Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENDAHULUAN

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara,
Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina.
Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran
ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun.
Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima
tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara.
Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah
berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada
Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam
persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri. Ibnu
Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal ialah al-
Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan
universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam.
Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di
Hamadan.
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan dengan
beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu
terutama dalam bidang perubatan. Selain itu, Ibnu Sina adalah seorang yang pintar dan taat
kepada Allah. Beliau adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif, gigih dan tabah
dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu khususnya ilmu perubatan.
Beliau juga seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Oleh itu, kita sebagai umat Islam
haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan mudah putus asa seperti Ibnu Sina.
Ibnu Sina Tokoh Perubatan Dunia

BIODATA

Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina.
Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di
Afsyanah,Bukhara,Turkistan.
Beliau berasal daripada keturunan Turki.
Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.
Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun 1000 masihi, Ibnu
Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan Hamazan.
Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat
agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi
di Hamazan ketika berumur 58 tahun.
RIWAYAT HIDUP IBNU SINA
Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama penuh Al-Husain
bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi
dan dilahirkan di Afsyanah, Bukhara pada 980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina merupakan
seorang Gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M 1005M). Selepas bapanya
meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000
Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan.

Pendidikan awal Ibnu Sina pada masa kanak-kanaknya ialah al-Quran dan sastera yang
dipelajarinya secara persendirian. Ibnu Sina mula belajar menghafal al-Quran ketika berusia 5
tahun. Beliau sudah menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun.
Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fikah,
mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik,
matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangat meminati
ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal
sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara.

Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh
bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor
istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi
kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku.
Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting
di perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy,
Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya.
Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Rais iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau
digelar pangeran para doktor dan raja ubat. Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai
puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali.
Disebabkan Ibnu Sina terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan dipenjarakan daripada
kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3
buah buku. Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya tidak kurang
200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-
Qanun Fii al-Tibb (peraturan kedoktoran). Di Eropah dan China buku ini sudah lama menjadi
rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine
digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat
termasuk Universiti Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford di
England. Di dalam buku al-Qanun Fii al-Tibb karya Ibnu Sina dinyatakan bahawa darah
mengalir terus-menerus dalam satu kitaran dan tidak pernah berhenti. Karya lain Ibnu Sina
ialah al-Syifa (18 Jilid), iaitu tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair; al-Rasail, iaitu
tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi; Al-Insyarah wa al-Tanbihat,
tentang ketuhanan serta kemurnian hidup; dan Risalah al Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina
kepada Tuhan.

Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul
"Al-Majmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.
Kemudian beliau meneruskan menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang pernah dikarang
Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku
besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican
di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat
terkenal iaitu Al-Qanun Fit Tibb.
Ibnu Sina memiliki pemikiran yang mendalam. Beliau menafsirkan ayat al-Quran untuk
mendukung falsafahnya. Seperti al-Farabi iaitu ahli falsafah dari Turkistan, Ibnu Sina mengakui
bahawa alam diciptakan secara emanasi yakni memancar dari Tuhan. Ibnu Sina juga
mengemukakan pemikiran falsafah tentang jiwa (al-nafs) dan kenabian. Ibnu Sina berpendapat
bahawa nabi adalah manusia yang terunggul dan pilihan Tuhan. Ahli falsafah hanya menerima
ilham, sedangkan nabi menerima wahyu. Oleh itu, ajaran nabi haruslah menjadi pedoman hidup
manusia di muka bumi.

Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan.
Kebijaksaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Ibnu Sina
berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam perubatan iaitu pertama, penemuan penyakit
baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah pengaruh
kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti Tibi (TB), dan penyakit seperti rubella, alahan
(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan sebagainya.

Kedua, Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan beliau dapat menghasilkan ubat yang
mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Selain itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga,
Ibnu Sina membangunkan teknologi perubatan dengan mencipta benang khusus untuk menjahit
luka pembedahan dan mencipta picagari dan lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori
perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya.
Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan telah berjaya menggilap kembali
bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Beliau melakukan metode pemerhatian
(observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga
ke hari ini. Ibnu Sina telah menulis buku berjudul Remedies for the Heart yang mengandungi
sajak-sajak perubatan.

Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang
760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak
mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Ibnu Sina juga banyak telah
menyumbang ilmu dan pemikiran. Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam bidang
falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku
tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Pada
1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan Muallafat Ibni Sina
(karya-karya Ibnu Sina). Jasa Ibnu Sina dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti
pendidikan di Hungary telah mengambil nama sempena nama beliau iaitu Avicenna
College (Kolej Ibnu Sina).

Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu perjalanan bersama raja Isfahan, lalu
dimakamkan di Hamadan. Kehilangan Ibnu Sina merupakan kehilangan yang sangat besar
kepada umat Islam terutama dari segi ilmu perubatan.
SIFAT PERIBADI
Ibnu Sina merupakan seseorang yang tekun dalam mempelajari ilmu, beliau
pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina
seorang yang taat beragama dan serign berdoa kepada Allah S.W.T. terutama
apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau
sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk kepada Allah. Seorang yang pintar
kerana menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika berusia lapan belas
tahun. Selain itu beliau seorang yang berinovatif kerana banyak melakukan
penyelidikan dan ennghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam
bidang perubatan.
PENDIDIKAN IBNU SINA
Ibnu Sina mula mempelajari Al-quran semenjak berusia lima tahun dan mula
menghafaz ketika berumur sepuluh tahun. Beliau juga mempelajari ilmu fikah dan
tasawuf daripada Ismail Al-Zahid, ilmu hisab dan prinsip gwometri daripada
Muhammad Al-Massah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al-Natali serta ilmu sains
dan ilmu astronomi daripada al-Biruni. Semasa berusia enam belas tahun, beliau telah
mengusai ilmu perubatan. Berkat kesungguhannya yang tidak mengenal jemu, beliau
muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.
Penemuan demi penemuan yang dibuat diklasifikasikan kepada penemuan
penyakit baru serta puncanya, penemuan dalam bidang farmasi dan membangunkan
teknologi perubatan.
Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh Bin Mansur,
pengusasa Jurjan Al-Amir Syams Maali Qabus bin Wasyamkir, penguasa Hamazan
Al-Amir Syamsir Al-Daulah dan enguasa Asfahan Al-Amir Ala Al-Daulah. Ibnu Sina
menghasilkan banyak karya terutama dalm bidang perubatan contohnya Al-Qanun Fit
Tib (atau dikenali di Barat Canon Of Medicine), Al-Adawiah Al-Qalbiah dan Al-Alfiah
At-Tabbiah.
KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG
PERUBATAN
Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawan penguasa Bukhara Nuh bin
Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha
Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah dan menghasilkan banyak karya terutama dalam
bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah
Al- Tibbiah.Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris. Terdapat banyak lagi penemuan dan
teori perubatan yang dikmukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya. Karya
karya tersebut diiktiraf sebagai rujukan perting. Beliau juga berjaya melakukan
beberapa pencapaian dalam bidang perubatan iaitu:

Penemuan penyakit baru serta puncanya


- Pengaruh kuman dalam penyakit.
- Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya.
- Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar
(smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya
Penemuan dalam bidang farmasi
- Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk
pelbagai jenis penyakit.
- Ubat bius.

Membantu teknologi perubatan


- Mencipta benang khusus untuk menjahit luka
pembedahan.
- Mencipta picagari dan lain-lain.
KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG
PERUBATAN
Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina berjaya menggilap kembali bidang
perubatan yang kian malap pada masa itu. beliau melakukan metode pemerhatian dan
analisis, berdasarkan metode ini , ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.
beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan
lebih 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu
Sina banyak dipengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Pada zaman ini, hasil
perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah perubatan baru
menggunakan peralatan canggih, contohnya organ dalam manusia boleh dilihat hanya
dengan menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu, sesuatu penyakit atau
kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PERUBATAN
Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah
menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah.
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Khawarizm, beliau mula menulis karyanya yang
pertama yang berjudul Al-Majmu yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan
yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan penulisannya dengan menulis
buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik,
matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Karya-karya beliau telah
dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam
pada itu, karya-karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950
oleh Liga Arab dan diberi tajuk Muallafat Ibnu Sina. Jasa Ibn Sina dalam bidang
perubatan dan keilmuan amat dihargai sehingga sebuah institusi pendidikan di
Hungary dinamakan sebagai Avicenna College.

Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan
terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.
Bidang Geografi
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan
bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan
lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya
dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal
dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles
Bidang Geologi, Kimia
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat
disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina
mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau
juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam bidang kimia.
Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam
sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai
jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis
sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada
karyanya adalah seperti berikut:

1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang
pembahagian ilmu-ilmu rasional.
2.Bidang metafizika , Ilahiyyat (Ilmu ketuhanan)
3.Bidang psikologi , Kitab an-Nayat (Book of Deliverence) buku tentang
kebahagiaan jiwa.
4.Bidang sastera arab Risalah fi Asab Huduts al-Huruf ,risalah tentang sebab-
sebab terjadinya huruf.
5.Bidang syair dan prosa Al-Qasidah al- Aniyyah syair-syair tentang jiwa manusia.
6.Bidang politik Risalah as-Siyasah (Book on Politics) Buku tentang politik.
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG
PERUBATAN
- Karya dalam Perubatan
Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti al-Qanun fi al-Tib, al-
Adwiyah al-Qalbiyyah, dan al-Alfiyyah al-Tibbiyyah. Karya beliau diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid,
telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan
moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat,
diagnosis dan pembedahan.
Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum
dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada
abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah
menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan
utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang
cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam
bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak
21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai
universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin
yang menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu
Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai Ensiklopedia
Kedoktoran.
Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah
bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di
universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku
karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar
perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat
pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan
Oxford University.
Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf.
Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan
keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar
dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang
amat luas dan mendalam.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The
Heartyang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah
menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk
mengubatinya.
Pencapaian Dalam Bidang Perubatan
Penemuan penyakit baru dan puncanya
pengaruh kuman dalam penyakit
jangkitan virus seperti TB
Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.

Penemuan dalam bidang farmasi


menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit
menghasilkan ubat bius
membangunkan teknologi perubatan
mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan
mencipta picagari
kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan
memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis
IKTIBAR DARI SEJARAH HIDUP IBNU SINA
Pada pendapat saya , iktibar yang harus diambil ialah kita hendaklah sentiasa
bersungguh-sungguh menuntut ilmu .Seterusnya ,kita sebagai seorang pelajar
mestilah rajin membaca,menyelidik,membuat kajian dan menganalisis ilmu .Selain
itu,kita haruslah sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu
yang baru .Akhir sekali, kita hendaklah sentiasa mendokumentasikan hasil kajian
untuk rujukan orang lain.
RUJUKAN
Internet
http://id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Sina
http://kolom-biografi.blogspot.com/2009/01/biografi-ibnu-sina.html
http://nurulamierah.blogspot.com/2013/04/riwayat-hidup-ibnu-sina-dan-
peranannya.html
http://papisma.org/index/?p=153
http://tamadunislamibnusina.blogspot.com/
http://www.slideshare.net/anuar2u/ibnu-sina-sem-2
http://muazrikah.blogspot.com/2011/03/tokoh-falsafah-islam.html
http://azpelajar.blogspot.com/2010/07/riwayat-hidup-ibnu-sina-dan.html
http://kidsislamic3.blogspot.com/2013/02/riwayat-hidup-ibnu-sina-dan_4.html
http://tayibah.com/eIslam/ibnu_sina.php

Buku
- buku tamadun islam
PENUTUP
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap tamadun
Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak mengenal putus
asa, sebab itulah beliau berusaha bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang
berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu
terutama dalam bidang perubatan.
Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa
kepada Allah SWT terutama apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Beliau sering ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah
SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang cergas dan tekun dalam mempelajari ilmu ini
kerana pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu
Sina juga mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh
manusia. Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu
penglihatan dan fungsi mata. Walaupun Ibnu Sina terkenal dengan ilmu perubatan,
beliau juga pakar dari aspek lain seperti matematik, falsafah dan agama.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha
dan jangan cepat putus asa seperti Ibnu Sina. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja
unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi
gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).
PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Saya AHMAD AMIRUN AIMAN BIN AHMAD FAUZI dari kelas 1 ETN bersyukur ke
hadrat Ilahi akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya saya dapat menyiapkan folio
yang ditugaskan oleh guru Pendidikan Agama Islam saya, NIK MUHAMMAD YUSRI
BIN AHMAD KAMEL.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
Pendidikan Agama Islam saya,
NIK MUHAMMAD YUSRI BIN AHMAD KAMEL.
kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, AHMAD
FAUZI BIN ISMAIL serta JUNAINI BINTI JAMIL kerana telah membantu saya dari
segi kewangan serta sokongan mental dan fizikal.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya dari kelas 1ETN kerana telah menolong dan menyokong saya
sepanjang menyiapkan folio ini.

You might also like