Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pengenalan

Di dalam dunia pekerjaan, para graduan perlu mempunyai

pelbagai kelebihan,kompentensi, pengalaman dan persediaan sebelum

memasuki alam pekerjaan untuk mereka berdaya saing di pasaran

pekerjaan. Diploma mahupun ijazah tidak menjamin untuk para graduan

untuk mendapatkan sesebuah pekerjaan. Latihan Industri ialah latihan

yang dijalani oleh pelajar di organisasi atau syarikat yang berkaitan

dalam bidang masing-masing untuk jangka masa yang ditetapkan bagi

mendapat pengalaman sebenar dengan mempraktikkan apa yang

dipelajari di pusat pengajian

1.2 Objektif Latihan Industri

Di antara objektif program latihan industri ialah untuk:

I. mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar;

II. mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga

pengetahuan yang terbaru di pasaran.

III. mendedahkan pelajar kepada amalan spesifik dalam bidang

pengkhususan masing-masing.

IV. mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran (terutamanya

kemahiran insaniah) dan pengalaman pelajar dengan organisasi.

V. melahirkan graduan yang berkompeten.

1
1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri

Di antara objektif program laporan akhir industri ialah untuk:

I. Merekodkan dan mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi

supaya menjadi bukti latihan industri telah di jalankan.

II. Melaksanakan dan melengkapkan salah satu komponen yang

dinilai selepas pelajar tamat menjalani kursus Latihan Industri (AT

401) di organisasi latihan.

III. Ringkasan aktiviti latihan industri dapat di perincikandan

dikembangkan.

IV. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali organisasi atau

syarikat yang diduduki secara terpeinci.

V. Member peluang kepada pelajar untuk member komen mahupun

cadangan bersifat constructive bagi tujuan penambahbaikan.

1.4 Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri ini amat penting dan berguna kepada pelajar. Oleh itu

pelajar perlulah menggunakan peluang ini semaksima mungkin untuk

mendapatkan pengalaman yang berharga.

Antara kepentingan latihan industri ini adalah:

I. Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar.

II. Pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan

dalam industri.

III. Dapat mengetahui masalah-masalah yang timbul dan cara

mengatasinya serta penyelesaiannya.

IV. Dapat menambahkan lagi pengalaman dalam bidang tersebut.

You might also like