Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PENGANJURAN PERTANDINGAN TARIAN KEBUDAYAAN SUKU KAUM

DI MALAYSIA ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH.

PROGRAM

FESTARI SEHATI BERDANSA 2.0

TARIKH

26 MEI 2017

TEMPAT

DEWAN SRI PERMAI

SEKOLAH KEBANGSAAN GELUGORm

ANJURAN

PERSATUAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

BUDAYA KITA WARISAN KITA


1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka bertujuan untuk mendapatkan peruntukan dari pihak-pihak
tertentu bagi membantu menjayakan program pertandingan Festari Sehati Berdansa 2.0 iaitu
pertandingan tarian kebudayaan kaum-kaum yang ada di Malaysia. Pertandingan ini akan
dilaksanakan antara beberapa sekolah yang terlibat.

2.0 PENGENALAN

Warisan kesenian dan kebudayaan merupakan harta yang tidak ternilai khususnya bagi
negara Malaysia yang mempunyai variasi kaum yang pelbagai. Justeru itu, penerapan
pengetahuan, pemahaman, dan penghayatan kekayaan budaya dalam negara perlulah
dititikberatkan bermula dari awal-awal lagi iaitu generasi muda khususnya murid-murid di
sekolah rendah. Dalam hal ini, penganjuran pertandingan tarian kebudayaan suku kaum yang
ada di Malaysia boleh dijadikan platform yang berdampak dalam mendedahkan murid kepada
pengalaman langsung pelbagai budaya di Malaysia. Pendedahan kepada budaya dalam bentuk
pertandingan ini juga dapat menambahkan motivasi, minat, dan daya tarikan untuk murid-murid
mengamalkan dan mempelajari budaya seni masyarakat lain.

3.0 RASIONAL

3.1 Memberi peluang kepada murid-murid sekolah rendah terlibat secara langsung
dalam aktiviti kebudayaan bukan sahaja budaya kaum sendiri tetapi juga kaum
lain.

3.2 Meningkatkan semangat dan minat murid dalam mempelajari seni budaya dalam
bentuk persaingan sihat.

3.3 Memupuk kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum.

3.4 Menjalin usaha integrasi budaya dalam kalangan sekolah-sekolah yang terlibat.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Melahirkan murid yang peka terhadap kepelbagaian budaya khususnya seni
tarian setiap kaum di Malaysia

4.2 Menanamkan nilai menghormati perbezaan budaya seni tarian kaum lain.

4.3 Melahirkan murid yang bangga terhadap warisan seni tarian kaum masing-
masing dan juga kaum lain.

4.4 Menerapkan semangat ingin memelihara dan memulihara warisan seni budaya
tarian yang kian pudar dalam kalangan generasi muda.

4.5 Mencungkil bakat murid-murid dalam bidang seni budaya tarian.

5.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

5.1 Nama Projek : Festari Sehati Berdansa 2.0

5.2 Tema: Budaya Kita Warisan Kita

5.3 Penganjur : Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Gelugor.

5.4 Tempat : Dewan Sri Permai Sekolah Kebangsaan Gelugor

5.5 Tarikh Tentatif : 26 Mei 2017

5.6 Hari : Jumaat

5.7 Masa : 8.00 pagi 12.30 tengah hari


6.0 TENTATIF AKTIVITI

6.1 Tentatif untuk pertandingan ini dirancang akan dijalankan pada hari 26 Mei
bersamaan hari Jumaat. Tarikh ini dipilih kerana kesesuaian masa memandangkan
hari tersebut adalah hari terakhir waktu persekolahan sebelum cuti semester. Oleh
itu, pengisian aktiviti pertandingan seperti ini adalah memenuhi keperluan dan
kesesuaian masa kerana tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas yang berlaku pada hari-hari biasa.

6.2 Acara yang dirancangkan juga melibatkan:

6.2.1 Pertunjukan pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia oleh pelajar-


pelajar yang terlibat (wakil dari kumpulan peserta)
6.2.2 Persembahan tarian dari pasukan penari jemputan.
6.2.3 Pertandingan tarian antara sekolah-sekolah terlibat.

6.3 Pertandingan ini juga dirancang akan dijalankan secara terbuka untuk sekolah-
sekolah lain.Tempat yang dipilih untuk menjalankan acara adalah di Dewan Sri
Permai Sekolah Kebangsaan Gelugor kerana ia mempunyai ruang yang lebih luas
dan selesa untuk acara ini.

(sila rujuk lampiran I untuk tentatif aktiviti terperinci).

7.0 AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR

Ahli jawatankuasa untuk penganjuran pertandingan ini akan melibatkan ahli-ahli


jawatankuasa dalam Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Gelugor serta
guru-guru lain yang terlibat. Mereka yang menjadi ahli jawatankuasa pertandingan inilah yang
akan melaksanakan tugas masing-masing secara bekerjasama dalam memastikan acara
pertandingan yang dirancangkan dapat dijalankan dengan licin, sistematik, dan berjaya.

(sila rujuk lampiran II untuk carta organisasi)


8.0 BELANJAWAN (ANGGARAN KOS / BAJET AKTIVITI)

Secara umumnya anggaran kos yang dijangka untuk menganjurkan pertandingan tarian
kebudayaan ini adalah relevan dengan skala pertandingan dan mengikut kesesuaian kos. Boleh
dikatakan anggaran perbelanjaan untuk pertandingan ini tidak akan melibatkan jumlah kos yang
besar kerana kebanyakan peralatan utama yang diperlukan untuk penganjuran acara ini
memang terdapat di Dewan Sri Permai. Jumlah bajet yang diperlukan untuk penganjuran hanya
melibatkan kos untuk hadiah pertandingan, dan kos sampingan yang lain.

(sila rujuk lampiran III untuk bajet terperinci)

10.0 PESERTA ACARA

Pihak penganjur telah mengenal pasti beberapa kumpulan peserta yang akan
membantu menjayakan lagi acara ini. Antara peserta yang telah dikenal pasti adalah seperti:

10.1 Peserta pertandingan tarian kebudayaan dari sekolah-sekolah terlibat

10.2 Kumpulan penari jemputan

10.3 Dif-dif kehormat

10.4 Barisan guru, murid, ibu bapa, dan tetamu jemputan lain

(Sila rujuk lampiran IV untuk senarai penglibatan peserta)


11.0 PERATURAN / SYARAT-SYARAT AM PERTANDINGAN :

Berdasarkan Lampiran V

12.0 TAKWIM

BIL. PERKARA TARIKH

1. Hebahan pertandingan 7 Mac 2017

2. Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan 17 April 2017

3. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola (Bil 1) 21 April 2017

4. Tarikh Akhir Penghantaran Borang Peserta 5 Mei 2017

5. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola (Bil 2) 19 Mei 2017

6. Hari Pertandingan 26 Mei 2017

13.0 BORANG-BORANG BERKAITAN

Berdasarkan Lampiran VI

14.0 PENUTUP :

Pihak Persatuan Kebudayaan dan Kesenian meletakkan harapan yang tinggi kepada
para pihak yang terlibat agar dapat memberikan sokongan, kerjasama, dan komitmen yang
padu untuk program pertandingan ini demi anak didik yang merupakan penerus kebudayaan
dan kesenian setiap kaum di Malaysia. Segala sokongan dan kerjasama daripada semua pihak
yang terlibat amat diharapkan bagi menjayakan program yang murni ini. Semoga dengan
adanya program seperti ini objektif utama yang telah dirancang dapat dicapai demi
memartabatkan dan mengekalkan warisan kebudayaan dan kesenian masyarat berbilang
bangsa.
Disediakan oleh:

(ROSFINIE SUKING)

Pengarah Program Festari Sehati Berdansa 2.0,

Persatuan Kebudayaan dan Kesenian,

Sekolah Kebangsaan Gelugor,

Pulau Pinang.

No. Tel. : 01783731757

Disokong oleh:

(MUHAMAD NAIM BIN ABD MALEK)

Pengurus Bahagian Persatuan Kebudayaan dan Kesenian,

Sekolah Kebangsaan Gelugor,

Pulau Pinang.

No. Tel. : 0174670727

Diluluskan Oleh:

(ENCIK ANUAR AHMAD)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Gelugor,

Pulau Pinang.

No. Tel. : 012603088

You might also like