Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) MELALUI
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA)
https://splkpm.moe.gov.my/mn_pekeliling_siaran/index.cfm

1. Apakah yang dimaksudkan dengan E-Pembelajaran Program Transformasi Minda (PTM)


Melalui E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) Secara OneOff ?

E-Pembelajaran PTM bermaksud pembelajaran secara online melalui portal EPSA dan
SPLKPM yang dilaksanakan secara kendiri pada bila- bila masa dan tidak mengganggu
masa tugas hakiki.

2. Adakah saya boleh memilih lain-lain tajuk kursus dalam EPSA selain daripada tajuk yang
disenaraikan dalam garis panduan?

Tidak boleh.

3. Adakah PPP selain lantikan 2014, 2015 dan 2016 boleh mengikuti PTM secara EPSA?

Tidak boleh.

4. Bilakah saya boleh mengikuti PTM secara EPSA?

Mulai 15 Jun 2017 hingga 31 Mac 2018 merujuk kepada Surat Siaran Pemakluman
Pelaksanaan Program Transformasi Minda Melalui E-Pembelajaran Sektor Awam
Secara OneOff Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia Lantikan Tahun 2014 hingga 2016 yang dikeluarkan oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG), KPM.
5. Perlukah saya mendaftar keahlian EPSA?

BPG telah mendaftarkan keahlian EPSA bagi semua PPP.


Sekiranya nama anda tiada dalam keahlian EPSA, anda perlu rujuk ke Unit Latihan &
Kemajuan Staf di Jabatan Pendidikan Negeri masing - masing.

6. Sekiranya saya pernah mengikuti kursus dalam EPSA sebelum ini, bolehkah saya
menggunakan sijil tamat kursus (STK) tersebut sebagai pengecualian PTM?

Boleh, sekiranya kursus tersebut termasuk dalam Senarai Kursus Wajib dan Kursus
Pilihan PTM seperti jadual di bawah.
7. Sekiranya saya belum pernah menggunakan EPSA, bolehkah saya menyelesaikannya
sebahagian pada tahun 2017 dan sebahagiannya lagi pada tahun 2018?

Tidak boleh. EPSA perlu dilengkapkan dalam tahun semasa.

8. Sekiranya PPP lantikan 2014, 2015 dan 2016 telah mengikuti PTM bersemuka secara
kendiri dengan agensi luar. Adakah mereka perlu mengikuti kursus PTM EPSA?

Tidak perlu.

9. Saya pernah mendaftar untuk mengikuti EPSA di INTAN, adakah saya boleh
menggunakan password yang didaftar pada masa itu?

Boleh.
Sekiranya EPSA tidak boleh diakses dengan password sedia ada, sila gunakan
password : eps@xxxxxx (6 digit terakhir no.KP)

10. Bagaimanakah untuk saya mendapatkan keputusan PTM?

Keputusan PTM boleh disemak melalui pautan laman sesawang KPM:


https://ptm.moe.gov.my/?doit=semakPengecualian

11. Apakah tindakan yang akan dihadapi sekiranya PPP didapati memberikan maklumat palsu
pada STK dan dokumen lain.

Tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4 (f) dan Peraturan 4 (g), Peraturan-Peraturan


Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

12. Bagaimana saya boleh menyemak kelayakan untuk mengikuti PTM EPSA?

Rujuk UNIT LATIHAN & KEMAJUAN STAF JPN

You might also like