Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Skrip Contoh Kerja Kursus


Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)
STPM 2016

PERINGATAN:
Skrip contoh ini khusus untuk kegunaan guru sahaja.
______________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 44 halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia 2016
TERHAD
TERHAD

RANCANGAN PERNIAGAAN

BUTIK RINSSUZANA COLLECTION


TERHAD
TERHAD

RUMUSAN EKSEKUTIF

Rancangan perniagaan ini disediakan adalah sebagai garis panduan kepada pengusaha
untuk menguruskan Butik Rinssuzana Collection. Hal ini kerana, rancangan perniagaan
akan menceritakan dengan lebih jelas tentang misi, matlamat dan objektif sesebuah
perniagaan. Usahawan boleh menjadikan rancangan perniagaan sebagai garis panduan
dalam menentukan hala tuju perniagaan serta bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Selain itu, rancangan perniagaan juga bertujuan memberi kemudahan kepada
pasangan raja sehari bagi menguruskan majlis perkahwinan mereka. Rancangan
perniagaan ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang pakej-pakej raja sehari
yang ditawarkan oleh Butik Rinssuzana Collection kepada pasangan raja sehari.

Pemilik bagi Butik Rinssuzana Collection ialah Norina Suzana Binti Mohamad.
Beliau berumur 27 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
di Universiti Malaya. Beliau pernah berkerja sebagai pengurus butik di butik pengantin
professional di ibu negara. Disebabkan kemahirannya dalam bidang menjahit,mereka
fesyen dan menguruskan butik amat baik beliau telah membuat keputusan dengan
membuka Butik Rinssuzana Collection bagi memperkembangkan bakatnya. Butik
Rinssuzana Collection mempunyai 27orang kakitangan. Empat pengurus utama Butik
Rinssuzana Collection tidak termasuk pengurus besar iaitu pengurus pentadbiran,
pengurus operasi, dan pengurus kewangan.

Pengusaha Butik Rinssuzana Collection menggunakan modal sendiri bagi


memulakan perniagaannya. Beliau menggunakan modal sendiri sebanyak RM 400,000.
Beliau menggunakan modal tunainya sebanyak RM250,000 serta beberapa assetnya yang
lain. Selain itu, beliau juga membuat pinjaman bank sebanyak RM300,000 bagi membeli
mesin jahit, ,mesin kelim, mesin tebuk lubang butang dan mesin sulam serta beberapa
alatan yang lain.
TERHAD
TERHAD

Perniagaan yang dijalankan oleh Butik Rinssuzana Collection ialah perkhidmatan


secara perundingan. Mereka amat memfokuskan perkhidmatan secara rundingan bagi
mendapatkan gambaran sebenar tentang majlis yang pasangan raja sehari inginkan.
Selain itu, Butik Rinssuzana juga mempunyai slogan iaitu KESERASIAN RAJA
SEHARI BERMULA DI SINI. Slogan berkenaan amat menitikberatkan tentang
kepuasan pelanggan tentang perkhidmatan dan produk yang disediakan. Antara pakej
bagi pasangan raja sehari adalah Pakej Ratu, Pakej Cinta, Pakej Kaseh, Pakej Sayang,
Pakej Abadi, Pakej Bahagia, Pakej Pertunangan serta Butik Rinssuzana Collection juga
menyediakan Pakej Outdoor bagi pasangan yang mahukan sedikit kelainan. Pakej
Outdoor menawarkan Pakej Seri Tanjung, Pakej Seri Mahligai dan Pakej Seri
Singahsana.

Sepanjang 4 tahun Butik Rinssuzana Collection beroperasi, jualan butik


berkenaan bertambah kerana terdapat banyak promosi dan pakej yang ditawarkan kepada
pelanggan. Pengusaha berpendapat mewujudkan pelbagai jenis pakej menyebabkan
pelanggan mempunyai pelbagai pilihan. Oleh yang demikian, keuntungan Butik
Rinssuzana Collection juga semakin bertambah.

Pesaing- pesaing bagi butik pengantin seperti Butik Rinssuzana Collection agak
banyak tetapi Butik Rinssuzana Collection tetap menjadi pilihan nombor satu penduduk
di kawasan tersebut. Hal ini kerana, kreativiti mereka agak ketinggalan dan menyebabkan
kegagalan dalam memenuhi kehendak dan kemahuan pelanggan. Berlainan pula dengan,
Butik Rinssuzana Collection yang banyak menghasilkan idea kreatif lagi segar bagi
pasangan yang raja sehari. Malah, bagi memastikan permintaan pelanggan dapat dipenuhi
Butik Rinssuzana Collection selalu melakukan penyelidikan pemasaran dan promosi
tentang berkembangan reka bentuk terkini serta cita rasa terkini bagi pelanggan.
TERHAD
TERHAD

1.0 PENGENALAN

Butik Rinssuzana Collection merupakan jenis perniagaan milikan tunggal dimana Norina
Suzana merupaka pemilik bagi Butik Rinssuzana Collection. Perniagaan yang dijalankan
di Butik Rinssuzana Collection adalah kelengkapan untuk majlis perkahwinan dan
pakaian pengantin serta pengapit. Dalam beberapa tahun yang akan datang, Butik
Rinssuzana Collection ingin memperbanyakkan pakej mereka. Antara yang masih dalam
perancangan ialah Pakej Berinai, Pakej Beredoi Bayi dan Pakej Khatam Al-Quran yang
akan menjadikan Butik Rinssuzana Collection sebuah butik yang lengkap dengan semua
pakej yang pelanggan perlukan.

Jumlah modal permulaan yang digunakan pengusaha untuk membuka Butik


Rinssuzana Collection ialah sebanyak RM 400,000. Lokasi Butik Rinssuzana Collection
terletak No. D22-A-GB, Jalan Prima Saujana 2/B, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang,
Malaysia. Lokasi ini merupakan kawasan yang sangat strategik kerana terletak di tengah
bandar Kajang. Selain itu, kawasan ini juga mempunyai jumlah penduduk yang tinggi
serta pengunjung yang ramai terutama pada hari minggu. Nombor telefon bagi Butik
Rinssuzana Collection ialah 03-4333 8888
.
Butik Rinssuzana Collection mempunyai kekuatan yang tersendiri. Butik
Rinssuzana Collection mengamalkan konsep perkhidmatan secara rundingan. Konsep
tersebut mendapat tempat di hati pelanggan kerana layanan yang mereka berikan amat
memuaskan. Selain itu, bahan mentah yang digunakan juga amat berkualiti. Butik
Rinssuzana Collection juga akan membayar ganti rugi jika terdapat kesilapan berpunca
dari pihak beliaun seperti kelewatan menyiapkan tempahan atau tidak menepati
perjanjian yang telah dibuat.
TERHAD

You might also like