Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

LOGO

GCI 1022: CABARAN DAN


ISU SEMASA DUNIA
INDIA KUASA BARU
EKONOMI DUNIA
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

LATARBELAKANG

Selepas merdeka, India berpegang teguh pada pendekatan


separa sosialis dengan kawalan ketat terhadap penyertaan sektor
swasta, perdagangan asing, dan pelaburan langsung asing.

Namun, sejak tahun 1991, India membuka pasarannya secara


beransur-ansur melalui pembaharuan ekonomi dan mengurangan
kawalan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan asing.

Rizab pertukaran asing telah naik dari AS$5.8 bilion pada Mac
1991 kepada AS$247 bilion pada September 2007, manakala
kurangan belanjawan persekutuan dan negeri telah menurun.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

LATARBELAKANG

PENSWASTAAN syarikat-syarikat milikan awam serta pembukaan


sektor-sektor tertentu kepada penyertaan swasta dan asing masih
berterusan meskipun menghadapi perdebatan politik.

Dengan kadar peningkatan KDNK sebanyak 9.4% sepanjang tahun


2006-07, ekonomi India menjadi antara yang paling berkembang
pesat di dunia.
KDNK India dari segi kadar pertukaran dolar AS ialah AS$1.103
trilion, menjadikannya ekonomi ke-12 terbesar di dunia.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

LATARBELAKANG

Jika diukur dari segi pariti kuasa beli (PPP), India mempunyai
KDNK keempat terbesar di dunia pada AS$4.156 trilion.

Pendapatan per kapita (nominal) India adalah pada $820, iaitu di


tangga ke-128 di dunia

manakala pendapatan per kapita (PPP) pada US$3,700 pula


adalah di tangga ke-118.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

REALITI
Ekonomi India telah berkembang secara berterusan selama dua
dekad yang lalu

namun, pertumbuhan itu nyata tidak sekata apabila kita


membandingkan kelompok-kelompok sosial, ekonomi dan rantau
geografi yang berbeza, serta kawasan bandar dan luar bandar.

Meskipun ketidaksamaan pendapatan di India tidaklah besar


sangat, namun dewasa ini jurangnya makin luas.

Sungguhpun ekonomi banyak berkembang maju, namun sesuku


penduduk negara memperoleh pendapatan yang kurang
daripada ambang kemiskinan yang ditetapkan kerajaan pada
$0.40 sehari.

Tambahan pula, India mengalami kadar pemakanan tak


seimbang yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah umur
tiga tahun (46% pada tahun 2007) di dunia.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

FAKTOR

India dilengkapi tenaga kerja sebanyak 509.3 juta

60% daripadanya bekerja dalam bidang pertanian dan industri-


industri berkaitan

28% dalam bidang perkhidmatan dan industri-industri


berkaitan

12% dalam perindustrian.


INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

FAKTOR

Tanaman-tanaman pertanian utama termasuklah beras, gandum,


biji minyak, kapas, rami, tah, tebu, dan ubi kentang.

Sektor pertanian membentuk 28% KDNK

sektor perkhidmatan dan perindustrian pula masing-masing


membentuk 54% dan 18% KDNK.

Perindustrian utama termasuk pembuatan kereta, simen, kimia,


perkakas elektronik pengguna, pemprosesan makanan, jentera,
perlombongan, petroleum, farmaseutikal, keluli, kelengkapan
pengangkutan, dan tekstil.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

FAKTOR
Pada tahun 2006, nilai eksport dianggarkan pada AS$112
bilion

import pula sekitar AS$187.9 bilion.

Tekstil, barang kemas, hasil kejuruteraan dan perisian


merupakan komoditi-komoditi eksport yang utama.

Minyak mentah, jentera, baja, dan kimia pula merupakan


import utama.

Rakan dagang India yang paling tuama ialah Amerika


Syarikat,Kesatuan Eropah, China, dan Emiriah Arab
Bersatu
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

LANGKAH

Kebelakangan ini, India telah mengambil kesempatan terhadap


sekumpulan besar orang-orang berpendidikan tinggi dan fasih berbahasa
Inggeris, serta pakar-pakar terlatih untuk dijadikan
destinasi penyumberan penting untuk korporasi multinasional dan juga
destinasi popular untuk pelancongan perubatan.

India juga telah menjadi pengeksport utama perisian dan juga


perkhidmatan kewangan, penyelidikan, dan teknologi.

Sumber alam semulajadinya termasuk tanah tanaman, bauksit, kromit,


arang, intan, bijih besi, batu kapur, mangan, mika, gas asli, petroleum,
dan bijih titanium.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

LANGKAH

India merupakan satu lagi negara yang begitu unik dan mampu
bertahan walaupun berlakunya kekacauan ekonomi dunia.

Walaupun India bangkit pada awal tahun 1990- an untuk mewujudkan


sistem ekonomi dan rantaian perniagaan agak lewat dari China, yang
lebih awal menggerakkan ekonominya, India telah mampu mengatasi
China dengan kebangkitan ekonomi yang begitu pantas.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

LANGKAH

India, yang mempunyai populasi 1.5 billion (setakat july 2008), telah
dengan agresif menjalankan rantaian perniagaan dengan
membangkitkan golongan menengah untuk lebih bergiat dalam
perniagaan seperti bidang perindustrian, teknologi, pertanian dan
pasaran filem.

Apa yang berlaku ialah India tidak akan begitu dipengaruhi atau
terjejas apabila berlakunya kekacauan ekonomi dunia.

Oleh yang demikian, golongan SME dan sistem ekonomi India, akan
terus menjalankan urusan perdagangan dan perniagaan dalam keadaan
yang lebih stabil dan selesa apabila berlakunya kegawatan ekonomi.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

LANGKAH

China dan India berhasrat meningkatkan hubungan dagangan


kepada 100 bilion dolar menjelang 2015.

Dagangan dua negara mencecah 66.47 bilion dolar pada 2012.

Nilai itu hanya merangkumi dua peratus rekod eksport China


dan lapan peratus dari eksport India.

Antara bidang yang menyaksikan kerjasama kedua negara


adalah infrastruktur.
CHINA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

LANGKAH

Kedua negara harus mempromosi liberalisasi pasaran


kemudahan dagangan seimbang yang dinamik dan
mengembangkan pelaburan dua hala.

Turut dicadangkan pembangunan projek mega kedua


negara seperti taman perindustrian dan infrastruktur.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

KESAN KEPADA MALAYSIA

Usaha bersungguh-sungguh India untuk menjadi sebuah


kuasa ekonomi dunia dengan jangkaan mencatatkan
pertumbuhan tahunan antara tujuh dan lapan peratus
setahun dalam tempoh sedekad akan datang kemungkinan
akan memberi `durian runtuh' kepada negara-negara
ASEAN di bawah rangka dasar `Pandang ke Timur'nya.

Untuk mencapai pertumbuhan setinggi itu, India perlu


menarik pelaburan besar yang signifikan dari sumber
domestik dan asing.

Ia juga perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi


para pelabur dan pengusaha untuk menggunakan
keupayaan dan sumbernya yang produktif.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

KESAN KEPADA MALAYSIA

INDIA menyatakan bahawa ia kini bersedia untuk


berkongsi kepakaran dalam teknologi maklumat (IT) dan
bioteknologi yang telah menunjukkan kemajuan yang
menakjubkan.

kerajaan India telah mengenal pasti infrastruktur fizikal


sebagai satu bidang yang penting yang perlu dinaikkan
taraf.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

KESAN KEPADA MALAYSIA

INDIA memerlukan satu pelaburan yang besar sebanyak


AS$55 bilion di dalam projek-projek infrastruktur seperti
jalan kereta api, lebuh raya, pelabuhan dan lapangan
terbang untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Menurut Laporan Infrastruktur India (IIR), sekitar lima


peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
negara itu dilaburkan dalam sektor infrastruktur yang
perlu dipertingkatkan kepada minimum antara tujuh
peratus dan lapan peratus daripada KDNKnya.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

KESAN KEPADA MALAYSIA

Inisiatif seperti itu dijangka memberi faedah kepada


negara-negara seperti Malaysia yang telah mengukuhkan
namanya dalam industri pembinaan di sini, terutama
sekali di Tamil Nadu.

Syarikat-syarikat pembinaan Malaysia sehingga ini telah


menyiapkan 21 buah projek di India bernilai AS$830 juta.
Kini, mereka sedang melaksanakan 26 projek bernilai
AS$1.2 bilion di India yang terdiri daripada lebuh raya dan
jalan raya, pembekalan air dan perumahan.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

KESAN KEPADA MALAYSIA

Lebih banyak peluang akan diterima daripada Lembaga


Lebuhraya Kebangsaan India (NHAI), yang melaksanakan
salah satu projek lebuh raya terbesar di dunia melalui
pembinaan dan menaikkan taraf lebuh raya kebangsaan
sepanjang 13,146 km yang bernilai AS$12 bilion.

Projek berkenaan yang telah sampai ke peringkat


persediaan lanjutan bakal dibiayai melalui campuran geran
kerajaan (dari dana jalan raya pusat), pembiayaan
multilateral dan pinjaman di pasaran.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

KESAN KEPADA MALAYSIA

Selain melaksanakan projek-projek Pembangunan


Lebuhraya Kebangsaan (NHDP), NHAI kini juga turut
melaksanakan sesetengah projek bukan NHDP sepanjang
1,000 km yang membabitkan jalan raya menyambung
pelabuhan dan koridor trafik sesak yang lain.
INDIA KUASA BARU EKONOMI DUNIA

KESAN KEPADA ASEAN

Negara-negara ASEAN merupakan sumber penting


pelaburan di sektor jalan raya India.

Malaysia dan Singapura secara tradisinya telah menjadi


rakan karib India dalam sektor infrastruktur seperti jalan
raya, lebuh raya, pelabuhan, taman-taman perindustrian
dan logistik.

India turut memerlukan pelaburan yang besar untuk


menaikkan taraf pelabuhan dan lapangan terbang untuk
membolehkan negara itu menarik lebih ramai pelancong,
meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat dan
perdagangan dengan negara-negara ASEAN.
LOGO

You might also like