti
dem untuk mencapai wawasan bersama.

Kelebihan Kerja Berpasukan


Menurut Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan banyak faedah kepada
pasukan mahupun ahli dalam pasukan tersebut. Dari segi faedah pasukan, ia akan
meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan kualiti kerja dan meningkatkan moral pekerja.
Dari segi faedah individu pula, ia dapat mengurangkan tekanan kerja dengan tanggungjawab
dikongsi bersama, mereka akan merasakan diri dihargai oleh ahli dalam pasukan, kebolehan
individu boleh dikongsi bersama dengan ahli pasukan dan pengalaman setiap ahli pasukan
boleh dijadikan panduan kejayaan. Dengan itu, kejayaan akan dikongsi bersama ahli pasukan.

Selain ini, kerja berpasukan mempunyai kelebihan seperti meningkatkan rangsangan,


mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja, mengurangkan sebarang
pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat dan
mewujudkan perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan akan sentiasa suka menghasilkan kerja
yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang intim. Mereka juga
akan meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi. Pasukan kerja yang
berjaya akan memiliki ciri-ciri tersendiri dengan hasil yang menguntungkan semua pihak.
Ciri-ciri am kerja berpasukan adalah sempadan yang jelas, manfaat daripada kemahiran yang
pelbagai, tugasan yang jelas untuk dipersembahan, mempunyai sasaran tarikh, bergantung
pada kerjasama, bilangan ahli yang tidak terlalu ramai, akauntabiliti individu dan saling
bergantung, kerja secara kolektif, aktif dalam penyelesaian masalah, perbincangan secara
terbuka, saling bergantung dan kepimpinan berkongsi. Pasukan kerja yang efektif dianggap
sebagai pemangkin yang terkuat untuk melaksanakan perubahan organisasi. Pasukan kerja
yang berkesan tidak akan wujud secara kebetulan. Pasukan berkesan perlu dilahirkan dengan
sengaja dan diurus secara sistematik. Maka dalam konteks organisasi sekolah, pasukan kerja
yang diwujudkan adalah bertujuan dan memiliki matlamat yang jelas.

Sebelum ditinjau lagi adalah wajar meninjau teori-teori pengurusan yang membicara kerja
berpasukan. Manfaat yang akan diperolehi oleh seorang ketua atau guru besar dalam
mewujudkan pasukan yang kreatif dan inovatif dengan bertindak kerja berpasukan
ialah berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan. Mereka
bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan
bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti
jabatan. Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh
diselesaikan dengan cepat dan berkesan kerana cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara
berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan cadangan yang dibuat
oleh individu. Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan secara
langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti iaitu
pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas, semangat saling percaya-mempercayai
dalam kalangan kakitangan dan komunikasi yang lancar di dalam organisasi.

Ahli kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan,
pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja berpasukan. Pekerja ini
akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli dalam pasukan mencetuskan idea-idea baru
yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan. Dalam
suasana kerja berpasukan, ahli pasukan mudah menjalankan perasaaan percaya-
mempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan
lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu
mereka akan dapat membuat keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan
sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi
menggerakkan proses peningkatan kualiti seterusnya mewujudkan suasana kerja yang
kondusif dan akhirnya akan meningkatkan kecemerlangan organisasi.

You might also like