Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

1.

0 Pengenalan

Negara menghadapi pelbagai dugaan pada fasa awal pasca kemerdekaan. Politik,
sosial dan ekonomi secara umumnya masih belum stabil pada waktu itu. Perhubungan
antara kaum umpama api di dalam sekam; sedikit pergeseran mampu mencetuskan
pertelingkahan besar.

Apabila satu kaum menyinggung kaum yang lain, maka tercetuslah pertelingkahan
besar, seperti peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Tarikh yang mencetuskan sejarah
paling hitam negara bermula apabila timbul perasaan bongkak satu kaum kerana
memenangi kerusi pilihan raya.

Peristiwa 13 Mei merupakan perintiwa yang melibatkan pergaduhan antara


kumpulan etnik di Malaysia sepelas pilihan raya pada bulan Mei 1969. Konflik antara kaum
ini berlaku khususnya antara kaum Melayu dan Cina yang tertumpu di Kuala Lumpur.
Sentiment antara kumpulan etnik yang kuat akhirnya membawa kepada konflik secara
terbuka. Analisis terhadap peristiwa 13 Mei wajar lihat dalam dilihat dalam konteks yang
lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada sekitar tarikh 13 itu sahaja. 1

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta
harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969
merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Ia juga merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap
politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan
suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi
ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya.

Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut
menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga
boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris
contohnya, telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif
terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan
ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan

1Mohd Ashraf Ibrahim,Mohd Aris, Mohd Saleh, Chin Kuang Tiu, Amaran. (2013). Hubungan
Etnik.,Selangor. Penerbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd. halaman 20.

~1~
ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru
yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk
mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Tun Mahathir dalam bukunya, Dilema Melayu (1970) menjelaskan bahawa

Apa yang wujud ialah kurangnya perselisiahan antara kaum. Ada rasa tolerasi. Ada
terdapat penyesuaian. Ada sedikit sebanyak perasaan tolak ansur. Akan tetapi tidak wujud
harmoni yang sebenar. Sebaliknya, ada nada-nada sumbang walaupun tidak begitu ketara.
Ada kalanya nada-nada sumbang melansing nyaring lalu mencetuskan pergaduhan kaum
yang terpencil atau merata-rata.

Keharmonian antata kaum di Malaya tidaklah tulen, bahkan juga tidak berakar umbi secara
mendalam.2

Menurut penjelasan Tun Mahathir, kekurangan perselisihan faham merupakan satu


punca yang boleh menyebabkan perpaduan kaum terjejas. Maka, rakya perlulah toleransi
supaya merapatkan perpaduan antara rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

2Mohd Ashraf Ibrahim,Mohd Aris, Mohd Saleh, Chin Kuang Tiu, Amaran. (2013). Hubungan
Etnik.,Selangor. Penerbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd. halaman 20.

~2~
2.0 Punca-punca yang membawa kepada berlakunya perintiwa 13 Mei 1969.

Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang tinggal bersama-sama secara aman dan
harmoni. Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat, negara akan menjadi huru hara
dan tidak stabil. Walau bagaimanapun, kita mempunyai sejarah berdarah yang melibatkan
dua kaum utama di Malaysia iaitu 13 Mei. 13 Mei 1969 merupakan peristiwa pergaduhan
antara 2 kaum utama Negara iaitu kaum Melayu dan kaum Cina. Peristiwa ini lebih
memfokuskan kepada dua kaum ini kerana secara amnya Kaum Melayu memperjuangkan
hak ketuanannya manakala kaum Cina meraikaan kekuasaan politik mereka. Terdapat
banyak punca yang menjadikan Peristiwa 13 Mei sebagai peristiwa hitam dalam sejarah
Negara kita.

Sistem pendidikan
berbeza

Layanan Pertelingk
berat ahan Parti
sebelah Politik
oleh
tentera PUNCA
Jepun BERLAKUNYA
PERISTIWA 13 MEI

Perasaan tidak puas Dasar pecah dan


hati terhadap hak perintah pihak
istimewa orang british
melayu

Salah satu punca yang menjadikan Peristiwa 13 Mei sebagai peristiwa hitam dalam
sejarah Negara kita adalah dasar pecah dan perintah British semasa Zaman Penjajahan
British. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah memecahkan
perpaduan kaum di tanah Melayu. Dasar ini telah mengasingkan setiap kaum mengikut
kegiatan ekonomi iaitu orang Cina tinggal di bandar menjalankan perniagaan dan juga di
kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong. Manakala orang Melayu pula tinggal di luar

~3~
bandar bekerja sebagai petani atau nelayan kecil dan kaum India kebanyakannya tinggal di
ladang dan berkerja sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja ladang. Pihak British
memecahkan tiga kaum ini dari segi ekonomi kerana mereka menyedari bahawa sekiranya
tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi
mereka akan terjejas. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-
kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok
masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pasar sahaja. Ini
melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya
tragedi 13 Mei 1969.

Penorehan getah oleh


kaum india

Petani oleh kaum


Melayu

Aktiviti perlombongan
oleh kaum Cina

Perasaan tidak puas hati oleh orang Cina terhadap hak istimewa orang Melayu juga
merupakan antara punca yang menyebabkan perusuhan kaum yang terbesar dalam sejarah
Malaysia. Perasaan ini mula dipaparkan apabila, parti pembangkang iaitu PAP
membangkitkan soal tentang kedudukan istimewa orang Melayu di negara tersebut semasa

~4~
kempen pilihanraya 1969. Parti pembangkang tidak berpuas hati dan menganggap hak
istimewa yang diberikan adalah tidak adil dan pilih kasih. Hak istimewa orang Melayu seperti
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak kerakyatan untuk orang bukan Melayu,
pengiktirafan orang Melayu sebagai bumiputera dan sebagainnya. Disamping itu, orang
Cina pula tidak berpuas hati dengan kekuasaan orang Melayu iaitu mereka tidak dapat
menerima situasi dimana, orang Cina menguasai sektor ekonomi manakala, orang Melayu
menjadi tuan kepada tanah Melayu. Situasi ini sangat memberikan kesan kepada orang
Cina sehingga mereka tidak suka dengan kaum Melayu. Orang Melayu menetapkan
beberapa peraturan dan perkara-perkara yang digolongkan sebagai hak istimewa yang tidak
boleh disoal atau diusik oleh sesiapa sahaja selain daripada tuan rumahnya iaitu orang
Melayu. Kekuasaan yang dipegang oleh orang Melayu tidak memberikan sebarang
perasaan hormat tetapi, melahirkan perasaan untuk berjuang demi mempertahankan hak
sebagai warga negara Tanah Melayu kepada kaum Cina. Oleh itu, orang Cina dan orang
Melayu bertempur dalam perjuangan mempertahankan hak-hak sendiri dan menggunakan
peluang tersebut untuk melepaskan geraman setiap individu yang telah lama terpendam
dalam hatinya. Tetapi, melalui peristiwa tersebut, kita boleh mengetahui bahawa orang Cina
akan berjuang pada bila-bila masanya untuk membuktikan kekuasaan mereka dan orang
Melayu juga tidak akan melepaskan negara Malaysia kepada sesiapa sahaja dan sentiasa
mempertahankannya.

Selain itu, Pertelingkahan Parti Poilitik juga merupakan anatara punva yang
menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei ini. Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan
Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah
ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya
itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun
setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA
dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak
kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula
membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera
orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang
Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam
pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan
disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah
menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan
tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

~5~
Memang tidak dapat dinafikan bahawa latar belakang pendidikan yang berbeza juga
merupakan satu punca kepada berlakunya peristiwa 13 Mei. Pada zaman penjajahan
British, sistem pendidikan yang diadakan oleh semua kaum adalah sangat berbeza.
Sebelum Laporan Razak dikemukakan, di Malaysia tidak mempunyai satu pendidikan yang
sama. Pada masa itu, sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu telah terbahagi
kepada 4 aliran iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini
mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara setiap kaum. kurikulum sekolah
Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negara asal mereka, sukatan pelajaran
serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negara China
dan India. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Ketiadaan sistem pendidikan yang seragam ini
menyukarkan semangat perpaduan sukar dicapai. Pelajar langsung tidak berpeluang untuk
bergaul dengan pelajar atau etnik lain ini menyulitkan pembentukan persefahaman antara
etnik. Melalui pendidikan ini juga pengaruh daripada kehidupan dan adat resam serta
merasakan kaum mereka lebih cemerlang wujud, sistem pendidikan yang tidak seragam
juga boleh mewujudkan perasaan prasangka dan streotaip antara kaum. Keadaan ini
menyebabkan sesetengah masyarakat dalam kaum yang berbeza ini memandang rendah
terhadap kaum lain. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini
menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum
dapat dilakukan dengan sempurna.

Jika ditinjau dari perspektif yang lain, layanan berat sebelah oleh tentera Jepun juga
merupakan tunjang kepada peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1941, negara Jepun mula
menguasai Tanah Melayu dan membawa perubahan kepada pentadbiran negara yang
diarahkan oleh tentera Jepun. Tempoh masa tersebut boleh dikatakan sebagai satu tragedi
yang telah mengkorbankan banyak nyawa. Tentera Jepun melayan orang Cina dengan
begitu teruk kerana negara China pernah menyerang negara Jepun dan menguasainya.
Apabila pihak British telah menyerah alah, Jepun mula menguasainya Tanah Melayu,
tentera Jepun membunuh orang Cina tanpa perasaan kasih sayang. Oleh itu, orang Cina
telah melibatkan dirinya dalam kegiatan MPAJA iaitu Malayan People Anti Japanese Army
untuk menentang pengaruh Jepun di Tanah Melayu. Tetapi, orang Melayu diberikan layanan
yang baik dan mengiktirafkan kaum Melayu sebagai masyarakat bumiputera kerana untuk
mendapatkan sokongan dari orang Melayu. Pengaruh Jepun memberikan jawatan yang
besar kepada kaum Melayu dahulu dan memberikan layanan yang teruk kepada orang Cina.
Hal ini, menyebabkan orang Cina tidak berpuas hati dengan pemerintahan Jepun dan benci
dengan kaum Melayu. Layanan yang tidak adil ini mewujudkan perasaan peermusuhan

~6~
dengan orang Melayu dan mencetusnya peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan
kematian yang tidak menguntungkan sesiapa.

Gambar Tentera Jepun yang memerintah negara Tanah Melayu

~7~
3.0 Dasar-dasar yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam pembangunan
Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa 13 Mei 196, telah memberikan banyak pengajaran kepada rakyat Tanah Melayu
dan mula mengambil langkah-langkah untuk menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dasar-dasar telah diperkenalkan sebagai usaha oleh
pelbagai pihak atasan supaya peristiwa seperti 13 Mei tidak diulangi oleh rakyat di Tanah
Melayu. Antara dasar-dasar yang telah diperkenalkan adalah:-

Membentuk
Majlis Dasar
Memperkenalkan
Gerakan Pendidikan
Rukun Negara
Negara Kebangsaan
(MAGERAN)

Dasar Dasar
Ekonomi Pembangunan
Baru (DEB) Nasional
(DPB)

Dasar ekonomi diperkenalkan oleh kerajaan untuk peristiwa 13 Mei ini tidak diulangi.
Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1970. Pengenalan dasar
ini adalah untuk membaik pulih sektor ekonomi yang telah dirosakkan dalam perusuhan
kaum pada 13 Mei 1969. Tujuan dasar ini dikemukakan oleh kerajaan adalah untuk
membasmi masalah kemiskinan yang telah melanda negara Malaysia dan meningkatkan
keberkesanan produktiviti dalam sektor ekonomi. Hal ini kerana, semasa perusuhan kaum
berlaku, banyak kemusnahan dari segi harta benda, dan kemudahan awam telah berlaku.
Tambahan pula, terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin
sehinggakan golongan miskin tidak berpuas hati dengan golongan kaya. Oleh itu, sebagai

~8~
langkah untuk mencegah perasaan tidak puas hati, maka kerajaan telah mengambil dasar
ini.

Terdapat dua kaedah telah digunakan dalam dasar ini untuk mengekalkan
keharmonian antara pelbagai kaum. Antaranya, pembasmian kemiskinan tanpa mengira
kaum dan seterusnya, penyusunan semula masyarakat.

Daripada bancian penduduk pada tahun 1970 didapati bahawa 49.3% daripada semua
keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis
kemiskinan.sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar
bandar manakala 14% lagi di kawasan bandar. Manakala daripada Kajian Tahunan Hakmilik
Syarikat-Syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkatan dan Rekod Pendaftar
Syarikat, adalah didapati bahawa hak milik dan penguasaan ekonomi di antara kaum dan
pelabur dalam dan luar negeri adalah ti dak seimbang. 3

Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum adalah untuk menghapuskan


perasaan tidak puas hati yang telah melanda masyarakat di negara Malaysia dan
memajukan negaranya dari segi sektor ekonomi. Strategi ini diambil untuk mengelakkan
ketidakseimbangan kekayaan yang boleh mewujudkan konflik antara satu sama lain. Dasar
ini, telah memberikan fokus terhadap sektor ekonomi utama iaitu pertanian. Kerajaan mula
memberikan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil yang berasaskan pertanian.
Hal ini kerana, sumber pertanian adalah penting untuk sesebuah negara dan boleh
memajukan negaranya dengan lebih cepat. Untuk mengembangkan strategi ini, kerajaan
membuat pelbagai perancangan dan program untuk menggalakkan ramai penduduk
melibatkan dirinya dalam pertanian dan membuat perniagaan kecil. Antaranya, penyediaan
parit dan infrastruktur untuk penanaman padi, mendirikan kemudahan sosial seperti hospital,
klinik, sekolah dan sebagainya.

Strategi seterusnya adalah, penyusunan semula masyarakat. Langkah ini diambil


bertujuan untuk menyatupadukan rakyat yang telah berpecah belah dalam perusuhan kaum.

Beberapa kejayaan telah dicapai di abawah rancangan penyusuanan semual masyarakat.


Satu daripadanya ialah pendapatan purata kaum Bumiputera telah meningkat daripada
RM172 sebulan dalam tahun 1970 kepada RM614 sebulan dalam tahun 1987. Pendapatan
ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan kaum-kaum lain4

3 Dr. Ismail Said.2010.Perkembangan Sejarah Negara.Perak.Cipta Printing&Publishing (M)


Sdn.Bhd.halaman 119
4
Dr. Ismail Said.2010.Perkembangan Sejarah Negara.Perak.Cipta Printing&Publishing (M)
Sdn.Bhd.halaman 119

~9~
Kerajaan ini telah menetapkan sasaran ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
Kerajaan menetapkan tujuh puluh peratus untuk rakyat Malaysia dan tiga puluh peratus
untuk kaum bumiputera. Terdapat beberapa usaha telah diambil dalam strategi ini seperti
meningkatkan pendapatan golongan kurang berupaya, menyusun semula pemilikan ekuiti,
menambahkan bilangan bumiputera dalam sektor awam dan swasta, latihan diberikan
kepada usahawan atau pedagang yang kaum bumiputera.

Pengenalan dasar ini dapat mengurangkan masalah kemiskinan dengan


menawarkan pekerjaan kepada ramai orang. Tetapi, dasar ini gagal merealisasikan
matlamat pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak tiga puluh peratus dalam aktiviti ekonomi.
Pada pendapat saya, dasar ini mempunyai banyak kelemahan yang perlu diambil kira oleh
kerajaan. Pengamalan dasar ini boleh merugikan sektor ekonomi kedua dan ketiga kerana
dasar ini terlalu mengutamakan pertanian iaitu sektor ekonomi utama. Tambahan pula,
dasar ini juga tidak bertindak adil dalam pembahagian ekuiti yang telah ditetapkan. Pada
pandangan saya, kerajaan tidak bertindak dengan adil kerana bumiputera mendapat ekuiti
sebanyak tiga puluh peratus berbanding dengan kaum lain. Akhirnya, dasar ini merugikan
golongan kaya kerana terlalu pemberikan keutamaan kepada golongan miskin dengan
menawarkan pekerjaan dan infrastruktur.

Seterusnya, dasar pendidikan kebangsaan juga antara langkah yang telah diambil
untuk mengekalkan perpaduan. Dasar ini akibat daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan dasar
ini adalah untuk menjadikan pendidikan sebagai medium untuk mengekalkan perpaduan
antara pelbagai kaum. Oleh itu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar.
Objektif dasar ini adalah untuk memenuhi keperluan negara dengan menstabilkan
kedudukan dari segi politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Strategi yang telah digunakan
dalam dasar ini adalah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar dan struktur
kurikulum dengan peperiksaan yang sama kandunganya dilaksanakan di semua sekolah. 5

Untuk memberikan pendidikan, kerajaan telah memperkenalkan KBSR iaitu


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1982 dan KBSM iaitu Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Pengajaran yang dilaksanakan perlu diterapkan dengan
pendidikan rohani, mengajar disiplin dan menekankan keagamaan untuk memupuk
perpaduan dalam diri sendiri. Pendidikan yang diberikan kepada murid-murid di sekolah
rendah diterapkan dengan pelbagai bentuk pendidikan sebagai keagamaan supaya dapat
melahirkan manusia yang bersopan santun. Tambahan pula, dasar ini menekankan
pendidikan teknik dan vokasional untuk memberikan peluang kepada pelajar meneruskan
pengajian mereka.

5
Ishak Saat(2000).Malaysia 1945-2000.Kuala Lumpur.Prin.Ad.Sdn.Bhd. halaman 238

~ 10 ~
Pada pandangan saya, dasar ini juga mempunyai beberapa kelemahan dalam
pelaksanaan strategi yang dibentukkan. Walaupun dasar ini, diambil untuk mengekalkan
perpaduan, tetapi, masih memberikan keutamaan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar. Saya khuatir dengan keistimewaan yang diberikan kaum lain mungkin tidak
berpuas hati dengan langkah kerajaan. Seterusnya, saya berpendapat bahawa, jika bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris diberikan keutamaan, terdapat peluang dimana bahasa ibunda
dihapuskan dari penggunaanya.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan menekankan pengekalan perpaduan adalah dapat


dicapai dengan memajukan kebudayaan di negara Malaysia. Terdapat tiga prinsip utama
yang telah dirancangkan dalam dasar ini. Antaranya adalah, kebudayaan Kebangsaan
Malaysia harus menjadikan asas kebudayaan rakyat asal rantau tersebut, mementingkan
unsur-unsur kebudayaan lain serta dijadikan Islam sebagai satu titik utama dalam
pembentukan kebudayaan.

Dasar ini telah tidak mengalakkan unsur-unsur Barat yang telah diikuti oleh
penduduk. Kerana, tujuan sepenuhnya dasar ini adalah semata-mata meningkatkan
keberkesanan kebudayaan dan memupuk penduduk yang bersih dari fikiran dan cara hidup
mereka sendiri. Tambahan pula, matlamat dasar ini adalah untuk membantu menguatkan
perpaduan, menjamin identiti kebangsaan iaitu sebagai seorang warnanegara Malaysia.
Dasar ini juga adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia melalui penerapan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Antara strategi yang telah dijalankan adalah menggalakkan pergerakan-pergerakan


atau pertunjukkan kebudayaan, bidang seni diberi keutamaan dalam meningkatkan
kebudayaan, mengisi keperluan sosiobudaya dan sebagainya. Segala strategi ini telah
memberikan kesan dalam pengekalan kebudayaan di kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum. Pada pendapat saya, usaha ini merupakan antara langkah yang efektif
untuk mengekalkan perpaduan. Melalui, dasar ini, Malaysia kini menjadi negara yang
bertinggi nilainya dalam kebudayaan. Terdapat pertubuhan yang telah ditubuhkan akibat
daripada dasar ini seperti KEKKWA iaitu kementerian kebudayaan, kesenian, dan warisan.6

Akhirnya, Dasar pembangunan Nasional (DPB) telah diumumkan untuk


mengekalkan perpaduan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada tahun 1991.
Dasar ini adalah bertujuan untuk mengantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai
banyak kelemahan. Dasar ini merangkumi beberapa aspek untuk tujuan kebaikannya.
Antaranya, kerajaan telah mewujudkan satu posisi ekonomi negara yang seimbang dan

6
Ishak Saat(2000).Malaysia 1945-2000.Kuala Lumpur.Prin.Ad.Sdn.Bhd. halaman 235

~ 11 ~
memberikan layanan yang adil terhadap kaum yang berbilang kaum. Seterusnya, pihak
kerajaan juga menjaga sektor utama eekonomi dan meningkatkan perkembanganya. Sosial
dan ekonomi digunakan secara adil dengan mengurangkan situasi ketidakseimbangan
sosial dan ekonomi. Strategi seterusnya, dasar ini telah menguatkan lagi integrasi nasional
dimana, dengan mengurangkan hubungan yang tidak seimbang dalam ekonomi negeri-
negeri lain. Tenaga kerja diberikan perhatian dengan menerapkan teknik-teknik kerjaya
serta membantu mengharungi cabaran dalam pembangunan sektor perindustrian tanpa
merosakkan peenyusunan semula masyarakat. Tambahan pula, sains dan teknologi
dijadikan asas untuk merancang dan membangunkan sektor ekonomi yang berasaskan
perindustrian.

Dasar ini telah memberikan tumpuan kepada empat jenis kaedah ekonomi yang
telah digunakan untuk memupuk perpaduan kaum. Pertama, memandang isu kemiskinan
dengan serius dan lenyapkan masalah tersebut dengan mengurangkan tahap kemiskinan
relatif. Kerajaan mengutamakan pembangunan masyarakat Bumiputera dari aspek
perdagangan dan perindustrian. Sektor swasta turut dijadikan penting dalam pengekalan
proses penyusunan semula masyarakat. Akhirnya, DPN telah meningkatkan penekanan
dalam sumber manusia dan sistem nilai dan etika agar dapat melaksanakan pertumbuhan
ekonomi yang adil agar dapat mencapai kemakmuran dan perpaduan negara.7

Kerajaan juga membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) supaya Negara kita
tidk akan diulangi peristiwa 13 Mei ini. Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara
pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang
diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak.
Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai
kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr.
Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri
Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail
dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.

Fungsi utama MAGERAN ini ialah mengembalikan keamanan dan undang-undang


negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan mengembalikan suasana
keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN
maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah
dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada
23 Februari 1971.

7 Ishak Saat(2000).Malaysia 1945-2000.Kuala Lumpur.Prin.Ad.Sdn.Bhd. halaman 238

~ 12 ~
Kerajaan juga telah memperkenalkan Rukun Negara untuk membawa perpaduan
terhadap rakyat Negara supaya Negara kita tidak mengulangi Peristiwa 13 Mei. Menyedari
masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka
kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih
jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi
idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa
mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh
MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia
berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat
Malaysia. Antaranya ialah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta suatu masyarakat yang adil dan
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak dan membina sebuah
masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. 8

8
Ishak Saat(2000).Malaysia 1945-2000.Kuala Lumpur.Prin.Ad.Sdn.Bhd. halaman 254

~ 13 ~
4.0 Langkah-langkah mengekalkan perpaduan pebagai etnik di Malaysia.

Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang
pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia
turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat
antarabangsa. Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita
sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan
berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur
dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana
Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab
bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah bulat air kerana pembetung bulat
manusia kerana muafakat. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu
melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat
seantero Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia, iaitu Yang Berhorm,at Datuk Seri Najib bin Tun Razak
telah mengemukakan gagasan Satu Malaysia sejak tahun 2009 lagi. Gagasan ini bertujuan
memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia dan memandangkan Malaysia
terdiri daripada masyarakat majmuk. Sudah tentu kita tidak menginginkan peristiwa 13 Mei
1969 berulang lagi dalam tanah bertuah yang aman makmur pada hari ini. Namun, pelbagai
langkah harus diambil untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana
"bertepuk sebelah tangan tak akan dapat berbunyi".

Persoalannya, sebagai bakal pendidik, apakah usaha-usaha yang boleh


dicadangkan mengekalkan perpaduan pelbagai etnik di Malaysia? Salah satu usaha yang
dicadangkan adalah perpaduan pelbagai etnik di Malaysia dapat dikekalkan melalui aktiviti
kemasyarakatan. Setiap kaum perlu mengambil bahagian dalam setiap aktiviti
kemasyarakatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Cara ini dapat memupuk semangat
kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif
masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu
masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan
sukar untuk diterapkan di dalam jiwa mereka. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus
dijalinkan seperti aktiviti gotong royong. Sejajar dengan saranan Satu Malaysia oleh perdana
menteri, pihak masyarakat terutamanya rakyat dikota perlu rajin membudayakan gotong-
royong dalam kehidupan. Gotong-royong merupakan aktiviti yang memerlukan sumbangan

~ 14 ~
setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat
dilahirkan. Tuntasnya, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi
memupuk semangat perpaduan.

Selain itu, sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan
dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan
semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia semasa
berinteraksi dengan orang lain. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat
meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan
sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah
mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan
dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan
ini akan membawa perpaduan antara rakyat. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlu
mengamalkan sifat berdisiplin dalam dirinya untuk memupuk perpaduan di Negara kita.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan mengadakan rumah terbuka pada
musim perayaan juga dapat memupuk perpaduan di negara Malaysia kita. Pada musim
perayaan, semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengadakan rumah
terbuka kepada rakyat kaum lain untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum.
Misalnya, rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri oleh kaum Melayu, Tahun Baru Cina
oleh etnik Cina, Hari Deepavali oleh bangsa India, dan Hari Natal oleh penganut agama
Kristian. Melalui rumah terbuka ini, kita dapat bersikap bergaul mesra dengan rakan-rakan
yang terdiri daripada pelbagai kaum sambil mereka juga dapat menikmati makanan
tradisional yang dihidangkan. Rentetan itu, kita akan lebih memahami budaya kaum lain dan
memupuk persefahaman dalam masyarakat. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mengadakan
rumah terbuka pada musim perayaan masing-masing untuk mengeratkan hubungan
silaturahim antara pelbagai kaum.

Tambahan pula, sistem pendidikan di Malaysia turut bertujuan memupuk perpaduan


kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui aktiviti Rancangan Intergrasi Murid
untuk Perpaduan atau lebih dikenali sebagai RIMUP, pelajar-pelajar dapat berkawan
dengan rakan-rakan daripada pelbagai bengsa dan latar belakang. Semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran berlaku, pelajar-pelajar mempelajari mata pelajaran teras
yang sama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Bahasa
Melayu dititikberatkan dalam pelajaran kerana bahasa kebangsaan ini dapat memudahkan
komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang diberikan
turut komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang
diberikan turut menggalakkan aktiviti berkumpulan kerana 'perpaduan teras kejayaan".

~ 15 ~
Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara
kaum. Misalnya,penglibatan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu
aktiviti sukan dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain. Semangat berpasukan
juga dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum kerana
bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Contohnya aktiviti sukan boleh diadakan di sekolah,
kampung, taman perumahan dan sebagainya. Contoh aktiviti sukan yang boleh diadakan
adalah larian, bola sepak, bola jarring, tarik tali, meniup belon dan sebagainya. Aktiviti
sukan seperti ini dapat menarik perhatian semua rakyat dan mereka juga melibatkan diri
dalam aktiviti sukan tersebut tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Pada masa yang
sama, semasa mengadakan aktivti sukan yang berkumpulan, hal ini juga dapat membantu
untuk memupuk perpaduan di negara kita. Mereka juga melibatkan diri dalam sukan dengan
semangat kesukanan tanpa mengira agama. Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat
mewujudkan semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri. Negara juga
dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan negara.

Seterusnya, pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah juga dapat


menanam semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Sebagai
contoh,murid-murid dapat merancang dan membuat keputusan bersama bagi memajukan
persatuan dan kelab masing-masing. Mereka juga sentiasa berkongsi idea dan maklumat
dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Mereka juga akan bekerjasama dalam kumpulan untuk
mengambil keputusan dan mereka juga tidak mengira agama semasa mengkongsikan idea.
Murid-murid juga dapat menghormati keputusan dan idea orang lain semasa mengadakan
aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini perlulah diadakan kepada semua murid sekolah dari kecil
kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi jelaslah bahawa,
aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah telah dapat melahirkan semangat perpaduan
dari sekolah.

Jika ditinjau dari perspektif yang lain, ibu bapa juga memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan semangat perpaduan di negara kita. Ibu bapa perlulah
menggalakkan anak-anak mereka menonton filem, drama dan iklan yang bertemakan
perpaduan antara kaum. Statistik yang sahih telah menunjukkan filem-filem ini memang jauh
lebih efektif dan berkesan berbanding dengan bahan bertulis kerana
persembahan media elektronik lebih menarik, kreatif dan inovatif. Maka, pelbagai iktibar dan
pengajaran dapat diperoleh oleh generasi muda melalui persembahan-persembahan
elektronik ini. Rentetan itu, wujudlah garis panduan yang berladaskan segala iktibar dan
pengajaran yang diperolehi oleh generasi muda untuk mengecapi perpaduan dan
keharmonian. Ibu bapa juga perlulah menjadi contoh di hadapan anak-anaknya. Ibu bapa
juga perlulah menonton filem-filem yang berkaitan dengan perpaduan antara kaum sebagai

~ 16 ~
menunjukkan dirinya di hadapan anak mereka supaya anak mereka mencuri perwatakan ibu
bapanya dan mereka juga bermula menonton filem-filem tersebut kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Ibu bapa juga perlulah menjelaskan pengajaran yang terdapat daripada
filem tersebut kepada anak mereka supaya anak-anak mereka mengamalkan pengajaran
tersebut dalam kehidupan seharian untuk memupuk semangat perpaduan. Oleh itu, ibu
bapa perlulah mencorakkan anak-anak mereka dengan nilai murni yang berkaitan dengan
semangat perpaduan kerana anak-anak merupakan ibarat kain putih. Ibu bapalah perlu
mencorakkan anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan perpaduan
negara.

Program Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah juga dapat memupuk
perpaduan di Negara kita. Program ini perlu melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta
sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Dalam program ini juga perlu mengadakan
pelbagai acara-acara yang boleh berkaitan dengan perpaduan dan acara-acara ini juga
perlu membawa impak positif terhadapa diri, keluarga, masyarakat dan negara. Acara-acara
yang boleh dijalankan adalah seperti ceramah, motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian,
kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang
dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari
mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia
dan nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai. Mereka juga dapat
berusaha memupuk perpaduan di negara kita melalui perkhemahan bina insan ini.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah


negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan
bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal
diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan
keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum
sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam
dan kepercayaan kaum lain.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan
salah satu langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam
mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu,
Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek
pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai
contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu

~ 17 ~
iaitu baju kurung ke sesuatu majlis dan kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose
juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan
warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan
seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia telah dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara Malaysia kita. Sekolah
wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan
kaum. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai
bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum
berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa.

Usaha untuk menarik penglibatan masyarakat dalam sambutan hari kemerdekaan


juga amat berkesan demi mewujudkan semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan
agama dan bangsa. Melalui usaha ini semangat cinta akan negara akan berkembang dalam
diri setiap anggota masyarakat, seterusnya mendorong mereka sama-sama menepis
sebarang anasir yang boleh mengacau kemerdekaan negara. Mereka juga akan menyambut
hari kemerdekaan dengan bersama-sama pelbagai kaum dengan gembira. Oleh itu,
penglibatan masayarakat dalam sambutan hari kemerdekaan dapat memupuk semangat
perpaduan antara pelbagai kaum.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.
Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat
disangka bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk
perpaduan kaum.

Secara kesimpulan, kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan angin, hujan,


makan, dan minum sahaja. Kehidupan kita akan terus bermakna jika kita bebas ke mana-
mana sahaja, bebas bekerja dan bebas mengemukakan pendapat. Lantaran itu, untuk
mengecapi kebebasan ini, perpaduan yang ada perlu dikekalkan dan terus dimantapkan.
Dengan itu, semua pihak haruslah bermuafakat untuk terus mengekalkan perpaduan negara
kerana membina perpaduan memakan masa puluhan tahun tetapi meranapkannya akan

~ 18 ~
mengambil masa sehari. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar
Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan
menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan
negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020. Iltizam dan kesungguhan semua
pihak dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua
negara yang bersatu padu, aman, maju, dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini tidak
mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

~ 19 ~
5.0
Persembahan
multimedia

~ 20 ~
~ 21 ~
~ 22 ~
~ 23 ~
~ 24 ~
~ 25 ~
~ 26 ~
~ 27 ~
~ 28 ~
~ 29 ~
~ 30 ~
~ 31 ~
6.0 Rumusan

Untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara sama ada dari
segi politik, ekonomi ataupun sosial maka kayu ukur hubungan kepelbagaian kaum yang
mendiami sesebuah negara menjadi teras utama.Dalam konteks negara Malaysia, selepas
peristiwa 13 Mei 1969, status kstabilan negara semakin pulih. Banyak perancangan dibuat
dan diimplimentasikan.Antara perancangan yang dibuat ialah menubuhkan Jabatan
PerpaduanNegara dan Integrasi Nasional pada tahun 1969. Tujuan utama adalah untuk
merapatkan hubungan anatara kaum di Malaysia seperti Bangsa Melayu, Cina dan India.

Disamping itu juga, merapatkan hubungan antara masyarakat di Sabah dan


Sarawak..Selain itu, Rukun Negara turut diperkenalkan. Rukun negara merupakan Ideologi
Kebangsaan. Rukun Negara akan dihayati oleh semua kaum yang berada di dalam Negara
Malaysia dan menjadi teras atau tiang kepada Negara.

Hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara
kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Survival Malaysia sebagai sebuah negara
bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan
ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Memupuk dan mengekalkan
hubungan etnik yang harmonis. Pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita
nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13
mei 1969.

~ 32 ~
7.0 Rujukan

Internet

Malaysia terkini. Mendedahkan punca sebenar rusuhan 13 Mei.11Mei 2007


daripada http://www.malaysiakini.com/news/67120

Yanz Fatheehah. Kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. 01 April 2011 dari


http://rimupsmktp09.blogs

Syahrul. Peristiwa 13 Mei. 16 January 2011 dari


http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm

Buku

Abdul Rahman Ibrahim (2011).. 13 Mei 1969 Di Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka

Sivachandralingam Sundara raja et.al (2008), Sejarah masih relevan, Shah Alam,
Karisma Publication Sdn. Bhd.

Syed Mahadzir Syed Ibrahim (1998), 365 Hari dalam Sejarah. Ampang, Pekan Ilmu
Publications Sdn. Bhd

Syed Mahadzir Syed Ibrahim (1998), 365 Hari dalam Sejarah. Ampang, Pekan Ilmu
Publications Sdn. Bhd.

Abdul Shukor Ariffin dan Hassan Hj. Ali (1982), Sejarah Malaysia, Serdang: Penerbit
UPM

Shamsul Amri Baharuddin (2009), Modul Hubungan Etnik. Maskha SDN.BHD: Kuala
Lumpur

~ 33 ~
Artikel dalam Akhbar

Utusan (2012). PLKN Medan Pupuk Perpapaduan.


http://ww1.utusan.com.my/utusan/dalam_negeri/20121013/dn_15/plkn-medan-
pupuk-perpaduan

Utusan (2013). Pupuk Perpaduan Melalui Aktiviti Gotong-royong.


http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20131211/wk_05/Pupuk-perpaduan-
melalui-aktiviti-gotong-royong

~ 34 ~
8.0

Lampiran

~ 35 ~

You might also like