Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2017

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Temasya Olahraga Tahunan (KOT) 2017, IPG Tengku Ampuan Afzan, Padang
Tengku merupakan kejohanan olahraga tahunan yang dijalankan saban tahun. Pada
tahun ini, Kejohanan Olahraga Tahunan 2017 ini telah diadakan pada hari Rabu, 20 April
2017 bertempat di Astaka Khalid Al Walid, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan afzan. Tujuan Kejohanan Olahraga Tahunan ini dianjurkan adalah untuk
menggilap kecemerlangan guru pelatih ipg ini khususnya dalam sukan olahraga. Selain
itu, melalui Kejohanan Olahraga Tahunan ini dapat memberi peluang kepada seluruh
warga ipg ini, dalam mengurus, melaksanakan, dan menilai kemampuan untuk
menganjurkan kejohanan yang besa. Melalui Kejohanan Olahraga Tahunan ini juga
dapat menunjukkan kerjasama sepasukan yang amat tinggi untuk menjayakan
kejohanan sukan pada tahun ini. Berkat kerjasama yang diberikan oleh para pensyarah,
guru pelatih, pentadbiran dan staf sokongan maka temasya olahraga ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Sebelum bermulanya KOT 2017 kelas kami telah menganjurkan mesyuarat
pertama iaitu, pada hari 22 Februari 2017 jam pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang
bertempat di dewan kuliah A. pada jam pukul 2.01 petang penasihat KOT 2017 iaitu encik
Ramit menzahirkan penghargaan dan mengalu alukan kedatangan semua guru pelatih.
Seterusnya Encik Ramit telah mengendalikan sesi perlantikan pengerusi Kejohanan
Olahraga Tahunan 2017. Pada jam pukul 2.15 petang Govintharaj a/l Sidambaram telah
menjadi Pengerusi bagi KOT 2017 dan dicangkan oleh Manohararaj a/l Manikam dan
disokong oleh Shaun Moo. Pementukan AJK KOT 2017 ialah dipilih daripaa Unit
Pengajian Tamil dan Unit Pengajian Pemulihan Cina. Pada pukul 3.15 petang pengerusi
iaitu, Govintharaj a/l S.Sidambaram telah membentangkan aturcara KOT 2017 dalam
mesyuarat ini. Pada jam pukul 3.30 petang pengerusi KOT 2017 telah agihkan tugas-
tugas kepada AJK AJK tertentu. Seterusnya, telah mengadakan sesi soal jawab
bersama AJK - AJK KOT 2017. AJK telah mengadakan perbincangan dengan ahlinya
dan mengemukakan cadangan dan pendapat berkaitan KOT 2017. Dalam perbincangan
ini telah berbincang tentang perbelanjaan dengan mengemukakan anggaran
perbelanjaan KOT 2017. Bendahari telah mengemukakan anggaran perbelanjaan KOT
2017 dan memberi cadangan meminta peruntukan dari pihak IPG dan sumbangan dari
pihak luar. Pada jam pukul 3.50 petang telah berlangsung ucapan terakhir pengerusi dan
penasihat KOT 2017.
Seterusnya mesyuarat kedua. Mesyuarat kedua pula berlangsung pada hari
jumaat bertarikh 31 mac 2017 di dewan kuliah A. mesyuarat ini bermula pada pukul 3.00
petang dan mengakhiri pada pukul 5.00 petang. Pada pukul 3.01 petang ucapan
pengerusi oleh Govintharaj a/l Sidambaram telah berlangsung. Majlis diteruskan dengan
menzahirkan penghargaan kepada penasihat kami EN Abdul Ramit bin Abdul Sulaiman.
Beliau mengalu alukan kedatanagn semua guru pelatih yang sudi meluangkan masa
dan mengambil tahu proses pelaksanaan persediaan bagi KOT 2017. Pada jam pukul
3.20 petang telah berlangsung penyerahan kertas kerja dan minit mesyuarat pertama
kepada pengerusi KOT 2017 dan seterusnya pengerusi memberi cadangan
penambahbaikan kedua-dua dokumen tersebut. Pada jam 3.30 petang pembentanagan
laporan perkembangan tugasan yang dilaksanakan oleh AJK KOT 2017. Semasa itu, AJK
buku program dan atur cara telah menerangkan atur cara program dan jadual pelaksaan
KOT 2017. Majlis diteruskan dengan AJK protokol dan jemputan telah menyediakan sirat
jemputan dank ad jemputan kepada sekolah dan pihak jemputan. Surat jemputan untuk
sekolah sudah disiapkan untuk lampiran guru besar sekolah tertentu. Dalam mesyuarat
ini susun atur di atas pentas dan kedudukan VIP dan pengacara majlis diterangkan dan
penambahan logo IPG pada surat dank ad jemputan dilaksanakan. Pengerusi memberi
cadangan untuk menambahkan logo IPG.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan penerangan AJK AJK aktivit, pendaftaran,
persiapan tempat, teknikal dan peralatan, hadiah, makanan dan minuman, persembahan,
keselamatan, kebersihan, dan diteruskan dengan penerangan anggaran perbelanjaan
KOT 2017 dan diakhiri dengan pengerusi dan naib pengerusi. Pada pukul 4.40 petang
pebentangan dan cadangan mereka disokong dan diterima oleh penasihat kami iaitu,
oleh Encik Ramit. Pada jam 4.55 petang mesyuarat kedua kami telah berakhir dengan
jaya. Mesyuarat ini berakhir dengan ucaoan terakhir naib pengerusi iaitu, Tan Xin Ying
dan Penasihat KOT 2017. Seterusnya, sebagai majlis akhir, majlis perasmian penutupan
KOT 2017 telah dijalankan pada hari 20 april 2017. Majlis ini bermula pada jam pukul
5.15 petang hingga 6.15 petang di Astaka Khalid Al Walid. Aturcara Majlis penutupan
Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini telah dimulakan dengan pendaftaran diri
dan mengambil nombor peserta di kaunter pendaftaran. Acara penutupan Kejohanan
Olahraga Tahunan pada tahun ini, dimulakan dengan acara 100 meter perempuan, Acara
sukan dihentikan seketika bagi ketibaan VIP, pengarah dan timbalan pengarah.
Seterusnya pada jam pukul 5.40 petang majlis diteruskan dengan pemberian hadiah
kepada peserta 4 x 100m kategori perempuan. Tempat pertama dimenangi oleh Madhuri
a/p Nagarajan manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Pushpaveni a/p
Marimuthu dan diikuti dengan Thanussha a/p Ilamurugan. Seterusnya, semua peserta
serta tetamu yang hadir telah menyanyikan lagu Negaraku, lagu Neger Pahang dan lagu
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Seterusnya, pemberian hadiah kepada olahragawan
dan olahragawati telah dijalankan. Olahragawan kali ini ialah Shaun Moo dan
olahragawati kali ini ialah Thilakam a/p Saravanan. Setelah selesai upacara menyanyikan
lagu Negaraku dan pemberian hadiah, temasya sukan didahului dengan Ucapan
pengerusi EN. Govintharaj a/l Sidambaram, ucapan pengarah En Wong Pak Shean
diikuti denagn ucapan Yang Amat Berbahagia, En. Manohararaj a/l Manikam, pegawai
Pendidikan Daerah Kuala LIpis. Majlis diteruskan dengan persembahan penganjur KOT
2017 iaitu tarian. Seterusnya Upacara memotong reben dan pelepasan belon sebagai
perasmian Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2017 oleh, Yang Amat
Berbahagia, En.Manohararaj A/L Manikam, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Lipis.
Setelah selesai semua acara ucapan dan persembahan pada majlis penutupan
Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini, majlis telah tamat. Majlis bersurai.

Disediakan oleh,

(THIVYA A/P KESVARAN)


AJK Aturcara
AJK Kejohanan Olahraga Tahunan 2017
Institut Pendidikan guru Kampus Tengku Ampuan afzan

You might also like