Refleksi 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

REFLEKSI

Hari : Rabu

Tarikh : 5 Julai 2017

Hari keempat ini dimulakan dengan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan


untuk melengkapkan portfolio praktikum seperti takwim sekolah, senarai nama murid, pelan
sekolah dan sebagainya. Secara tidak langsung, melalui pencarian maklumat-maklumat ini,
saya juga berpeluang untuk mengeratkan perhubungan dengan warga sekolah. Seterusnya,
saya telah membuat pemantauan di kelas 5 Cerdas bagi subjek Pendidikan Kesihatan.
Tujuannya adalah untuk mengetahui kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh guru untuk
mengajar mereka. Apa yang menghairankan saya ialah pengajaran guru adalah sangat
ringkas dan tidak melibatkan pelbagai aktiviti ataupun bahan bantu mengajar. Rasional di
sebaliknya ialah masalah kesuntukan masa. Ini kerana masa pengajaran Pendidikan
Kesihatan ialah 30 minit dan ini menyebabkan guru terpaksa menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran secara ringkas. Guru hanya memastikan kandungan topik yang ditetapkan
sampai kepada murid-murid dan objektif pembelajaran bagi topik tersebut tercapai.

Selepas itu, saya memasuki kelas Sains saya iaitu 3 Bestari. Saya telah mengambil
kesempatan ini untuk mengenali murid-murid saya. Saya telah mengetahui nama, hobi dan
cita-cita mereka serta memperkenalkan dri saya kepada mereka. Masalah yang mudah
dikenalpasti ialah murid-murid ini sangat aktif bergerak, bercakap dan mudah mengalih
tumpuan jika terdapat gangguan. Maka, saya telah melakukan ulangkaji bagi topik litupan
badan haiwan lalu meminta mereka untuk melukiskan haiwan bagi setiap litupan badan
haiwan. Namun, semasa melakukan kerja yang diberikan mereka melakukan kerja yang
diberikan dengan baik. Pada pukul 1 hingga 2 petang, saya dan rakan praktikum saya
menyertai aktiviti Persatuan Sains. Kami telah mengadakan permainan yang berkaitan
dengan alat dan radas makmal sains. Dimana secara kumpulan, murid-murid perlu meneka
nama peralatan sains yang ditulis secara tidak lengkap dan melukiskannya. Selepas melukis,
mereka boleh mengambil kertas yang seterusnya dan menyambung permainan ini. Kumpulan
yang mana berjaya melukis dan meneka peralatan sains yang betul dan banyak dalam masa
yang ditentukan dikira sebagai johan. Selepas itu, bagi aktiviti unit beruniform, kami telah
menyertai Pengakap, dimana kami bersama-sama guru mengajar murid lagu pengakap iaitu
Potong Bebek Angsa. Murid-murid berasa seronok dan gembira untuk menyanyikan lagu
tersebut.

Sebagai seorang guru, saya harap saya dapat mengawal kelas dengan baik
disamping menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sekian, terima kasih.

You might also like