Contoh Analisis Kajian

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ANALISIS PENYELIDIKAN

Nama Pengarang : Abdul Rasid Jamian, Hasmah Ismail. (Universiti Putra Malaysia)
Tahun : 2013 (TEMA : DIDIK HIBUR)
Maklumat Artikel : Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu (ISSN : 2180-4842.JPBM, Vol.3,
Bil.2 (Nov. 2013): 49-63 (Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM)

PERNYATAAN MASALAH
Tingkah laku bermasalah murid seperti hiperaktif, kelakuan nakal, serta mengganggu rakan
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah disiplin yang sering menjadi isu
dalam kalangan guru-guru di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Timbulnya isu kerana proses pembelajaran yang kurang memberangsangkan murid
untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada proses belajar. Oleh itu, selaras dengan
transformasi pendidikan, KPM telah mencadangkan teknik didik hibur dalam KSSR (2011) bagi
mewujudkan proses pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Pendekatan didik
hibur diperkenalkan bagi membantu guru-guru mewujudkan amalan pembelajaran
menyeronokkan di dalam bilik darjah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

TUJUAN/OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengenal pasti kesediaan guru Bahasa Melayu mengaplikasikan pembelajaran
menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
2) Mengenal pasti pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran dan
pengajaran Bahasa Melayu.
3) Mengenal pasti sejauh mana kebolehan guru Bahasa Melayu melaksanakan pembelajaran
menyeronokkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

METODOLOGI termasuk rekabentuk kajian, persampelan, instrumentasi, dan kaedah


analisis data (terangkan detail instrument/alat kajian yang digunakan)
1) Rekabentuk kajian : menggunakan kajian berbentuk deskriptif iaitu jenis kajian tinjauan
2) Sampel atau peserta kajian ialah dengan menggunakan kaedah persampelan berkelompok
iaitu fokus kepada guru-guru Bahasa Melayu seramai 92 orang di lapan buah sekolah
rendah di negeri Johor. Secara puratanya seramai 12 orang guru Bahasa Melayu daripada
setiap sekolah bagi lapan buah sekolah tersebut.
3) Instrumen kajian ialah melalui penggunaan borang soal selidik yang terbahagi kepada
empat bahagian utama iaitu Bahagian A : Latar belakang respondenberkenaan jantina,
umur, pengalaman mengajar, pengalaman mengajar Bahasa Melayu, kelulusan dan opsyen;
Bahagian B : Kesediaan guru untuk mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkaitan dengan disposisi guru;
Bahagian C : Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran Bahasa
Melayu berkaitan dengan medium yang digunakan oleh guru serta jangka waktu
pelaksanaan; Bahagian D : Persepsi guru Bahasa Melayu terhadap kebolehgunaan dan
kesesuaian pembelajaran menyeronokkan dalam Bahasa Melayu yang menyentuh tentang
masalah yang dihadapi serta kebolehgunaan pembelajaran.
4) Analisis data menggunakan aplikasi perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS)
18.0. Analisis data melibatkan statistik deskriptif yang menganalisis profil responden dan
analisis soal selidik tentang pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran dan
pengajaran Bahasa Melayu. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan skor min item bagi
memudahkan pengkaji menilai pemberatan setiap aspek yang diukur atau membuat
perbandingan dengan data yang lain.

You might also like