Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

KRL3043: LATIHAN ILMIAH

TAJUK PROPOSOL PENYELIDIKAN :

BAB 4
GAYA PEMBELAJARAN KECERDASAN KEPELBAGAIAN
DALAM PENDIDIKAN ISLAM MURID-MURID TAHUN 5 DAN 6
DI SALAH SEBUAH SEKOLAHKUMPULAN
RENDAH DI DAERAH KERIAN
SATU TINJAUAN

SEMESTER 1 2014/2015
UPSI144 (A141PJJ)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
FAIZAH BINTI ABDUL RANI D20102043327 017-4905488

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.MISNAN BIN JEMALI

TARIKH SERAH: 31 DISEMBER 2014

1
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BAB 4
Hasil Kajian
4.1 Pendahuluan 3

4.2 Profil Responden 4

4.3 Menganalisis Kepentingan Gaya


Pembelajaran Kecerdasan Kepelbagaian
Dalam Pendidikan Islam 5

4.4 Menganalisis Perhubungan Antara Gaya


Pembelajaran Kepelbagaian 9

4.5 Pengujian Hipotesis 10

4.6 Rumusan 14

2
BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan hasil keputusan kajian yang diperolehi. Hasil kajian ataupun

analisis data responden yang diproses menggunakan Statistical Package for Social

Science (SPSS) iaitu suatu perisian memproses data yang digunakan secara

berkomputer. Ujian deskriptif digunakan dalam menghuraikan ciri-ciri asas data

mengenai latar belakang responden dan hasil dapatan kajian berkaitan dengan profil

gaya pembelajaran dari segi min, sisihan piawai, nilai sisihan min skor data

terkumpul.

Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengetahui persoalan kajian tentang hubungan

di antara empat daripada lapan jenis gaya pembelajaran kecerdasan iaitu visual,

linguistik, muzikal dan kinestatik. Ujian-T digunakan untuk melakukan pengujian

hipotesis untuk melihat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran visual,

linguistik, muzikal dan kinestatik mengikut jantina. Analisis ANOVA sehala digunakan

untuk melihat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran kecerdasan dari segi

linguistik, visual, kinestatik dan muzikal antara murid tahun 5 dan 6.

3
4.2 Profil Responden

Tempat kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak

Darul Ridzuan yang terdiri daripada murid-murid pintar dan sederhana pintar. Terdapat

200 orang pelajar dari tahun satu hingga tahun 6 dan 99 peratus pelajar melayu

manakala selebihnya adalah pelajar India.

Maklumat latar belakang responden yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6 yang

terlibat dalam kajian ini adalah seramai 40 orang pelajar yang berumur 11 dan 12

tahun dan juga kesemuanya berbangsa Melayu. Latar belakang pelajar terlibat

termasuk jantina, tahun dan bangsa. Berdasarkan jadual 4.1 mendapati bilangan

responden jantina terdiri daripada lelaki (n = 20, 50.0%) dan pelajar perempuan (n =

20, 50.0%). Komposisi responden dari segi jantina adalah seimbang. Manakala

responden pelajar mata pelajaran agama terdiri daripada tahun 5 (n = 20, 50.0%) dan

tahun 6 (n = 20, 50.0%). Ini menunjukkan responden pelajar tahun lima dan tahun

enam adalah sama dan seimbang. Mengikut bangsa pula melayu (n = 40, 100.0%).

Jadual 4.1: Profil Responden melalui Frekuensi dan Peratus (n = 40)

Profil responden Pemboleh ubah Frekuensi (f) Peratus (%)


Jantina Perempuan 20 50.0
Lelaki 20 50.0
Matapelajaran agama Tahun 5 20 50.0
Tahun 6 20 50.0
Bangsa Melayu 40 100.0

4
4.3 Menganalisis Kepentingan Gaya Pembelajaran Kecerdasan Kepelbagaian Dalam

Pendidikan Islam

Menganalisis kepentingan gaya pembelajaran kecerdasan kepelbagaian adalah untuk

mengetahui sejauh manakah gaya pembelajaran yang lebih digemari oleh pelajar

sekolah. Berdasarkan setiap dimensi dalam pemboleh ubah bersandar.

Jadual 4.2 menunjukkan dimensi gaya pembelajaran linguistik di mana pelajar paling

gemar meluahkan perasaan sama ada secara lisan atau tulisan (M = .50, SP = .506)

yang menjadikan seseorang itu sebagai pencerita atau penulis yang baik. Gaya

pembelajaran kecerdasan linguistik diikuti pula dengan para pelajar berminat dalam

permainan teka silang kata (M = .43, SP =.501), meminati mata pelajaran seperti

Sejarah, Bahasa Melayu dan Sastera (M = .43, SP =.501), minat dengan permainan

berunsur perkataan serta perkataan yang sama bunyinya dan perkataan terbelit-belit (M

= .35, SP = .483) dan paling rendah adalah membaca buku, majalah dan surat khabar

(M = .08, SP = .267).

Bagi terma dimensi gaya pembelajaran kecerdasan visual pula, para pelajar lebih

gemar meminati Pendidikan Seni dan geometri daripada algebra (M = .45, SP = .504),

cekap dalam mengasingkan benda tertentu dan selepas itu meletakkan di tempat yang

asal (M = .30, SP = .464), minat dengan permainan berbentuk visual atau gambar

seperti cantuman gambar (M = .28, SP = .452), minat untuk membaca bahan bacaan

yang mempunyai banyak ilustrasi atau gambar ( M = .20, SP = .405) dan akhir sekali

adalah sifat hargai seni (M = .18, SP = .385).

5
Dimensi gaya pembelajaran seterusnya adalah kecerdasan muzikal dan analisis

menunjukkan pelajar amat sangat menyukai latar belakang muzik semasa belajar (M =

.68, SP = .474). Diikuti pula dengan dapat bermain alat muzik (M = .53, SP = .506),

selalu bersiul dalam nada tertentu (M = .48, SP = .506), dapat mengingati nada setelah

mendengar beberapa kali (M = .25, SP = .439) dan akhir sekali mendengar muzik di

rumah (M = .13, SP = .335).

Bagi dimensi yang terakhir dalam kajian ini adalah gaya pembelajaran kecerdasan

kinestatik, kebanyakan pelajar memberi respon yang amat baik terhadap cekap dan

mahir dalam konsep melakukan sendiri (M = .58, SP = .501), diikuti dapat memikir

masalah semasa terlibat dalam aktiviti fizikal (M = .50, SP = .506), mata pelajaran yang

menyeronokkan di sekolah adalah Pendidikan Jasmani dan kerja tangan (M = .23, SP =

.423), gemar permainan yang mencabar dalam sukaneka (M = .15, SP .362) dan

mengambil bahagian dalam aktiviti sukan mahupun fizikal (M = .10, SP = .304).

6
Jadual 4.2: Diskriptif Terhadap Min dan Sisihan Piawai
Gaya Perkara Min (M) Sisihan
Pembelajaran Piawai (SP)
Linguistik Luah perasaan lisan atau tulisan .50 .506
Minat permainan teka silang kata .43 .501
Minat Sejarah, Bahasa Melayu dan Sastera .43 .501
Minat permainan dan membina perkataan sama .35 .483
bunyi dan terbelit-belit
Minat membaca buku, majalah dan surat khabar .08 .267
Visual Minat Pendidikan Seni dan geometri daripada .45 .504
algebra
Cekap dalam mengasingkan benda tertentu .30 .464
letak tempat asal
Minat permainan visual atau bergambar .28 .452
Minat bahan bacaan mempunyai banyak .20 .405
gambar
Sifat hargai seni .18 .385
Muzikal Menyukai latar belakang muzik semasa belajar .68 .474
Dapat bermain muzik .53 .506
Bersiul dalam nada .48 .506
Dapat ingat nada setelah mendengar .25 .439
Mendengar muzik di rumah .13 .335
Kinestatik Cekap dan mahir konsep lakukan sendiri .58 .501
Dapat memikir masalah semasa terlibat dalam .50 .506
aktiviti fizikal
Mata pelajaran menyeronokkan Pendidikan .23 .423
Jasmani dan kerja tangan
Gemar permainan yang mencabar dalam .15 .362
sukaneka
Mengambil bahagian dalam aktiviti sukan .10 .304
mahupun fizikal

7
Bagi mengetahui kepentingan gaya pembelajaran kecerdasan terhadap pelajar, pelajar

diberi untuk memilih 20 perkara tersebut dengan menandakan ya dan tidak. Kesemua

20 perkara tersebut sangat penting untuk mempengaruhi kaedah yang lebih mereka

gemari terutamanya semasa pembelajaran mereka dijalankan di sekolah.

Oleh itu, berdasarkan Jadual 4.2, keseluruhan sisihan piawai dalam lingkungan .267

hingga .506. Berdasarkan perkara gaya pembelajaran kecerdasan linguistik lingkungan

min adalah .08 hingga .50, gaya pembelajaran kecerdasan visual menunjukkan

lingkungan min dalam .18 hingga .45, gaya pembelajaran muzikal pula menunjukkan

lingkungan min antara .13 hingga .68 dan akhir sekali gaya pembelajaran kinestatik

menunjukkan lingkungan min .10 hingga .58. Oleh itu, kesemua empat gaya

pembelajaran yang mempunyai item-item tersendiri menunjukkan respon pelajar masih

berada pada tahap sederhana.

Menurut Abdullah (2009), gaya pembelajaran yang pelbagai dan sesuai dengan minat

pelajar mampu menarik pelajar lebih fokus serta memahami dan suasana pelajar lebih

seronok sesuai dengan jiwa pelajar khususnya sekolah rendah.

8
4.4 Menganalisis Perhubungan Antara Gaya Pembelajaran Kecerdasan

Kepelbagaian Iaitu Linguistik, Visual, Muzikal dan Kinestatik

Menganalisis perhubungan kajian di antara empat daripada lapan jenis gaya

pembelajaran kecerdasan iaitu linguistik, visual, muzikal dan kinestatik untuk

mengetahui kecenderungan gaya pembelajaran kecerdasan kepelbagaian murid-murid

Tahun 5 dan 6. Berdasarkan Jadual 4.3, hasil analisis inter-korelasi menunjukkan

korelasi yang paling kuat antara gaya pembelajaran kecerdasan visual dan kecerdasan

kinestatik (r = .390), diikuti korelasi antara gaya pembelajaran kecerdasan visual

dengan kecerdasan linguistik (r = .184) adalah sederhana kuat dan juga korelasi antara

gaya pembelajaran kecerdasan muzikal dengan kecerdasan visual (r = .154), korelasi

yang lemah adalah antara gaya pembelajaran kecerdasan linguistik dengan kecerdasan

kinestatik (r = .064) dan juga diikuti antara gaya pembelajaran kecerdasan linguistik

dengan kecerdasan muzikal (r = .042) , dan yang paling lemah korelasi adalah antara

gaya pembelajaran kecerdasan kinestatik (r = .030) namun kesemua korelasi mahupun

yang lemah adalah positif. Semua korelasi tersebut tidak signifikan pada p < .05

kecuali korelasi antara gaya pembelajaran kecerdasan visual dengan kecerdasan

kinestatik.

Keputusan analisis menunjukkan bahawa pelajar yang mengikuti mata pelajaran

Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak yang menggunakan visual

untuk gaya pembelajaran kecerdasan kinestatik, linguistik dan muzikal. Pernyataan ini

juga disokong oleh nilai r yang positif semua korelasi dan nilainya yang tinggi.

9
Jadual 4.3: Hubungan antara Gaya Pembelajaran Kecerdasan Linguistik, Visual dan
Muzikal (n = 40)

Gaya Pembelajaran Kecerdasan Linguistik Visual Muzikal Kinestatik


Linguistik Korelasi Pearson 1 .184 .042 .064
Signifikan .255 .797 .697
Visual Korelasi Pearson .184 1 .154 .390*
Signifikan .255 .344 .013
Muzikal Korelasi Pearson .042 .154 1 .030
Signifikan .797 .344 .855
Kinestatik Korelasi Pearson .064 .390* .030 1
Signifikan .697 .013 .855
*Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.05.

4.5 Pengujian Hipotesis

Pengujian hipotesis dilakukan dengan menjalankan ujian-T bagi melihat perbezaan

antara gaya pembelajaran kecerdasan linguistik, visual, muzikal dan kinestatik

mengikut jantina. Hipotesis nul disembahkan sebagai Ho dan Ha sebagai hipotesis

alternatif. Hipotesis nul akan ditolak berdasarkan nilai-p. Nilai signifikan diset pada p

< 0.05.

4.5.1 Hipotesis Pertama: Linguistik

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari segi gaya

pembelajaran kecerdasan linguistik.

Ha1 : Terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari segi gaya

pembelajaran kecerdasan linguistik.

10
Jadual 4.4: Hipotesis Pertama
Linguistik n Min Sisihan Piawai t df Signifikan Beza Min
(2-tailed)

Lelaki 20 .43 .227


2.040 38 .048 .150

Perempuan 20 .28 .238

Keputusan kajian adalah signifikan (t = 2.040, df = 38, p < .05). Hipotesis nul ditolak

manakala hipotesis alternatif diterima. Terdapat perbezaan antara pelajar lelaki (n =20)

dan perempuan (n = 20) dari segi gaya pembelajaran kecerdasan linguistik. Nilai

perbezaan min .150 menunjukkan bahawa pelajar lelaki (M = .43, SP = .227) yang

lebih tinggi gaya pembelajaran kecerdasan linguistik berbanding dengan pelajar

perempuan (M = .28, SP = .238).

4.5.2 Hipotesis Kedua: Visual

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari segi gaya

pembelajaran kecerdasan visual.

Ha2 : Terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari segi gaya

pembelajaran kecerdasan visual.

11
Jadual 4.5: Hipotesis Kedua
Visual n Min Sisihan Piawai t df Signifikan Beza Min
(2-tailed)

Lelaki 20 .30 .255


.567 38 .574 .040
Perempuan 20 .26 .185

Keputusan kajian adalah tidak signifikan (t = .567, df = 38, p < .05). Hipotesis nul

diterima manakala hipotesis alternatif ditolak. Tidak terdapat perbezaan antara pelajar

lelaki (n =20) dan perempuan (n = 20) dari segi gaya pembelajaran kecerdasan visual.

Nilai perbezaan min .040 menunjukkan bahawa pelajar lelaki (M = .30, SP = .255)

yang lebih tinggi gaya pembelajaran kecerdasan linguistik berbanding dengan pelajar

perempuan (M = .26, SP = .185).

4.5.3 Hipotesis Ketiga: Muzikal

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari segi gaya

pembelajaran kecerdasan muzikal.

Ha3 : Terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari segi gaya

pembelajaran kecerdasan muzikal.

12
Jadual 4.6: Hipotesis Ketiga
Muzikal n Min Sisihan Piawai t df Signifikan Beza Min
(2-tailed)

Lelaki 20 .41 .263


.000 38 1.000 .000

Perempuan 20 .41 .238

Keputusan kajian adalah tidak signifikan (t = .000, df = 38, p < .05). Hipotesis nul

diterima manakala hipotesis alternatif ditolak. Tidak terdapat perbezaan antara pelajar

lelaki (n =20) dan perempuan (n = 20) dari segi gaya pembelajaran kecerdasan visual.

Nilai perbezaan min .000 menunjukkan bahawa pelajar lelaki (M = .41, SP = .263)

adalah sama dan seimbang dengan pelajar perempuan (M = .41, SP = .238) gaya

pembelajaran kecerdasan muzikal.

4.5.4 Hipotesis Keempat: Kinestatik

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari segi gaya

pembelajaran kecerdasan kinestatik.

Ha4 : Terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari segi gaya

pembelajaran kecerdasan kinestatik.

13
Jadual 4.7: Hipotesis keempat
Kinestatik n Min Sisihan Piawai t df Signifikan Beza Min
(2-tailed)

Lelaki 20 .34 .244


.714 38 .479 .060

Perempuan 20 .28 .286

Keputusan kajian adalah tidak signifikan (t = .567, df = 38, p < .05). Hipotesis nul

diterima manakala hipotesis alternatif ditolak. Tidak terdapat perbezaan antara pelajar

lelaki (n =20) dan perempuan (n = 20) dari segi gaya pembelajaran kecerdasan

kinestatik. Nilai perbezaan min .060 menunjukkan bahawa pelajar lelaki (M = .34, SP

= .244) yang lebih tinggi gaya pembelajaran kecerdasan kinestatik berbanding dengan

pelajar perempuan (M = .28, SP = .286).

4.6 Rumusan

Bahagian ini melaporkan dapatan kajian pendekatan gaya pembelajaran kecerdasan

linguistik, visual, muzikal dan kinestatik terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

Secara umumnya didapati pendekatan gaya pembelajaran kecerdasan kepelbagaian

memberi kesan yang lebih baik dan menambahkan minat untuk para pelajar. Semua

dapatan kajian ini dibincangkan dalam bab seterusnya.

14

You might also like