Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan dua orang murid dari kelas Harmony Enam Program Khas

Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama. Kedua-dua

murid ini adalah perempuan. Prestasi akademik bagi kedua-dua murid ini adalah sama

iaitu tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Jenis kecacatan yang

dialami oleh responden pertama ialah sindrom down dan responden yang kedua pula

mengalami kecacatan autisme. Antara ciri-ciri murid sindrom down ialah mempunyai

iras wajah yang sama, mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking yang

membengkok ke dalam serta mereka mempunyai otot yang lemah memyebabkan

mereka lembik dan lewat perkembangan motor kasar. Melalui pemerhatian yang dibuat,

koordinasi mata dan tangan kedua-dua murid ini juga lemah serta keupayaan motor

halus yang agak terhad.

You might also like