Syarat Pert - Kawat KRS 2007pin - 987033344

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD

PERINGKAT KEBANGSAAN

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah di


sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

1.2 Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili sesebuah daerah bagi pertandingan
peringkat negeri (satu pasukan bagi setiap kategori).
a. Kategori lelaki
b. Kategori perempuan

1.3 Kontinjen yang menghantar kurang daripada 2 pasukan, pasukan tersebut


akan hanya menyertai kategori yang berkenaan sahaja.

1.4 Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh


dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah
sekolah.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang
menuntut.

2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang
daripada 31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang ketua platun
dan anggota simpanan.

2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai
oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan
perempuan tidak dibenarkan)

2.4 Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang
disahkan ( Pengetua) untuk tujuan penyemakan.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi
Kadet Remaja Sekolah (Pakaian No: 4 pakaian kawad dan aksesori yang
disenaraikan sahaja ( pelapik beret,jambul,mafli,lencana poket,kolar dot dan
sarong tangan )

kawadkrs2006
1
4. PADANG KAWAD

4.1. Keluasan litar pertandingan kawa ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 12 minit. Pemberian
markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan
persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari
padang kawad. Selepas 12 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak
diberi.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman BUKA BARISAN
sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2
bahagian: Kawad Asas dan Kawad Formasi.

5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului


oleh kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan:


a) pada minit ke 10
b) tamat masa

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 PERGERAKAN KAWAD

a) Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad Kadet Remaja


Sekolah yang telah ditetapkan.

6.2 BILANGAN ANGGOTA

a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua


platun ketika bertanding.

b) Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan,


atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan
kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak
5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta
yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan
dibatalkan penyertaan.

c) Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang


berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad
dijalankan untuk setiap pasukan dengan kebenaran pihak penganjur atas
alasan yang munasabah.

kawadkrs2006
2
6.3 PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian


sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan.
( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )

6.4 KAWAD ASAS

a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan
berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah)
ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang
daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan


...........kanan/kiri pusing. )

c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan.Gerak )

d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus.pandang depan)

e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun
melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.
( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 ....... siap untuk
diuji, tuan)

f) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan.Gerak)

g) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada


pergerakan berikut :
i) Ke kanan lurus.. Pandang depan.
ii) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
iii) Bergerak ke kanan ; belakangpusing.
iv) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
v) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing .

h) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

i) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman
kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

j) Hukuman tukar langkah perlahan diberikan setelah platun melepasi kon D


dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)

j) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan
hukuman menghadap ke hadapan; kanan pusing diberikan apabila anggota

kawadkrs2006
3
platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan
melintang melintasi para hakim.

k) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan


pergerakan berikut mengikut urutan:
i. Buka barisan
ii. Pandang kanan
iii. Pandang depan
iv. Tutup barisan

l) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman bergerak ke kiri; kiri
pusing diberikan.

m) Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah platun berada
antara kon C dan kon D.

n) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti
dengan pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai
(Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3):

i. Hormat ke kanan, hormat


ii. Hormat ke hadapan hormat
iii. Tukar langkah semasa berjalan
iv. Hormat selaku terima sijil
v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing
vii. Tukarlangkah cepat, cepat jalan
viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing
ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing
x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap

o) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ).


(Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat.jalan ).

p) Tamat bahagian kawad asas.

Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua
platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri
semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

kawadkrs2006
4
2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke
padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5
markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat


persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

6.5 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan


pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-
masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up
atau pssss bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan
( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja.

c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi
hukuman/arahan kawad formasi.

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 2 formasi yang


berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan
menghadap ke hadapan )

f) Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi
tidak melebihi 5 pergerakan.

g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur
tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan
sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

g) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :


i) Keluar kawasan
ii) Memberi isyarat dll.

6.6 MELAPOR KELUAR

a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.


( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan,
kebenaran meneruskan tugastuan. )

kawadkrs2006
5
6.7 PENGHAKIMAN

a) Hakim terdiri daripada wakil dari setiap negeri bagi kedua-dua kategori.

b) Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling
rendah tidak diambil kira.

c) Untuk Pertandingan Kawad kaki Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS)


hakim terdiri daripada wakil Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja.

d) Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah


kawad dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah
kawad statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi
diambil kira.

e) Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika
kawad dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item.

f) Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut:


i. Persediaan (pakaian) : 10%
ii. Kawad asas : 50%
iii. Kawad formasi : 30%
iv. Ketua platun : 10%

g) Keputusan hakim adalah muktamad,

6.8 PEMARKAHAN KETUA PLATUN

a) Pemarkahan ketua platun diadili oleh hakim dari hakim yang dilantik
( Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun ).

6.9 PERINGKAT PERTANDINGAN

a) Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu :


i. Peringkat Sekolah
ii. Peringkat Daerah / Zon
iii. Peringkat Negeri
iv. Peringkat Kebangsaan.

kawadkrs2006
6

You might also like