KAJIAN Final Edited

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Page |1

PERSEPSI PELAJAR ELEKTRIK SESI MAC 2016 TERHADAP


PERLAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
DI BENGKEL ELEKTRIK KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN

Mohd Shahril bin Mat Saad


Kolej Komuniti Bandar Darulaman
shah_msms@yahoo.com

Mohd Syukur bin Azizan


Kolej Komuniti Bandar Darulaman
syukur12345@gmail.com

ABSTRAK

Dalam memenuhi keperluan industri, pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai


kemahiran dan pengetahuan. Para pelajar yang belajar di kolej komuniti adalah
datang dari latar belakang yang pelbagai. Jesteru itu kesedaran tentang akspek
keselamatan dan kebersihan bengkel agak baru bagi kebanyakkan mereka. Objektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap, kesedaran dan persepsi pelajar elektrik
sesi Mac 2016 terhadap perlaksanaan EKSA di dalam bengkel elektrik Kolej Komuniti
Bandar Darulaman. Kajian ini akan menggunakan kaedah tinjauan deskriptif yang
berbentuk soal selidik untuk mendapat ukuran kuantitatif. Kajian yang dijalankan ini
penting bagi melihat secara jelas persepsi pelajar Sijil Pemasangan Elektrik terhadap
perlaksanaan EKSA di bengkel-bengkel Elektrik selaras hasrat KKBD. Antara
tinjauan yang telah dilakukan adalah faktor sikap pelajar terhadap amalan EKSA
dalam bengkel/makmal elektrik, peranan pensyarah terhadap perlaksanaan EKSA di
bengkel dan pengetahuan dan kesedaran pelajar mengenai amalan EKSA di dalam
bengkel. Kajian kuantitatif digunakan dimana instrument kajian yang digunakan
adalah soal selidik dan dianalisa menggunakan perisian Statitical Package For The
Social Science (SPSS) version 16. Analisa skor purata dibuat bagi mengukur dapatan
kajian tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek sikap pelajar terhadap
amalan EKSA di bengkel elektrik Kolej Komuniti Bandar Darulaman memberi
pengaruh yang paling tinggi dalam mementukan Persepsi Pelajar Elektrik Sesi Mac
2016 Terhadap Perlaksanaan Eksa Di Bengkel Elektrik Kolej Komuniti Bandar
Darulaman. Di akhir laporan kajian ini, beberapa cadangan dan penambahbaikan
telah dikemukan.

Kata Kunci: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Eksa), sikap, peranan pensyarah,
pengetahuan dan kesedaran pelajar
SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016
Page |2

1.0 PENGENALAN

EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) merupakan salah satu dari inisiatif pihak
kerajaan dalam menambahbaikan amalan 5S yang telah diamalkan dalam sektor
awam di negara ini sejak tahun 2010. EKSA ini mempunyai beberapa komponen
utama yang masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik bagi menyokong
kepada perwujudan persekitaran yang lebih kondusif. Komponen 5S yang sedia ada
ditambah dengan elemen-elemen baharu iaitu ( Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi,
Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif, dan Kepelbagaian Agensi).
Perkembangan dalam bidang teknikal dan kejuruteraan merupakan pemangkin
kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara, sekaligus dapat menjadikan
sesebuah negara maju dan berkembang pesat. Dalam menjayakan matlamat ke arah
ini, institusi teknikal seperti Kolej Komuniti menjadi sumber pengeluaran tenaga
separa mahir dalam memenuhi keperluan pasaran kerja sekarang. Kolej Komuniti
merupakan pusat pengeluar utama dalam melahirkan tenaga kerja separa mahir bagi
mengisi peluang perkerjaan dalam bidang teknikal di Negara ini pada masa akan
datang. Persekitaran tempat belajar yang berkualiti dan kondusif memainkan peranan
yang penting bagi setiap pelajar dalam memastikan penerapan ilmu dari sesi
pembelajaran berjalan lancar dan bermanfaat.
Dalam memenuhi keperluan industri, pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai
kemahiran dan pengetahuan. Pelajar juga akan dilatihkan supaya mahir dalam
menggunakan peralatan dan mesin. Untuk memastikan pelajar dapat diterapkan
dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan tanpa sebarang halangan, persekitaran
tempat pembelajaran haruslah memenuhi aspek keselamatan, kekemasan, dan lain-
lain.
Unit Pemasangan Elektrik merupakan satu unit yang terdapat di Kolej Komuniti
Bandar Darulaman (KKBD) mempunyai jumlah pelajar teramai. Perlaksanaan amalan
5S telah dilaksanakan di bengkel-bengkel unit Pemasangan Elektrik telah dilaksana
sejak tahun 2009 dan kini pihak MAMPU telah menjenamakan semula kepada
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Penerapan persekitaran kerja yang
kondusif amat penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(Pdp) di dalam bengkel-bengkel elektrik. Disamping itu kepentingan melaksanakan
EKSA di bengkel-bengkel Elektrik adalah bertujuan mengurangkan risiko kemalangan
yang merupakan elemen terpenting perlu diambil kira oleh pihak pengurusan bengkel
menurut Nur Fazreen (2003). Para pelajar yang belajar di kolej komuniti adalah
datang dari latar belakang yang pelbagai. Jesteru itu kesedaran tentang akspek
kebersihan dan keselamatan bengkel agak baru bagi kebanyakkan mereka. Dari
akspek persepsi pelajar terhadap perlaksanaan EKSA tidak diketahui dengan jelas.
Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji persepsi pelajar Unit Elektrik terhadap amalan
EKSA bagi mengetahui sikap pelajar terhadap kepentingan amalan EKSA semasa
menjalankan amali di bengkel elektrik? Mengetahui pengetahuan dan kesedaran
SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016
Page |3

pelajar terhadap amalan EKSA? Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap peranan


pensyarah dalam mengamalkan amalan EKSA semasa melakukan kerja amali di
dalam bengkel elektrik?. Ini kerana persekitaran yang baik dan selesa mampu
meningkatkan motivasi pekerja dan menjalankan tugas dengan baik.

2.0 SOROTAN KAJIAN LITERATUR

Menurut Buku Garis Panduan Perlaksanaan EKSA dalam Sektor Awam (2015)
menyatakan EKSA juga harus dilihat sebagai satu program yang menggalakkan
jabatan/ agensi sektor awam agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan
persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti
penyampaian perkhidmatan. EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S
yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama
dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di
samping penambahan elemen imej Korporat Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau,
Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.

Menurut kajian Sulaiman Bin Kadikon (2010) staf Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) memberi persepsi positif terhadap perlaksanaan 5S di Pejabat Bendahari,
UTM. Hasil daripada pengamalan 5S ini dapat membantu pekerja melakukan sesuatu
kerja dengan lebih sistematik dan meningkatkan produktiviti serta persekitaran
tempat kerja lebih teratur dan bersih. Menurut kajian oleh Asmarul Shazila (2012)
telah mendapati bahawa amalan 5S yang dipraktikan berjaya meningkatkan daya
kreativiti, berdisiplin dan memupuk sayang kepada jabatan. Sampel kajian terdiri
daripada 29 orang Penasihat Akedemik di Kolej Komuniti Bandar Daulaman.
Sementara itu satu kajian oleh Irma Suryani (2014) menunjukkan minat sikap pelajar
positif dalam mengamalkan amalan keselamatan dalam bengkel. Sampel kajian
terdiri daripada 86 orang sampel pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (DEP)
Politeknik Sultan Abdul Halim Muazam Shah (POLIMAS). Alat dalam kajian-kajian
lepas adalah berbentuk kuantitatif dan instrumen yang digunakan dalam kajian
adalah borang soal selidik.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Kajian:

Kajian ini akan menggunakan kaedah tinjaun deskriptif yang berbentuk soal selidik
untuk mendapat ukuran kuantitatif. Reka bentuk kajian adalah lebih berbentuk
kuantitatif yang melibatkan instrumen kajian iaitu soal selidik skala likert lima dari 1
Sangat tidak setuju , 2 Tidak setuju , 3 Tidak pasti, 4 Setuju , 5 Sangat setuju,
merujuk kepada Jadual Agreement Sorrel Brown (2010). Soal selidik ini
mengandungi tiga bahagian seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual I.

SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016


Page |4

JADUAL I: PEMBAHAGIAN SOAL SELIDIK

BAHAGIAN ITEM
Sikap pelajar terhadap amalan EKSA dalam bengkel/makmal
Bahagian 1
elektrik
Bahagian 2 Peranan pensyarah terhadap perlaksanaan EKSA di bengkel
Pengetahuan dan kesedaran pelajar mengenai amalan EKSA di
Bahagian 3
dalam bengkel

Kajian ini berfokus kepada pemahaman pelajar elektrik terhadap perlaksanaan EKSA
di bengkel elektrik Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Pelajar elektrik sesi Mac 2016
di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Sebanyak 76 soal selidik akan diedarkan
kepada sample responden daripada keseluruhan populasi berjumlah 95 orang pelajar
elektrik mengikut jadual Krejcie & Morgan (1970). Data dianalisis menggunakan
Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0. Ujian pengesahan soal
selidik telah diuji dan mendapati nilai Cronbachs Alpha 0.858 iaitu melebihi 0.7.

4.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Data yang diperolehi dari soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan memperolehi
peratus dan kekerapan bagi taburan latar belakang responden dan nilai min dan
sisihan piawai bagi elemen pengaruh persekitaran dan kesan pembelajaran terhadap
minat pelajar.

4.1 Analisis Latar Belakang Responden


Analisis ini mengemukakan sebanyak 4 item dalam soal selidik iaitu jantina, umur,
bangsa dan semester. Hasil analisis dinyatakan dalam bentuk frekuensi dan
peratusan.
4.1.1 Jantina Pelajar
Kajian ini dijalankan ke atas 78 orang pelajar Sijil Pemasangan Elektrik di Kolej
Komuniti Bandar Darulaman. Kajian mendapati sebanyak 78 orang (100%)
merupakan pelajar lelaki, manakala pelajar perempuan seramai 0 orang (0%).

SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016


Page |5

JADUAL II: ANALISIS JANTINA PELAJAR

JANTINA

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid LELAKI 78 100.0 100.0 100.0

4.1.2 Bangsa
Pelajar terdiri daripada 4 kumpulan bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Lain-lain.
Majoriti responden adalah terdiri daripada pelajar berbangsa Melayu seramai 70
orang (89.74%). Pelajar berbangsa Cina 1 orang (1.3%), manakala pelajar India dan
lain-lain masing-masing seramai 5 orang (8.9%). Kajian mendapati pelajar dalam
kempulan lain-lain adalah berbangsa Siam. Taburan frekuensi dan peratus bangsa
responden ditunjukkan seperti berikut:

JADUAL III: ANALISIS BANGSA PELAJAR


BANGSA

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid MELAYU 70 89.7 89.7 89.7
CINA 1 1.3 1.3 91.0
INDIA 3 3.8 3.8 94.9
LAIN-LAIN 4 5.1 5.1 100.0
Total 78 100.0 100.0

4.1.3 Semester
Item semester dibahagikan kepada 4 kumpulan umur semester iaitu semester 1,
semester 2, semester 3 dan semester 4. Analisis menunjukkan majoriti responden
adalah dari semester 3 iaitu seramai 52 orang pelajar mewakili (66.67%), manakala
semester 4 iaitu seramai 16 orang pelajar mewakili (20.51%) dan semester 1 seramai
10 orang pelajar mewakili (12.82%).

SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016


Page |6

JADUAL IV: ANALISIS SEMESTER PELAJAR

SEMESTER

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid SEM1 10 12.8 12.8 12.8

SEM3 52 66.7 66.7 79.5


SEM4 16 20.5 20.5 100.0
Total 78 100.0 100.0

RAJAH I: ANALISIS SEMESTER PELAJAR

SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016


Page |7

4.1.4 Umur
Item umur dibahagikan kepada 5 kumpulan umur iaitu 18, 19, 20 22, dan 23 tahun.
Analisis menunjukkan majoriti responden adalah dari umur 20 tahun iaitu seramai 65
orang pelajar mewakili (83.3%), dari umur 18 tahun iaitu seramai 6 orang pelajar
mewakili (7.7%), dari umur 20 tahun iaitu seramai 5 orang pelajar mewakili (6.4%),
dari umur 22 tahun iaitu seramai 1 orang pelajar mewakili (1.3%) dan dari umur 23
tahun iaitu seramai 1 orang pelajar mewakili (1.3%)

JADUAL V: ANALISIS SEMESTER PELAJAR

UMUR

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 18
6 7.7 7.7 7.7

19 65 83.3 83.3 91.0


20 5 6.4 6.4 97.4
22 1 1.3 1.3 98.7
23 1 1.3 1.3 100.0
Total 78 100.0 100.0

4.2 Analisis Persepsi Pelajar Elektrik Sesi Mac 2016 Terhadap Perlaksanaan Eksa Di
Bengkel Elektrik Kolej Komuniti Bandar Darulaman
4.2.1 Sikap pelajar terhadap amalan EKSA dalam bengkel/makmal elektrik

SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016


Page |8

JADUAL VI : ANALISIS SIKAP PELAJAR

Descriptive Statistics
N Mean Std. Deviation
Saya sentiasa mematikan
bengkel berada dalam keadaan
78 4.15 .774
kondusif sebelum memulakan
amali
Saya sentiasa menitikberatkan
78 4.19 .582
soal kebersihan bengkel
Saya melakukan penyusunan
semula peralatan yang
78 4.24 .607
digunakan sebelum keluar dari
bengkel
Kebersihan tempat kerja
(bengkel) meningkatkan fokus 78 4.53 .552
saya dalam kerja amali
Memastikan bengkel dalam
keadaan kondusif adalah 78 3.91 .742
amalan saya
Saya sentiasa mengutamakan
aspek keselamatan dalam 78 4.41 .673
bengkel.
Saya akan menyusun kembali
78 4.38 .707
peralatan selapas digunakan.
Terdapat rakan saya yang
kurang mengambil berat
78 3.47 1.113
tentang akspek kekondusifnya
bengkel
Valid N (listwise) 78

Analisa daripada hasil dapatan Jadual V di atas didapati faktor sikap pelajar terhadap
amalan EKSA dalam bengkel/makmal elektrik yang paling tinggi nilai min adalah
kebersihan tempat kerja (bengkel) meningkatkan fokus dalam kerja amali dengan
bacaan 4.53 berbanding dengan nilai min yang paling rendah iaitu 3.47 pada faktor
sikap pelajar di mana pelajar didapati tidak bersetuju dengan terdapat rakan yang
kurang mengambil berat tentang akspek kekondusifnya bengkel. Manakala pelajar
SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016
Page |9

juga didapati menilai dengan markah tinggi bagi pernyataan sentiasa mengutamakan
aspek keselamatan dalam bengkel dan akan menyusun kembali peralatan selapas
digunakan dengan nilai purata 3.96 dan 3.93 masing-masing.

4.2.2 Peranan pensyarah terhadap perlaksanaan EKSA di bengkel

JADUAL VII : ANALISIS PERANAN PENSYARAH

Descriptive Statistics
N Mean Std. Deviation
Pensyarah memberi arahan awal
sebelum memulakan sesuatu 78 4.47 .575
kerja amali di dalam bengkel.
Semasa menjalankan amali
pensyarah sentiasa memberi
78 4.21 .691
penekanan tentang pentingnya
amalan EKSA kepada pelajar
Pensyarah sering menunjukan
contoh baik bagi memastikan
78 4.23 .737
keadaan bengkel berada dalam
keadaan kondusif
Pensyarah sentiasa
mengamalkan budaya kerja yang 78 4.28 .701
selamat dan kondusif
Selepas menjalankan amali
pensyarah sentiasa memberi
78 4.06 .843
penekanan tentang pentingnya
amalan EKSA kepada pelajar
Valid N (listwise) 78

Bagi Jadual VI diatas pula didapati pelajar sangat bersetuju bahawa faktor peranan
pensyarah terhadap perlaksanaan EKSA di bengkel adalah pensyarah memberi
arahan awal sebelum memulakan sesuatu kerja amali di dalam bengkel dengan nilai
min tertinggi 4.47. Manakala, pelajar didapati kurang bersetuju dengan pernyataan
selepas menjalankan amali pensyarah sentiasa memberi penekanan tentang
pentingnya amalan EKSA kepada pelajar dengan nilai min paling rendah 4.06. Ini
SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016
P a g e | 10

menunjukkan pensyarah yang memberi arahan awal sebelum memulakan sesuatu


kerja amali di dalam bengkel lebih mempengaruhi faktor kepada persepsi pelajar
tengtang EKSA.

4.2.3 Pengetahuan dan kesedaran pelajar mengenai amalan EKSA di dalam bengkel

JADUAL VIII: ANALISIS PENGETAHUAN DAN KESEDARAN PELAJAR

Descriptive Statistics
N Mean Std. Deviation
Saya memahami apa itu EKSA
78 3.37 .982

Saya pernah menghadiri taklimat


berkenaan EKSA/5S/Keselematan
yang dianjurkan oleh pihak Kolej 78 3.42 1.038
Komuniti Bandar Darulaman

Saya peka terhadap akspek


keselesaan dan keselamatan 78 4.06 .631
bengkel
Terdapat poster dan cogankata
mengenai amalan kebersihan dan
78 4.28 .556
keselamatan dalam bengkel

Prosuder kerja (Standard


Operation) mesin/peralatan 78 4.08 .660
dipamerkan
Mematuhi peraturan bengkel
adalah penting agar keselamatan 78 4.36 .624
dan keselesaan bengkel terjamin.

Saya jelas tujuan perlaksanaan


ELSA di bengkel elektrik Kolej 78 4.03 .720
Komuniti Bandar Darulaman.

Valid N (listwise) 78

SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016


P a g e | 11

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar sangat bersetuju dengan pengetahuan


dan kesedaran pelajar iaitu mematuhi peraturan bengkel adalah penting agar
keselamatan dan keselesaan bengkel terjamin dengan nilai min 4.36 manakala nilai
min yang paling kecil ialah 3.37 untuk pernyataan pelajar emamhami apa itu EKSA.
Ini menunjukkan pelajar tidak lagi memahami dengan mendalam perlaksanaan EKSA
di bengkel elektrik.

4.3 Hasil Kajian


Hasil kajian berkenaan persepsi pelajar elektrik sesi Mac 2016 terhadap
perlaksanaan EKSA di bengkel elektrik Kolej Komuniti Bandar Darulaman, didapati
terdapat tiga faktor iaitu sikap pelajar terhadap amalan EKSA dalam bengkel/makmal
elektrik, peranan pensyarah terhadap perlaksanaan EKSA di bengkel dan
pengetahuan dan kesedaran pelajar mengenai amalan EKSA di dalam bengkel. Hasil
kajian ini dilakukan ke atas 78 orang. Antara ketiga-tiga pengaruh ini didapati sikap
pelajar terhadap amalan EKSA sangat tinggi diikuti dengan peranan pensyarah dan
terakhir pengetahuan dan kesedaran pelajar dengan purata nilai min 4.26, 4.25 dan
3.94 masing-masing. Ini menunjukkan sikap pelajar terhadap amalan EKSA amat
mempengaruhi persepsi pelajar elektrik sesi Mac 2016 terhadap perlaksanaan EKSA
di bengkel elektrik Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

5.0 KESIMPULAN

Kajian ini berjaya membuktikan persepsi pelajar elektrik sesi Mac 2016 terhadap
perlaksanaan EKSA di bengkel elektrik KKBD dipengaruhi oleh tiga faktor yang telah
dikaji dan dibincangkan di atas iaitu faktor sikap pelajar terhadap amalan EKSA
dalam bengkel/makmal elektrik, peranan pensyarah terhadap perlaksanaan EKSA di
bengkel dan pengetahuan dan kesedaran pelajar mengenai amalan EKSA di dalam
bengkel. Berdasarkan tiga faktor yang dikaji tersebut persepsi pelajar terhadap
perlaksanaan EKSA di bengkel elektrik amat tinggi menurut Landell (1997). Diantara
tiga faktor yang dikaji, didapati faktor yang tertinggi ialah factor sikap pelajar terhadap
amalan EKSA di bengkel elektrik Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

Namun faktor terendah adalah pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap


perlaksanaan EKSA di bengkel elektrik Kolej Komuniti Bandar Darulaman, didapati
item 1 dan 2 perlu diberi perhatian khusus kerana memperoleh skor min item yang
sederhana iatu 3.37 dan 3.42 masing-masing. Sebagai penambahbaikan para pelajar
unit pemasangan elektrik perlu diberikan taklimat kesedaran perlaksanaan EKSA
dengan berkala.

SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016


P a g e | 12

RUJUKAN

Nur Fazreen Salehudin (2013). Kesedaran Terhadap Amalan Keselamatan


Dalam Kalangan Pelajar Di Makmal Kejuruteraan UTHM Master Degree
UTHM
Asmarul Syazila (2012). Persepsi Penasihat Akedemik (PA) Terhadap Amalan 5S di
Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Komuniti Badar Darulaman.
Irma Suryani binti Abu Bakar (2014). Persepsi Pelajar Semester Akhir Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, POLIMAS terhadap amalan keselamatan semasa
mengendalikan amali di dalam bengkel/makmal Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin
Sulaiman Kadikon, & Liza Narawi. (2000). Persepsi staf terhadap amalan 5S
menurut pendekatan Islam Hadhari: Kajian di Pejabat Bendahari, UTM .

Johor: Universiti Teknologi Malaysia Sabitha Marican Penyelidikan Sains Sosial


Pendekatan Pragmatik Terbitan Edusystem Sdn Bhd 2012.
Panduan Perlaksanaan EKSA Ekosistem Kondusif Sektor Awam Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia 2015
Isnawarni Binti Ismail (Landell, 1997) Jadual tahap kecenderungan Hubungan
Antara Minat Dan Sikap Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Kursus Teknologi
Elektrik (DET1013), Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLIMAS Politeknik
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Mohd Nizam Mat Isa (Likert scale) Kajian Kepuasan Pelajar Terhadap Kualiti
Perkhidmatan Di Koop Mart Politeknik Tunku Syed Sirajuddin Politeknik
Tunku Syed Sirajuddin

SEMINAR PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI 2016

You might also like