Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

HBPE4103 PEMBELAJARAN

MOTOR

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBPE4103
PEMBELAJARAN MOTOR
2017

NAMA

SITI DAHARAH BT OTHMAN

NO. MATRIK

780807025680001

NO. KAD PENGENALAN

780807025680

NO. TELEFON

E-MEL

NAMA PENSYARAH

LEARNING CENTRE
ALOR SETAR, KEDA
1
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN 3

1.1 Definisi Kemahiran Motor 3

1.2 Jenis-jenis Lakuan Motor 4

1.3 Konsep Pembelajaran Motor 5

2.0 TEORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR DALAM

KONTEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 5

2.1 Teori Lingkaran Tertutup Adam (1971)

2. 1.1 Kesan Persepsi 7

2.1.2 Kelebihan Teori Lingkaran Tertutup 7

2.2 Teori Skema Schmidt (1975) 8

2.3 Teori Constraint Newell (1986) 9

3.0 APLIKASI TEORI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 11

4.0 IMPLIKASI TEORI DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN 13

PEMBELAJARAN

5.0 KESIMPULAN 14

2
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran kemahiran motor adalah bidang pengajian pergerakan manusia yang focus
kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses
fizikal seperti praktis dan latihan. Pengetahuan dalam bidang ini akan memberi ruang kepada
guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam usaha menghasilkan guru yang kreatif dan inovatif yang boleh menyumbang kepada
perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia.

1.1 Definisi Kemahiran Motor

i. Definisi Kemahiran

Kecekapan, kepandaian dan kemampuan dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan cepat
dan sempurna, (Kamus Dewan Edisi Keempat: hal. 256)

ii. Definisi Motor

Sesuatu alat yang digunakan untuk menukar bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal
untuk menghasilkan gerakan.

iii. Definisi Kemahiran Motor

Pembelajaran Motor ( Motor Learning )Pembelajaran motor membawa maksur sesuatu


Bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi
keupayaan kawalan dan prestasi motoryang berlaku hasil daripada proses fizikal
seperti praktis dan latihan.Sebagaicontohnya,boleh dikatakan satu proses pembelajaran
kemahiran secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi.

Berdasarkan definisi-defini yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa


kemahiran motor adalah keupayaan individu melakukan pergerakan atau sesuatu aktiviti
untuk mencapai objektif tertentu. Menurut Zawi et al. (2011), Kemahiran motor
merupakan satu keupayaan bagi mencapai sesuatu objektif dengan cara yang konsisten
dan usaha yang minimum. Manakala Schmidt,1998 berpendapat bahawa kemahiran

3
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

motor merupakan gabungan latihan dan pengalaman menyebabkan berlaku perubahan


tindakan atau pergerakan kekal. Oleh itu kemahiran motor boleh ditakrifkan sebagai
sesuatu perlakuan yang dihasilkan dengan kardah yang efektif dan prestasi yang tekal.

1.2 Jenis-jenis Lakuan Motor

Terdapat dua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh system biologi manusia

Lakuan Motor

Lakuan Motor Involuntari Lakuan Motor Voluntari

Rajah 1 : Jenis-Jenis Lakuan Motor.

Rajah 1 menunjukkan dua jenis lakuan motor iaitu lakuan motor involuntary dan
lakuan motor voluntari. Lakuan motor involuntari ialah lakuan motor di luar kawalan
pelaku atau berlaku secara semula jadi. Penghasilan lakuan ini bersifat stereotaip kerana
dicetuskan oleh satu rangsangan sahaja. Contohnya, sentakan lutut,tangan,kaki apabila
terkena sesuatu yang panas atau tajam. Lakuan ini juga dikenali sebagai lakuan motor
tanpa kemahiran. Kerana ia berlaku apabila terdapat rangsangan daripada sesuatu.

Manakala lakuan motor voluntary pula ialah lakuan yang dilakukan secara sedar
dan dalam kawalan. Dalam keadaan ini pelaku mempunyai masa untuk memilih dan
menentukan sesuatu sama ada untuk melakukan atau tidak pergerakkan pada ketika itu.
Hasil lakuan ini diperoleh daripada pengaruh persekitaran atau pengalaman pelaku.
Contohnya dalam permainan badminton, apabila pemain mendapat hantaran bulu tangkis
yang tinggi ke belakang, maka pemain perlu berfikir sama ada akan melakukan smesy
atau hantaran lob kepada pihak lawan.

4
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

1.3 Konsep Pembelajaran Motor

KR dan KP boleh jadi dalam bentuk positif atau negative dan boleh muncul dalam bentuk
instrinsik atau ekstrinsik.

a. Maklum Balas Instrinsik:

Maklum balas dalaman yang diterima semasa dan selepas perlaksanaan sesuatu
tugasan. Contoh: pelaku merasakan hayunan pemukul dan melihat di mana bola
yg dipukul itu pergi

b. Maklum Balas Esktrinsik;

Maklum balas luaran ini diterima semasa dan selepas respon-respon daripada
sumber-sumber luar. Guru, jurulatih dan perlatan-peralatan khas berupaya untuk
menyediakan peningkatan informasi / maklumat tambahan kepada pelaku.

2.0 TEORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR DALAM KONTEKS PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan
pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan
dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah kaedah lama semakin jauh
ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun, kita masih terikat dengan model-model
pengajaran dan teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan. Teori
pembelajaran adalah satu andaian teoretis (pendapat) tentang bagaimana sesuatu
organisma itu belajar. Lantaran itu ia harus menyediakan alasan dan haluan bagi teori
pengajaran seseorang di mana seorang guru boleh membentuk serta memudahkan
pengajaran.

5
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

Smith 1978, kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah.
Dalam aspek Pendidikan Jasmani, teori yang dipilih mestilah menyediakan satu asas
munasabah untuk pemahaman pembelajaran dan satu senarai prinsip-prinsip pengajaran yang
bersesuaian dengan teori pengajaran.

Terdapat beberapa kaedah atau model yang boleh diguna pakai bagi melaksanakan kemahiran
yang efisyen. Setiap teori ini mempunyai prosedur dan kelebihnannya bagi memastikan proses
pembelajaran berjaya mencapai kemahiran yang diinginkan.

Dalam konteks Pendidikan Jasmani dan Sukan pengajaran kemahiran motor ini adalah untuk
menyediakan murid-murid cekap dan berkemahiran dalam menjalani aktiviti sukan mahupun
permainan. Antara teori-teori yang popular digunakan dalam pembelajaran motor ini ialah :-

i. Teori Lingkaran Tertutup Adam (1971)

ii. Teori Skema Schmidt (1975)

iii. Teori Constraint Newell (1986)

2.1 Teori Lingkaran Tertutup Adam (1971)

Teori lingkaran tertutup dipelopori oleh Adam pada tahun 1971. Teori tertutup
pembelajaran motor adalah berdasarkan:

a) Kelambatan respons

b) Kedudukan linear

Kemahiran tertutup boleh didefinisikan sebagai kemahiran yang memerlukan proses maklum
balas sebagai rujukan bagi membolehkan pergerakan berlaku seperti yang telah dirancangkan.
Fokus pembelajaran motor adalah di sekitar isu mengenai pengesanan atau penentuan dan
pembetulan ralat dalam prestasi. Pembetulan ralat dibolehkan menerusi penyampaian maklum
balas hasil lakuan (knowledge of results _ KR).

6
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

KR bertujuan membekalkan maklumat untuk menyelesaikan masalah motor dan membekalkan


maklumat untuk pergerakan seterusnya. Menurut Adam, pelajar bukan merupakan penerima
pasif tetapi terlibat secara aktif dalam pembentukan verbalisasi dan hipotesis berkaitan tugasan
yang akan dipelajarinya.

Mengikut teori ini, terdapat dua struktur memori yang terbentuk dalam

pembelajaran motor iaitu:

(a) Kesan memori (memory trace)

Kesan memori adalah mekanisme yang digunakan untuk memilih dan memulakan sesuatu
pergerakan.

(b) Kesan persepsi (perceptual trace)

Kesan persepsi pula yang dibina daripada praktis dan sensori maklum balas adalah mekanisme
yang digunakan untuk membandingkan pergerakan yang sedang dilakukan dengan merujuk
kepada maklumat yang tersimpan dalam memori.

Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal, dan keadaan ini dapat dicapai menerusi
praktis spesifik dan penyampaian maklum balas yang relevan, di mana praktis yang spesifik
boleh mengukuhkan kesan memori sementara ulangan yang tinggi berserta penyampaian KR
boleh mengukuhkan kesan persepsi.

2. 1. 1 Kesan Persepsi

Apabila seseorang murid melakukan satu pergerakan, rangsangan maklum balas intrinsik
adalah hasil untuk menandakan lokasi tertentu pada anggota tubuh badan. Rangsangan
yang berlaku akan meninggalkan kesan pada saraf pusat. Melalui tindak balas yang
berulang, kemahiran murid akan semakin meningkat dalam setiap percubaannya.

Oleh sebab adanya KR ( knowledge of result ) murid dapat bertindak balas menghampiri
sasaran dalam setiap kali percubaannya melalui maklum balas yang diterima yang akan
menunjukkan pergerakan yang betul. Kesan Persepsi akan menjadi semakin kukuh
dengan setiap KR. Dengan ini, sebarang kesilapan dalam latihan akan dapat dikurangkan.

7
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

2.1.2 Kelebihan Teori Lingkaran Tertutup

Dalam teori lingkaran tertutup terdapat kelebihan yang wujud antaranya :

i. Kemahiran-kemahiran baru akan terbentuk

ii. Aktiviti-aktiviti memerlukan ketepatan dan kehalusan

iii. Membenarkan pengubahsuaian mengikut situasi

iv. Menambah `versatility kepada pergerakan

2.2 Teori Skema Schmidt (1975)

Schmidth tidak bersetuju dengan Teori Lingkaran Tertutup oleh Adam, oleh itu pada tahun 1975
telah mengasaskan Terori Skema dan telah memberi pendapat beliau dalam perspektif
penguasaan kemahiran motor. Beliau berpendapat, pembelajaran adalah berkesan sekiranya
maklumat yang terkumpul dapat disimpan. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Adam kerana
teori yang dikemukakan Adam kekurangan proses kawalan terbuka atau Open-loop.

Schmidth menjelaskan Skema yang dimaksudkannya ialah satu set peraturan yang menjadi
garis panduan untuk membuat sesuatu keputusan mengenai matlamat kemahiran.Beliau juga
berpendapat apabila sesuatu perlakuan dilakukan,maklumat itu akan dikumpulkan dan disimpan
dalam bentuk memori. Maklumat ini akan disimpan melalui :

i. Persekitaran semasa melakukan sebarang pergerakan contohnya, kedudukan badan dan

suhu persekitaran.

ii. Keperluan khas bagi sesuatu pergerakan contohnya kelajuan, masa, ruang dan daya

yang diperlukan .

iii. Keputusan hasil daripada pergerakan yang dilakukan dengan pengetahuan keputusan

dengan membandingkan hasil sebenar dengan hasil yang diingini.

iv. Hasil rangsangan yang dirasai dan kelihatan berkaitan dengan pergerakan yang

8
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

dilakukan.

Dalam teori skema, Schmidth telah mengambil sebahagian besar dalam teori Adam, Dalam teori
skema ini, Schmidth menggunakan konsep dan idea sebagai proses pembelajaran untuk cuba
menerangkan pergerakan cepat ( balistik ) dan pergerakan lambat.

Schmidth telah membentuk dua skema dalam memudahkan maklumat disimpan iaitu :

i. Skema Ingat Kemabali ( Recall Schema )

Skema ingat kembali merupakan satu set peraturan yang memilih nilai parameter untuk
pergerakan spesifik dan memulakan sesuatu perlakuan.

ii. Skema Pengenalpastian Respons

Skema Pengenalpastian Respons satu set peraturan yang digunakan untuk menilai dan
membandingkan hasilan dan parameter yang dipilih. Ianya disimpan dalam maklumat
sensori untuk memperbetulkan kesilapan pada masa akan datang.

Sebagai contoh dalam permainan bola sepak, bagi seorang penjaga gawang gol , keadaan sekitar
aka mempengaruhinya menghantar bola kepada pemain pertahanan untuk mengelakkan jaringan
gol daripada pasukan lawan. Oleh itu, dia akan memilih untuk menendang bola kepada pemain
pertahanan pasukannya. Apabila program motor umum telah dipilih dan pergerakan telah
dilakukan, satu skema pengenalpastian respons telah digunakan untuk menilai dan
membandingkan hasil dengan jarak yang telah dipilih dan disimpan melalui maklumat sensori
untuk kegunaan pada masa akan datang untuk tujuan penambahbaikkan.

Program motor umum adalah program yang menghasilkan pergerakkan baru dan fleksibel dalam
pelbagai dimensi.Ia disimpan dalam memori dan mengawal kumpulan pergerakan tertentu. Oleh
itu, program motor terbentuk hasil daripada pengalaman sama yang dialami oleh seseorang
individu. Contohnya dalam permainan bola sepak. Kemahiran menyepak dikumpulkan untuk
membentuk satu program motor secara terkawal dan terancang untuk mencapai matlamat yang
diingini.

9
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

Dalam teori ini, terdapat satu idea program motor umum, yang distrukturkan secara berfasa dan
kuasa relative dengan parameternya untuk menentukan cara program itu dilaksanakan.

2.3 Teori Constraint Newell (1986)

Teori Constraint Newell, yang dibangunkan pada tahun 1986, menunjukkan bahawa semua
pergerakan berlaku berdasarkan tiga faktor; interaksi organisma, persekitaran di mana ia berlaku,
dan tugas yang dilakukan (Haywood & Getchell, 2009). Jika salah satu daripada faktor-faktor ini
berubah, corak pergerakan keseluruhan tindakan perubahan juga (Haywood & Getchell, 2009).
Model ini adalah penting dalam memahami tingkah laku motor manusia dan Model Newell
dicirikan oleh tiga faktor utama;
i. kekangan individu
ii.kekangan alam sekitar
iii.kekangan sebabsebab
Newell juga membincangkan empat kesukaran yang terdapat dalam teori tradisional dengan teori
ekologi.

a. Teori tradisional gagal menjelaskan cara bagaimana penyelarasan tingkah laku baru

diperoleh.

b. Teori tradisional tidak pernah menghuraikan cara individu melakukan penyelarasan

kecil dalam persekitaran yang dinamik. Persepsi dan ekologi dalam teori Newell

menerangkan lebih jelas tentang cara pergerakan boleh diubah sebaik sahaja

pergerakan bermula.

c. Teori ekologi ini juga mengehadkan peranan memori dalam pembelajaran kemahiran

motor.

d. Teori motor umum berpendapat, program motor umum kekurangan fleksibiliti dalam

persekitaran yang pelbagai.

10
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

3.0 APLIKASI TEORI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Sebagai seorang guru, pelbagai cara boleh dilakukan bagi meningkatkan kemahiran motor
seseorang murid.Oleh itu, sebagai panduan oleh guru dalam meningkatkan kefahaman dan
kemahiran murid pelbagai teori boleh dijadikan panduan untuk mengajarakan kemahiran motor
terutamanya dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan juga sukan.

Antara aktiviti atau latihan yang boleh dilaksanakan berpandukan teori Adam, Schmidth dan
Newell adalah :

Latihan perlu dipelbagaikan mengikut umur dan mengikut kesesuaian aktiviti yang
dilakukan. Pengaplikasian teori ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kefahaman guru dan kemahiran murid . Contoh-contoh dan teknik yang bersesuaian sangat perlu
bagi meningkatkan kemahiran motor kepada murid-murid.

Aktiviti yang mempengaruhi tahap pemerolehan kemahiran motor antaranya aktiviti yang
dilakukan dengan kadar ulangan yang tinggi.

- jumlah latihan

- jadual latihan

- variasi latihan

- konteks latihan

Usaha merancang latihan bagi pembelajaran kemahiran motor perlu dipertimbangkan melalui :

- jenis latihan

- kaedah latihan

- distribusi / taburan latihan

i. Pengukuhan Subjektif

Dalam teori lingkaran tertutup oleh Adam, beliau cuba menjelaskan cara membentuk kebolehan
mengesan kesilapan. Beliau juga menegaskan bahawa selepas sesuatu pergerakan itu dilakukan,

11
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

pelajar itu boleh membandingkan maklum balas yang diterima dengan kesan persepsi. Perbezaan
ini akan menggambarkan kesilapan tindak balas pelajar yang dihantar kepada dirinya yang
disebut sebagai pengukuhan subjektif. Pengukuhan subjektif ini dapat digunakan untuk
mengekalkan pergerakan pada sasaran tanpa KR. Maklum balas dan kesan persepsi akan terus
ditambah.

ii. Teori Dua Keadaan

Adam menyedari untuk mengadakan kapasiti system untuk mengesan kesilpan sendiri, dua
keadaan memori mesti wujud iaitu :

a. Menghasilkan aksi

b. Menilai hasil perlakuan

Jika sesuatu pergerakan salah dipilih, maklum balas daripada pergerakan dan rujukan pergerakan
yang betul akan sentiasa berpadanan dan akan menghasilkan satu percubaan tanpa
kesilapan.Dalam teori Adam, walaupun kesan persepsi menunjukkan tindak balas yang betul dan
pergerakan itu dipilih dan dimulakan oleh satu keadaan memori lain yang dikenali sebagai kesan
memori tetapi bertanggungjawab untuk memilih arah aksi, memulakannya dan mengarahkan ke
arah sasaran. Perkara ini dapat dipraktikkan oleh guru dalam permainan atau sukan yang ingin
diajar.

iii. Pembelajaran Skema

Dalam Teori skema, setelah seseorang murid melakukan pergerakan dengan program motor
umum, seseorang murid akan menympan empat perkara berikut seperti :

i. Keadaan awal seperti kedudukan badan, berat objek dan apa sahaja yang wujud dalam

pergerakan itu.

ii. Murid akan menyimpan parameter yang ditetapkan kepada program motor umum.

iii. Hasil daripada pergerakan dalam persekitaran.

iv. Murid akan menyimpan kesan sensori pergerakan berkenaan iaitu bagaimana

12
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

pergerakan itu dirasai, dari segi rupanya dan sebagainya.

a. Skema Ingat Kembali

Perhubungan yang pertama dikenali sebagai skema ingat kembali yang berkaitan dengan
pergerakan. Pergerakan pada percubaab seterusnya akan dicatat dan ditanda untuk
memperolehi keputusan yang lebih baik.

b. Skema Pengenalpastian

Skema pengenalpastian untuk penilaian tindak balas, adalah dijangka akan terbentuk.
Skema ini terdiri daripada perhubungan antara keadaan awal, hasil persekitaran dan
konsekuens tindak balas.

iv. Proses Ingat Kembali

Proses ingat kembali dan pengenalpastian dalam pergerakan ini dapat membantu murid
memperbaiki mutu latihan.

v. Kepelbagaian Dalam Latihan

Kepelbagaian aktiviti dalam latihan akan memberi pengalaman kepada murid sebelum sesuatu
peraturan atau skema boleh dibina.Schmindth dan Shapiro ( 1982 ) menjumpai bukti nyata
bahawa kepelbagaian latihan merupakan faktor positif dalam pembelajaran motor.

vi.Tindak Balas Baru

Kajian menunjukkan melalui pelbagai latihan, tindak balas baru boleh dihasilkan dengan tepat.
Ini berdasarkan tindak balas baru telah dilatih berulang kali.

vii. Pengesana Kesilapan

Teori meramalkan bahawa ia sepatutnya tidak ada kebolehan pengesanan kesilapan selepas satu
pergerakan lambat. Sementara itu, kebolehan seperti itu sepatutnya wujud selepas satu
pergerakan cepat tau lambat.

4.0 IMPLIKASI TEORI DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

13
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

Setiap teori yang diaplikasikan mempunyai kesan baik dan kesan buruk terhadap murid. Apabila
murid melakukan sebarang kesilapan semasa latihan dia akan belajar satu kemahiran dan
pengalaman yang baru. Adam mencadangkan pemberian panduan adalah perlu sebagai satu
pendekatan latihan untuk mengelakkan kesilapan berlaku lagi pada masa akan datang. Selain itu,
murid akan mendapat kemahiran baru melalui kesilapan yang telah dilakukannya. Ini akan
meningkatkan kemahiran motor seseorang murid. Guru juga dapat memperbaiki corak
pengajaran apabila melihat kesilapan dan kelemahan yang dilakukan oleh murid. Dengan ini,
guru akan lebih mengambil berat tentang aktiviti yang akan diajari kepada murid berdasarkan
kebolehan murid. Kesimpulan seperti yang diketahui, pembelajaran motor berlaku kepada
manusia sejak dari lahir lagi dan perkara ini akan berterusan dalam setiap aktiviti yang
dilakukan oleh individu itu.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan setiap teori yang telah dihuraikan Menurut Tuckman (1978), teori adalah suatu
himpunan konsep, definisi dan saranan yang saling berkaitan dan memberi gambaran teratur
tentang sesuatu fenomena dengan menyatakan hubungan atau pertalian antara pembolehubah-
pembolehubah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena itu. Dengan adanya teori,
penyelidikan dapat dijalankan untuk memberi dan memperkembangkan ilmu pengetahuan, dan
dapat memahami, menjangka dan mengawal sesuatu hasil. Dengan adanya pengetahuan
mengenai teori psikologi sukan, guru pendidikan jasmani, jurulatih ataupun atlit sendiri akan
dapat mengaplikasikan semasa terlibat dalam sukan.

Dengan adanya teori-teori pembelajaran motor ini, akan dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif bagi meningkatkan kemahiran motor. Dengan ini akan membantu
guru bagi merangka strategi intervensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Dengan adanya
teori ini, dapat membantu guru merangka pendekatan yang sistematik untuk membantu
keupayaan seseorang meningkatkan prestasi murid seterusnya penilaian pembelajaran dapat
dilakukan dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, pembelajaran motor amat penting dalam pengajaran pendidikan jasmani dan
juga sukan. Kemahiran motor memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugas
setiap hari. Kefahaman tentang pembelajaran motor sangat penting bagi semua guru Pendidikan

14
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

Jasmani. Oleh itu, penguasaan kemahiran motor ini amat penting dalam pergerakan asas untuk
membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan
penuh yakin, aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah juga dikenali sebagai pendidikan fizikal.

( 2572 patah perkataan )

RUJUKAN :

Adam, J. (1971). A closed-loop theory for motor learning. Journal of Motor Behavior 3,111-150.

Kluka, D. A. (1999). Motor behavior from learning to performance. US: Morton.

Magill, R. A. (2001). Augmented feedback in motor skill acquisition. In R. N.

Newell, K. (1986). Constraints on the development of coordination. In M.G. Wade & H.T.A.
Whiting (Eds.), Motor development in children: Aspects of coordination and control. Dordect,
The Netherlands: Nihjoff.

Schmidt, R. A. & Lee, T. D. (1999). Motor Control and Learning. A Behavioral Emphasis.
Champaign, IL: Human Kinetics.

Norkhalid Salimin.(2014).HBPE4103 Pembelajaran Motor. Open Universiti Malaysia.

Khairudin Saidin. (2016).Sains Sukan Tingkatan 4. Kementerian Pendidikan Malaysia

https://www.scribd.com/doc/123737328/buku-sumber-sains-sukan-Tingkatan-4

http://cikamal.com/full-tesis-kajian-penuh-kemahiran-motor-halus.html

http://pjpk4share.blogspot.my/2010/09/pjm3105-pembelajaran-motor.html

latiptro.webs.com/documents/Pembelajaran%20Motor.pp

15
HBPE4103 PEMBELAJARAN
MOTOR

16

You might also like