Sejarah Asal Usul Bidayuh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sejarah Asal Usul Bidayuh

Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak,
terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri
daripada empat pecahan etnik iaitu:

1.Selakau/Lara (Daerah Lundu)


2.Jagoi/Singai (Daerah Bau)
3.Biatah (Daerah Kecil Padawan)
4.Bukar/Sadong (Daerah Serian)

Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang


menganut agama Islam dan animisme.

Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya
penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan
pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk
dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya
dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang
kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula
daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan
atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama,
awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman
pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan
barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong,
tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur
di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang
masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan
dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh
menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat
peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk
sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta
tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di
dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan
lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk
menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan
sebagainya
BAHASA BIDAYUH

Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa lain yang terdapat di Sarawak.
Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan, pertuturan, gerak gaya dan alunan yang
dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa
mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk
berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang
berlainan. Sebagai contoh suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut makan
ialah ma-an manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut
makan sebagai man.

PAKAIAN TRADISIONAL BIDAYUH

Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi
kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan
pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut
yang dihiasi dengan manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna
utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak
anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan
sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.
Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan
berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak
berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah
dan putih. Kain lilit kepala pula pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.

MUZIK MASYARAKAT BIDAYUH

Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap
upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan
semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh.
Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang
dijalankan. Umumnya, muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada
sepasang gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil).

SENJATA TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH

Lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, jepur (seakan samurai)
dan rira (meriam kecil) adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh
masyarakat ini untuk berperang pada zaman dahulu kala. Manakala peralatan
senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti
pertanian.

PERKAHWINAN

Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan
menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh
mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas
penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses,
perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam
masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara
sepupu. Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin
dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir
akan termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama
antara nenek datuk rnereka dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka
larangan tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan
tentang perkahwinan agak longgar. lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan
berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin.

You might also like