Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAHAGIAN A

1. Nyatakan SATU (1) konsep Tamadun Islam dan Empat (4) asas
pembentukan bagi tamadun ini.
Konsep Tamadun Islam
Menurut Ibnu Khaldun Tamadun Islam merupakan pencapaian manusia sudah melebihi
keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan
penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.
Empat Asas Pembentukan Tamadun Islam
i. Aqidah dalam Tamadun Islam merupakan asas kelahiran Tamadun Islam dan
ia berasaskan tauhid serta berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti
kepercayaan / keyakinan.
ii. Syariah dalam Tamadun Islam membawa maksud undang-undang Allah SWT
dan mengatur hubungan manusia dengan Allah dan kedamaian di dunia.
iii. Akhlak dalam Tamadun Islam membawa maksud budi pekerti, perangai, sikap,
atau tabiat seseorang. Akhlak terbahagi kepada dua iaitu Akhlak baik
(Mahmudah) seperti jujur, sabra, ikhlas, benar dan pemurah. Akhlak buruk
(Mazmumah) seperti hasad, riya, takabur dan ujub.
iv. Ilmu dalam Tamadun Islam terbahagi kepada dua iaitu Naqli (Wahyu) seperti
membina asas tamadun berpandukan ketetapan Allah. Dan selain itu, Aqli
(kajian) seperti mekanisma yang ada di dalam peradaban itu sesuai dengan fitrah
semula jadi manusia.

2. Setiap tamadun mempunyai unsur ketamadunanya yang tersendiri. Nyatakan


unsur bagi tamadun China.
Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang tertua dan berkesinambungan
hingga hari ini. Antara unsur-unsur bagi Tamadun China adalah
i. Alam sekitar mencorakkan Tamadun China, maksudnya semasa tamadun
China aktiviti pertanian telah wujud seperti terdapat benih-benih padi dan
penanaman padi secara besar-besaran.
ii. Sistem Pertanian Purba, maksudnya, dalam Tamadun China sistem pertanian
memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan
keadaan iklim dan geografi yang berbeza. Kedua-dua kebudayaan iaitu
Yangshao dan Longshan telah mengasaskan peradaban bercorak pertanian dan
ia mencorakkan sikap pemikiran peradaban Cina yang berdikari dan cintakan
pendamaian.
iii. Bahasa dan Sistem Tulisan bahasa Cina merupakan bahasa yang masih
kekal dan berkembang serta digunakan sehingga ke hari ini dan bentuk tulisan
Cina inilah (tulisan Han) telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina
dan pembentukan tamadun Cina.
iv. Keluarga dan Masyarakat- Walaupun sistem kekeluargaan tradisional pernah
mengalami pelbagai perubahan namun asas sistem keluarga yang memuaskan
kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Konsep Xiao
dan konsep Zhong merupakan asas dalam sistem kekeluargaan dan sistem
kenegaraan dalam aliran Konfusianisme.
v. Orientasi dan Sistem Nilai Terdapat konsenus tamadun Cina berorientasikan
humanisme iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan
memainkan peranan penting dalam alam semesta. Banyak sifat khas tamadun
Cina dan nilai-nilai berikut adalah hasil daripada humanisme anataranya ialah
moral sebagai ideology; hubungan manusia dengan alam semesta;
mementingkan institusi keluarga; pendidkan diberi keutamaan dan sebagainya.

3. Senaraikan aspek yang mempengaruhi kebudayaan dalam Tamadun Cina


i. Adat resam dan perkhawinan
ii. Pendidikan
iii. Pemikiran Konfusianisme
iv. Politik
v. Pembentukan keluarga

4. Nyatakan nilai dan kepercayaan yang membentuk Tamadun India


i. Sifat Penerimaan
ii. Sifat toleransi
iii. Dharma prinsip ini berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif iaitu
sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku.
iv. Karma Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan,
pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan
kedudukannya dalam kelahiran semula.
v. Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi
prinsip asas yang ditekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme.
BAHAGIAN B

1. Kemunculan tamadun Islam bermula di Mekah. Nyatakan LIMA (5) zaman tersebut
mengikut zaman kelahiran, perkembangan dan kemerosotan tamadun Islam.
i. Zaman Nabi Muhamad SAW dan Khulafa Al-Rasyidin
ii. Zaman Jahililiyah
iii. Zaman Makiyyah
iv. Zaman Madaniyyah
v. Zaman Abu Bakar As-Siddiq R.A

2. Nyatakan LIMA (5) pandangan semesta Tamadun Melayu kesan daripada


kedatangan Islam ke Alam Melayu.
i. Ekonomi
ii. Politik dan Perhubungan
iii. Agama dan Kepercayaan
iv. Pendidikan
v. Sistem kekeluargaan

3. Masyarakat Melayu ialah satu bangsa yang sangat kreatif dengan penghasilan yang
bercirikan nilai estetika. Sebutkan LIMA (5) jenis seni yang dicapai dalam Tamadun
Melayu.
i. Seni tari tarian kuda kepang,Makyung,
ii. Seni Suara Dondang Sayang,
iii. Seni Kraf tangan Tenunan kain songket,
iv. Seni Muzik Rebab, Angklung
v. Seni bina, seni ukir, seni lukis

4. Menurut kepercayaan Buddha, seseorang itu boleh capai kemuliaan (nirvana) jika
mengamalkan Lapan Jalan Mulia, Senaraikan LIMA (5) antara Lapan Jalan Mulia
tersebut.
i. Pertuturan yang betul
ii. Perbuatan yang betul
iii. Pekerjaan yang betul
iv. Usaha yang betul
v. Fikiran yang betul

5. Konsep Tian dalam tamadun Cina telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Sebutkan
dengan konsep Tian dan EMPAT (4) fahaman utama yang merujuk kepada konsep
Tian.
i. Konsep Tian
Merupakan pemujaan nenek moyang dan Tian. Konsep Tian atau langit sebagai
makhluk yang unguul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti
Zhou.
ii. Empat fahaman Konsep Tian
1. Merupakan sumber kewujudan kepada seluruh makhluk di dunia.
2. Maha agung mengatasi segala sesuatu
3. Penentu nasib sesebuah dinasti
4. Kuasa penentu kebahagian dan kesengsaraan insan.
6. Nyatakan LIMA (5) kasta utama yang menjadi amalan dalam Tamadun India.
i. Brahmin golongan pendidik, intelek dan ahli agama
ii. Kshatriya pemerintah, pentadbir dan tentera
iii. Vaisya pedagang dan peniaga
iv. Sudra buruh dan petani
v. Panchama/ Chandala golongan murtad

7. Bahasa Tamil dikatakan digunakan sebagai bahasa teras bagi Kesusateraan


Dravida. Senaraikan LIMA (5) karya bagi kesusasteraan ini.
i. Epik Mahabharatha
ii. Bhagavadgita
iii. Epik Ramayana
iv. Karya Natya Sastra
v. Tolkappiyam

8. Globalisasi telah mewujudkan kepelbagaian cabaran yang perlu diharungi.


Senaraikan LIMA (5) kepelbagaian cabaran dari sudut globalisasi.
i. Kemiskinan
ii. Pendidikan
iii. Politik
iv. Pentadbiran Moden
v. Bahasa dan Pertuturan

You might also like