Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Slide pertama

PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 4 TAHUN 1991

Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peningkatan kualiti
bertujuan untuk mewujudkan satu budaya kerja yang berteraskan kualiti di kalangan anggota
Perkhidmatan Awam. Beberapa statut telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti:

(i) Anugerah Kualiti Perdana Menteri;


(ii) Panduan pengurusan dan peningkatan kualiti dalam perkhidmatan awam;
(iii) Bengkel-bengkel latihan;
(iv) Ceramah dan perbincangan;
(v) Pita video kualiti;
(vi) Pengumuman melalui TV; dan
(vii) Siri panduan pengurusan kualiti.

Slide kedua

Dalam melaksanakan usaha-usaha peningkatan kualiti, beberapa tindakan susulan di agensi-agensi


yang perlu dibuat oleh ketua-ketua agensi masing-masing seperti:

(i) Membuat lawatan mengejut ke jabatan-jabatan agensi masingmasing bagi memastikan


sama ada usaha-usaha peningkatan kualiti dilaksanakan;
(ii) Memilih satu atau lebih jabatan/bahagian untuk melaksanakan usaha-usaha pengurusan
dan peningkatan kualiti;
(iii) Memilih penyelaras kualiti dan produktiviti dan ahli-ahli Pasukan Petugasnya untuk diberi
latihan sebagai persediaan bagi pelaksanaan usaha-usaha pengurusan dan peningkatan
kualiti di jabatan-jabatan/bahagian-bahagian yang dipilih;
(iv) Menggubal Dasar Kualiti agensi untuk disebarkan kepada semua pegawai dan staf yang
bertujuan memberi kefahaman kepada anggota organisasi tentang tahap kualiti keluaran
atau perkhidmatan yang perlu diberikan; dan
(v) Mewujudkan struktur yang sesuai untuk mengurus dan menguasai pelaksanaan
perkhidmatan berkualiti.

You might also like