Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bahagian keris

Bahagian Mata keris


I. Mata keris
bahagian pangkal mata keris merupakan bahagian yang paling
banyak komponennya yang dikenali sebagai ricikan keris.
Bahagian depan dinamaigandik manakala bahagian belakang
dinamai greneng.
Mata keris terdiri daripada aring, puting, dagu, bibir gajah,
gading gajah, janggut, janggut panjang, tikal alis, sogokan,
ganja, gusen, tetulang, picitan, bawang sebuku, jantung,
sraweyan, wadidang, ron da nunut, ron da, duri pandan,
gunung, kanyut dan ekor cicak.
II. Luk keris
Keris mempunyai luk atau keluk yang menyerupai ular yang
sedang menyusur. Luk keris biasanya bermula dari angka 3
hingga 13.
Dipercayai terdapat juga keris yang mempunyai luk yang lebih
daripada 13 tetapi jarang-jarang ditemui.
bilangan luk yang ganjil membawa maksud tertentu serta
melambangkan status atau kedudukan pemiliknya.
III. Pamor
Pamor ialah corak yang terdapat pada bilah mata keris.
Dikaitkan dengan rupa manusia, ia menunjukkan seseorang itu
mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan
Pamor yang dihasilkan melalui gabungan bahan-bahan daripada
besi seperti besi waja dan besi yang mempunyai nikel yang
tinggi dapat menghasilkan bahan aloi yang baik.
Bahan-bahan ini dibentuk dan ditempa dengan halus sehinggalah
sempurna menjadi corak sebilah mata keris yang berkualiti.
Bahagian Hulu keris
Hulu keris atau dikenali juga sebagai tangkai
keris,
berfungsi sebagai pemegang kepada keris.
hulu keris diperbuat daripada bahan keras seperti
kayu, tanduk, gading, gigi gajah bahkan terdapat
juga hulu keris yang diperbuat daripada logam
yang bersifat menyatu bersama-sama mata keris.
Bahagian sarung keris
Sarung keris umumnya merupakan bekas tempat
menyimpan mata keris supaya berada dalam
keadaan selamat dan tidak memberi kesan
merbahaya kepada penggunanya.
Sarung keris dibentuk mengikut kesesuaian bentuk
mata keris.
Secara umumnya terdapat lima bahagian sarung
keris yang utama iaitu, bahagian sampir, batang
serunai, batang sarung.
hujung sarung atau buntut keris disamping pendok
yang merupakan sarung luar kepada sarung batang
keris yang disaluti dengan logam berharga seperti
emas, perak, dan tembaga. Namun begitu tidak
semua sarung keris memakai endok.

You might also like