Skema Soalan Selaras PA Penggal 3 2016 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

SULIT*

JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PRAUNIVERSITI
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
TAHUN 2016
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
SKEMA JAWAPAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
PENGAJIAN AM
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
KERTAS 3 PENGGAL 3
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN
JABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKANNEGERISEMBILANJABATANPENDIDIKAN

______________________________________________________________________________
Skema jawapan ini terdiri daripada 17 halaman bercetak.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 2016
PENGAJIAN AM 900/3 [Lihat Sebelah]

*Skema Jawapan ini adalah SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
1
SULIT*

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A (15 markah)

Soalan Jawapan
1 D
2 A
3 C
4 A
5 A
6 D
7 B
8 D
9 C
10 A
11 C
12 C
13 C
14 C
15 A

SULIT*
2
SULIT*

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN B (15 Markah)

PERINGATAN KEPADA PEMERIKSA


Calon dikehendaki menjawab satu daripada dua soalan dalam Bahagian B. Sekiranya calon
menjawab kedua-dua soalan, hanya soalan yang mula-mula dijawab oleh calon sahaja yang perlu
disemak oleh pemeriksa.

SOALAN 16
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan pungutan pingat mengikut negara dan jenis
pingat dalam Sukan Olimpik pada tahun 2016. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk
meningkatkan mutu sukan negara.

KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT BAGI NEGARA-NEGARA TERPILIH DALAM SUKAN


OLIMPIK TAHUN 2016

Pungutan Pingat
Negara Jumlah
Emas Perak Gangsa
Amerika Syarikat 46 37 38 121
Great Britain 27 23 17 67
China 26 18 26 70

Russia 19 18 19 56
Jerman 17 10 15 42

Jepun 12 8 21 41
Peranchis 10 18 14 42

(Disesuaikan daripada Berita Harian, Selasa 23 Ogos 2016, m.s.49)

Skema jawapan:

Bil Isi/Idea Huraian


Bandingan pungutan pingat
A
mengikut negara.
1 Secara keseluruhan : Amerika Syarikat : 121 buah pingat
Negara paling banyak menerima
pingat ialah Amerika Syarikat Jepun : 41 buah pingat
Negara paling sedikit menerima
pingat ialah Jepun.

SULIT*
3
SULIT*
Bil Isi/Idea Huraian
B Bandingan pungutan pingat
mengikut jenis pingat.
2 Pingat emas paling banyak Pingat emas Amerika Syarikat : 46 buah pingat
dimenangi oleh Amerika Syarikat Pingat emas Peranchis : 10 buah pingat
dan paling sedikit ialah Peranchis

3 Pingat perak paling banyak


dimenangi oleh Amerika Syarikat Pingat perak Amerika Syarikat : 37 buah pingat
dan paling sedikit ialah Jepun Pingat perak Jepun : 8 buah pingat

4 Pingat gangsa paling banyak


dimenangi oleh Amerika Syarikat Pingat gangsa Amerika Syarikat : 38 buah pingat
dan paling sedikit ialah Peranchis Pingat gangsa Peranchis : 14 buah pingat

C Langkah-langkah yang diambil


oleh Malaysia untuk
meningkatkan mutu sukan
negara
5 Mengimport jurulatih asing/ Mereka mempunyai banyak pengalaman
Melantik jurulatih bertauliah Boleh merangka latihan yang sistematik dan
berasaskan sains
6 Membina kemudahan sukan Membolehkan atlet menyesuaikan diri dengan
bertaraf antarabangsa suasana pertandingan
Sebagai contoh :stadium bolasepak yang
besar, kolam renang bersaiz Olimpik, trek
bertaraf dunia
7 Memberikan ganjaran kepada atlet Boleh menyuntik semangat atlet
Menjamin masa depan ahli sukan seperti
pencen
Wang boleh digunakan untuk latihan intensif
8 Membentuk ahli sukan sejak awal Kerajaan bertanggungjawab mengadakan
program pemilihan ahli sukan sejak di bangku
sekolah
Memberikan asas yang kukuh dalam sesuatu
acara sukan
Membina banyak sekolah sukan
9 Mendedahkan atlet dengan Atlet boleh menyesuaikan diri dengan situasi
kejohanan antarabangsa pertandingan sebenarnya
Memantapkan prestasi / persembahan ahli
sukan

Kesimpulan :
Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi sebuah negara sukan berprestij antarabangsa.

SULIT*
4
SULIT*

Jawapan :

A 1 + B (Mana-mana 1 isi/idea) + C* (Mana-mana 2 isi/idea)


*Nota: Jawapan perlu dimulakan dengan kata kerja

Isi/Idea (I) = 4 (A 1, B 1, C 2)
Huraian (H) = 8 (4 x 2)
Bahasa (B) = 1
Rumusan (R) = 2

15

SULIT*
5
SULIT*

SOALAN 17
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan pola bilangan pelajar Malaysia di luar negara bagi
tahun 2006 dan 2007. Terangkan keistimewaan belajar di luar negara.

BILANGAN PELAJAR MALAYSIA DI LUAR NEGARA


BAGI TAHUN 2006 DAN 2007

Tahun
Negara
2006 2007
(orang) (orang)
Amerika Syarikat 6 142 5 281

Arab Saudi 138 127

Australia 14 918 13 010

Kanada 238 312

Indonesia 3 630 4 565

Jordan 490 655

Mesir 5 780 6 896

New Zealand 1 297 1574

UK dan Ireland 12 569 11 490

Jumlah 45 202 43 908

(Disesuaikan daripada : http//www.mohe.gov.my)

Skema jawapan:

Bil Isi/Idea Huraian


A Perubahan
1 Jumlah keseluruhan bilangan Pada tahun 2006 - 45 202 orang
pelajar Malaysia di luar negara Pada tahun 2007 - 43 908 orang
pada tahun 2006 dan 2007 Menurun - 1 294 orang (2.86%)
menunjukkan penurunan

SULIT*
6
SULIT*
Bil Isi/Idea Huraian
2 Pola bilangan pelajar yang Amerika Syarikat
menurun ialah di negara : Pada tahun 2006 - 6 142 orang
Amerika Syarikat, Arab Saudi, Pada tahun 2007 - 5 281 orang
Australia serta UK dan Ireland Menurun - 861 orang (14.01%)

Arab Saudi
Pada tahun 2006 - 138 orang
Pada tahun 2007 - 127 orang
Menurun - 11 orang (7.97%)

Australia
Pada tahun 2006 - 14 918 orang
Pada tahun 2007 - 13 010 orang
Menurun - 1908 orang (12.78%)

UK dan Ireland
Pada tahun 2006 - 12 569 orang
Pada tahun 2007 - 11 490 orang
Menurun - 1 079 orang (8.58%)

Nota: semua negara perlu


dinyatakan Nota: Satu contoh negara sahaja bagi huraian
3 Pola bilangan pelajar yang Kanada
meningkat ialah di negara : Pada tahun 2006 - 238 orang
Kanada, Indonesia, Jordan, Mesir, Pada tahun 2007 - 312 orang
dan New Zealand Meningkat - 74 orang (31.09%)

Indonesia
Pada tahun 2006 - 3 630 orang
Pada tahun 2007 - 4 565 orang
Meningkat - 935 orang (25.75%)

Jordan
Pada tahun 2006 - 655 orang
Pada tahun 2007 - 490 orang
Meningkat - 165 orang (25.19%)

Mesir
Pada tahun 2006 - 5 780 orang
Pada tahun 2007 - 6 896 orang
Meningkat - 1 116 orang (19.30%)

New Zealand
Pada tahun 2006 - 1 297 orang
Pada tahun 2007 - 1 574 orang
Meningkat - 277 orang (21.35%)

Nota: semua negara perlu


dinyatakan Nota: Satu contoh negara sahaja bagi huraian

SULIT*
7
SULIT*
Bil Isi/Idea Huraian
B Perbandingan
4 Jumlah keseluruhan bilangan
pelajar Malaysia di luar negara Pada tahun 2006 - 45 202 orang
tahun 2006 lebih tinggi berbanding Pada tahun 2007 - 43 908 orang
2007 Perbezaan - 1 294 orang

5 Bilangan pelajar Malaysia di luar Australia


negara paling tinggi pada tahun Pada tahun 2006 - 14 918 orang, iaitu 33.00%
2006 dan 2007 ialah di negara daripada 45 202 orang
Australia manakala paling rendah Pada tahun 2007 - 13 010 orang, iaitu 29.63%
untuk kedua-dua tahun ialah di daripada 43 908 orang
negara Arab Saudi
Arab Saudi
Pada tahun 2006 - 138 orang, iaitu 0.30%
daripada 45 202 orang
Pada tahun 2007 - 127 orang, iaitu 0.29%
daripada 43 908 orang

C Keistimewaan belajar di luar


negara
6 Meningkatkan kemahiran Gunakan bahasa pertuturan antarabangsa
berbahasa untuk berinteraksi
Tambah penguasaan pelbagai bahasa
7 Memiliki pengalaman yang luas Aspek akademik
Kehidupan seharian
Melancong
8 Mematangkan pemikiran pelajar Hidup berdikari di negara orang
Bijak membuat keputusan sendiri
9 Melahirkan masyarakat berilmu Menyebar ilmu kepada masyarakat di sini
pengetahuan tinggi Melahirkan modal insan berkualiti
Masyarakat maju dan progresif
10 Mempelajari budaya masyarakat Menambah pengetahuan pelajar mengenai jati
luar diri
Boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran
11 Kualiti pendidikan yang lebih baik Infrastruktur pembelajaran yang lengkap
Banyak perpustakaan di luar negara - tempat
penyimpanan dokumen penting dunia

Kesimpulan :
Banyak keistimewaan belajar di luar negara menyebabkan semakin ramai pelajar ingin belajar di sana.

SULIT*
8
SULIT*

Jawapan :
A + B (Mana-mana 1 isi/idea) + C (Mana-mana 2 isi/idea)

Isi/Idea (I) = 4 (A 1, B 1, C 2)
Huraian (H) = 8 (4 x 2)
Bahasa (B) = 1
Rumusan (R) = 2

15

SULIT*
9
SULIT*

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN C (50 Markah)

18. Keadaan cuaca merupakan punca utama berlakunya jerebu merentas sempadan. Oleh itu, negara-negara
serantau perlu mengambil langkah-langkah bersama untuk menangani krisis ini. Huraikan.

Skema jawapan:

Pendahuluan:
Isu jerebu merentasi sempadan menjadi sebahagian permasalahan kepada negara serantau.Walaupun
permasalahan tersebut disebabkan oleh beberapa punca, namun negara-negara serantau perlu bersatu
menanganinya.

Bil Idea Huraian


Punca berlakunya jerebu
A merentasi sempadan.
1. Keadaan cuaca Fenomena El Nino menyebabkan cuaca menjadi lebih panas
dan kering di kawasan tropika.
Pembentukan awan tidak aktif, hujan menjadi kurang dan
angin mudah bertiup membawa jerebu merentasi sempadan.
Sebagai contoh, jerebu merentasi sempadan yang teruk
berlaku pada tahun 1997, 1998 dan 2015 akibat keadaan
cuaca kering yang berpanjangan.

2. Pembakaran sisa pertanian Kebanyakan petani terutama di Indonesia mengambil jalan


mudah dengan membakar sisa tanaman secara terbuka
kerana kosnya yang murah.
Pembakaran dilakukan untuk membersihkan kawasan
pertanian dan menyuburkan tanah selepas selesai kerja
penuaian.
Kebakaran yang berlaku telah mengakibatkan jerebu yang
teruk kepada negara-negara serantau.

3. Pembakaran hutan secara besar- Di Indonesia terdapat undang-undang yang membenarkan


besaran untuk pembukaan ladang. pembakaran hutan bagi tujuan pertanian.
Sebagai contoh pada tahun 2015, sebahagian Indonesia dan
sejumlah negara di Asia Tenggara diselumuti asap beracun
selama berminggu-minggu akibat pembakaran hutan.

Langkah-langkah menangani
B
jerebu
4. Mengadakan Perjanjian ASEAN Melalui perjanjian ini negara-negara serantau bersepadu
bekerjasama untuk menangani jerebu.
Hal ini dilakukan melalui aktiviti pemantauan kualiti udara
dan pencegahan pembakaran terbuka.

SULIT*
10
SULIT*
Bil Idea Huraian
5. Menubuhkan Pusat Koordinasi ACC ditubuhkan untuk memudahkan kerjasama dan
ASEAN (ACC) koordinasi antara pihak-pihak yang terlibat bagi menangani
jerebu.
Sebagai contoh koordinasi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Nasional
Indonesia
6. Mewujudkan Akta Pencemaran Mencontohi akta terdapat di Singapura yang menyatakan
Jerebu Merentasi Sempadan di bahawa sesebuah syarikat atau individu yang berasal dari
peringkat ASEAN Singapura akan dikenakan tindakan jika menyebabkan
pencemaran merentas sempadan walaupun syarikat tersebut
beroperasi di luar Singapura.

7. Bekerjasama dari segi teknikal Kerjasama teknikal adalah bagi meningkatkan kesiapsiagaan
dan menangani risiko terhadap kesihatan manusia dan alam
sekitar akibat jerebu.
Menyelaraskan bacaan Indeks Pencemaran Udara(IPU) di
peringkat ASEAN

8. Meningkatkan kesedaran Media massa ASEAN menyedarkan masyarakat agar tidak


masyarakat serantau melakukan pembakaran terbuka.
Memberikan pendidikan awal terhadap kepentingan
penjagaan alam sekitar.

Kesimpulan
Masalah jerebu merentasi sempadan harus dipandang serius oleh negara serantau. Kesepakatan antara
negara berjiran amat penting dalam menangani isu ini.

Jawapan: Mana-mana 1+2+2 atau 1+1+3


Nota: Keadaan cuaca adalah idea wajib

SULIT*
11
SULIT*

19. Jenayah penyeludupan merupakan masalah kepada negara yang berjiran. Jenayah ini memberi pelbagai
kesan kepada negara-negara yang terlibat. Jelaskan.

Skema jawapan:

Pengenalan:

Jenayah penyeludupan merupakan jenayah yang boleh meruntuhkan imej dan kredibiliti sesebuah negara.
Kegiatan jenayah penyeludupan semakin berleluasa dan masalah ini perlu ditangani segera sebelum
bertambah kronik.

Bil. Isi/Idea Huraian


A Punca
1. Percambahan organisasi jenayah domestik Semakin berleluasa dan berkembang dengan
dan global pesat dalam masa yang singkat.
Perkembangan dalam teknologi komunikasi
telah menggalakkan percambahan organisasi
jenayah penyeludupan ini.
Organisasi jenayah ini sentiasa menukar modus
operandi untuk mengelak dikesan oleh pihak
berkuasa.

2. Perbezaan harga barangan antara dua buah Harga barang yang rendah di sesebuah negara
negara yang bersempadan membuatkan ada usaha membawa keluar
barangan berkenaan untuk dijual di negara jiran
yang tinggi harganya.
Sebagai contohnya, harga beras di Thailand
yang lebih rendah menyebabkan berlakunya
jenayah penyeludupan beras dari negara
Thailand ke Malaysia.
Harga produk-produk yang menerima subsidi
kerajaan lebih murah di negara kita. Sebagai
contoh harga gula, minyak masak dan minyak
petrol yang lebih rendah di Malaysia
membuatkan berlaku penyeludupan barangan
tersebut ke negara Thailand dan Singapura.

3. Kekurangan sumber di salah sebuah negara Apabila berlaku kekurangan sumber maka
atau negara yang bersempadan harga barangan akan meningkat.
Peningkatan harga di dua buah negara yang
berkongsi sempadan darat, memudahkan
barangan menyeberangi sempadan secara tidak
sah atau menggunakan lorong tikus bagi
memenuhi kekurangan barangan.
Produk yang sering mengalami kekurangan
bekalan ialah bekalan makanan atau keperluan
harian terutamanya pada musim perayaan atau

SULIT*
12
SULIT*
Bil. Isi/Idea Huraian
ketika sesebuah negara mengalami bencana
alam.
Kekurangan sumber ini perlu ditampung apatah
lagi jika melibatkan barang keperluan makanan
dengan cara melakukan jenayah penyeludupan.

4. Tindakan mengelak cukai import dan cukai Harga barangan import meningkat kerana kadar
eksport yang tinggi dalam sesebuah negara cukai import yang dikenakan oleh pihak
kerajaan adalah tinggi.
Sesuatu barangan boleh dijual dengan harga
yang lebih murah dan mendapat permintaan
yang tinggi jika tidak dikenakan cukai. Antara
produk yang selalu diseludup ialah produk
rokok, barangan elektronik, barangan mewah
dan minuman keras.
Untuk memenuhi permintaan yang tinggi,
barangan tersebut diseludup untuk mengelak
daripada dijual dengan harga yang tinggi.
Penjualan barangan yang diseludup juga boleh
meningkatkan margin keuntungan perniagaan
kerana modalnya rendah.

5. Kewujudan banyak pengkalan haram dan Dikenali sebagai penghubung diplomatik


pembekal yang berdekatan dengan sempadan negara.
Menjadi tumpuan aktiviti jenayah dan
kemasukan secara tidak sah antara negara yang
berjiran.
Sebagai contoh, sempadan Malaysia-Thailand
(negeri Perak, Kelantan dan Kedah) terdapat
130 pengkalan haram.
Pembekal dikenali sebagai tentera semut yang
mengambil upah menyeludup barangan
keperluan dan lain-lain barang.

6. Kawalan sempadan / pemeriksaan di Terdapat beberapa negara destinasi dan negara


sempadan yang longgar. sumber yang kurang kawalan keluar masuk
pelawat atau rakyat negara berkenaan.
Organisasi jenayah mengambil kesempatan atas
kelemahan pengawalan dan sistem pemantauan.
Wujudnya jenayah rasuah dan penyelewengan
kuasa yang membolos kegiatan haram.
Wujud laluan atau lorong-lorong gelap (lorong
tikus) untuk menyeberangi sempadan negara
yang berjiran.

B Kesan
7. Negara yang terbabit akan mengalami Kadar cukai yang dilepaskan atas suatu
kerugian dari segi ekonomi. barangan menyebabkan pendapatan negara
daripada cukai semakin berkurangan.

SULIT*
13
SULIT*
Bil. Isi/Idea Huraian
Negara kehilangan barangan yang diseludup
begitu sahaja tanpa sebarang kawalan.
Kadar cukai yang diperoleh oleh negara boleh
digunakan untuk merangsang kegiatan ekonomi
yang lain.

8. Menularnya pelbagai penyakit berjangkit Penyakit haiwan ternakan dari negara jiran, iaitu
berkaitan ternakan dan tanaman. penyakit kuku dan mulut telah menular di
negara Malaysia sedangkan penyakit ini telah
berjaya dikawal di dalam negara.
Penyebaran penyakit ini berpunca daripada
ternakan yang diseludup masuk dari negara
jiran.
Jenayah penyeludupan ternakan ini
menyebabkan pemeriksaan kesihatan dan
jaminan bebas penyakit tidak dapat dilakukan
ke atas ternakan terbabit.

9. Kemasukan barangan yang tidak bermutu / Barangan yang tidak bermutu seperti barangan
tidak berkualiti. untuk kesihatan dan kosmetik berisiko untuk
mendatangkan masalah kesihatan kepada rakyat
Malaysia.
Barangan seperti barangan elektrik yang
standard kaedah penggunaannya adalah tidak
sama antara dua buah negara.
Sebagai contoh antara Malaysia dengan
Thailand akan mendatangkan risiko berlakunya
lebihan tenaga elektrik sehingga boleh
menyebabkan kebakaran.

10. Hubungan antara dua negara akan terjejas. Menjejaskan hubungan baik antara dua negara
yang berjiran kerana membenarkan harta intelek
negara mereka dirompak dan dijual di
Malaysia.
Penyeludupan kain batik Indonesia telah
menimbulkan situasi yang tidak baik kerana
dijual dengan harga yang berbeza sedangkan
mutu dan jenis barangan adalah sama.
Keadaan ini akan mengundang tindakan
memboikot dan protes daripada pengeluar batik
negara jiran sehingga mewujudkan keadaan
yang tidak baik antara peniaga atau pedagang
antara kedua-dua buah negara.

11. Menggugat keselamatan negara. Negara Malaysia digambarkan seolah-olah


membenarkan jualan barangan dari negara jiran
tanpa izin.
Menggambarkan ketidakupayaan negara
menangani masalah penyeludupan dan

SULIT*
14
SULIT*
Bil. Isi/Idea Huraian
wujudnya masalah kawalan di sempadan
negara.
Jenayah penyeludupan juga telah melibatkan
barangan tiruan, maka akan berlaku lambakan
barangan kerana tidak boleh dijual di tempat
rasmi.
Hal ini menggambarkan berlakunya krisis
keselamatan dalam sesebuah negara.

Kesimpulan

Kesimpulannya, jenayah penyeludupan banyak memberi kesan buruk kepada negara berjiran. Lantaran
itu, masalah ini perlulah ditangani oleh semua pihak yang terlibat sama ada daripada pihak kerajaan atau
pertubuhan serantau.

Jawapan: Mana-mana 2 + 3 atau 3 + 2

SULIT*
15
SULIT*

20. Perubatan moden telah membantu meningkatkan tahap kesihatan manusia sejagat. Bincangkan
kebaikannya.

Skema jawapan:

Pengenalan:
Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia
sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan
peralatan yang canggih.

Bil Isi/Idea Huraian


Kebaikan perubatan moden:
1 Mengesan penyakit dengan mudah Diagnosis terhadap penyakit dapat dilakukan
dan cepat dalam masa yang singkat.
Kaedah terkini yang digunakan dalam
perubatan moden dapat mengesan dan
merawat penyakit dengan mudah dan cepat
Sebagai contohnya penggunaan sinar X,
pemeriksaan ultrasound, Magnetic
Resonance Imaging (MRI) dan Computed
Tomography Scan (CT Scan)

2 Kurang berisiko Ahli perubatan moden (doktor) merupakan


individu terlatih.
Berpengetahuan dan berpengalaman
mengendalikan prosedur rawatan.
Risiko seperti pendarahan semasa
pembedahan dapat dikurangkan dengan
adanya pakar bius (anaesthetic) dan pakar
bedah yang berpengalaman.
Risiko terhadap jangkitan kuman selepas
pembedahan juga dapat dikurangkan melalui
kaedah perubatan moden.

3 Kaedah rawatan pelbagai Perubatan moden menekankan kepada


diagnosis awal untuk membantu pesakit.
Salah satu daripada bidang terkini dalam
bioteknologi perubatan ialah kejuruteraan tisu
dan perubatan regeneratif
Pesakit yang mengalami kulit terbakar boleh
menjalani rawatan yang tidak menyakitkan
apabila kulit gantian boleh dibuat
menggunakan sel kulit pesakit yang dibiakkan
daripada cebisan kecil kulit pesakit itu sendiri.

SULIT*
16
SULIT*
Bil Isi/Idea Huraian
Bagi pesakit kencing manis kaedah rawatan
terkini boleh memulihkan kelenjar pankreas
supaya dapat menghasilkan hormon insulin.

4 Rawatan lebih efektif Penyelidikan secara holistik dan berterusan


membabitkan semua bidang, menjadikan
rawatan lebih efektif.
Sebagai contohnya 80 peratus pesakit epilepsi
yang dirawat dengan ubat anti-sawan, bebas
daripada serangan penyakit itu untuk tempoh
sekurang-kurangnya dua tahun.
Pemindahan wajah pertama di dunia dengan
kos RM4 juta, selama 26 jam melibatkan
sukarelawan bomba Richard Hardison dari
Amerika Syarikat menerima wajah baharu
dari pelumba basikal dari New York David P
Rodebaugh yang meninggal dalam
kemalangan basikal

5 Perubatan moden telah diuji sah Pembangunan kemudahan perubatan moden


yang dinamik memberi keyakinan kepada
pesakit
Pelbagai ujian telah dijalankan untuk
memastikan prosedur selamat kepada
pesakit.
Sebagai contohnya vaksin mencegah denggi
pertama di dunia berjaya dihasilkan pengeluar
ubat Sanofi Pasteur yang dijangkakan
digunakan di Malaysia sudah diuji
keberkesanannya dalam 25 kajian klinikal di
Amerika Syarikat, Australia dan Amerika
Latin.

6 Menjana ekonomi negara Kesedaran rakyat dalam meningkatkan


kesejahteraan kesihatan dan mendapatkan
rawatan baru telah menyebabkan konsep
pelancongan kesihatan berkembang di seluruh
dunia seperti di negara Austria, Perancis,
Jerman, Switzerland dan Malaysia
Pada tahun 2010, Malaysia mendapat
pulangan berjumlah RM2.0 billion melalui
pelancongan kesihatan
Antara prosedur rawatan yang popular seperti
pintasan jantung, pembedahan penggantian
organ, pembedahan kosmetik dan
pembedahan pergigian.

SULIT*
17
SULIT*
Bil Isi/Idea Huraian

7 Mudah mendapatkan perkhidmatan Kewujudan pusat-pusat perubatan moden di


rawatan seluruh negara memudahkan pesakit untuk
mendapatkan rawatan
Sebagai contohnya Hospital Kerajaan, Klinik
Kesihatan, Pusat Rawatan Islam
(PUSRAWI), KPJ dan lain-lain lagi.
Kebanyakan pusat rawatan menawarkan
perkhidmatan dua puluh empat jam.

Kesimpulan:
Kemajuan perubatan moden terbukti telah membantu meningkatkan kesejahteraan kesihatan
manusia sejagat. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh pakar perubatan moden menyebabkan
perubatan moden terus mendapat kepercayaan pesakit.

Jawapan: Mana-mana 5 idea/isi

SULIT*

You might also like