Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Halatuju Pelajar Selepas SPM

Tingkatan 6

Untuk pilihan ini, pelajar boleh memasuki universiti dengan menggunakan keputusan STPM.
Dengan sistem peperiksaan modular yang baru, di mana setiap semester akan diuji, pelajar
sebenarnya sudah mula melangkah ke alam pembelajaran gaya universiti.

Syarat Am Kecuali Murid Bekeperluan Khas (MBK)

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2018.

Syarat Khas

1. Jurusan Sains

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit
bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
Matematik / Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi
Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Teknologi Kejuruteraan/ Information
And Communication Technology/ Pengajian Agroteknologi
Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

2. Jurusan Kemanusiaan

i. Sekolah Menengah Harian/ Sekolah Menengah Teknik


Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit
bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
Sejarah
Geografi/ Pendidikan Seni Visual
Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
Matematik/ Matematik Tambahan
Prinsip Perakaunan
Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariaah Islamiah
Bahasa Arab/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English For Science And Technology
Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah
Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

Matrikulasi
Ini juga salah satu laluan yang popular bagi pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan
cemerlang dan sederhana cemerlang. Kursus yang ditawarkan adalah aliran Sains Tulen,
Kejuruteraan, dan Perakaunan. Tempoh masa program matrikulasi pula adalah selama 1 atau
2 tahun bergantung kepada kursus yang dipohon. Pelajar akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi
di seluruh Malaysia. Pelajar seterusnya akan ditempatkan di universiti terpilih mengikut kursus
pilihan dan juga keputusan akhir matrikulasi..

BIDANG PENGKHUSUSAN

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan tiga(3) jurusan pengajian:

1. Sains (Kod M001)


2. Perakaunan (Kod M003)
3. Teknikal (Kod M007)

RANCANGAN PROGRAM

1. Jangka Masa Program


Program Satu Tahun (2 Semester)
Program Dua Tahun (4 Semester)

2. Mata Pelajaran Teras


Jurusan Sains
Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer
Jurusan Perakaunan
Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi
Aliran Teknikal
Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan

Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil
oleh semua pelajar:-
Bahasa Inggeris
Kemahiran Dinamika
Pendidikan Islam/Moral

Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan


mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut:-

Sukan/Permainan atau
Persatuan/Kelab atau
Kawad Kaki

PENILAIAN

Berdasarkan Penilaian Berterusan (PB), Ujian Pertengahan Semester (UPS) dan Peperiksaan
Semester Program Matrikulasi (PSPM).

PEMBIAYAAN

Pelajar Program Matrikulasi dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Pelajar yang memperolehi PNGK 2.00 (gred C) dan ke atas boleh dipertimbangkan untuk ke
IPTA

a. Jurusan Sains
Perubatan
Pergigian
Bio Perubatan
Bio Fizik
Farmasi
Sains Aktuari
Sains Tulen
Sains Gunaan
Sains Komputer / Teknologi Maklumat
Sains Pendidikan
Kejuruteraan
Seni Bina dan bidang lain yang berkaitan

b. Jurusan Perakaunan
Perakaunan
Ekonomi
Pengurusan Perniagaan
Undang-Undang
Teknologi Maklumat
Pentadbiran Perniagaan / Pentadbiran Awam
Pengurusan Sumber Manusia dan bidang lain yang berkaitan

1. Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan
kemudahan permohanan melalui Internet (PMI).

2. Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)

A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.
E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T).
G. Sekolah Berprestasi Tinggi.

3. Cara Permohonan.

Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru


yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli
sendiri nombor PIN di BSN.
Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun
Giro/Wadiah BSN Sahaja).
Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad
Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM)
seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat
pembelian nombor PIN di kaunter BSN sahaja.
Kaunselor/guru/pelajar akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi
setiap pelajar/ Nombor PIN.
Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor
akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan
nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN)
Kaunselor/guru/pelajar pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti
yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:
Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)
Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
Nombor Kad Pengenalan Pelajar
Nombor PIN 5 Digit.

Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon
dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di
http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 24 Disember/Oktober 2017 dengan
memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

You might also like