Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Biro-Biro

Terdapat 6 biro di bawah PIBG SMK Rompin. Biro-biro berkenaan adalah


seperti berikut:

BIRO KURIKULUM
Berfungsi menjadi pengantara antara PIBG dengan pihak sekolah merancang
program yang berkaitan dengan kurikulum bertujuan membantu
meningkatkan pencapaian akedemik pelajar ke tahap yang cemerlang. Di
antara program penting ke arah peningkatan pencapaian akedemik pelajar
ialah Kelas Tambahan yang diletakkan di bawah Jawatankuasa Unit
Kecemerlangan Sekolah. Kelas ini diadakan khas untuk pelajar yang akan
menghadapi peperiksaan PMR, SPM, dan STPM 2006. Namun demikian
kedatangan pelajar untuk program ini kurang memberangsangkan dan
kerjasama ibubapa sangat sangat diharapkan agar tujuan murni program ini
dapat dicapai.

BIRO KO-KURIKULUM
Berfungsi membuat perancangan bagi membantu meningkatkan pencapaian
pelajar khususnya dalam lapangan sukan dan lain-lain kegiatan luar
sekolah. Melalui biro ini, PIBG telah menyalurkan sumbangan kewangan
untuk membeli peralatan sukan serta membiayai pasukan sekolah
kepertandingan sukan daerah (MSSD), dan negeri (MSSP). Larian Perdana
dan Kejohanan Olahraga Tahunan 2006 adalah merupakan aktiviti yang
menerima bantuan kewangan PIBG.

BIRO DISIPLIN
Merancang program berkaitan dengan usaha memantapkan disiplin di
kalangan pelajar. Pelbagai program diadakan seperti Kem Kepimpinan
Pelajar, Program Motivasi dan lain-lain. Usaha juga diadakan melalui
penglibatan ibubapa dalam usaha memberi perhatian yang lebih kepada anak
jagaan masing-masing. Program Dimerit adalah termasuk dalam program
mengukuhkan disiplin pelajar. Biro sangat berharap kepada semua ibubapa
agar bersama sama membantu menangani masalah disiplin pelajar.

BIRO EKONOMI
Berfungsi merancang aktiviti atau program berkaitan dengan aktiviti yang
dapat menambah jumlah kewangan dalam tabungan PIBG. Namun demikian
aktiviti yang berkaitan dengan usaha menambah tabung kewangan PIBG
masih belum dilakasanakan kerana kekangan masa.

BIRO KEBAJIKAN DAN BINA INSAN


Berfungsi merancang program dan aktiviti kearah kebajikan pelajar serta
membentuk keperibadian pelajar yang seimbang dari
segi rohani, jasmani, dan intekel. Selain daripada itu usaha menyalurkan
bantuan kewangan kepada pelajar yang terlibat dalam kemalangan serta
bantuan kepada keluarga yang kematian pelajar juga telah
dilaksanakan. Peruntukan untuk tujuan ini diambil daripada Wang Khairat
Kematian dan Kebajikan yang berjumlah RM1.00 setiap pelajar.

BIRO KECERIAAN
Berfungsi merancang program keceriaan sekolah yang melibatkan aktiviti
meningkatkan keceriaan sekolah serta kemudahan prasarana supaya dapat
mewujudkan suasana yang harmoni, damai serta kondusif. Biro ini
sebenarnya telah mendapat persetujuan AKJ PIBG untuk menerima
peruntukan tahunan sebanyak RM500.00 untuk tujuan menjayakan Program
Keceriaan di sekolah. Program ini dilaksanakna bersama JK Keceriaan
Sekolah melalui Pertandingan Keceriaan Kelas yang telah diadakan.

You might also like