Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ciri-ciri Pentaksiran

Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah


mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi
untuk memastikan keadilan kepada pelajar
dan 'stakeholders' serta mengekalkan kewibawaan guru
pentaksir.

Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ciri skor yang


menggambarkan prestasi pelajar dalam perkara yang ditaksir.
Ciri-ciri pentaksiran yang lain ialah keobjektifan,
kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprehensifan. Ciri-
ciri ini perlu dipertimbangkan bagi memastikan sesuatu
instrumen pentaksiran baik dan berkualiti.

Keobjektifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk kepada


ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau
ketepatan seseorang pentaksir memberi skor calon. Ciri
keobjektifan pemberian markah/skor ini boleh dipertimbangkan
dengan menyediakan skema penskoran yang objektif dan
markah atau skor diselaraskan. Mekanisme ini bertujuan untuk
memastikan pemeriksaan mempunyai kefahaman dan
kemahiran yang terselaras antara satu sama lain. Cara ini
mengurangkan perselisihan pemberian markah/skor di
kalangan pemeriksa atau pentaksir.

Kebolehtadbiran sesuatu ujian dan pentaksiran, ialah ciri


praktik dengan merujuk kepada sejauhmana kelicinan dan
kerja-kerja susulan dapat dijalankan dengan mudah dalam
proses pengujian dan pentaksiran, yang dilaksanakan sama
ada secara berpusat atau pentaksiran berdasarkan sekolah.

Kemudahtafsiran sesuatu ujian dan pentaksiran, merujuk


kepada sejauhmana ianya dapat memberi maklumat tentang
calon berdasarakan skor yang diperolehi, sejauhmana ianya
boleh mendiskriminasikan calon dan dapat menepati tujuan
sesuatu ujian itu ditadbirkan.

Kekomprehensifan sesuatu ujian dan pentaksiran merujuk


kepada sejauhmana sesuatu ujian itu mengandungi soalan-
soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Oleh
kerana itu semakin banyak bilangan item, semakin lebih baik
taburan perwakilan adalah lebih menyeluruh.

You might also like