Kertas Kerja PPDa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG LIMA PEKAN,TANGKAK

KERTAS KERJA

MINGGU PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

TARIKH : 20 24 MAC 2016

1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH


KERTAS KERJA MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH
KEBANGSAAN SIMPANG LIMA PEKAN,TANGKAK

1.0 Pengenalan

Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah adalah satu bentuk pendidikan awal
kepada anak-anak murid untuk menghindarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah
dan terjebak dalam masalah sosial. Berdasarkan senario semasa, ramai anak muda yang
terlibat dalam pengihan dadah adalah merupakan mereka yang tidak mendapat didikan awal
berkaitan dengan bahayanya dadah. Kebanyakan jenayah dan masalah sosial yang berlaku
dalam masyarakat hari ini adalah di kalangan mereka yang tidak mendapat didikan awal
berkaitan dengan bahayanya penyalahgunaan dadah. Pendedahan awal dalam pencegahan
dadah ini adalah sangat penting memandangkan murid di sekolah rendah adalah gologan
yang paling sesuai.

2.0 Matlamat

Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah ini memberi kesedaran awal kepada
anak-anak murid di sekolah ini berkaitan dengan bahayanya penggunaan dadah. Di samping
itu membantu anak-anak murid memilih rakan yang betul dan membantu rakan-rakan
mereka yang mepunyai masalah. Diakhir Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenyah
ini nanti, murid-murid dapat mengenalpasti bahayanya dadah, cara-cara menghindarkan diri
daripada terlibat dalam penagihan dadah dan jenayah, kesan-kesan jika terlibat dalam
penagihan dadah/jenayah dan dapat input berkaitan dengan masalah sosial semasa.

3.0 Objektif

Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah ini adalah:

3.1 Memberi kesedaran awal kepada murid-murid di sekolah ini berkaita

dengan bahaya penagihan dadah.

3.2 Memberi input berkaitan dengan masalah sosial semasa.

3.3 membantu murid-murid mengenalpasti cara-cara menghidarkan diri

daripada terlibat dalam penagihan dadah dan jenayah.

4.0 Sasaran

Murid Murid SK Simpang Lima Pekan,Tangkak

5.0 Tarikh

20 Mac 2016
6.0 Tempat / Lokasi

Kawasan sekolah

7.0 Tentatif Program

Tarikh Aktiviti Tindakan


20 Mac 2016 (Ahad) - Pelancaran minggu anti dadah - Semua murid
- Bacaan perutusan - Semua guru
21 Mac 2016 (Isnin) - Ceramah anti dadah - Seluruh warga sekolah
22 Mac 2016 (Selasa) - Kuiz tahap 2 (rumah sukan) - Tahap 2
23 Mac 2016 (Rabu) - Mewarna dan melukis poster - Tahap 1 dan 2
24 Mac 2016 - Pertandingan mendeklamasikan sajak - Tahap 2
(Khamis)

8.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah


1 Bunting Pelancaran minggu pendidikan pencegahan dadah RM 30
RM 30 x 1 = RM 30
2 Cenderahati penceramah AADK RM 50
RM 50 x 1 = Rm 50
3 Peralatan Kuiz (Kertas putih,marker pen) RM 10
RM 10 x 1 = RM 10
4 Pertandingan Mewarna & Melukis poster RM 20
Kertas lukisan 80helai RM 10
Fotostat RM 10
5 Hadiah RM 51
- Kuiz (RM 12)
- Mewarna (RM 15)
- Melukis poster (RM 15)
- Mendeklamasikan sajak (RM 9)
JUMLAH BESAR RM 161

9.0 Penutup

Secara keseluruhannya, Program Pendidikan Pencegahan Dadah ini diharap dapat


membantu memberi pendidikan awal kepada murid-murid sekolah SK Simpang Lima
Pekan,Tangkak dalam menghindari diri daripada tejabak dalam penagihan dadah dan
jenayah.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :

...................................... ..........................................
(MOHAMMAD NABIIL B BORHANUDIN) (SARIAH BT SOMADI)
Penyelaras PPDA SK Simpang Lima Pekan, GPK HEM SK Simpang Lima
Tangkak Pekan, Tangkak

You might also like