Professional Documents
Culture Documents
Amali 1 PDF
Amali 1 PDF
TAJUK AMALI
TUJUAN
Secara berpasangan, anda dikehendaki menjalankan satu amali untuk mengukur pekali
geseran statik antara dua permukaan bahan dengan menggunakan lerengan antara
permukaan dan mengukur kecondongan antara permukaan tersebut.
Jika anda meletakkan objek di atas lerengan dan mula disengetkan ke atas, terdapat satu
titik di mana objek akan mula menggelongsor. Itulah sudut di mana daya graviti yang cukup
kuat untuk mengatasi geseran gelongsor statik. Dengan hanya mengetahui sudut atau
kecondongan, anda boleh mengira pekali geseran statik antara kedua-dua bahan tersebut.
Anda boleh meliputi lerengan dengan pelbagai bahan untuk menentukan pekali yang
berbeza.
Anda dikehendaki memilih dua liputan lerengan dan tiga objek yang berbeza untuk
menentukan pekali geseran statik masing-masing. Berdasarkan pekali geseran statik yang
diperolehi, hitung daya-daya geseran yang wujud antara objek-objek dan liputan
permukaan-permukaan lerengan yang digunakan.
.
Sediakan satu laporan amali dengan menggunakan format seperti di bawah.
Tajuk :
Tujuan :
Alatan/Radas :
Prosedur :
Teori :
Pemerhatian :
Analisis dan
Pengiraan :
Kesimpulan :
Rujukan :