Apakah Program Imersif Tinggi

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Apakah Program Imersif Tinggi

(HIP)?
Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah
dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa
tersebut di sekolah.

Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999:
Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No.
Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti
peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap
pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris.

Adakah HIP suatu program


baharu?
Tidak, ianya bukan sebuah program baharu, malah ia merupakan pengukuhan terhadap
pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1999 untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Apa yang berbeza adalah pelaksanaan HIP. Pendekatan yang digunakan adalah untuk
memberi kuasa kepada sekolah, dilaksanakan oleh sekolah dan untuk sekolah. Sekolah-
sekolah akan dibekalkan dengan sarana sebagai panduan untuk melaksanakan
perancangan aktiviti yang lebih komprehensif, berdasarkan latar belakang dan
keupayaan mereka. Sarana ini akan mengandungi contoh-contoh amalan terbaik dari
sekolah-sekolah yang telah melaksanakan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa
Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Tambahan pula, satu mekanisme sokongan akan dibina bagi menggalakkan sekolah-
sekolah untuk berkongsi, belajar dan memberi galakkan antara satu sama lain dalam
melaksanaan aktiviti pengayaan bahasa Inggeris.
Mengapa kita perlukan HIP?

Walaupun Pekeliling pada tahun 1999 telah menyatakan bahawa sekolah-sekolah


dikehendaki melaksanakan aktiviti pengayaan bahasa Inggeris, Kementerian mengakui
bahawa kejayaan pelaksanaannya adalah berbeza-beza di antara sekolah-sekolah di negara
ini. Ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kefahaman dan pengetahuan
pengoperasian yang pelbagai.

Oleh itu, HIP diperkenalkan untuk menyediakan satu mekanisme sokongan seperti
pembelajaran di antara rakan setugas, sokongan oleh jurulatih, pegawai pendidikan daerah
dan negeri, sarana yang mempertimbangkan pelbagai peringkat kesediaan dan tahap
penglibatan ibu bapa dan masyarakat.

Apakah jenis aktiviti-aktiviti yang boleh


sekolah laksanakan?
Sarana HIP mengandungi menu pilihan aktiviti-aktiviti sekolah yang boleh digunakan
mengikut tahap kesediaan mereka. Aktiviti-aktiviti dikategorikan kepada Dalam Kelas, Luar
Kelas dan Kelas Tambahan. Sekolah-sekolah boleh memilih daripada senarai aktiviti-aktiviti
pilihan, dan bebas untuk melaksanakan satu atau lebih aktiviti.

Aktiviti-aktiviti ini adalah contoh yang diperoleh daripada sekolah-sekolah di seluruh negara,
sekolah bandar dan juga luar bandar. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut
kesesuaian adalah bercerita, satu perkataan sehari, nyanyian dengan pergerakan serta
pembentangan dalam perhimpunan mingguan dan menggunakan bahasa Inggeris semasa
Hari Guru atau pelbagai majlis di sekolah.

Sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka tersendiri yang kreatif
dan tidak terdapat dalam sarana tersebut. Jika aktiviti-aktiviti tersebut terbukti berkesan,
mereka boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam sarana pada masa hadapan
sebagai amalan terbaik

Apa yang akan berlaku kepada aktiviti-


aktiviti pengayaan bahasa Inggeris sedia
ada yang sedang dilaksanakan?
Sebarang aktiviti pengayaan bahasa Inggeris sedia ada boleh diteruskan dan dirangkumi di
bawah program HIP.
Sekolah digalakkan untuk terus melaksana dan meningkatkan aktiviti pengayaan bahasa
Inggeris sedia ada jika ia telah mencapai kejayaan dan menghasilkan keputusan yang baik.
Walau bagaimanapun, HIP ingin memperlihat sekolah-sekolah untuk memantapkan lagi
pelaksanaan aktiviti-aktiviti serta memperkenalkan aktiviti dengan lebih banyak dan hebat
untuk sentiasa meningkatkan tahap pencapaian.
Bagaimanakah HIP menyokong dasar
pendidikan?
HIP adalah sejajar dengan Aspirasi Murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) di mana PPPM memberi sokongan kepada murid-murid untuk menguasai
kemahiran dwibahasa untuk meningkatkan daya saing di peringkat global. Anjakan ke-2
di bawah PPPM memastikan setiap kanak-kanak menguasai bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris, dan juga menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa ketiga
sebagai tambahan.

Bukankah kelas Bahasa Inggeris


mencukupi untuk menerapkan
penguasaan bahasa?
Berdasarkan PPPM, "Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa masa pendedahan
yang lebih daripada 15-20% sedia ada diperlukan bagi murid menguasai bahasa
Inggeris". Oleh itu, HIP akan meningkatkan masa pendedahan kepada bahasa melalui
penggunaannya dalam aktiviti di luar kelas.

Apabila murid-murid bermain, berinteraksi dan bersuka-ria menggunakan bahasa


Inggeris sebagai medium komunikasi dan pembelajaran, mereka akan menghargai
bahasa tersebut dan selesa untuk
menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka.

HIP akan dilaksakan bersama-sama program-program lain di bawah MBMMBI, untuk


mengukuhkan penguasaan dalam kedua-dua bahasa.

Bagaimanakah HIP akan dilaksanakan?


Pendekatan yang digunakan adalah dengan memberi kuasa kepada sekolah, dilaksanakan
oleh sekolah dan ianya untuk sekolah. Sekolah-sekolah akan dibekalkan dengan sarana
agar mereka mempunyai panduan untuk merancang aktiviti dengan lebih berkesan,
berdasarkan latar belakang dan keupayaan mereka.

Sarana ini mengandungi contoh-contoh amalan terbaik daripada sekolah-sekolah yang telah
berjaya melaksanakan aktiviti-aktiviti pengayaan bahasa Inggeris dalam dan di luar kelas.

Sebuah mekanisme sokongan akan dibina di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
untuk menggalakkan sekolah-sekolah untuk berkongsi, belajar dan menyokong satu sama
lain untuk melaksanaan aktiviti-aktiviti ini.
HIP adalah berdasarkan kepada pendekatan penglibatan seluruh sekolah, di mana ia
melibatkan pemimpin sekolah, guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat. Sokongan
dan penglibatan ibu bapa dan masyarakat amat digalakkan untuk memastikan kemapanan
aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.
Bilakah HIP akan dilaksanakan?
HIP akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan Fasa Rintis pada
tahun 2016 dan akhirnya akan dilaksanakan kepada semua sekolah menjelang tahun 2018.

Bagaimana negeri-negeri dan sekolah-


sekolah rintis dipilih?
Negeri-negeri rintis dikenalpasti berdasarkan kepada kriteria pemilihan objektif yang
telah dipersetujui oleh ahli-ahli makmal:

dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah di dalam negeri yang dipilih


berdasarkan keputusan UPSR 2014 dalam Bahasa Inggeris yang tercorot
Untuk memudahkan pelaksanaan dan peluasan: melaksanakan rintis
mengikut zon
Semenanjung: Utara, Selatan, Tengah dan Timur

Utara: Perlis
Tengah : Perak
Selatan: Negeri Sembilan
Timur: Pahang
Sabah dan Sarawak

Program ini akan dilaksanakan melalui daerah menggunakan Model Sokongan,


Pemantauan dan Rakan Pembelajaran. Daerah yang dipilih sebaiknya mempunyai
kepelbagaian jenis sekolah, contohnya, bandar dan luar bandar, serta berprestasi
rendah sehingga sederhana.

Apakah yang sekolah perlu lakukan?


Pemimpin sekolah memainkan peranan penting dan mereka bertindak sebagai
"Nakhoda", yang memandu sekolah dalam mewujudkan persekitaran bahasa Inggeris,
memberi motivasi kepada guru-guru dan murid-murid, dan melibatkan ibu bapa dan
masyarakat secara aktif.

Guru-guru perlu menyokong pemimpin sekolah dalam mewujudkan persekitaran yang


kaya dengan dwi-bahasa dengan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan, proaktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bahasa
Inggeris, membangunkan alat bantu mengajar, dan menganjurkan acara sekolah.
Semua guru, bukan sahaja guru Bahasa Inggeris, digalakkan untuk menggunakan
Bahasa Inggeris dalam aktiviti luar bilik darjah. Guru-guru juga akan melaksanakan
pembelajaran berasaskan projek dan menggalakkan murid mereka untuk mencari
sumber dari internet, yang mana kandungannya dalam Bahasa Inggeris.

Dalam sarana, peranan Pemimpin sekolah dan Guru-guru diperjelas kerana mereka
menggalas tanggungjawab yang penting untuk menjayakan HIP.

Apakah peranan murid-murid dan ibu


bapa?
Murid-murid dan ibu bapa perlu terlibat dan komited untuk menjayakan pelaksanaan
HIP.

Murid-murid adalah teras kepada program ini, dan peranan mereka adalah untuk
menjaga pembangunan peribadi dan pembelajaran serta memberi sokongan kepada
guru-guru dalam menjalankan aktiviti-aktiviti. Maklum balas daripada murid-murid juga
adalah penting dalam memastikan penambahbaikan HIP yang berterusan di sekolah.

Ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan sebagai "Penyokong". Mereka boleh
membantu sekolah dengan pelbagai cara, seperti menyediakan kepakaran, menjadi
sukarelawan dan memberi bantuan di mana sahaja dan bila-bila diperlukan serta
menyediakan bantuan kewangan. Maklum balas ibu bapa mengenai perkembangan
anak-anak mereka adalah penting.

You might also like