Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROJEK WAKAF REHAL

MUSOLLA DAN KELAS MAAHAD

SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA


&
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA
JERAM, KUALA SELANGOR
KERTAS KERJA INI DIAJUKAN UNTUK MEMOHON PENGESAHAN DARI PIHAK
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA DAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA JERAM
SERTA SUMBANGAN DARI INDIVIDU DAN SYARIKAT-SYARIKAT LUAR

__________________________________________________________________________

1.0 Pendahuluan

Rehal merupakan satu alat bantu untuk meletakkan Al-Quran ketika proses pengajaran
dan pembelajaran. Tujuannya adalah untuk memuliakan Al-Quran itu sendiri disamping
memudahkan pembaca untuk membaca dengan tenang. Inovasi demi inovasi telah
dilakukan bagi memperkemaskan bentuk rehal itu sendiri. Oleh yang demikian, pihak
musolla SMITQ Hira Jeram berusaha menyediakan rehal berserta rak rehal untuk
kemudahan pelajar, guru-guru dan jemaah luar ketika kuliah-kuliah bersiri di samping
menaik taraf musolla. Bertepatan dengan itu, musolla SMITQ Hira juga mengadakan
kuliah tafaqquh fiddin sehingga rehal merupakann satu keperluan kepada masyarakat
luar yang berumur untuk menuntut ilmu dengan mudah dan tenang atas asbab adanya
rehal yang disediakan.

2.0 Rasional

2.1 Keperluan Pdpc pelajar Maahad yang rutin hariannya adalah membaca dan
menghafaz Al-Quran.
2.2 Memudahkan pelajar, guru-guru dan masyarakat luar untuk meletakkan Al-Quran
atau bahan bacaan kuliah di musolla.
2.3 Mengurangkan tekanan mata kerana bahan bacaan (Al-Quran atau buku) terletak
lebih tinggi.
2.4 Posisi badan dapat dijaga. (tidak membongkok ketika membaca)

3.0 Objektif

3.1 Menjadikan rehal sebagai alat bantu belajar yang utama di kelas maahad dan
musolla.
3.2 Menjadikan Pdpc di kelas-kelas maahad dalam keadaan kemas dan teratur.

4.0 Anggaran Peruntukan

Rujuk Lampiran Sebut Harga.

5.0 Pembekal

5.1 Cipta Edar DHO Sdn. Bhd.


5.2 Kembara Niaga Enterprise
6.0 Keperluan

BIL PERKARA JUMLAH RM


1. Rehal 100 buah Mengikut sebut
harga yang dipilih
oleh pihak atasan
2. Rak Rehal (memuatkan 20 buah rehal) 5 buah Mengikut sebut
harga yang dipilih
oleh pihak atasan

7.0 Penutup

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan tentang kertas kerja yang dinyatakan
ini. Segala kerjasama dan bantuan dari pihak tuan amatlah kami hargai bagi memastikan
pelajar di SMITQ Hira ini dapat menjalani pembelajaran dengan baik dan lancar.

Disediakan oleh:

.
(MOHD ROZAINI BIN MOHD RAHIM)
Penolong Kanan Tahfiz
Maahad Tahfiz Al-Quran Hira Jeram

Disahkan oleh:

(ISHARUDDIN ISMAIL)
Pengetua
Sekolah Menengah Islam Hira dan
Maahad Tahfiz Al-Quran Hira Jeram

You might also like