Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

Sistem komputer dan

rangkaian

BAB 5 KONSEP ASAS RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI

Definisi Rangkaian Komputer


Kepentingan Rangkaian Komputer
Jenis-Jenis Rangkaian
Senibina Rangkaian
Topologi
Protocol
Internet, Intranet, Extranet
KONSEP ASAS RANGKAIAN
KOMPUTER & KOMUNIKASI

Objektif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran pelajar dapat :
a) Menyatakan definisi rangkaian dan komunikasi dengan betul.
b) Menyenaraikan kelebihan rangkaian komputer dengan betul.

Rangkaian diwujudkan apabila lebih daripada satu peranti atau peralatan dihubungkan
antara satu sama lain bagi tujuan komunikasi data melalui saluran komunikasi.
Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang
berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau
lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain
dalam rangkaian.
Rangkaian Komputer secara amnya boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan komputer , iaitu
dua atau lebih sistem komputer yang dihubungkan untuk tujuan perkongsian perkakasan,
perisian dan maklumat.

Komunikasi merupakan satu proses pemindahan maklumat dari pengirim kepada penerima
dengan harapan maklumat itu boleh difahami oleh penerima tersebut.
Secara ringkasnya komunikasi bermaksud proses menghantar data daripada penghantar
kepada penerima.

Perkongsian Sumber Perisian/Data


pengguna boleh berkongsi menggunakan perisian,data atau sistem.
Perkongsian dapat dilaksanakan secara talian atau serentak.

contohnya pekerja yang menggunakan hamparan helaian kerja yang sama terutama yang
menggunakan pangkalan data, yang perlu dicapai dan ditukar oleh beberapa orang di dalam
satu organisasi.

Perkongsian Perkakasan
Sistem Rangkaian Komputer turut membenarkan beberapa komputer berkongsi
perkakasan yang sama contohnya mesin pencetak, pengimbas, CD ROM dan kelengkapan
faks yang mahal.
Beberapa komputer boleh menggunakan perkakasan yang telah sambungkan dengan
rangkaian tanpa perlu disambungkan dengan perkakasan tersebut.
Contoh Rajah 1:PC 1,PC 2 dan PC 3 boleh menggunakan Pencetak A.

PC 1 PC 2 PC 3

PENCETAK A

Utusan Elekronik (E-Mail)


para pengguna rangkaian boleh berhubung serta berkomunikasi di antara satu sama lain.
Pengguna juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer melalui proses
yang dikenali sebagai mel eletronik
perisian chat di dalam persekitaran rangkaian turut membolehkan pekerja di sesebuah
pejabat saling berkomunikasi dan berhubung di antara satu sama lain.
Perisian chat boleh digunakan untuk menghantar pesanan kepada pekerja yang terlibat
sahaja dengan cepat.
Perkongsian Maklumat

Konsep rangkaian juga tidak terhad kepada satu-satu lokasi atau perniagaan sahaja.
Internet sebagai contoh, satu daripada beberapa rangkaian yang ada, berupaya
menghubungkan pengguna komputer dari merata pelusuk dunia.
Pengguna boleh berkongsi maklumat dan bertukar pendapat melalui
Facebook,Twitter,Email,Yahoo Messenger dan sebagainya.

Keselamatan Data

Melalui sistem rangkaian, keselamatan data atau makumat lebih terjamin kerana ia tidak
dapat diakses oleh pengguna dari luar rangkaian.

Rumusan Pembelajaran :

Rangkaian Komputer yang dibangunkan dapat memudahkan pengguna dalam menjalankan urusan
pentadbiran,menjimatkan perbelanjaan dan masa.Rangkaian komputer juga membolehkan
penggguna berhubung bukan sahaja dalam kelompok rangkaian tetapi dapat berkomunikasi di
seluruh dunia, iaitu dengan adanya rangkaian internet
Objektif pembelajaran :-

1. Mendefinisikan jenis-jenis rangkaian komputer


2. Membezakan antara tiga jenis rangkaian
Rangkaian 2 atau lebih PC.
Saiz rangkaian kecil.

Rangkaian dalam satu


bangunan atau satu organisasi
walaupun berlainan blok.

Penghantaran data laju

Menggunakan kabel UTP - kos


agak rendah

Rangkaian yang menyambungkan


PC dalam Bandar

Merangkaikan PC antara dua atau


lebih organisasi tetapi terbatas
dalam satu kawasan geografi yang
kecil - Tidak merentasi sempadan
negara.

Penghantaran data perlahan

Menggunakan kabel fiber optik


Menghubungkan berjuta-juta
komputer daripada seluruh
dunia

24 jam tanpa henti

Penghantaran data lebih


perlahan daripada MAN kerana
jarak yang jauh

Kos menyediakan tinggi kerana


menggunakan kabel fiber optic
dan satelit
Rangkaian terdiri daripada PC Pelayan
dan PC Pelanggan

PC Server memerlukan sistem operasi


rangkaian seperti Windows NT, Windows
2000 Server

PC client memerlukan sistem operasi


seperti Windows XP, Windows Vista,
Windows 7

Data disimpan secara berpusat iaitu


dalam server (PC Pelayan)

PC Client hanya perlu akses data dari


PC Server. PC Client tak perlu simpan
data

Oleh kerana data diletak secara


berpusat dalam server, data mudah
dikemaskini.
Tiada PC Server dalam rangkaian P2P.

Semua PC Client.

Jadi hanya ada satu sistem operasi


diperlukan. Sistem operasi server tidak
diperlukan.

Semua PC boleh jadi server atau PC


client.

Semua PC boleh menyimpan data.

Semua PC bolek akses data daripada PC


lain yang ada dalam rangkaian.

Oleh kerana data berselerak dan tidak


berpusat, jadi susah untuk kemaskini
data
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat;

i) Mengenalpasti topologi bas dengan betul berdasarkan gambar yang diberi.


ii) Menyenaraikan kelebihan topologi bas dengan betul.
iii) Menyatakan kelemahan topologi bas dengan baik.
iv) Mengenalpasti topologi cincin dengan betul berdasarkan gambar yang diberi.
v) Menyenaraikan kelebihan topologi cincin dengan betul.
vi) Menyatakan kelemahan topologi cincin dengan baik.
vii) Mengenalpasti topologi ring dengan betul berdasarkan gambar yang diberi.
viii) Menyenaraikan kelebihan topologi ring dengan betul.
ix) Menyatakan kelemahan topologi ring dengan baik.

DEFINISI TOPOLOGI

Topologi merujuk kepada cara bagaimana sesebuah kabel


dihubungkan kepada terminal komputer seseorang individu pada
rangkaian.Terdapat dua ciri topologi iaitu Topologi Fizikal dan
Topologi Logikal.
Topologi Fizikal

Topologi Logikal

JENIS-JENIS TOPOLOGI
Terdapat beberapa jenis topologi. Namun topologi yang biasa
digunakan ialah topologi bas (bus), topologi cincin (ring) dan topologi
bintang (star).

TOPOLOGI BAS (BUS)


Setiap node disambung secara bersebelahan sepanjang backbone
yang sama. Data yang di hantar dari satu node akan bergerak melalui
backbone sehingga sampai ke destinasi node. Di setiap penghujung
linear bus mestilah mempunyai terminator bagi memastikan signal
tidak berpatah balik.

KAEDAH TOPOLOGI BUS

Setiap node mempunyai alamat atau tanda pengenalan yang


unik. Kad rangkaian yang dipasang pada setiap node bertujuan
mendengar untuk memastikan tiada isyarat sedang dihantar dalam
rangkaian. Kemudian barulah node boleh menghantar mesej kepada
node lain.Node yang tidak mempunyai alamat atau tanda pengenalan
tidak akan menerima mesej daripada node lain.

Apabila 2 node menghantar mesej secara serentak,maka


pelanggaran di antara 2 mesej akan berlaku.Penghantar pertama yang
mengesan perlanggaran akan menghantar isyarat khas untuk
menyekat rangkaian supaya semua node akan tahu rangkaian telah
disekat.Penghantaran dari semua node akan terhenti.Setiap node
menunggu secara rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk
menghantar semula mesejnya.

KELEBIHAN TOPOLOGI BAS


Mudah, murah dan senang untuk dikendalikan.
Senang untuk menambah stesen.
Kurang menggunakan kabel berbanding topologi lain.
Berfungsi dengan baik untuk rangkaian kecil.

KELEMAHAN TOPOLOGI BAS

Sebarang masalah pada mana-mana nod dalam rangkaian tersebut


berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
Terminator diperlukan pada kedua-dua penghujung backbone kabel
tersebut.
Sukar untuk menangani masalah jika berlaku kerosakan.
Tahap respond yang rendah kerana berkongsi kabel yang sama.

TOPOLOGI BINTANG (STAR)


Menggunakan perkakasan yang dikenali sebagai hub.Hub ini
merupakan perkakasan pusat yang berfungsi sebagai penyambung
kepada komputer induk iaitu komputer pelayan.Komputer peribadi
iaitu node lain yang terdapat pada rangkaian tersebut akan
bersambung pula kepada hub.

KAEDAH TOPOLOGI BINTANG


Setiap mesej yang dihantar oleh node akan dihantar dulu kepada
hub. Hub akan memproses dan menghantar mesej tersebut ke node
destinasi.Kerosakan pada mana-mana node tidak akan menjejaskan
rangkaian.Tetapi jika hub mengalami masalah, maka rangkaian juga
turut mengalami masalah.

KELEBIHAN TOPOLOGI BINTANG

Mudah untuk menambah stesen baru.


Kegagalan sebuah kabel tidak mempengaruhi rangkaian yang lain.
Hub menyediakan pengurusan berpusat.
Senang untuk dikawal dan masalah mudah diatasi.

KELEMAHAN TOPOLOGI BINTANG

Kegagalan hub akan melumpuhkan keseluruhan sambungan stesen.


Banyak kabel yang diperlukan.
Kos adalah lebih tinggi(pemasangan& keperluan) berbanding topologi bas
(bus).

TOPOLOGI CINCIN (RING)


Setiap node akan disambungkan kepada node yang bersebelahan
dengannya membentuk rangkaian yang tertutup.Oleh itu, jika sesebuah node
mengalami masalah, maka akan menjejaskan rangkaian.Mesej dihantar secara
sehala sahaja. Ia perlu melalui setiap node sebelum sampai ke destinasinya.

KELEBIHAN TOPOLOGI CINCIN

Data berpindah pada kelajuan yang tinggi.


Tiada pelanggaran mesej.
Lebih mudah untuk mengenalpasti kesilapan.
Tidak memerlukan penamat.

KELEMAHAN TOPOLOGI CINCIN


Memerlukan lebih banyak kabel berbanding topologi bas.
Satu kerosakan pada sambungan akan menyebabkan keseluruhan sambungan
terganggu.
Tidak biasa digunakan berbanding topologi bas (bus) tidak terdapat banyak
peralatan.

RUMUSAN

Terdapat beberapa jenis topologi dalam rangkaian computer. Namun, hanya


tiga jenis topologi yang sering digunakan iaitu topologi bas, topologi cincin dan
topologi bintang. Setiap ketiga-tiga jenis toplogi ini mempunyai kebaikan dan
kelemahan masing-masing. Topologi ini digunakan mengikut keperluan agar ianya
bersesuaian dengan persekitaran rangkaian tersebut.
OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat:

i) Menyatakan definisi protokol dengan jelas.


ii) Mengenalpasti lapisan protocol OSI dengan tepat

DEFINISI PROTOKOL

Protokol dalam istilah pengertian perkataan ialah satu tatacara. Dalam istilah
perkomputeran dan rangkaian, protokol ialah tatacara ataupun bahasa komunikasi
yang digunakan bagi membolehkan satu-satu rangkaian itu berkomunikasi.

Dalam membolehkan satu rangkaian itu berkomunikasi, terdapat beberapa


protokol rangkaian dicipta.

LAPISAN PROTOKOL

Terdapat 7 lapisan dalam protokol bagi Model OSI (Open Systems Interconnection).
Fizikal
Lapisan 1
Sambungan Data
Lapisan 2
Rangkaian Lapisan 3
Pengangkutan
Lapisan 4
Sesi
Lapisan 5
Penyampaian
Lapisan 6
Aplikasi
Lapisan 7

LAPISAN 7 APLIKASI
Merupakan lapisan paling tinggi dalam Model OSI. Semua lapisan bekerja
untuk lapisan Aplikasi ini. Lapisan ini menyediakan antaramuka perisian untuk
pengguna.

Perisian untuk sistem rangkaian seperti pemindahan fail, e-mel, cetakan dan
sebagainya.Antara protokol yang digunakan di lapisan ini ialah DNS, FTP dan HTTP.

LAPISAN 6 PENYAMPAIAN

Lapisan ini menukar data kepada format skrin untuk membolehkan pengguna
berhubung dengan mana-mana pengguna kepada standard mesin.

LAPISAN 5 SESI

Berfungsi untuk membolehkan dua stesen berhubung.terbahagi kepada tiga


mode iaitu mode simplex yang berfungsi satu arah sahaja seperti radio, tiada tindak
balas penerima.

Mode half-duplex berfungsi seperti telegraf atau walkie talkie iaitu hanya
sebelah pihak menggunakan talian pada satu masa. Manakala mode dupleks penuh
berfungsi seperti kita menggunakan telefon, iaitu dua-dua belah pihak menggunakan
talian secara serentak.

LAPISAN 4 PENGANGKUTAN

Protokol dalam lapisan ini akan memastikan segala maklumat atau paket
sampai ke destinasi. Protokol akan memberitahu stesen penghantar supaya
menghantar paket lagi jika ada yang tidak sampai. Data yang dihantar di lapisan ini
dikenali sebagai segmen.

LAPISAN 3 RANGKAIAN
Berfungsi untuk mendefinisikan alamat-alamat IP agar maklumat sampai ke
destinasi.

LAPISAN 2 SAMBUNGAN DATA

Berfungsi untuk menentukan bagaimana bit-bit data dikelompokkan menjadi


format yang disebut sebagai frame.

LAPISAN 1 FIZIKAL

Merupakan lapisan paling bawah dalam Model OSI. Lapisan ini bertugas
mengirimkan bit-bit data sahaja.

RUMUSAN

Model OSI mempunyai 7 lapisan di mana setiap lapisan mempunyai peranan


masing-masing. Malah, setiap rangkaian juga mempunyai protocol iaitu peraturan
tertentu agar maklumat yang dihantar oleh pengirim sampai kepada penerima. Jika
salah satu lapisan tidak berfungsi dengan baik, maka ianya akan menjejaskan sistem
rangkaian dan maklumat tidak diterima oleh pengguna.

Objektif :

APA ITU INTERNET, INTRANET DAN Menerangkan jenis-jenis


teknologi komunikasi
EKSTRANET??? rangkaian : Internet,
Intranet dan ekstranet
Internet adalah sebuah sistem komunikasi global yang menghubungkan
komputer-komputer dan jaringan-jaringan komputer di seluruh dunia. Setiap
komputer dan jaringan terhubung secara langsung mahu pun tidak langsung
ke beberapa jalur utama yang disebut internet backbone dan dibezakan satu
dengan yang lainnya menggunakan unique name yang biasa disebut dengan
alamat IP 32 bit. Contoh: 202.155.4.230 .

Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network,


iaitu inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada
rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di
antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada
rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau
'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya
jika internet di lihat dari sudut yang teknikal.

Takrif Internet Dari Aspek Penggunaan - Internet adalah merupakan


sebuah rangkaian komputer sejagat yang memberikan dua perkhidmatan
utama, iaitu, komunikasi dan capaian maklumat.

Jika di lihat dari aspek penggunaan, Internet boleh dikatakan sebagai


sebuah rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik,
capaian jauh, perkhidmatan fail, penyebaran maklumat, pencarian maklumat
dan beberapa perkhidmatan yang lain. Daripada aplikasi-aplikasi inilah
dibina berbagai jenis perkhidmatan Internet seperti perdagangan
elektronik, perbankan elektronik, pengiklanan melalui Internet dan
sebagainya.
CONTOH JARINGAN INTERNET

CONTOH JARINGAN EKSTRANET


Jaringan sistem informasi internal suatu perniagaan
atau organisasi. Prinsip kerjanya adalah sama dengan
internet. Bagi membangun sebuah intranet,sebuah
jaringan haruslah memiliki beberapa komponen yang
membangun Internet, iaitu protokol Internet (Protokol
TCP/IP, alamat IP, dan lain-lain yang
diperlukan), klien dan juga server.

Hal lain yang membezakan internet


dengan intranet adalah dari segi
penggunaannya. Aplikasi dan
maklumat intranet ditujukan bagi
kalangan dalam suatu organisasi
itu sendiri sementara maklumat di
suatu laman internet bertujuan
bagi kalangan umum.

Protokol ini membolehkan suatu komputer menghantar dan


memberi alamat data ke komputer lain sekaligus
memastikan penghantaran data sampai destinasi dengan
tanpa kurang apa pun. rangkaian tempatan(local) yang
Eks disambungkan ke rangkaian internet, untuk melindungi
aset sistem maklumat dari serangan pihak luar.
Ekstranet adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi
Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi maklumat
perniagaan atau operasi dengan pembekal, vendor, rakan kongsi,
pelanggan, atau perniagaan lain.

Suatu ekstranet boleh dilihat sebagai sebahagian daripada syarikat


intranet yang diperluaskan ke pengguna di luar syarikat. Ini juga telah
digambarkan sebagai "keadaan fikiran" di mana internet dianggap sebagai
cara untuk melakukan perniagaan dengan syarikat lain serta untuk menjual
produk kepada pelanggan.

Ekstranet boleh juga dikategorikan sebagai intranet sebuah syarikat yang


dilebarkan bagi pengguna di luar syarikat. Syarikat yang membangunkan
extranet boleh bertukar data bervolume besar dengan EDI (Electronic Data
Interchange), bekerjasama dengan syarikat lain dalam suatu rangkaian
kerjasama dan lain-lain. Contoh aplikasi yang dapatdigunakan untuk
extranet adalah Lotus Notes.

You might also like