Pelaksanaan Pbs Di SKSG

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

a) Sejauhmana Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dilaksanakan di SK

Seri Gading.
Dasawarsa ini sistem pendidikan negara berdepan dengan pros pembaharuan
dinamik bagi melahirkan generasi yang berkualiti. Oleh itu, sistem pentaksiran
antarabangsa iaitu Program Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend
Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dilaksanakan. Hasil kajian
mendapati kedudukan Malaysia dalam PISA 2009 berada dalam kelompok 20
negara terkebawah dan lebih rendah daripada Thailand (Zabani,2012). Sistem
pendidikan Malaysia yang berorientasikan peperiksaan telah menyebabkan isu ini
berlaku dan menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Maka, Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan sebagai usaha mentransformasikan
pendidikan negara.
Menurut Puan Fazlina guru penyelaras PBS Sekolah Kebangsaan Seri
Gading, PBS telah dilaksanakan di sekolah ini pada tahun 2011 kepada semua
murid Tahun 1. Terdapat tiga komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Sekolah (PS),
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
Komponen-komponen ini akan diketuai oleh Guru Penolong Kanan (GPK)
Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Kokorikulum.
Menurut beliau lagi, pada awal tahun setiap guru mendapat surat lantikan
sebagai pentaksir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) diwujudkan. Sebagai guru
penyelaras PBS merangkap setiausaha Puan Fazlina akan mengadakan mesyuarat
pada awal tahun bagi melantik AJK. AJK terdiri daripada AJK pemantauan dalaman
dan AJK khas. Kebanyakan AJK yang dilantik ialah ketua panatia di sekolah ini.
Antara jawatankuasa yang diwujudkan ialah AJK Pementoran, AJK Pentaksiran
Pusat dan Sekolah, AJK Latihan dan Penataraan dan AJK Pemantauan dan
Pengesanan.
Hasil temu bual mendapati bahawa pelaksanaan PBS di sekolah ini mampu
memberikan gambaran yang menyeluruh tentang prestasi murid. Hal ini kerana, PBS
merupakan sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif,
afektif, psikomotor dan sosial selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
b) Isu yang dihadapi oleh warga pendidik dalam pelaksanaan PBS

Sejauh mana yag kita ketahui, PBS telah mewujudkan suatu transformasi
dalam sistem pentaksiran di sekolah Namun terdapat beberapa isu yang telah
menimbulkan kontroversi dalam pelaksanaannya. Di SK Seri Gading isu yang timbul
ialah beban tugas guru semakin bertambah semenjak pelaksanaan KSSR dan PBS.
Peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan
guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan (Utusan Malaysia 8
Online, 18 Mei 2009). Guru berasa tertekan kerana kekangan masa untuk mengisi
dan menilai rekod pelajar dalam talian. Selain itu, sistem computer berpusat telah
menyebabkan SK Seri Gading mengalami masalah untuk mengisi dan merekod
penilaian pelajar atas talian kerana sekolah ini terletak di luar Bandar. Kelajuan
server yang rendah dan sesak kerana ramai guru mengisi atas talian yang sama
telah menyebabkan ramai guru merasakan sistem PBS ini tidak efektif dan
membebankan.

Isu yang seterusnya ialah melalui sistem PBS guru dan pihak sekolah
terpaksa menyediakan dan menyenggara fail dan sistem fail yang pelbagai.
Kekurangan kemahiran, pengetahuan dan sumber material telah menyebabkan guru
kurang yakin untuk mengadakan pentaksiran. Kajian soal selidik LP yang dijalankan
mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada
September 2012 mendapati guru kurang memahami pelaksanaan pentaksiran yang
pelbagau bentuk. Hal ini adalah kerana, guru masih terikat dengan instrument
pentaksiran yang menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas
dan pensel.

Pentaksiran PBS yang dijalankan bergantung kepada tahap kesedian guru


dalam melaksanakannya. Isu yang timbul juga ialah ada sesetengah guru tidak
bersungguh-sungguh dalam menaksir dan hal ini menjejaskan sistem pentaskiran.
Sikap guru yang tidak acuh dalam menaksir telah menyebabkan pertikaian dari pihak
lain kerana dibimbangi berlaku ketidakadilan, ketelusan dan keseragaman dalam
membuat pentaksiran terhadap murid, Campur tangan daripada ibu bapa telah
menyebabkan keputusan pentaksiran tidak tepat. Ibu bapa merungut tentang
kemajuan dan kedudukan pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa
beranggapan pembelajaran tanpa peperiksaan boleh menimbulkan kesan yang
negatif terhadap fokus dan matlamat murid-murid di sekolah.
c) Kaedah yang digunakan bagi mengatasi isu yang timbul
Bagi mengatasi masalah yang timbul, Puan Fazlina telah mengambil iniiatif
dalam menetapkan satu masa bagi menjalankan penilaian dan rekod PBS atas
talian. Hal ini kerana, akan lebih memudahkan guru untuk mengisi dan merekod,
serta tidak mengambil masa guru dirumah yang sepatutnya diluangkan bersama
keluarga. Masa yang ditetapkan ialah pada waktu petang selepas waktu
persekolahan dimana guru diberikan jadual untuk masa masa mereka mengisi atas
talian. Bagi guru yang mempunyai masa terluang, digalakkan untuk mengisi atas
talian supaya dapat mengurangkan beban pada masa akan datang. Sepanjang
sebulan perlaksanaan, terbukti bahawa sistem PBS SK Seri Gading meningkat
sediikt demi sedikit walaupun tidak drastik. Hal ini serba sedikit mengurangan
bebanan guru dalam melaksanakan sistem ini.
Bagi mengatasi ketidakyakinan guru dalam melaksanakan PBS maka pihak
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) harus memperbanyakkan kursus, bengkel dan
latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru bagi meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran guru dalam menaksir. Ilmu pentaksiran perlu dikuasai oleh guru agar
pentaksiran yang dijalankan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaam yang
tinggi.
Akhir sekali, ibu bapa seharusnya diberikan pendedahan mengenai PBS
menerusi pelbagai media massa. Selain guru, para ibu bapa juga perlu diberikan
pemahaman yang jelas mengenai perlaksanaan PBS agar tidak timbul kecelaruan
dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem pembelajaran baharu itu. Ini
boleh diterapkan melalui iklan, laman web sekolah SK Seri Gading dan juga
didedahkan semasa mesyuarata Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, sistem PBS ini merupakan sistem alaf baru yang
memudahkan sistem rekod dan menilai bagi setiap pelajar. Walaubagaimanapun,
sistem ini juga mempunyai kekurangan yang boleh diperbaiki dan disempurnakan.
Sesungguhnya kewujudan sistem PBS ini jika diterapkan secara berperingkat
pastinya mampu menjadi sistem yang efektif dan berpotensi untuk maju jaya pada
masa akan datang.
RUJUKAN

Dr Zabani Bin Darus. (2012). Status Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS dan Pisa: Satu
Refleksi. Dicapai pada 20 Mac 2017 daripada
http://cmsad.um.edu.my/images/education2/download/kolokium/(1)%20Dr%20Zabani
.pdf

Elly Idris. (2014). Isu Dan Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Pbs) Dalam Kalangan
Guru. Dicapai pada 22 Mac 2017 daripada
www.academia.edu/9642256/ISU_DAN_CABARAN_PENTAKSIRAN_BERASASKA
N_SEKOLAH_PBS_DALAM_KALANGAN_GURU

Nur Fazlina Bt Mohd Adama. ( 13 Februari 2017). Pelaksanaan, isu dan kaedah yang
dilakukan untuk atasi masalah pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK
Seri Gading. [ Temu Bual ]

Utusan Online. (2009). Bebanan Tugas Boleh Bawa Tekanan Guru. Diambil pada 1 April
2017, daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info
.asp?y=2009&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm.

You might also like