Professional Documents
Culture Documents
Nombor Genap Ialah Sesuatu Nombor Yang Apabila Dibahagi Dengan 2 Maka Hasil Bahaginya Tidak Mempunyai Baki
Nombor Genap Ialah Sesuatu Nombor Yang Apabila Dibahagi Dengan 2 Maka Hasil Bahaginya Tidak Mempunyai Baki
Nombor genap ialah sesuatu nombor yang apabila dibahagi dengan 2 maka hasil bahaginya
tidak mempunyai baki. Sebagai contohnya, nombor genap ialah 2, 4, 6, 8, 10, 12 dan
seterusnya.
Nombor ganjil ialah sesuatu nombor yang apabila dibahagi dengan 2 maka hasil bahaginya
akan mempunyai baki 1. Sebagai contohnya, nombor hanjil ialah 1, 3, 5, 7, 9, 12 dan
seterusnya.
Rumusan untuk hasil operasi tambah dan hasil operasi tolak melibatkan nombor ganjil dan
nombor genap.
Contoh :
4 + 6 = 10
2+4=6
Apabila nombor genap tambah dengan nombor genap, jawapannya akan menjadi nombor
genap, kerana apabila jawapan tersebut dibahagi 2, tidak ada baki akan diperoleh.
2+5=7
4+1=5
4 + 7 = 11
Apabila nombor genap tambah dengan nombor ganjil, jawapannya akan menjadi nombor
ganjil, kerana apabila jawapan tersebut dibahagi 2, baki 1 akan diperoleh.
1+6=7
3+4=7
7+2=9
Apabila nombor ganjil tambah dengan nombor genap, jawapannya akan menjadi nombor
ganjil, kerana apabila jawapan tersebut dibahagi 2, baki 1 akan diperoleh
3 + 9 = 12
5+3=8
7 + 7 =14
Apabila nombor ganjil tambah dengan nombor ganjil, jawapannya akan menjadi nombor
genap, kerana apabila jawapan tersebut dibahagi 2, tidak ada baki akan diperoleh
82=6
62=4
42=2
Apabila nombor genap tolak dengan nombor genap, jawapannya akan menjadi nombor
genap, kerana apabila jawapan tersebut dibahagi 2, tidak ada baki akan diperoleh
21=1
83=5
41=3
Apabila nombor genap tolak dengan nombor ganjil, jawapannya akan menjadi nombor ganjil,
kerana apabila jawapan tersebut dibahagi 2, baki 1 akan diperoleh.
74=3
94=5
32=1
Apabila nombor ganjil tolak dengan nombor genap, jawapannya akan menjadi nombor ganjil,
kerana apabila jawapan tersebut dibahagi 2, baki 1 akan diperoleh
31=2
51=4
97=2
Apabila nombor ganjil tolak dengan nombor ganjil, jawapannya akan menjadi nombor genap,
kerana apabila jawapan tersebut dibahagi 2, tidak ada baki akan diperoleh
Prisma mempunyai 2 permukaan yang sama bentuk, ini dikenali sebagai tapak prisma.
Permukaan bentuk- bentuk prisma yang selebihnya selain daripada tapak prisma
berbentuk segi empat tepat.
Bentuk permukaan pada tapak prisma melambangkan nama sesuatu prisma.
Prisma Hexagonal
Prisma Octagonal
Piramid
Piramid adalah sebuah bentuk yang mempunyai tapak poligon dan disambungkan dengan segi tiga
yang bertemu di bucu.
Kon
Silinder
Silinder mempunyai 2
permukaan rata yang
berbentuk bulat dan
mempunyai satu permukaan
melengkung