Kek Lapis Idola

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEK LAPIS IDOLA

SHOPPING LIST
Loyang 9x9 |150c-170c | 10-15 min every layer

Semua ada.
INGREDIENTS
1.10 biji telur
2.400 gram mentega
3.200 gram Horlicks
4.80 gram seri kaya
5.*50 gram serbuk
santan(optional)
6. 300 gram coklat masakan
(double boiled)
7. 1 tin kecil susu manis
8. 100 gram milo
9. 150 gram gula halus
10. 280 gram tepung hong kong
11. 1 sudu teh vanilla
12. pewarna kuning
13. pewarna merah
14. 1sudu teh browning sugar
15. 3 sudu serbuk cocoa

METHOD
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu satu dan gaul hingga rata.
Masukkan Horlicks , sri kaya, serbuk santan,
susu manis, tepung hong kong, dan vanilla.
Gaulkan adunan tersebut hingga rata. Timbang
dan bahagi tiga. Satu bahagian pewarna kuning,
satu bahagian pewarna merah dan satu
bahagian campurkan coklat, milo, serbuk cocoa
dan browning sugar.Setelah dicampur, timbang
semula bahagian merah dan kuning, bahagi
dua.Begitu juga coklat timbang.
Mula lapis Merah,kuning,Merah kuning, Merah
Kuning. Coklat*hingga habis. Kuning, Merah,
Kuning, Merah, Kuning, Merah
KEK MASAM MANIS
SHOPPING LIST
Loyang 9x9 |150c-170c | 10-15 min every layer

Semua ada.
INGREDIENTS
10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut
marie dikisar halus, diayak dan
kemudian barulah disukat)
100 g tepung
hongkong/superfine/tepung gandum
(diayak)
450 g mentega berkualiti
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor
300 g susu pekat manis
haw slice/ hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau
secukupnya (pewarna lain pun
boleh)

METHOD
Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete
hingga kembang. Dalam bekas yang lain, putar
mentega dan susu hingga putih
berkrim.Kemudian satukan langkah 1 dan 2.
Sebatikan.Kemudian masukkan tepung biskut
marie dan tepung hongkong/superfine/gandum.
Kacau sebati dengan spatula dan kemudian
putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan
benar-benar sebati. Bahagikan adunan kepada 3
bahagian. Warnakan hijau, ungu dan
kuning.Bakar/grill lapis demi lapis dan
susunkan hawflake secukupnya mengikut
citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7
sudu makan adunan).Guna api atas dan bawah
untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya
menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan
dibakar antara 5-7 minit atau hingga
keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada
suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek
masak sempurna)
2
KEK LAPIS KENARI
SHOPPING LIST
Loyang 9x9 |150c-170c | 10-15 min every layer

INGREDIENTS Telur 30 biji


INTI A
Pewarna Merah
25 biji kuning telur
10 biji putih telur
350 gram gula halus
350 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan tepung jagung
2 camca teh rempah kuih
1 camca teh vanilla

B
500 gram mentega
4 sudu besar susu manis

C
Pewarna hijau, kuning, merah, ungu
Jem strawberry
Chocholate Rice secukupnya

METHOD
Pukul bahagian A hingga ringan dan kembang.
Ketepikan. Pukul bahagian B hingga putih.
Satukan dengan aduanan A, sebatikan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. ( warna
merah, kuning, hijau,ungu 300 gram setiap
warna) (baki adunan untuk lapis atas dan
bawah)
Inti : Sediakan 2 acuan 9x9x1
Bakar Merah, kuning, Merah, Kuning
setelah sejuk potong dengan pemotong 11
bahagian segi empat satu bahagian bahagi 2
segitiga (jumlah 13 batang)
Bakar Hijau, ungu, hijau, ungu
setelah sejuk potong dengan pemotong
bahagi 2 segi tiga (jumlah 24 batang)
Kek Lapis Acuan 8 x 8 x 4
Bakar adunan baki selapis demi selapis
(timbang dulu kemudian bahagi)
contoh:setelah 3 lapis sapu jem strawberi atas
kek dan sekeliling inti dan tabor choc rice
atasnya. Susun inti mengikut rajah. Ulangi
proses hingga habis.

You might also like