Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 36

KOLEJ CQ BREYER

NO 1C JLN SG 3/19 TAMAN SRI GOMBAK


68100 BATU CAVES SELANGOR

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA


PROGRAM/ IT-020-4:2013 COMPUTER SYSTEM
PROGRAMS CODE & ADMINISTRATION
NAME

TAHAP 4 (EMPAT)

NO. DAN TAJUK UNIT


IT-020-4:2013(C06) NETWORK CABLING
KOMPETENSI /
MANAGEMENT
COMPETENCY UNIT
NO. AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. ANALYSE NETWORK CABLING
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO. 2. PLAN NETWORK CABLING
AND STATEMENT 3. MANAGE NETWORK CABLE INSTALLATION
4. PRODUCE NETWORK CABLING
MANAGEMENT REPORT

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID IT-020-4:2013 -CU Muka /Page : 1 Drpd/of
6/P (1/1) 37

TAJUK/TITLE: PEMASANGAN PENGKABELAN RANGKAIAN

TUJUAN/PURPOSE:

Kertas penerangan ini menerangkan tentang kaedah,prosedur dan peralatan/


dokumen yang terlibat dalam proses pengkabelan rangkaian.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 3 Drpd :37

PENERANGAN/INFORMATION

PENGENALAN

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberikan penjelasan kepada


pelatih tentang cara,prosedur dan perkakasan yang berkaitan dengan
pemasangan kabel rangkaian.

Proses pemasangan kabel mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan untuk


menjamin kualiti hasil kerja yang baik.Ketelitian dan pemilihan kabel mestilah
memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Apabila melibatkan pemasangan kabel,ia melibatkan topologi,jenis-jenis


kabel,cara pemasangan dan dokumen yang berkaitan dalam pemasangan
kabel.

1. TOPOLOGI RANGKAIAN

Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut


disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis
iaitu topologi fizikal dan topologi logikal. Topologi fizikal bagi suatu rangkaian
merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain
periferal (peripherals).
Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan
informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain
yang terdapat di dalam stesen kerja.

Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:


i. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
ii. Topologi Bintang (Star)
iii. Topologi Cecincin (Ring)
iv. Topologi Pepohon (Tree)
v. Topologi Hierarki
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 4 Drpd :37

vi. Topologi Mesh

TOPOLOGI BAS ATAU LINEAR BAS (BUS OR LINEAR BUS)

Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama
dan penyambung `nyawa' kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam
rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang
menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula
serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penghujung
awal dan akhir kabel tersebut.
Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan
dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja
dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara
rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet
dan LocalTalk.

KAEDAH TOPOLOGI BAS BEKERJA


Semua nod pada Bas, Ethernet atau mana-mana rangkaian disambungkan
kepada LAN sebagai cabang daripada talian umum. Setiap nod mempunyai
alamat atau tanda pengenalan yang unik dan berbeza di antara satu sama
lain. Kad rangkaian yang dipasangkan di dalam nod sebuah komputer lain,
pelayan fail, atau pelayan pencetak, mendengar untuk memastikan bahawa
tiada isyarat sedang dihantar di sepanjang rangkaian.
Kemudian ia akan menghantar mesej ke peranti lain dengan memberinya
kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah. Setiap nod
mempunyai penghantar-terimanya sendiri.Penghantar-terima akan
menyiarkan mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai ke semua nod
lain di dalam rangkaian. Mesej yang disampaikan termasuklah alamat
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 5 Drpd :37

destinasinya, sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat, data-data


atau maklumat.
Setiap nod yang terdapat di sepanjang bas memeriksa maklumat alamat
yang terkandung di dalam mesej. Nod di mana mesej tidak dialamatkan, tidak
akan diberi sebarang perhatian. Apabila nod mengesan alamatnya sendiri di
dalam mesej, nod akan membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar
pemakluman kepada penghantar, dengan menggunakan alamat penghantar,
yang disertakan sebagai sebahagian daripada mesej.
Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, pelanggaran di antara
dua mesej membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak
sepanjang bas oleh penghantar. Penghantar pertama yang mengesan
perlanggaran menghantar isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya
semua nod akan tahu rangkaian telah disekat.
Penghantaran dari semua nod akan terhenti, setiap nod menunggu secara
rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk menghantar semula
mesejnya. Proses ini mengulang sehingga satu daripada nod menghantar
mesejnya tanpa bertembung dengan mesej nod lain.

KEBAIKAN TOPOLOGI BAS


Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuah
topologi Linear Bas.
Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.

KEKURANGAN TOPOLOGI BAS


Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya
menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang
belakang kabel tersebut.
Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem
rangkaian itu gagal berfungsi.
Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian
utama di dalam sesebuah bangunan yang besar.
Selain daripada topologi bas, turut merupakan topologi yang agak popular
ialah topologi bintang. Topologi ini adalah juga topologi yang seringkalinya
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 6 Drpd :37

digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada


penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server).

Persekitaran rangkaian berasaskan kepada topologi ini adalah bentuk


topologi yang menjadi pilihan di kalangan pengguna rangkaian yang serius.
Segmen industri khususnya syarikat multinasional, pusat pengajian tinggi
awam, sektor pembuatan dan sebagainya selalunya selesa serta
menggemari topologi ini.
Di antara ciri-ciri penting topologi ini serta sekaligus perbezaannya dengan
topologi bas ialah penggunaan perkakasan yang dikenali sebagai hab. Hab
ini merupakan perkakasan pusat yang berfungsi sebagai penyambung
kepada komputer induk iaitu komputer pelayan. Manakala komputer peribadi
iaitu nod-nod yang terdapat pada rangkaian tersebut akan bersambung pula
kepada hab.
Kaedah serta fungsi topologi ini beroperasi juga berbeza sedikit dengan
kaedah operasi topologi bas. Ini adalah apabila sesebuah nod atau komputer
peribadi pada rangkaian tersebut menghantar mesej serta isyarat, ia akan
dihantar dahulu kepada hub.
Hub pula akan terlebih dahulu memprosesnya dan kemudian menghantar
secara terus kepada komputer peribadi serta nod destinasi.Topologi ini juga
agak stabil serta mudah diurus. Oleh kerana ia berteraskan kepada
penggunaan hab, kerosakan pada mana-mana nod serta komputer peribadi
tidak akan memberikan kesan kepada keseluruhan rangkaian tersebut.
Namun, jika ada masalah pada hab anda, alamatnya bermasalahlah
rangkaian tersebut.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 7 Drpd :37

TOPOLOGI BINTANG

Rangkaian ini terdiri daripada satu komputer hos yang disambungkan kepada
satu atau lebih komputer yang kecil. Di dalam sistem seperti ini, semua
komunikasi mestilah melalui komputer hos sebelum bergerak ke satelit jauh
yang sesuai. Apabila nod di dalam tatarajah rangkaian disambungkan kepada
talian secara berasingan, kesemua nod-nod tersebut akan menghala ke hub
yang sama atau ke stesen pusat.
Stesen pusat lazimnya mengandungi suis untuk menyambungkan sebarang
talian dengan sebarang talian yang lain. Nod akan menghantar mesej alamat
nod di mana mesej itu hendak ditujukan berserta kod pemeriksaan dan ralat
ke pusat stesen.
Walau bagaimanapun, lebih daripada satu nod dibenarkan untuk
mengeluarkan mesej secara serentak. Stesen pensuisan kemudiannya akan
meninjau setiap nod yang disambungkan kepadanya dengan tetap dan
teratur. Dengan mengambil giliran untuk membuka dan menutup suis, stesen
turut berfungsi bagi mengelakkan sebarang mesej daripada berlanggar.
Bagi mengelakkan sebarang nod daripada memonopolikan rangkaian
tersebut, stesen pensuisan akan hanya membenarkan sebahagian kecil
daripada mesej melalui suis pada setiap kali. Mesej lain perlulah menunggu
giliran sehingga stesen bersedia untuk menerima dan melayannya.
KEBAIKAN TOPOLOGI BINTANG
Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring)
Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada peranti atau
periferal disambung atau dialih.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 8 Drpd :37

Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan


memindahkan perkakasan yang rosak.

KEKURANGAN TOPOLOGI BINTANG


Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi
bas.
Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk
menjalankan tugasnya.
Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas
kerana melibatkan kos concentrators yang agak mahal.
Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas dan
menyebabkan kehilangan besar kuasa pengkomputeran.

TOPOLOGI CECINCIN (RING)

Jenis topologi ini tidaklah sebegitu popular sebagaimana topologi bas dan
topologi bintang. Rangka reka bentuk jenis topologi ini seolah menyamai
sebuah bebulat. Ini adalah kerana setiap nod serta komputer peribadi akan
disambungkan pula kepada komputer peribadi serta nod seterusnya iaitu nod
yang bersebelahan dengannya.
Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada
rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah
komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut
tidak akan dapat berfungsi.
Walaupun topologi ini seakan-akan ada persamaan dengan topologi bas,
namun ia juga mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Di antara
perbezaanya ialah kaedah mesej serta isyarat dihantar. Jika topologi
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 9 Drpd :37

berasaskan bas menghantar mesej secara dua hala, topologi ini pula
menghantar secara sehala.
Ini bermakna ia akan melalui setiap nod serta komputer peribadi yang
terdapat di dalam rangkaian tersebut sehingga sampai kepada komputer
destinasi. Kelebihan pada topologi ini adalah aspek kos topologi ini yang
selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan kos untuk membangunkan
rangkaian menggunakan topologi-topologi yang lain. Namun ia tidaklah
sebegitu digemari kerana adalah sukar untuk menambah upaya sesebuah
rangkaian yang menggunakan topologi seumpama ini.

BAGAIMANA TOPOLOGI CECINCIN BEKERJA


Rangkaian gelang ini terdiri daripada beberapa sistem komputer yang
berpaut secara bersiri di antara satu sama lain, tanpa komputer hos pusat.
Komunikasi hanya boleh dilakukan secara terus antara sistem-sistem satelit.
Semua nod pada rangkaian gelang token disambungkan kepada litar yang
sama, yang membentuk gegelung selanjar.
Token, yang mengandungi mesej pendek (walaupun semuanya kosong),
beredar secara berterusan di sekeliling gegelung dan dibaca melalui kad
penyesuai gelang token pada setiap nod ketika token lalu. Nod yang hendak
menghantar mesej menyambar token semasa ia lalu, dan mengubah kod
perduaan di dalam token untuk mengumumkan bahawa ia sedang digunakan.
Ia turut menyertakan mesej nod bersama-sama dengan alamat nod yang
ditujukan dan kod pemeriksaan ralat. Hanya satu mesej sahaja pada setiap
kali perjalanan yang boleh diedarkan pada rangkaian.
Disebabkan rintangan elektrik yang merupakan sebahagian daripada
sebarang litar akan secara beransur-ansur menghilangkan token dan
mesejnya yang disertakan, setiap nod mengandungi pengulang yang
menjana semula keseluruhan mesej untuk mengekalkan kekuatan dan
integriti data.
Setiap nod akan memeriksa token semasa ia berlalu untuk melihat sama ada
token mengandungi alamat nod. Mesej yang dimaksudkan untuk nod
membuat salinan mesej dan kemudian meneruskan penghantarannya di
sepanjang gelang. Mesej akhirnya kembali ke nod asal, yang kemudian
membuang mesej tersebut dan mengembalikan isyarat, yang mana
kesemuanya kosong sama seperti keadaan asalnya.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 10 Drpd :37

KEBAIKAN TOPOLOGI CECINCIN


Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu lintasan
alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan.
Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring).
Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah untuk
mengasingkan perkakasan yang berkenaan.

KEKURANGAN TOPOLOGI CECINCIN


Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.
Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod berkenaan juga turut gagal
berfungsi.
Walaupun Topologi Gelang Token kelihatan serupa pada zahirnya dengan
topologi bintang, namun begitu sebenarnya Topologi Gelang Token telah
dilengkapi dengan MAU ( multistation access unit) yang mengandungi kabel
dan pendawaian yang membenarkan topologi ini menghantar informasi atau
maklumat dari satu peranti ke satu peranti yang lain di dalam bentuk bulatan
(in a circle).

TOPOLOGI PEPOHON (TREE)

Topologi ini merupakan kombinasi karektor-karektor dari topologi-topologi bas


dan bintang. Ia mengandungi beberapa kumpulan stesen kerja berbentuk
bintang yang dirangkaikan dengan kabel yang menjadi tulang belakang
(backbone) kepada suatu topologi berbentuk topologi bas. Topologi Pepohon
ini membenarkan suatu perluasan atau pengembangan bentuk dari suatu
rangkaian yang telah wujud dan ini turut membolehkan sekolah-sekolah
menyelaraskan satu rangkaian yang memenuhi kehendak mereka.
KEBAIKAN TOPOLOGI PEPOHON
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 11 Drpd :37

Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu segmen.


Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling
melengkapi di antara satu sama lain.

KEKURANGAN TOPOLOGI PEPOHON


Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad mengikut jenis
kabel yang digunakan.
Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan, keseluruhan
segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beroperasi.
Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding dengan
topologi-topologi yang lain.

TOPOLOGI MESH

Topologi mesh boleh diandaikan sebahai topologi gabungan di antara semua


jenis topologi asas yang lain. Topologi ini membenarkan satu nod berhubung
secara terus dengan nod yang lain di dalam rangkaian. Kaedah sambungan
ini mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Kebaikan topologi ini
ialah penyambungan secara fizikal diantar satu nod dengan nod yang lain.
Setiap pemindahan data atau fail, boleh melalui banyak talian untuk sampai
ke destinasi. Kelemahan topologi ini ialah, penggunaan banyak kabel, peranti
dan sumber merupakan satu pembaziran.

TOPOLOGI HIERARKI

Rangkaian hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi mengikut


keperluan sesuatu peringkat pengurusan. Peringkat yang terendah ialah
peringkat pengguna yang kuasa pengkomputeran mereka dibekalkan hanya
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 12 Drpd :37

untuk kerja-kerja rutin sahaja. Peringkat ini dipautkan kepada peringkat yang
lebih tinggi daripadanya dan kepada sistem maklumat yang berkaitan.
Rangkaian hierarki ini menggunakan komputer kecil yang dimasukkan ke
dalam komputer pusat yang lebih besar. Walaupun setiap kaki pada hierarki
ini boleh dikendalikan sendiri, kesemuanya dikawal oleh sistem utama.

2. KRITERIA SEMASA PEMILIHAN TOPOLOGI


Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sewaktu hendak
memilih sesuatu topologi. Di antara kriteria-kriteria tersebut ialah:

i. Kewangan Topologi linear bas mungkin lebih murah jika dibandingkan


dengan topologi-topologi yang lain tambahan pula topologi bas tidak
memerlukan concentrator.

ii. Kabel Rangkaian bertatarajah topologi bas memerlukan kabel yang kurang
panjang berbanding topologi yang lain.

iii. Manfaat Jangka panjang Apabila menggunakan topologi bintang, rangkaian


dapat diperkembangkan dengan menambahkan satu lagi concentrator.

Jenis kabel Kabel yang paling popular digunakan di sekolah ialah kabel
pasangan berpintal tidak berlapik (unshielded twisted pair - UTP)

01.01 TYPES OF NETWORK CABLE


NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 13 Drpd :37

3. Jenis Kabel Rangkaian


MEDIA PENGHANTARAN DATA

Kabel adalah pengantara bagi pergerakan data dari satu peralatan rangkaian ke
satu peralatan rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa
digunakan dalam sesuatu rangkaian. Untuk sesetengah kes, rangkaian hanya
menggunakan hanya satu jenis kabel tetapi kebanyakan rangkaian menggunakan
pelbagai jenis kabel. Jenis kabel yang dipilih untuk rangkaian adalah bergantung
pada topologi, protokol dan saiz yang digunakan. Penggunaan kabel ini bergantung
kepada beberapa faktor seperti:
- Kos yang akan digunakan.
- Jarak yang diperlukan
- Jumlah komputer yang akan digunakan.
- Kelajuan yang dikehendaki/diperlukan.
- Keperluan (bandwidth) i.e Kelajuan data yang dikehendaki.

Terdapat 3 jenis kabel yang biasa digunakan dalam sesuatu rangkaian iaitu:-
1. Twisted Pair Cable (UTP & STP)
2. Coaxial Cable
3. Fiber Optic Cable

KABEL PASANGAN TERPIUH (TWISTED PAIR CABLE)

Terdapat dua jenis Twisted Pair iaitu Shielded dan Unshielded. Unshielded
Twisted Pair (UTP) lebih kerap digunakan dan merupakan pilihan yang baik untuk
digunakan semasa latihan membuat rangkaian LAN di makmal. Lihat Rajah di
bawah.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 14 Drpd :37

Rajah : Unshielded Twisted Pair (UTP) & Shielded Twisted Pair (STP)

CIRI-CIRI TWISTED PAIR CABLE


1. Menggunakan bahagian copper core untuk sesi penghantaran data
2. Menggunakan isyarat elektrik untuk menghantar data
3. Terdapat 8 jenis wayar kecil yang membentuk 4 jenis pasangan
4. Tiap-tiap wayar dilapisi getah PVC.

3.1 KABEL UNSHIELDED TWISTED PAIR (UTP)

KATEGORI UNSHIELDED TWISTED PAIR (UTP)

Jenis Kegunaan
Wire Telefon (Suara sahaja), doorbell wiring. Data sehingga
Category 1
20Kbps
Data sehingga 4 Mbps (Local Talk), jarang digunakan dalam
Category 2 rangkaian masa kini tetapi masih digunakan dalam system
pendawaian IBM dan rangkaian Token Ring.
Suara dan Data sehingga 10 Mbps (Ethernet), 4Mbps untuk
Category 3
rangkaian Token Ring.
Data sehingga 20 Mbps (16 Mbps Token Ring tetapi kurang
Category 4
digunakan), isyarat frekuensi lebih 20Mhz.
Data sehingga 100 Mbps (Ethernet), isyarat frekuensi lebih
Category 5
100Mhz.
Category 5e Data sehingga 1 Gbps untuk Fast Ethernet. Frekuensi sehingga
(Enhanced) 200MHz. Mengurangkan Crosstalk)
Data sehingga 1 Gbps untuk Fast Ethernet. Sama seperti CAT 5e
Category 6
tetapi lebih baik darisegi prestasi. Isyarat frekuensi pada 250Mhz.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 15 Drpd :37

KEBAIKAN UNSHIELDED TWISTED PAIR (UTP)


1. Digunakan untuk Token Ring Topology (4 sehingga 16 MBps), 10 BaseT
(Ethernet 10 MBps), 100BaseT (100Mbps).
2. Harga yang murah berbanding kabel-kabel yang lain.
3. Senang untuk diputuskan/ditamatkan (terminated)- Crimp connector yang
sesuai digunakan.
4. UTP selalunya telah dipasang di dalam bangunan.
5. UTP menghadkan kelajuan dan jarak pada kadar tertentu.
6. Rendah dalam Medium capacity.

KEKURANGAN UNSHIELDED TWISTED PAIR (UTP)


Keburukan atau kekurangan penggunaan UTP ialah penghantaran data
melaluinya boleh terganggu disebabkan oleh isyarat Radio Frekuensi (RFI) dan
Elektromagnatik Interference (EMI). UTP tidak sesuai digunakan untuk persekitaran
yang dikelilingi oleh peralatan elektrik.

KABEL UTP CONNECTOR


Penyambung yang paling sesuai bagi pengkabelan tidak berlapik pasangan
berpintal (UTP Connector) ialah RJ-45 Connector. Ia merupakan penyambung yang
dibuat daripada plastik dan kelihatan seperti penyambung bagi talian telefon yang
besar. Satu slot dibentuk bagi membenarkan penyambungan dari hanya satu hala
(sisi) sahaja (lihat rajah di atas). RJ adalah singkatan pada Registered Jack yang
mana idea asal tersebut turut diambil dari penyambungan talian telefon. Rajah di
bawah menunjukkan bentuk RJ 45 Connector.

UTP Cable RJ45 Connector untuk UTP Cable


NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 16 Drpd :37

STANDARD PENGKABELAN UNTUK KABEL UTP

UTP CAT5 mengandungi lembaran wayar yang kecil di dalamnya. Sebelum


UTP disambungkan ke penyambung (connector) iaitu RJ-45, lembaran wayar UTP
kabel tersebut perlulah disusun mengikut susunan warna mengikut standard yang
tertentu. Standard penyambungan ini terbahagi kepada kepada 2 katogari iaitu
penyambungan straight cable dan cross cable. Penyambungan straight cable pula
terbahagi kepada dua jenis iaitu Type A dan Type B. Rajah di bawah adalah jadual
bagaimana penyambungan lembaran wayar tersebut disusun megikut jenis yang
ada :-

TYPE A TYPE B

PI P
WARNA PIN WARNA PIN
IN
N
1 Putih / Oren 1
1 Putih / Hijau 1
2 Oren 2
2 Hijau 2 3 Putih / Hijau 3
3 Putih / Oren 3 4 Biru 4
4 Biru 4 5 Putih / Biru 5

5 Putih / Biru 5 6 Hijau 6

6 Oren 6 7 Putih / Coklat 7

7 Putih / Coklat 7 8 Coklat 8

8 Coklat 8
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 17 Drpd :37

TYPE A TYPE B

Penyambungan UTP CAT5 yang dilakukan mengikut jenis TYPE A atau TYPE
B dikedua-dua belah penghujung kabel UTP akan menghasilkan kabel katagori
Straight Cable. Jika penyambungan UTP CAT5 yang dilakukan di satu penghujung
kabel mengikut jenis TYPE A manakala sebelah penghujung yang satu lagi
disambung mengikut jenis TYPE B akan menghasilkan kabel katagori Cross
Cable.

Jadual 1 : PENYAMBUNGAN JENIS STRAIGHT CABLE

Connector Connector
Pin CABLE PIN Signal
1 2

White/Orang <------------------ White/Orang Transmit -


1 1
e ---------> e ve

<------------------ Transmit
2 Orange 2 Orange
---------> +ve

<------------------ Receive -
3 White/Green 3 White/Green
---------> ve

<------------------
4 Blue 4 Blue -
--------->

<------------------
5 White/Blue 5 White/Blue -
--------->

<------------------ Receive
6 Green 6 Green
---------> +ve

7 White/Brown <------------------ 7 White/Brown -


NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 18 Drpd :37

--------->

<------------------
8 Brown 8 Brown -
--------->

Penyambungan di kedua-dua belah penghujung kabel adalah sama

Jadual 2 : PENYAMBUNGAN JENIS CROSS CABLE

P Connector PI
CABLE Connector 2 Signal
in 1 N

White/Oran <--------------------------- Transmit -


1 1 White/Green
ge > ve

<--------------------------- Transmit
2 Orange 2 Green
> +ve

White/Gree <--------------------------- White/Orang Receive -


3 3
n > e ve

<---------------------------
4 Blue 4 Blue -
>

<---------------------------
5 White/Blue 5 White/Blue -
>

<--------------------------- Receive
6 Green 6 Orange
> +ve

White/Brow <---------------------------
7 7 White/Brown -
n >

<---------------------------
8 Brown 8 Brown -
>
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 19 Drpd :37

Penyambungan di kedua-dua belah penghujung kabel yang berlainan (TYPE A dan


TYPE B) akan menghasilkan Cross Cable.

Rajah di bawah adalah susunan pin (pin 1 hingga 8) yang terdapat pada
Connector RJ-45 di mana ia hendaklah dipegang dengan kedudukan pin menghala
ke atas dan hook menghala ke bawah.

P P
in 1 in 8

H
ook
Kabel UTP
CAT5

Rajah : Kabel yang digunakan dalam penghantaran data

KONSEP PENYAMBUNGAN
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 20 Drpd :37

DTE Data Terminal Equipment adalah perkakasan seperti Network Interface


Card (NIC).

DCE Data Communication Equipment adalah perkakasan seperti hub, switch


atau router.

Apabila penyambungan jenis DTE ke DCE dilakukan, penyambungan Straight


Cable akan digunakan manakala penyambungan DCE ke DCE memerlukan
penyambungan Cross Cable. Contohnya, Straight Cable digunakan apabila
penyambungan daripada komputer ke hub atau switch. Manakala Cross Cable
digunakan apabila penyambungan hub ke hub atau switch dilakukan
(menggunakan port biasa). Tetapi apabila switch atau hub mempunyai port uplink,
penyambungan menggunakan port ini adalah menggunakan Straight Cable.

1. KABEL COAXIAL (COAXIAL CABLE)

Kabel Coaxial adalah salah satu daripada kabel yang biasa digunakan
dalam perhubungan sistem rangkaian. Sebagai contoh, penggunaan kabel
coaxial boleh kita lihat dalam penyambungan pada antenna TV dan rangkaian
CCTV. Selain itu juga, ia sering digunakan dalam perhubungan satellite dan
parabola. Kabel ini terdiri daripada beberapa lapisan untuk melindungi pengalir
copper core yang terletak ditengah-tengah kabel. Copper core bertujuan untuk
menghantar data dengan menggunakan isyarat elektrik sebagai media
penghantaran. Lapisan plastik (Dielectric Insulator) menjadi penebat di antara
pusat pengalir dengan Braided Metel Shield. Braided Metel Shield berfungsi
untuk menyekat gangguan luar seperti cahaya fluorescent dan gelombang
elektromagnetik seperti yang terdapat pada motor dan komputer.

Rajah di bawah menunjukkan keratan rantas bagi kabel Coaxial. Lapisan


yang paling luar sekali dibaluti dengan menggunakan PVC bagi melindungi kabel
daripada rosak. Kaedah pemasangan menggunakan kabel coaxial agak sukar
tetapi ia mampu menghalang gangguan isyarat dari luar. Ia berkeupayaan
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 21 Drpd :37

digunakan untuk menyambungkan peralatan network dengan lebih jauh


berbanding dengan penggunaan twisted pair cable.

Dielectric Insulator

PVC Copper
Jacket Core

Braided Metal Shield

Rajah : Keratan Rentas Kabel Coaxial

JENIS-JENIS KABEL COAXIAL

(a) Coaxial Nipis (Thin Coaxial)


Thin Coaxial juga dipanggil sebagai thinnet. 10Base2 adalah spesifikasi
yang digunakan. Angka 2 dirujuk sebagai nilai maksimum jauh segmen yang
boleh dibawanya iaitu 200 meter, tetapi nilai maksimum yang sebenar hanyalah
sejauh 185 meter. Jarak minima 0.5 meter di antara MAUs (Medium attachment
units). Bermaksud jarak minima kabel 10Base2 yang disambung antara satu
komputer dengan komputer yang lain adalah 0.5 meter. Jumlah maksima 30
MAUs. Bermaksud sejumlah 30 komputer dalam satu segmen atau 29 komputer
dan satu pengulang (repeater). Perlu menggunakan penamat (terminator) 50
ohm. Penamat perlu diletakkan di kedua-dua penghujung segmen. Tanpa
penamat 50 ohm sistem rangkaian tak mungkin berfungsi. Selalu digunakan di
dalam rangkaian BAS.

(b) Coaxial Tebal (Thick Coaxial)


Thick Coaxial juga dikenali sebagai thicknet. 10Base5 adalah spesifikasi
yang digunakan. Angka 5 dirujuk sebagai nilai maksimum jauh segmen yang
boleh dibawanya iaitu 500 meter. Thick coaxial adalah pilihan yang boleh
digunakan untuk menjalankan network pada jarak yang lebih jauh. Antara
keburukan thick coaxial ialah sukar untuk dipasang kerana ia sukar
dibengkokkan. Jarak minima 2.5 meter diantara MAUs. Maksima 100 MAUs.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 22 Drpd :37

MAU disini berfungsi sebagai penghantar-terima (transceiver). Kabel AUI


(Attachment Unit Interface) juga lebih dikenali dengan kabel transceiver. Kabel
AUI 15 pin jenis Male disambung ke MAU dan 15 pin Female disambung kepada
DTE. Juga memerlukan terminator 50 ohm untuk berfungsi.

CIRI-CIRI KABEL COAXIAL


1. Membawa kapasiti medium iaitu 1 Mbps hingga 10 Mbps
2. Ethernet system (10Mbps)
3. Agak baik berbanding dengan UTP
4. Lebih sukar untuk ditamatkan (terminated)
5. Perlu berhati-hati apabila membengkokkannya semasa pemasangan
6. Kos yang mahal sedikit berbanding dengan kos kabel UTP.
7. Menggunakan BNC sebagai penyambung (BNC Plug, BNC-T, BNC Crimp
Plug / Terminator).
KELEBIHAN KABEL COAXIAL
1. Mempunyai perlindung data tersendiri.
2. Kadar attenuation yang rendah pada LAN frequencies.
3. Mengurangkan kesan gangguan luaran seperti interfering signals and noise.
4. Meminimakan pancaran radiasi isyarat.

KABEL COAXIAL CONNECTOR


Antara jenis connector yang sering digunakan ialah Bayone-Neill-
Concelman atau BNC connector. Terdapat pelbagai jenis adepter yang digunakan
bersama-sama dengan BNC connector seperti T-Connector, Barrel Connector dan
terminator (Lihat Rajah Di bawah). Penyambung atau connector adalah bahagian
yang paling lemah di dalam network, oleh itu penggunaan connector yang
menggunakan crimp adalah lebih baik berbanding dengan connector yang
menggunakan screw.

BNC Connector T Connector


NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 23 Drpd :37

2. KABEL FIBER OPTIK (FIBER OPTIC CABLE)

Fiber Optik adalah sejenis kabel yang menghantar data ataupun isyarat
melalui cahaya. Cahaya tersebut akan melalui satu saluran pertengahan
kabel fiber yang dipanggil Core.
Kabel fiber optik terdiri daripada glass core, di kelilingi oleh beberapa
lapisan protective material.
Teknologi fiber optik telah dimulakan pada abad ke-19. Transmisi yang
menggunakan kabel jenis fiber optik boleh menghantar data dengan cepat
kerana ia menggunakan kelajuan cahaya yang boleh mencapai beberapa
Gigabyte dalam masa satu saat berbanding kabel jenis copper yang lain
yang hanya boleh menghantar data hanya lebih kurang 10 100 Mbps.
Kabel fiber optik biasanya mempunyai diameter sehingga 120 mikrometer
yang digunakan untuk membawa isyarat (signal) atau data yang
mempunyai jarak sehingga 80km dengan tidak memerlukan repeater.
Apabila menggunakan repeater, jarak yang boleh digunakan sehingga
200km. Isyarat ini selalunya mengandungi voice atau data komputer

Insulating Jacket

Kevlar
Buffer Coating Fiber/ Aramid
Yarn

Core
Cladding
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 24 Drpd :37

Rajah : Keratan Rentas Fiber Optik

LAPISAN-LAPISAN FIBER OPTIK


Terdapat 5 lapisan fiber optik iaitu:-
1. Core merupakan lapisan paling dalam dan diperbuat daripada bahan
kaca atau plastik jenis fiber. Bertujuan untuk menghantar cahaya atau
maklumat data.
2. Cladding lapisan kedua yang bertujuan untuk melindungi Core supaya
tidak rosak. Ia juga diperbuat daripada kaca ataupun plastik jenis fiber.
3. Buffer Coating merupakan salut plastik pada lapisan ketiga bertujuan
sebagai cushion untuk tengah fiber yang melindungi Core daripada
berlakunya kerosakan.
4. Kevlar Fiber / Aramid Yarn - membantu menguatkan lagi kabel dan
menghalang daripada kabel pecah.
5. Insulating Jacket adalah lapisan paling luar yang bertujuan untuk
melindungi kabel fiber optik. Ia diperbuat daripada bahan jenis Teflon
atau PVC

KABEL FIBER OPTIK CONNECTOR


Antara jenis connector yang sering digunakan oleh kabel fiber optic ialah ST
connector (Straight Tip) dan SC connector (Subscriber Connector/Square
connector/ Standard Connector). (Lihat Rajah Di bawah).

ST connector SC connector
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 25 Drpd :37

KEBAIKAN KABEL FIBER OPTIK


o Kabel jenis fiber optik membawa lebih banyak isyarat (signal) kerana
mempunyai bandwitch yang besar dengan kurangnya penggunaan
repeater
o Mengurangkan kos
o Saiz dan berat fiber optik lebih kecil
o Ketahanan mencapai 40 tahun
o Keselamatan terjamin kerana data di dalam fiber sukar dibaca
o Kadar kehilangan data rendah
o Tiada masalah short circuit.

JENIS-JENIS FIBER OPTIK


Terdapat 2 jenis fiber optik iaitu:-
1. Signal Mode Fiber Optic Cabel - membawa single wavelength dari signal
cahaya yang selalunya dihasilkan oleh pancaran laser. Ia digunakan untuk
membawa maklumat pada jarak yang jauh untuk high bandwidth.
2. Multimode Fiber Optic Cable membawa multiple wavelength dari signal
cahaya yang dihasilkan oleh Light emitting diode (LED) untuk high
bandwidth dan ia digunakan untuk membawa maklumat pada jarak yang
dekat dan pertengahan.

CORAK PENGHANTARAN CAHAYA FIBER OPTIK


Terdapat 3 corak penghantaran cahaya melalui kabel fiber optik, iaitu:-

1. Singlemode Step-Index
Cladding

Cahaya yang
membawa data

Core

Penerangan :
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 26 Drpd :37

Kabel fiber jenis singlemode digunakan untuk meyambungkan sesuatu tempat


yang jauh. Menggunakan bandwidth yang besar. Alat-alat yang digunakan
untuk kabel jenis ini adalah mahal. Pergerakan kabel jenis singlemode adalah
seperti gambar di atas. Singlemode bererti satu laluan sahaja.

2. Step-Index Multimode
Cladding
Cla
dding
Pantulan
Pantulan
cahaya
cahaya
yang
yang
membawa data
membawa data

C
Core
ore

Penerangan :
Penggunaan kabel jenis step index multimode ini tidak lebih dari 2km. Kabel
jenis ini tidak boleh menyokong bandwith yang besar. Pergerakan kabel jenis
ini adalah seperti gambar diatas. Multimode bererti banyak laluan.

3. Graded-Index Multimode

Cladding

Pantulan
cahaya yang
membawa data

Core

Penerangan :
Kabel fiber jenis Graded-Index Multimode adalah gabungan daripada
Singlemode Step-Index dan Step-Index Multimode. Pergerakan kabel jenis ini
adalah seperti gambar di atas.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 27 Drpd :37

TIPS PENGKABELAN
Terdapat beberapa peraturan yang perlu diingat sebelum menjalankan
sesuatu pengkabelan.

Selalu menggunakan kabel yang lebih panjang dari jarak yang diperlukan.

Kabel tersebut hendaklah dipasang tidak terlalu longgar @ terlalu tegang.

Setiap bahagian kabel hendaklah diuji semasa menyambung kabel.Ini kerana kabel
yang baru tidak semestinya ia tidak bermasalah dan adalah lebih sukar untuk
mengesan masalah tersebut.

Jarakkan kira-kira 3 kaki dari lampu florensen dan perkakasan lain yang
bergelombang elektrik.

Jika memasang kabel merentangi lantai kabel mesti ditutup dengan penutup kabel.

Kabel mesti dilabelkan pada permulaan dan penghujung kabel.

Menggunakan pengikat kabel yang betul dan bukannya pengikat kabel plastik.

3. PEMASANGAN KABEL UTP

Dalam standard pemasangan kabel UTP pada satu-satu sistem rangkaian


setempat, beberapa peralatan diperlukan iaitu RJ45, Modular Jack, Face Plate,
Cable Stripper, Crimping Tool dan sebagainya.

RJ 45 (Registered Jack 45)

RJ45 adalah satu klip kepala yang mesti dipasangkan kepada kabel CAT5/5e
(kedua-dua penghujung) bagi memastikan kesemua kabel kecil disambungkan
antara HUB/Switch dan NIC (Network Interface Card) pada komputer.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 28 Drpd :37

Setiap kabel UTP mempunyai 4 pair kabel berwarna (8 kabel) , Putih Biru dan
Biru, Putih Hijau dan Hijau, Putih Orange dan Orange, Putih Coklat dan Coklat.
Berdasarkan kepada standard piawaian pendawaian , kod-kod warna pada
kabel UTP membawa kepada 2 jenis piawaian, iaitu EIA/TIA 568A dan EIA/TIA
568B.

Hanya kod | 1 | 2 | 3 | dan | 6 | sahaja yang membawa paket daripada satu


rangkaian ke satu rangkaian lain (TX dan RX - Transeive dan Receive) dan yang
lainnya hanya membekalkan voltage.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 29 Drpd :37

MODULAR JACK

Modular Jack ialah satu soket yang digunakan untuk menyambungkan kabel
rangkaian kepada dinding (Wall Face Plate Scheme).

Daripada modular jack ini, kabel akan disambungkan mengikut warna yang
telah ditetapkan. Sambungkan penghujung kabel kepada hub/switch.

CABLE STRIPPER

Kabel UTP Cat 5/5e mestilah dipotong (lapisan luar) mengikut kesesuaiannya
iaitu dalam lingkungan setengah inchi.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 30 Drpd :37

Bagi memotong lapisan luar kabel ini, peralatan yang sesuai harus digunakan
agar kabel yang yang tidak terjejas.

CRIMPING TOOL

Kabel yang telah di


'Crimp'

Crimping tool adalah alat yang digunakan untuk mengepit kabel-kabel UTP
pada soket RJ45. Pastikan kesemua kabel dimasukkan ke dalam soket RJ45
dengan betul mengikut susunan piawaian 568A ataupun 568B.

TEKNIK PEMASANGAN KABEL

a) Potong kabel UTP mengikut panjang yang dikehendaki.


Tetapi terlebih dahulu pastikan panjang kabel itu lebih
sedikit supaya apabila berlaku kesilapan semasa
memotong, panjang kabel asal tidak terjejas. Rajah 1 : Pemotongan
kabel UTP
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 31 Drpd :37

b) Jalur kabel UTP dipotongmengikut ukuran yang


dikehendaki iaitu 2 inci daripada hujung jaket
luar kabel.

c) Jalur dan buang jaket luar kabel dengan stripper.


Pastikan anda tidak merosakkan kabel semasa
Rajah 2 : Membuang
melakukan kerja ini. penebat

d) Pastikan hujung wayar inci daripada hujung jaket


luar kabel. Jika tidak pemasangan kabel pada
RJ 45 tidak dapat dipasang dengan kemas.

Rajah 3 : Pemotongan
kabel UTP

e) Asing pasangan wayar terpintal kepada 4 pasangan.


f) Urai simpulan wayar pada kabel dan lurus ia supaya
senang diatur. Potong hujung wayar pada kabel agar
semuanya sama panjang.

Rajah 4 : Wayar terpintal


Kabel UTP
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 32 Drpd :37

g) Buka pintalan wayar pada kabel dan lurus ia supaya senang disusun. Potong
hujung wayar pada kabel agar semuanya sama panjang menggunakan gunting.

Rajah 5 : Membuka pintalan Rajah 6 : 8 lembar


wayar Kabel UTP Kabel UTP

h) Pegang RJ 45 Connector dengan klipnya menghadap ke bawah dan mukanya


menghadap ke atas. Susun dan masuk wayar Kabel UTP mengikut susunan
warna TYPE B ke dalam bukaan RJ45 Connector.

WARNA PIN
Oren putih 1
Oren 2
Hijau putih 3
Biru 4
Biru putih 5
Hijau 6
Coklat putih 7
Rajah 7 : Coklat 8
Pemasangan RJ45
Rajah 8 : Standard
pemasangan Type B

i) Kepitkan kabel UTP yang telah disusun ke dalam RJ45 Connector dengan
menggunakan Crimping Tools.
j) Ketat kabel dengan kuat bagi memastikan wayar tidak tercabut atau longgar.
k) Ulang langkah di atas untuk menyambungkan satu lagi connector RJ45 di hujung
kabel tersebut.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 33 Drpd :37

Rajah 9: Proses Crimping Rajah 10 : Keadaan UTP yang di Crimping

Keselamatan Semasa Kerja Dilakukan:


Peralatan hendaklah disusun dengan teratur.
Pakaian sentiasa dalam keadaan kemas.
Berhati-hati dalam menggunakan peralatan tajam.
Penggunaan peralatan mengikut kesesuaian.
Kebersihan persekitaran perlu dijaga.

Kerosakan kabel UTP


Terdapat beberapa kerosakan yang berlaku pada kabel UTP yang
membolehkan sistem rangkaian tidak berfungsi dengan sempurna.

Keputusan pemeriksaan susunan kabel.

Penyambungan jenis straight cable Penyambungan jenis cross cable


1 1 1 1
2 2 2 2
3 3
3 3 4 4
4 4 5 5
6 6
5 5 7 7
6 6 8 8
7 7
8 8

Jika didapati keadaan penyambungan kebel tidak mengikut susunan seperti


diatas, maka kabel tersebut tidak mengikut yang ditetapkan dan tidak dapat
berfungsi dengan baik.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 34 Drpd :37

Kesalahan sewaktu memasukkan penyambung dengan kabel

Pin 1 Pin 2

Wayar tidak
sepatutnya berada di
kawasan luar diantara Jacket
RJ45 dan Jacket
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 35 Drpd :37

4. UJI SISTEM RANGKAIAN

Dalam kes pemasangan sesebuah sistem rangkaian, proses


pengujian perlu dilakukan bagi menentukan peralatan dan juga
konfigurasi berfungsi sepenuhnya.

Proses pengujian biasanya dilakukan dengan berperingkat iaitu ;


1. Kabel dan Pendawaian
2. Konfigurasi

Uji Kabel dan Pendawaian

Dalam pengujian ini, penyambungan kabel haruslah diperiksa


dengan teliti dan menentukan kesemua kabel dan teknik penyusunan
spesifikasi 568A ataupun 568B. (Jika anda memilih untuk menggunakan
spesifikasi 568A maka kesemua kabel pada rangkaian mestilah
menggunakan spesifikasi yang sama-bagi memudahkan kerja-kerja
mengenalpasti masalah kabel). Uji kabel dengan Cable Tester. Jika
tiada kerosakan semua LED akan menyala hijau.Tetapi jika LED
bernyala merah atau tidak menyala langsung, ia menunjukkan
berlakunya kesilapan pada penyambungan.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 36 Drpd :37

Uji Konfigurasi menggunakan arahan command prompt

Pada "C:\>" taipkan 'ipconfig /all' dan ENTER. Skrin akan memaparkan
konfigurasi IP Address, Subnet Mask yang telah dikonfigurasikan pada komputer
tersebut. Pastikan IP Addres dan Subnet Mask telah dimasukkan, dan betul
mengikut perancangan anda.
Gunakan arahan 'ping' untuk memeriksa bahawa konfigurasi IP Address
komputer tersebut berfungsi. Pada "C:\>" taipkan arahan 'ping [ip address pc
tersebut]'. Skrin akan memaparkan 'Reply from ..[ip address pc tersebut]
byte=32 time<1ms TTL=120 . Jika ini terjadi, maka konfigurasi kad rangkaian
dan konfigurasi IP Address tersebut berjaya

Kemudian, anda perlu untuk membuat arahan 'ping' pada komputer-komputer


yang lain dengan menaip pada "C:\>" ping [IP Address komputer yang lain]. Sila
teliti 'Ping statistics' di bawah laporan ping tersebut dengan 'Lost = 0 <0% loss>'.
Jika terdapat 'Lost Packet', bermakna pendawaian rangkaian daripada
komputer tersebut atau daripada komputer lain yang di 'ping' tadi ke hub/switch
kemungkinan bermasalah.
NO KOD/CODE NO IT-020-4:2013-CU6(1/1) Muka : 37 Drpd :37

Anda boleh juga membuat arahan pada "C:\>route print" untuk


memastikan keseluruhan rangkaian anda berfungsi. Route adalah arahan untuk
menyenaraikan IP Address anda yang aktif

SOALAN/QUESTION

1. Berapakah lapisan fiber optik?


2. Apakah kebaikan-kebaikan kabel UTP

You might also like