Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SK PARIT HAJI AMAN

34300 BAGAN SERAI, PERAK

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA


PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)
Bilangan 2/2017

Tarikh: 17 April 2017 (Isnin)


Masa: 1.30 Petang
Tempat: Makmal Komputer

Kehadiran: Pn Hjh Che Engku Hasmah Bt Che Engku Awang (Guru Besar)
En Ramdzan B Ibrahim (PK Pentadbiran)
En Zulkipli B Jamhari (PK Hal Ehwal Murid)
En Ahmad Shaiful B Mat Jamaludin (PK Kokurikulum)
En Abd Haffis B Desa (Guru Data/Guru Bimbingan/Guru Jadual Waktu)
Pn Mezara Hanum Bt Baharuddin (Guru Media)
En Mohd Husni B Abd Wahab (Guru ICT)
Pn Asmawati Bt Abd Samat (SU Peperiksaan/Guru Kelas)
En Syamsudin B Mat Radzi (Guru Disiplin)
En Mat Ali B Mohamed (Guru Inventori/Guru Kelas)
Pn BB Suriani Bt Judin (Guru Kelas)
Pn Siti Hawa Bt Ismail Tan (Guru Kelas)
Pn Suharni Bt Yusof (Guru Kelas)
Pn Sharifah Bt Abd Rahman (Guru Kelas)
Pn Azlina Bt Abu Bakar (Guru Kelas)
En Mohd Azizan B Mohd Yusoff (Guru Kelas)
En Mohd Shafee B Saari (Guru Kelas)
En Mohd Nokman B Abd Karim (Guru Kelas)
Pn Norazizah Bt Md Nazir (Guru Kelas)
Pn Mariani Bt Abdul Hamid (Guru Kelas)
Pn Rizana Bt Roshli (Pembantu Tadbir)
1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.


2.2 Pn Mezara Hanum Bt Baharudin mengesahkan minit mesyurat yang lalu dan
disokong oleh En Mohd Azizan B Mohd Yusoff.

3. Perkara Berbangkit

3.1 Perkara 2.1 En Ramdzan B Ibrahim memaklumkan bahawa sumbangan makmal


komputer telah dipersetujui di dalam mesyuarat agung PIBG 2017. Kutipan sudah
dijalankan namun jumlah keseluruhan masih belum diketahui kerana masih ada ibu
bapa yang belum membuat bayaran. Guru kelas boleh maklumkan kepada murid
supaya memberitahu ibu bapa masing-masing mengenai sumbangan PIBG,
sumbangan makmal komputer dan sumbangan keceriaan.
Tindakan: Guru Kelas
3.2 Perkara 3.1 En Mohd Husni B Abd Wahab memaklumkan bahawa beliau masih
memeriksa dan mengemaskini senarai peralatan ICT sekolah.
Tindakan: Guru ICT
3.3 Perkara 3.3 En Zulkipli B Jamhari meminta guru kelas yang menerima murid
baharu supaya mengemaskini maklumat murid di dalam sistem APDM. Beliau juga
mengingatkan guru-guru agar mematuhi waktu penghantaran slip kehadiran murid ke
pejabat iaitu sebelum pukul 8.30 pagi.
Tindakan: Guru Kelas

4. Hal hal Lain

4.1 Pengurusan SAPS Pengerusi berterima kasih kepada semua guru kerana telah
mengisi markah Ujian 1 dalam SAPS sebelum tarikh tutup. Pengerusi meminta
setiausaha peperiksaan menyediakan analisis Ujian 1 untuk tindakan post mortem.
Tindakan: SU Peperiksaan
4.2 SSDM En. Zulkipli B Jamhari meminta En Syamsuddin dan En Abd Haffis
mengemaskini data SSDM sekali pada setiap minggu.
Tindakan: Guru Disiplin/Guru Data
4.3 APDM Pn Azlina Bt Abu Bakar bertanya tentang status penjaga utama sekiranya
bapa murid meninggal dunia. En Zulkipli B Jamhari memaklumkan bahawa beliau
akan menghubungi Unit HEM PPD untuk pencerahan.
Tindakan: PK HEM

5. Ucapan Penangguhan
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.
(ABD HAFFIS BIN DESA) (CHE ENGKU HASMAH BT CHE
ENGKU AWANG)
Setiausaha JPMS Guru Besar

You might also like